Monday, 18 April 2011

minggu ke 3 di KKN..

Assalammualaikum wbt..

como estas amigos?hehee..maksudnya apa kabar..tetibe lak nak cakap spanish..mentang-mentang la semalam baru belajar spanish dari kawan serumah yang KKN sekali..dia anak kuliah ekonomi..pengajar bahasa spanish juga..hebat2..makanya semalam semua budak serumah aku belajo bahasa spanish pas makan malam..heheee..seru!!!

baru aku perasan rupa-rupanya dah masuk 3 minggu aku kat desa nie..nie kebetulan ngenet kat cyber cafe kt bandar turi..dapatla update blog kejap..kalo nak update guna BB takde line sangat..so penat je kalo da taip pastu tak dapat nak update..hampagas la cek nanti..

owh ya..kat KKN nie macam-macam benda jadi..banyak kenangan..banyak pengalaman baru..yang mungkin tak dapat di mana-mana..masyaAllah..terima kasih Allah atas kesempatan ini..biasalah dalamhidup bukan semua pengalaman suka kita akan dapat..mesti ada pengalaman duka juga..

antara pengalaman duka yang aku dapat di KKN,rabu minggu lepas aku eksiden motor..jatuh motor bersama naemah..kebetulan masa jatuh tu waktu kami baru nak balik desa..petang tu kami turun ke bandar jogja untuk beli barang untuk program kreasi manik-manik di desa..kejadian berlaku waktu magrib..biasalah waktu magrib kan..paham-paham je la..macam mana kondisi desa..takde lampu kat jalan..syukurlah masa jatuh tu suasana takdelah terlalu gelap..maka dapatlah bangun balik..agak terkejut juga sebab tak sangka leh jatuh..seluar aku koyak dan lutut luka..jari kanan agak terseliuh..alhamdulillah kami berdua boleh bangun dan teruskan perjalanan balik rumah..walopun kondisi motor agak mencemaskan pas jatuh..malam tu bapak RT tolong panggilkan tukang urut untuk urut..luka aku dicuci oleh Amy..sakitnya bukan kepalang..tapi tahan je la labu..kata Amy: luka kamu agak dalam dan kamu gak nangis masa aku bersihin luka kamu..kamu kuat sekali..aku jawab:ya mau gimana lagi..udah jadi..kalo nangis juga gak ada apa-apa manfaat juga..kelakar betul la..aku tak tau la kenapa..aku dah sulit untuk nangis kalo untuk kesakitan fizikal..mungkin kesakitan dalaman lebih sakit sehingga aku da lupa bagaimana rasa sakit..

selain pengalaman duka,aku nak share pengalaman baru aku di KKN..buat pertama kalinya dalam hidup aku..aku telah memakan ikan lele..ataupun dalam bahasa malaysia namanya ikan keli..hehee..aku memang tak makan ikan keli atau ikan-ikan sungai..tak taulah kenapa..bukan tak pernah cuba makan tapi automatik akan rasa nak muntah bila aku cuba nak telan ikan-ikan sungai..makanya aku hanya makan ikan laut..selalu kalo ibu RT tu sediakan ikan keli aku mesti takde lauk..huhuu..makan sayur je..bagian aku mesti de kawan-kawan akan makan..tetapi ajaibnya jumaat lepas kawan aku anak perikanan telah menjemput  teman sekampus dia datang dan olah isi ikan keli jadi seperti nuget..ajaibnya setelah diolah rasa ikan keli tak macam ikan keli langsung!!aku boleh makan..hahaaaa..anak-anak KKN rumah aku cakap tahniah la akhirnya aku berjaya makan keli..heheee..

alhamdulillah teman-teman serumah aku di KKN sangat sempoi..masing-masing lebih kurang sebaya je..de yang sebaya aku tapi da kawen & de anak sorang usia 3tahun..de sorang lebih tua setahun dari aku tapi sering jadi backpackers..tu yang jadi cikgu spanish kitorang kat rumah..1 lagi usia kelahiran tahun 88 tapi muka nampak tua..kelakar-kelakar semua dorang nie..takde hari yang terlalu serius untuk subunit kami..mesti selalu ketawa,borak bersama,makan bersama..dah jadi macam family betul lak..semua da la 1 kepala..semua jenis adventurous..suka jalan-jalan..heheee..sekaki la sama cek..;p

p/s:soalan yang sering ditanyakan..kamu sama siapa sekarang?kan naemah da bertunang..maka aku lah sasaran ditanya dorang plak bile..alamak..nak jawab apa ek..so aku jawab je aku gak mau komitmen..belum waktunya..hohoo..skripsi tak siap lagi..keje belum lagi..aku taknak tambah masalah yang sedia ada..enjoying every second i have..because i dont know when it will stop..life is too short to suffer the painful act of others..

Sunday, 3 April 2011

belajar merendah hati & merasai kesusahan orang lain..

Assalammualaikum wbt..

Sebenarnya hati dan minda nie agak berkecamuk sedikit..merasa galau(dalam bahasa indonesia)..hmmm..pagi tadi aku dan kawan2 telah p jenguk tempat yang kami kena buat khidmat masyarakat(KKN) tu..mak aihhh..punya la jauh tempat tu..kata dalam 30 minit naik motor tapi aku rasa lama giler dok menebeng(tumpang) motor..lenguh bontot naik motor lama2..huhuu..

Dah la kawan2 indonedia nie bawak motor macam pelesit sikit..laju ya amat..jenuh gakla naemah dok kejar depa nie..da la jalan pulak macam gallop kuda..faham2 la kan..

Destinasi pertama yang ditujui desa candi,Turi..Group kami dibahagikan kepada 3 subunit kecil..tiap subunit ada rumah pondokan sendiri..Desa candi nie rumah subunit pertama..walopun rumah yang dorang dapat kosong tapi rumah dia sangatlah ok..sebelah masjid yang baru dibina..dekat dengan kedai runcit..pokoknya mantap la..ibu kedai runcit tu pun sangat2 ramah..siap tolong jamu & kupaskan salak untuk aku lg..hehee..sampai de sorang budak grup aku tanya "di tempat kamu gak ada salak ya? sebab dia pelik tengok aku asyik makan..siot betul..suka hati lah nak makan banyak mana pun..ibu tu yang suruh aku makan banyak..hahaaa..;p

Pastu destinasi kedua pi tempat subunit ke2..tempatnya Desa Becici,Turi..Hmm tengok dari luar macam tak berapa ok sangatla..tapi bila da masuk okla gak sebab ada peralatan rumah gak..Tapi aku tak tengok pun kondisi toiletnya macam mane..hopefully sangat2 la ok..huhuu..

Destinasi ke3 adalah desa Pulesari,Turi..jauh giler nak pi desa nie...jalan sunyi sepanjang perjalanan..sekeliling hanyalah ladang2 salak..lepas sesat beberapa kali baru sampai..rumahnya agak tidak menyelesakan..kondisi boleh dikatakan agak daif walopun itu adalah rumah Pak Dukuh(ala2 ketua kampung)..macam tak percaya je..macam biasa tido atas lantai..hmm..antara 2 tempat tu pulesari dan becici masih belum dipastikan mana satu tempat aku akan menginap..

Akhirnya tadi dorang da decide..subunit aku dok umah dekat becici..rumah pak RT..aku da tak kisahlah dok mane pun..asalkan ade tempat berteduh..walopun kondisi tak begitu menyenangkan..

Pak RT tu ada cakap macam nie..maaflah kerana dia tak dapat sediakan akomodasi tempat tinggal yang baik..mungkin tempat yang dia sediakan ini sangat tak selesa jika dibanding tempat kami semua..tapi inilah yang dia mampu sediakan..sebab inilah kehidupan dorang..MasyaAllah..aku rasa bersalah sangat2..sampai begitu sekali dia merendah diri..Sedangkan kami student2 nie asyik fikirkan keselesaan dan macam2 kerenah yang tak munasabah..Nampak sangat sikap pentingkan diri..

Aku bukanlah anak orang kaya yang akan mati kalo tido kat lantai..aku bukanlah anak orang kaya yang akan mati kalo diberi makanan sekadarnya..tapi aku adalah anak parents aku yang diajar jangan pentingkan diri dan belajar down to earth..jangan sombong dan berlagak..big thanks to my late dad & mum for such a wonderful education..but sadly maybe i mess with wrong friends..

Esok pagi aku akan berangkat tinggal di desa Becici selama 2 bulan..Aku pun tak tau la line internet ade ke tak..kalo ade insyaAllah aku akan update bagaimana aktiviti aku sehari2..kalo tak aku akan wat summary..bila aku balik bandar jogja baru aku update..Esok aku akan tinggalkan "comfort zone" aku selama ini..mulalah belajar merendah hati..merasai kesusahan hidup masyarakat di desa..semoga aku dapat mengutip banyak hikmah dari peristiwa ini..supaya dapat aku jadikan pelajaran & pengalaman dalam hidup..Ya Allah permudahkanlah segalanya untukku & teman2ku..aminnn

p/s=seronok juga asyik makan salak pondoh..bukan selalu dapat makan free..hehee..:)

Friday, 1 April 2011

cerpen da siap!!!yeayyy..:)

Assalammualaikum wbt..

Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku telah siap mengarang cerpen untuk mak..hahaaa..so nak mintak pendapat korang tentang cerpen nie..tolong ek..hehee..:)

Botol Impian


Cuaca pagi itu kelihatan ceria sekali.Kedengaran suara burung-burung menyanyi riang sambil mencari rezeki.Kelihatan beberapa ekor rama-rama girang mengibar kepak di celah-celah bunga-bunga yang sedang menguntum indah.Oh indah sekali pagi ini monolog seorang gadis kecil.

Gadis kecil itu bernama Syifa.Anak yatim piatu yang cerdas dan comel berusia 10 tahun.Mama dan papanya meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.Dia mengukir senyuman manis apabila salah seekor rama-rama cuba menghampirinya.Dia tidak cuba menyentuhnya kerana takut akan merosakkan sayap indah itu.Dalam ingatannya teringat pesan dari arwah mama.Kata mama rama-rama ibarat seorang perempuan cantik.Sekiranya rama-rama disentuh akan pudar warna sayapnya.Begitulah juga dengan kecantikan seorang gadis.Tiba-tiba Syifa teringat akan janjinya dengan teman baiknya,Ayuni.Mereka berjanji untuk berkelah bersama-sama di puncak Bukit Larut.Keluarga Ayuni yang mengajaknya untuk berkelah buat kali terakhir sebelum mereka sekeluarga berpindah ke London.Papa Ayuni mendapat tawaran bekerja di sana dan seluruh keluarganya akan mengikutnya berpindah ke sana.

Kehadiran Syifa di teratak keluarga Ayuni disambut mesra.Turut ikut berkelah pagi itu adalah mama dan papa Ayuni serta adiknya.Pembantu rumah Ayuni juga turut serta.Jam di dinding menunjukkan tepat jam 10  pagi ketika mereka berangkat pergi.Suasana kelihatan ceria sekali dengan gelak tawa dua gadis kecil itu.

Syifa dan Ayuni kelihatan riang sekali tambahan pula dengan hawa dingin di puncak Bukit Larut begitu menyamankan dan mendamaikan.Bandar Taiping kelihatan begitu kecil dari puncak ini.Seperti bandar permainan yang direka menggunakan blok-blok Lego.

Dua gadis kecil itu sama-sama cuba melukiskan pemandangan di situ.Menggunakan krayon dan kertas lukisan mereka melakarkan gambaran berdasarkan imaginasi masing-masing.Setelah siap melukis Ayuni mencadangkan kepada Syifa supaya mencoretkan impian mereka di kertas kemudian disimpan dalam botol dan ditanam di puncak Bukit Larut.Syifa bersetuju kerana dia tidak ingin mengecewakan impian terakhir teman baiknya itu sebelum berpisah.Lagi pula banyak sekali impian yang hendak ditulisnya.Penuh isi kertas dicatatnya.Ayuni mencari 2 botol kecil dari kawasan berhampiran.Akhirnya terjumpa 2 botol kosong dan mereka sama-sama menanam botol berisi kertas impian masing-masing di kaki pokok pine.Mereka menandakan sesuatu pada batang pokok pine itu supaya mudah dicari nanti.Dua gadis kecil itu berjanji akan datang 10 tahun lagi untuk melihat sama ada impian mereka itu tercapai atau tidak.Dan pada tarikh dan waktu yang sama 10 tahun akan datang mereka berjanji akan bertemu lagi.Akhirnya kedua gadis itu dipisahkan juga oleh jarak setelah menjalin persahabatan akrab sejak di tadika.

Masa berlalu dengan begitu pantas.10 tahun yang ditunggu akhirnya tiba juga.Sejak pagi Syifa sudah bersiap untuk bertemu teman lamanya itu.Beberapa bulan setelah Ayuni berpindah ke London,nenek Syifa meninggal kerana sakit tua.Dia akhirnya dijaga oleh pakcik dan makciknya di Johor.Kerana itulah mereka terputus hubungan sama sekali.Syifa begitu teruja untuk bertemu Ayuni.Dalam hatinya masih ada gusar juga.Apakah Ayuni masih ingat akan janji mereka 10 tahun yang dulu.Seperti apakah rupa Ayuni sekarang.Mahukah Ayuni bertemu dengan sahabat lamanya ini.Begitulah antara monolog jiwanya sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Larut.Masih nyaman dan segar udara di sini sama seperti 10 tahun dahulu.

Setibanya di sana Syifa terus mencari pokok pine itu.Akhirnya dia berjumpa dengan sebatang pokok pine tua.Masih jelas kelihatan coretan mereka disitu.Dia menunggu di bawah pohon pine itu.Syifa kelihatan tidak sabar untuk menanti kedatangan Ayuni.Beberapa kali dia mundar mandir di bawah pokok itu.Beberapa pengunjung melihatnya dengan senyuman.

Sejam kemudian kelihatan seorang gadis datang menuju ke arahnya.Dia merasakan itu Ayuni kerana wajahnya mirip seperti 10tahun lalu.Lantas dia menghampiri gadis itu lalu memeluknya.Gadis itu kelihatan terkejut dengan tindakan Syifa.Lantas dia memberitahu bahawa dia bukanlah Ayuni.Tetapi dia adalah Aliya,adik Ayuni.Syifa berasa hairan kenapa Aliya yang datang sedangkan hanya dia dan Ayuni yang mengetahui tentang janji ini.Aliya memberitahu bahawa Ayuni sempat memberitahu tentang janji mereka itu kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhir 2 tahun lepas.Syifa terduduk apabila mendapat khabar teman baiknya sudah tiada di dunia.

Aliya memberitahu Syifa supaya menggali botol yang ditanam itu.Itu merupakan amanat terakhir kakaknya.Dia menyuruh Syifa membaca kertas yang di dalam botol Ayuni.Syifa membuka kertas berisi catatan Ayuni dan membacakannya dengan cermat.Ternyata Ayuni tidak mencatat impian dalam senarai sepertinya malah menulis surat.

Antara isi kertas usang itu adalah,
Satu-satunya impian Ayuni adalah untuk selalu berada bersama Syifa tetapi Ayuni tahu itu mustahil.Memang Ayuni akan pindah ke London tetapi Ayuni ada kanser leukemia.Tak tahu bila Ayuni akan pergi buat selamanya.Ayuni tak impikan cita-cita besar sebab doktor jangkakan Ayuni hanya tinggal beberapa tahun saja untuk hidup.Kalau Syifa baca surat ini terima kasih banyak-banyak sebab Syifa masih ingat janji dan persahabatan kita.Syifa kena janji dengan Ayuni yang Syifa akan capai impian yang Syifa tulis dalam botol itu.Ayuni akan sentiasa doakan Syifa.Sahabat selamanya.Sayang Syifa.

Syifa menangis teresak-esak apabila selesai membaca isi surat itu.Dia benar-benar tidak menyangka bahawa temannya begitu berhati mulia.Aliya menenangkannya dan memintanya supaya sentiasa mendoakan Ayuni.Dalam hati Syifa dia bernekad untuk mencapai impian dalam botolnya.

Semoga kau tenang disana sahabat kecilku.monolog Syifa sendirian sambil mengesat air matanya.

p/s=hak cipta terpelihara ye..nie bahan untuk pertandingan bercerita kanak-kanak..;p

Thursday, 31 March 2011

permintaan dari mak..

Assalammualaikum wbt..

Entry kali nie tentang permintaan dari mak aku..agak berat sebenarnya untuk menunaikan permintaan mak..tapi aku rasa aku cuba gagahkan juga lah..sebelum2 nie tak pernah pun mak aku wat permintaan macam nie..nie kira kali pertama la seumur hidup aku..cipta rekod betul..hehee..tapi aku suka dengan permintaan mak kali nie..;p

Sementara tunggu waktu isyak masuk aku dok lipat kain depan lappy..aku memang teringat nak kol mak kejap2 lagi..sebab aku nak p kuar makan dengan budak2 rumah nie dengan kakak usrah kami..kiranya pertemuan terakhirla sebelum semua pi buat khidmat masyarakat(KKN) kat destinasi masing2..Elok2 dok tengah lipat kain mak kol..wahhh memang betul2 "law of attraction" la..mak dapat signal gamaknya yang anak dia nie rindu kat dia..hehee..

Dengan tiba-tiba mak tanya 1 soalan.."Epa(panggilan aku le) ada cerita-cerita tak?Aku nie tetiba lak macam bengong tanya balik cerita apa?sebab yang aku faham dari ayat mak macam aku menceritakan sesuatu..cuak lak weih..mana la tau aku terbocor rahsia pape ke..huhuu..Jawapan selanjutnya dari mak buat aku nak gelak..Mak cakap sekolah mak nak hantar budak masuk pertandingan bercerita..Jadinya mak minta aku tolong karang sebuah cerita..Aku terkejut kut..Mak kata sebab dulu dia penah baca cerpen aku kat blog lama best..Kembang sat..hahaa..Mak cakap lagi "Epa kan pandai menulis." Aku gelak lah..setakat menulis main-main bolehlah..takdelah pandai mana pun..pandai mengarut lagi kut..huhuu..

Aku tanya la nak tema apa..Mak kata tema bebas..kalau boleh nak cerita2 yang isu semasa ke..tak mau cerita sang kancil..pulok dah..ish mak nie..macam la orang pandai reka cerita dongeng binatang..hahaaa..insyaAllah aku akan cuba..best juga nie..at least karya aku terpakai la gak kan?dari dulu teringin nak buat novel tapi selalu jadi separuh jalan..hangat2 tahi ayam..hahaaa..

Aku ada trauma untuk buat novel atau cerpen..hmmm..tak tahulah..mungkin semuanya kebetulan..cerita yang aku buat kebanyakkan akan jadi realiti pada diri aku..jadi tu lah antara sebab aku takut nak habiskan novel aku..(boleh pakai tak alasan nie?;p)

Oklah..tu je la permintaan mak aku yang paling tak disangka-sangkakan..insyaAllah tu akan ku penuhi..Nasib baik la mak aku tak buat permintaan suruh kawen dengan anak besfren dia ke..itu sah-sah aku tolak awal-awal..hahaaa..
  like mother like daughter..sama ke?;p


p/s=apa tema yang aku nak karang nie?..hmmm..kena peras balik otak nie..asyik bersalut dengan cerita korea je lately..;p

Monday, 28 March 2011

Boys Over Flowers Sound track 어떡하죠- what do I do

Assalammualaikum wbt..

Hari nie post jiwang karat sikit..mood tengah layan citer korea tajuk "Boys Over Flower"..heheee..antara banyak2 lagu yang de dalam citer tu lagu nie aku paling suka..suka melodi dia..sebab ala2 country song..syahdu gakla..pastu bile baca lirik translation lirik dia pun sangat menyentuh jiwa..pandai betul la orang korea cipta lagu..lagu straightforward tp melodi sweet..:)

nie translation lirik dia dalam english..

You ask me how my day was as if it is same everyday
I say that I'm okay but you really don't know how I feel
Do you think I will be okay without you?
Will you be okay without me?
It is really hard to live in this world without you
That is why I blame myself for still breathing

What should I do? Even now, I live these painful days because of what you said
Tell me if this is a bad thing to do
Do you live every single day painfully like me?
You and me.

Are we too late? Do not we have a chance?
I still think about you and you might know this
Is it finally this? Are we going to end up like this? Is it okay with you?
I don't think I can do it. The love that I found by meeting you, I wont find it anywhere else even if I die

What should I do? If it isn't you, no one else can be in my heart
Please hold me. And you know that even though the whole world would try
No one can erase your memories. So please hold me.

What should I do? Even now, I live these painful days because of what you said
Tell me if this is a bad thing to do
Do you live every single day painfully like me?
You and me.

Is it too late? Do not we have a chance?
But me, I still think about you, and you might not know it.

enjoy the song..saranghae..:p



p/s=lirik lagu ini tiada kaitan dengan aku..hahaaa..what past is past..i dont regret anything..because i found Allah love..:)

Sunday, 27 March 2011

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku….

Assalammualaikum wbt..

Hari nie aku saje-saje share puisi..masa tengah baca artikel-artikel di internet aku terjumpa puisi nie..sangat terharu..aku amik dari page nie..:)

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku….

Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu…
Tak cukup dengan untaian kata, dan barisan kalimat indah…
Tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah…
Tak kan ada kanvas yang mampu membingkai semua warna tentangmu…
Karena kau begitu indah disini, dihatiku….
Tahukan betapa besar rasa syukurku, ketika Allah memilihku untuk menjadi pendampingmu…
Tak pernah ku merasa cukup mensyukuri nikmat itu…
Betapa bahagiaku ketika kau memilihku diantara sekian banyak bidadari yang jauh lebih indah di luar sana…
Kau tau dengan sangat tahu,aku hanya wanita dengan segala keterbatasan dan kau tetap memilihku…

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku…
Tahukah engkau betapa getaran di dada ini seakan ingin meledak,membawaku ke awan yang hanya mampu ku ekspresikan dengan airmata…
Ketika dari lisanmu kau sebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci…

Ketika itu pula ku abdikan diriku padamu,dengan segala ketundukan yang kumiliki…
dan Kau tau, bahawa akan ku patuhi inginmu selama tak bermaksiat pada Sang Maha Kasih,Robbul ‘izzati….

Duhai Lelaki ku, penghìas mata dan hatiku…
Tak pernah ku lalui tiap hari, tiap jam, tiap detik kecuali kulalui hanya dengan jatuh cinta padamu…
Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,karena disini di hati ini kaulah yang terindah…
Dan akupun berharap dengan segala kekuranganku, kau sudi menjadikanku perhiasan terindah di mata dan hatimu…
Aku tau,diri ini tak jelita dan tak se cerdas Aisyah,apalagi setaqwa Khadijah, Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka,cinta yang terbingkai atas nama~NYA…

Duhai Penglipur Laraku…
Aku pun tahu betapa lelah dan penat harimu,bergelut dengan rutin harian kerjamu…
Kau lalui dengan penuh keikhlasan demi aku, demi anak-anak kita, demi kami amanahmu dari~NYA…

Sungguh, ketika kau lelap dalam tidurmu, aku menangis menatapmu dalam wajah lelahmu…
Betapa ku hargai tiap titisan keringatmu,  bukan berapa banyak yg telah kau beri,namun berapa banyak cinta dalam tiap titis keringatmu, dalam tiap lelahmu… Dan aku selalu merasa cukup dengan itu…

Duhai Cintaku, Labuhan Hatiku..
Tadah tanganku ke Jannah~NYA…
Jangan segan membangunkanku di 1/3 malam terakhir, bersama kita mengarungi samudra cinta~NYA dalam lautan zikir…
Jangan pernah segan menegurku dalam tiap khilafku, aku adalah wanita biasa, ada kalanya ku berbuat salah padamu, maka bersabarlah padaku, jangan membentakku atau membiarkanku..
Kau tau aku adalah kaum yg tercipta dari tulang rusuk yang paling bengkok…
Ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah, maka ketahuilah olehmu bahwa DIA menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah, tapi… Jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah…
Tatap mataku dengan cintamu,
genggam tanganku dan nasihati aku dengan lembut…
Niscaya kau akan menemukanku tersungkur menangis dalam pangkuanmu… Dan maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku…
Duhai Kasihku Dunia Akhirat…
Kau adalah nahkodaku, kemana kau mengarahkan haluan rumah tangga kita, di situ pula aku akan mengikutimu…

Maka jadilah Imam yang baik untukku, Ajarkan aku mencintaimu Karena~NYA…
Redhalah padaku,  maka Allah Yang Maha Besar akan redha padaku…
Sesungguhnya Redhamu adalah Redha Illahi….
Mudahkanlah jalanku ke Jannah~NYA…
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku…
Dari Ummu Salamah, Ia berkata :Rasulullah SAW bersabda “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya maka ia akan masuk Syurga”
Sungguh, cintaku padamu akan bertambah seiring ketakwaanmu pada~NYA,
dan akan berkurang dengan kemaksiatanmu pada~NYA…
“Aku mencintaimu karena Allah..”

p/s=kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini maka diperlukan seseorang yang mampu menyempurnakan bahagian dari seorang manusia itu..:)

Saturday, 26 March 2011

ermmm..should bear in my mind everytime..:)

Assalammualaikum wbt,

It's been a few days since i'm updating my entry..not in the kind of mood to write..nothing special happen to me recently..just yesterday the result of KKN(kind of social service) place been told..it's Cangkringan area which is quite near Merapi mount..yeahh Merapi that errupted last year..let's not talk about it..just not in mood..

Today while i'm on facebook i bump into a status updated from EcoSalon..it's wrote a status that really open my eyes & mind..here's the status "write what should not be forgotten-by Isabel Allende"..i don't know who Isabel Allende..but her status really-really good..:)

So i should bear in my mind that whenever i want to write something i should write a piece that not easily forgotten..in terms of educating people or advising people or nagging(is it a must?..;p) or telling my experience in life that everybody feel welcome,enjoy & happy to view my writting..that's all for now..

p/s=i always wanted to be the best in everything i do..but as i grow older i got to know that the best doesn't mean that you're always number 1..as long as you enjoy your life,value every time you spend with your family & friends,treasure those beautiful memories you will felt as you're the best..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...