Monday, 3 February 2014

Hijrahku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt,

Sudah lama benar jari jemariku tidak menari di atas keyboard lappyku..*lappy guna untuk laporan kerja saja kut..owhh rindu nk aktif berblog..huhuu..

Ok tujuan utama aku menaip diblog kali nie adalah nak share pasal pengalaman hijrahku.Sebenarnya terlintas blog Kak Maera Ismail..tengok ada contest hijrahku dalam hati mestilah ada rasa nak join..tapi niat utama insyaAllah untuk berkongsi cerita penghijrahan aku.Semoga bermanfaat untuk semua..:')




Jika korang bertemu aku 10 tahun yang lalu pasti korang akan rasa terkejut betul.Biar betik minah nie.

Bukan berniat membuka aib sendiri,cukuplah menjadi pengajaran bersama.Walaupun aku sudah bertudung sejak usia 13 tahun tetapi tidaklah mengikut syariat.Tudung pendek,jarang..Baju ketat dan mengikut bentuk badan.Aku paling benci pakai baju yg longgar atau seluar yang besar.Tak ikut trend kata hatiku..Owhh jahilnya aku..wuwuwuwwuwuuu..T.T

Perangai pulak langsung tak menggambarkan akhlak muslimah.Sombong,bongkak,merasa diri bagus,kurang ajar dengan ibu..ya Allah memang tak sanggup nak cerita betapa kejinya perangai aku suatu masa dulu..

Tetapi jika Allah mengkehendaki kita berubah,maka itulah yang terjadi.Aku memegang kata "Kun Fayakun".Titik permulaan penghijrahan aku adalah beberapa hari setelah pemergian ayah tersayang buat selamanya.Arwah ayahku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Dalam hatiku tertanya-tanya,aku sebagai anak perempuan sulung apa yang aku boleh tolong arwah disana.Dengan dressing aku ketika itu,bagaimana arwah di sana?ya Allah..Bermula dari saat itu,aku mula berubah perlahan-lahan.Tudung semakin labuh sedikit demi sedikit.Baju semakin longgar dan labuh sehari demi sehari.Handsock tersarung kemas di lengan.Kaki kututup rapi dengan stokin.

Lama perjuangan membawa diri kembali ke jalanNya.Banyak pahit yang dirasai dari yang manis.Ujian datang menguji keimanan.Kuatkah aku menghadapi takdir Yang Maha Esa.Alhamdulillah perjuangan aku membawa kemanisan apabila ibuku turut berhijrah menutup aurat lebih sempurna.Begitu juga dengan satu-satunya adik perempuanku.Sudah mula memakai stokin walaupun pakaiannya masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Alhamdulillah.Terima kasih Allah kerana memilihku untuk kembali ke fitrah yang suci.Wanita itu fitrahnya suci dan cantik tetapi apabila kita tidak menjaga diri dengan sebaik-baiknya ia berubah menjadi fitnah.Nauzubillahiminzalik..

Berhijrahlah wahai sahabat muslimahku..Sementara Allah masih memberi kesempatan kepada kita.Bagaimana boleh kata kita sayangkan ayah,abang,adik lelaki,suami dan anak lelaki kita sedangkan kitalah punca mereka diseksa di akhirat kelak..Tepuk dada tanyalah iman..Tegarkah kita..:'(

InsyaAllah semoga aku sentiasa istiqamah berpakaian mengikut syariatNya..:')








3 comments:

  1. Alhamdulillah..insyaAllah zatul.kita usaha yg terbaik, istiqomah dan sentiasa memperbaiki diri. =)
    contest ada lg 2 hari sblm tamat. =)

    ReplyDelete
  2. tahniah....nanti email saya nama penuh dan alamat ye

    s0undl4cks@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Tahniah dik kerana memenangi hadiah pilihan edtior. boleh lihat melalui entry ini dan jgn lupa utk menghubungi sponsor utk memberikan maklumat utk pos ya. =)

    Pemenang pertandingan HIJRAHKU oleh maera ismail dot com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...