Friday, 17 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 7..


BAB 7

“Mama,kenapa kita pindah dari rumah dulu?”, tiba-tiba sahaja Aya Sofea bertanya kepada Naurah.

Sebenarnya dia suka dengan perumahan yang dulu kerana ramai teman.Rumah yang mereka diami sekarang lebih selesa namun jiran-jirannya tidak bertegur sapa dan hanya sibuk dengan kehidupan masing-masing.Sekali sekala adalah bertegur sapa di dalam lif ketika pulang kerja.

“Oh,rumah sekarang lagi dekat nak pergi tempat kerja mama dan dekat dengan nursery Aya.Kenapa Aya tanya macam tu?” soal Naurah kembali.

“Aya suka rumah lama.Ramai kawan baik-baik.”Aya Sofea membalas.

Sebenarnya Naurah memang suka dengan perumahan yang dulu jika dibanding dengan perumahan sekarang.Perumahan dulu adalah kawasan rumah teres yang disewa.Perumahan sekarang adalah kondominium 20 tingkat yang disewa dari bos classmatenya.Yang menyebabkan Naurah nekad berpindah dari perumahan lama adalah kerana dia tidak tahan mendengar umpatan dan cacian jiran-jiran terdekat.Pada mulanya mamanya yang menceritakan padanya.Namun Naurah tidak percaya sehinggalah dia mendengarkan sendiri.Jiran-jirannya itu kelihatan baik didepannya namun begitu busuk sekali perangai mereka dibelakangnya.Mereka menuduh dirinya hamil luar nikah dan menuduh Aya Sofea itu sebagai anak kandungnya.

Ketika itu dia dan mamanya sedang membeli barang dapur di Pasaraya Giant.Aya Sofea ditinggalkan bersama adik Naurah,Sarah Aqilah di rumah.Mereka terdengar perbualan Makcik Kalsom dan Makcik Aminah.

“Perempuan tu nampak je baik.Tapi aku rasa budak kecil tu anak dialah.Muka lebih kurang je.Mustahil dia tak kahwin lagi boleh nak bela anak angkat.Tak untung apa-apa pun lah”,kata Makcik Kalsom,jiran belakang rumah Naurah.

“Hmm boleh jadi juga.Kau tahu jelah zaman sekarang ni,Som.Banyak anak luar nikah.Kahwinnya tak dah jadi ibu.Kerja bagus,muka lawa tapi sayang jadi macam tu.Kasihan anak tu.Tak ada ayah kan.”sahut Makcik Aminah.

“Nauzubillah la Minah.Aku pernah tanya pada mak dia waktu mak dia datang.Yelah,kan jiran belakang rumah aku.Boleh pulak mak dia marah aku buat fitnah.Mestilah malu nak mengaku kan?”sambung Makcik Kalsom lagi.

“Itulah pasal.Kau tau ada ke patut anak jantan aku boleh suka kat perempuan macam tu?Suruh aku risik lagi.Eh tak kuasa aku nak ada menantu macam tu.Kotor keturunan aku”,balas Makcik Aminah sambil mencebik bibirnya.

“Ish anak kau ni Minah.Bahaya tu.Baik kau jaga anak kau tu.Carikan perempuan elok sikit.”sambung Makcik Kalsom menambah lagi kejengkelan di hati Makcik Aminah.

“Diam!”,bentak Mama Naurah.

Makcik Kalsom dan Makcik Aminah tergamam dengan bentakan itu.Tidak mereka sangka bahawa mama Naurah sedang mendengar umpatan dan kejian mereka itu.

“Err..Som,jom kita pergi bayar.”,kata Makcik Aminah sambil menolak troli penuh berisi barang.

“Awak berdua ni memang tak sedar diri.Dah tua-tua masih sebarkan fitnah.Anak saya tu anak yang baik.Semua cerita awak buat tu semua tak betul.Tahu tak?!,”Mama Naurah agak hilang sabar sejak Makcik Kalsom pernah bertanyakan tentang Naurah dahulu.

“Mama,sudahlah.Terima kasihlah makcik berdua sebab fitnah saya.Demi Allah saya masih bujang dan tak pernah mengandung sama sekali.Aya Sofea tu diamanahkan untuk saya jaga oleh kawan baik saya.Kalau makcik berdua nak teruskan buat fitnah kepada saya,silakan.Tapi saya terkilan sebab makcik berpura-pura buat baik depan saya.Rupa-rupanya makcik tikam saya dari belakang”,luah Naurah dengan kesal.

“Mari kita balik Naurah.Banyak langau dekat sini.Kau pindah je lah Naurah.Lagi lama kau duduk sini lagi busuk kau jadi.”,sindir Mama Naurah dengan jelingan yang tajam.

“Pergilah kau dari sini.Penduduk sini pun tak ingin ada jiran jahat macam anak kau,”Makcik Kalsom membalas sambil mencebik mukanya.

Sabar,sabar Naurah.Jangan marah.Jangan sedih.Naurah bermonolog sendirian.

“Itulah kau,Naurah.Berapa kali mama dah cakap.Kau tu dah la anak dara.Dok bela anak kecik.Orang mestilah ingat anak kau.Tambah pula muka Aya tu mirip muka kau.Kau yang tempah penyakit sendiri tau tak?”bebel Mama Naurah ketika di dalam kereta.

“Mama,berapa kali Naurah nak cakap?Naurah kena tunaikan janji dan wasiat Lina tu.Naurah sendiri rela.Takde siapa pun paksa Naurah.”,balas Naurah.

“Kau tu memang.Degil,keras kepala.Tak nak dengar cakap mama.Pedulikanlah janji atau wasiat tu.Kau tu bila nak kahwin kalau asyik jaga budak tu je?Ada lelaki ke sanggup nak terima kau dengan budak tu?Kalau ada pun,family lelaki tu sanggup?”,Mama Naurah melontarkan pertanyaan yang menghiris kalbu.

Dia merasa kecil hati apabila mamanya berkata begitu.

“Sampai hati mama cakap macam tu.Naurah kesian dekat Aya.Siapa lagi yang boleh diharap utnuk jaga dia?Mungkin dia akan diserahkan ke rumah anak yatim sebab ibu Lina tak mampu nak jaga dia.Mama kena faham situasi Naurah.”balas Naurah dengan mata yang sarat menakung air mata.

“Kau tu.Suka sangat fikir tentang orang lain.Pasal diri sendiri bukan nak fikir pun.Kalau kau kesiankan sangat ibu Lina tu pergi jadi anak dia.Dengar cakap dia.Jangan dengar cakap mama.Jangan jadi anak mama,”Mama Naurah meninggikan suaranya.

“Mama,biar sampai mati pun Naurah tetap anak mama.Tapi maafkan Naurah,mama.Naurah tak sanggup berpisah dengan Aya.Naurah tak sanggup khianati wasiat arwah Lina.Pasal jodoh Naurah,mama jangan risau.Naurah yakin ketentuan Allah.,”bergenang air mata Naurah ketika berbicara tentang Aya Sofea.

“Suka hati kaulah.Mama tak nak ambil tahu tentang kau lagi.Kalau apa-apa terjadi kau tanggung semuanya sendiri.”,Mama Naurah memberikan kata putus kepadanya.

“Takpelah mama.Naurah sanggup tanggung semuanya.”,air mata Naurah masih bercucuran.

Semenjak dari kes itu hubungan Naurah dan mamanya juga renggang kerana mamanya masih belum menerima kehadiran Aya Sofea dengan hati yang terbuka.Perpindahan ke kawasan baru lebih menjamin kedamaian jiwanya dimana tiada lagi jiran-jiran yang bersikap talam dua muka.Biarpun sewa rumah yang harus dibayar agak mahal dari rumah sebelumnya dia sanggup.Hatinya telah banyak terluka dengan kata-kata orang sekelilingnya.Namun begitu dia harus bangkit demi melindungi bidadari kecilnya,Aya Sofea yang memberi kekuatan untuk dia terus melangkah ke depan.


Thursday, 16 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 6..


BAB 6

Bait-bait lagu dendangan Yovie dan Nuno kedengaran dari corong radio rumahnya.Lagu kegemaran Naurah yang bertajuk Manusia Biasa. Naurah tersenyum mendengarkan bait-bait lirik tersebut.Dia teringat kenangan ketika dirantauan.Di bumi indah Jogjakarta.Lagu yang sering dia dengarkan.

Naurah tersenyum apabila teringatkan kenangan digosipkan menjalin hubungan cinta bersama teman Indonesia.Gosip itu terjadi kerana ada yang melihat Naurah berbual berdua-duaan di perpustakaan universiti.Walhal ketika itu mereka bertiga tetapi salah seorang temannya Novie ke tandas pada waktu dilihat berdua.Gosip tersebut dijaja oleh teman sekuliah mereka yang sebenarnya cemburu melihat Naurah.
Naurah seorang yang sangat menjaga pergaulannya.Dia sangat takut untuk berjumpa berdua walaupun atas urusan pelajaran.Dia akan bertegas meminta teman yang lain boleh menemaninya andai harus bertemu dengan yang bukan muhrim.Dia tidak mahu dirinya terpalit fitnah sehingga mencemar nama baik keluarganya.

 “Bisa aku tanya sesuatu ngak?,”Novie membuka bicara setelah lama sekali dia menyimpan persoalan itu.
(ngak=tidak)
“Iya Novie.Mau tanya apa dong?”,Naurah membalas sambil memfokuskan pandangan ke arah Novie.Dia berhenti makan.Ketika itu mereka sedang makan tengah hari di kantin universiti.
(dong=kalimat yang ditambah untuk menyedapkan kata)

“Kamu emang ngak punya pacar ya?Kok gak pernah kencan?”.tanya Novie dengan jelas tanpa berbasi-basa lagi.
(pacar=pasangan kekasih,kencan=dating)

“Ada dong.Pacarku tinggal di masa depan.Makanya aku harus menunggu masa depan untuk kencan ama dia.Heheee”,Naurah membalas sambil ketawa kecil mengenakan Novie.
(ama=dengan)

“Ya ampun.Ditanya serius pake main-main segala.Eh yang benar dong”,Novie kelihatan geram dipermainkan sebegitu.

“Waduhh,benaran dong.Aku belum ketemu dia artinya.”Naurah menjawab serius kerana kasihan dengan Novie yang selalu menjadi mangsa gurauannya.
(artinya=maknanya)

“Mau ngak aku jadi mak comblang?Aku kenal banyak anak yang cakep,pintar.Sesuai banget untuk kamu”.Novie menyarankan cadangannya kepada Naurah setelah tahu Naurah tidak mempunyai kekasih.
(mak comblang=matchmaker, cakep=hensem)

“Emangnya udah buka agensi carian jodoh ya,bu?hahahaaa..”,Naurah ketawa besar mendengar cadangan Novie itu.
(bu=ibu,puan)

“Naurah,aku serius.Kalau kamu mau aku bisa aja dong”,Novie dengan bersungguh-sungguh meyakinkan Naurah supaya menerima cadangannya.

Bagi Naurah, kehadirannya di rantauan adalah untuk belajar.Bukanlah untuk bercinta apatah lagi mencari calon suami sebagaimana sesetengah pelajar.Malah dia sendiri pernah dirisik tetapi dia menolak kerana mahu meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.Dia pernah berjanji dengan arwah ayahnya bahawa dia akan cuba belajar sampai ke peringkat tertinggi.

“Maaf ya Novie sayang.Aku hargai banget cadanganmu itu.Tapi aku sudah bertunang.Makasih ya sahabatku”,dalih Naurah.
(banget=sangat)

“Wahhh kok gak bilang aku sih?,”Novie terkejut mendengar jawapan Naurah.
(bilang=beritahu,sih=penyedap ayat)

“Maaf,rahasia keluarga”,Naurah meneruskan dalihnya.

Sebenarnya Naurah lemas diasak pertanyaan sebegitu.Jadi dia cuba merangka satu penipuan dimana semua orang akan berhenti bertanyakan soal jodoh dan menjodohkannya.Bukanlah niat di hatinya untuk menipu cuma kadang-kadang mereka melampau.Sampaikan sanggup memberi nombor handphonenya tanpa kebenaran.Perkara sebegitu membuatkan Naurah kesal.

“Kalau begitu bagus dong.Aku kirain kamu single.Soalnya ada yang nanya tentang kamu.Jadi aku rasa bersalah mau bilang gimana ke kamu,”Novie gembira mendengar perkhabaran itu.
(kirain=menyangka)

“Heheee..Bukankah Rasulullah SAW menyuruh kita merahasiakan pertunangan?”Naurah tersengih membalas.
Padahal di dalam hatinya berbisik,habislah kau Naurah.Kebohongan yang tiada penamatnya.

“Iya benar.Ntar nikah kabarin aku ya.Mau dong ke Malaysia”,Novie membalas sambil meneruskan kunyahan.
(ntar=nanti, kabarin=beritahu)

“Iya pastilah.Tapi bukan dalam masa terdekat.Soalnya sama-sama masih belajar dan tinggal jauh”,Naurah menyambung lagi.

Alamak,apalah mulut ni.Lancar je mereka-reka cerita.Aduh aku harus berhenti.monolog hati Naurah.

“Asiikk..Pengen banget jalan-jalan ke kotamu”,Novie kelihatan gembira.

“Kapan-kapan aja bisa main ke kotaku.Aku tunggu dengan red carpet. Jangan tunggu kondangan aja deh”,Naurah membalas.
(main=datang, kondangan=kenduri kahwin)

“Mama..mama..” suara Aya Sofea mematikan lamunannya.Jauh benar dia mengelamun tentang masa lalunya.Semuanya gara-gara lagu Yovie dan Nuno yang membangkitkan nostalgianya.

“Baru bangun rupanya sayang mama ni.Lapar ke?Mama buat roti telur untuk breakfast hari ni.Dah gosok gigi belum?”,tanya Naurah sambil mengucup lembut pipi anak kecil itu.

“Aya dah gosok gigi,mama.Tengok ni”,balas Aya Sofea sambil menunjukkan giginya.

“Pandainya anak mama ni.Jom basuh tangan dulu sebelum makan”,ajak Naurah sambil membawa Aya Sofea ke sinki dapur.

“Mama,hari ni kita tak jalan-jalan ke?”,tanya Aya Sofea sambil mengunyah roti telurnya.

“Ha dah lupalah tu.Kan tengah hari nanti kita nak balik kampung jenguk Tok Ma?”,Naurah cuba mengingatkan Aya Sofea tentang plan mereka pada hari itu.

Kebetulan minggu ini adalah long weekends dan cuti umum diganti pada hari Isnin dan Selasa.Jadual oncallnya juga tiada minggu ini.Jadi dapatlah mereka pulang ke Taiping.Rasanya sudah hampir 2 bulan dia tidak pulang kerana kesibukan kerja.

“Emm,Aya tak suka balik Taiping.Tok Ma garang.Nak balik rumah nenek.”Aya meluahkan rasanya.

“Sayang,tak baik tau cakap macam tu.Tok Ma tu baiklah sebenarnya.Nanti kita pergi rumah nenek pulak ye.Kali ni giliran rumah Tok Ma.Nanti mama bawa Aya jalan-jalan kat Zoo Taiping.Nak tak?”, Naurah cuba memujuk si kecil itu.Dia tidak mahu Aya Sofea merasa terpaksa untuk pulang ke Taiping.

“Pergi Zoo Taiping?Wahhh..Aya suka.Mama,nanti kita main buai dekat sungai tu ye?”balas Aya Sofea dengan penuh keterujaan.

“Buai dekat sungai?Laaa tu tasik lah sayang.Ok baik boss”,balas Naurah sambil meletakkan tangan di dahinya menandakan aksi yes boss.

Mereka menghabiskan masa pagi Sabtu itu dengan berkemas barang sebelum bertolak pulang ke Taiping.

p/s= :)

Wednesday, 15 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 5


BAB 5

Ya Allah,penatnya badan ni.Rasa macam nak tercabut tulang.Ramailah pulak patient hari ni.Mentang-mentanglah semalam farmasi tutup Sabtu dan Ahad.Dah macam pasar pula.Hati Naurah berkata-kata.sambil-sambil itu tangannya memicit-micit kakinya yang lenguh kerana terkejar-kejar dari wad dan farmasi.

“Hai kak Naurah.Picit-picit kaki nampak?”tegur pegawai yang lebih junior darinya.

“Yelah Min.Kaki akak ni rasa macam nak tercabut.Ramai pulaklah tadi yang discharge wad.Akak kena naik turun wad untuk bedside dispensing.”balas Naurah sambil terus memicit-micit kakinya.Sekejap lagi kena meneruskan perjalanan balik rumah pula.Ohhhh..hatinya mengeluh.

“Nah minum kopi ni.Min buat khas untuk kak Naurah”,Yasmin menghulurkan secawan kopi instant yang dibuatnya.

“Susah-susah je Min ni.Akak boleh bancuh sendirilah.”Naurah tersenyum sambil mengambil kopi tersebut.

“Leganya dapat minum kopi waktu letih-letih ni.Tambah pula dibancuh oleh tangan manis bakal pengantin .Hilang letih akak.Sedappp..Heheee..” Naurah cuba mengusik Yasmin.Yasmin bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini.

“Ish akak ni.Ada-ada jelah.Yang akak tu bila lagi?Dah ada calon belum?” Yasmin kembali membalas pujian Naurah dengan soalan cepuemas.

Haa kan dah terkena aku.Padan muka siapa bergurau pasal benda tu.Naurah tersenyum kelat.

“Akak bagi chance kat adik-adik dulu.Heheee..Belum adalah calon.Kenapa nak tolong carikan ke?”Naurah kembali bergurau.

“Eleh akak ni.Bagi chancelah sangat.Betul ke akak takde calon?Bukan ramai ke peminat akak kat hospital ni?Min selalu dengar orang kirim salam.Takkan takde apa-apa kut?Yasmin cuba menduga. Masakan gadis secantik dan seayu Naurah tiada calon.Bohonglah.Tambahan pula, ketika dia baru masuk ke hospital ada yang mengatakan untunglah dapat 1 department dengan Naurah.Sudahlah cantik,baik hati dan sangat menjaga auratnya.

“ Betullah.Akak tak tipu.Mungkin belum masanya.Atau takde orang berani nak kahwin dengan ‘singa’ macam akak.Heheee..”Naurah tetap dengan gurauannya.

Memang tak dinafikan Naurah seorang yang tegas apabila melibatkan pekerjaan kerana dia faham bahawa setiap pharmacist mempunyai “license to kill” iaitu setiap ubat terakhir yang dicek adalah tanggungjawabnya.Jadi jika salah ubat boleh sahaja mengancam nyawa pesakit.
Pernah ada seorang doktor bertengkar dengannya.Ketika itu Naurah cuba menerangkan kesalahan doktor  yang mempreskripsikan ubat yang salah.Tetapi doktor itu tidak mahu mendengar dan berkeras dengan preskripsi yang salah.Naurah memberitahu dengan baik tetapi doktor itu tetap dengan bodoh sombongnya.Jadi Naurah hilang sabar dan berdegil mahu menukar preskripsi tersebut.Dengan beraninya Naurah menukar preskripsi tersebut dan meletakkan namanya untuk bertanggungjawab.Doktor tersebut mengadukan perbuatan Naurah kepada Ketua Pegawai Farmasi.Tetapi kerana keberanian dan tekad Naurah nyawa pesakit dapat diselamatkan apabila ternyata memang ada interaksi ubat antara ubat-ubat yang diberi.Pesakit yang mempunyai asma diberikan tablet penghambat Beta (beta blocker) yang mampu menyebabkan kesesakan nafas dan mampu mengancam nyawa.Tindakan Naurah dipuji Ketua Pegawai Farmasi kerana berani.

“Hmm takdelah.Akak kan orang hebat.Jadi mestilah akan dapat orang hebat.Min tahu akak mesti akan kahwin dengan orang yang sehebat dan sebaik akak juga.Min doakan yang terbaik untuk akak”.ujar Yasmin sambil tersenyum.

“Terima kasih Min sebab doakan yang terbaik untuk akak.Min beruntung sangat dapat sempurnakan agama tak lama lagi.Antara ciri-ciri wanita yang Allah berkati ialah rendah maharnya, cepat nikahnya dan cepat dapat anak.Oklah Min,akak kena beransur dah ni.Nanti Aya tunggu lama pula kat nursery.” balas Naurah dengan senyum yang manis sambil bangun dari kerusi pantri.

“Oh betul juga.Dah nak dekat pukul 6.Leka pula kita berbual.Min tumpangkan akak sampai stesen LRT ye?” balas Yasmin sambil beredar mencuci cawan.

“Boleh juga kalau tidak menyusahkan Min.”setuju Naurah.

Kot putih disangkut di pejabat mereka dan mereka berdua beriringan keluar menuju ke tempat parkir

Tuesday, 14 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 4..


BAB 4

Puan Maryam asyik teringatkan si kecil Aya Sofea kebelakangan ini.Untuk menjenguk ke rumah Naurah beliau tidak mampu.Tugasnya sebagai seorang pengajar kalam suci membataskan beliau untuk meninggalkan rumah dalam beberapa waktu.Kasihan anak-anak yang datang mengaji.Begitulah beliau memujuk dirinya. Tambahan pula,jarak antara Kuala Lumpur dan Kuantan agak memakan masa.

Kringg..kringgg..Telefon rumah Puan Maryam berdering minta diangkat.Beliau bergegas menuju ke arah ruang tamu dari dapur dengan kudrat tuanya.

“Assalammualaikum..”jawab Puan Maryam dengan perlahan.

“Wa’alaikumussalam.Nenek sihat tak?”..kedengaran suara yang begitu ceria di hujung talian.
Suara yang sangat dirindui Puan Maryam.

“Sihat sayang.Ya Allah,nenek rindu sangat kat Aya.Baru je nenek ingat nak telefon malam nanti.Cucu nenek sihat tak?Mama mana?” tanya Puan Maryam kembali.Hatinya berbunga gembira apabila mendengar suara cucu kesayangannya itu.

“Mama ada kat sebelah Aya ni nenek.Kami sihat.Nenek dah makan?”Aya petah berbicara walaupun masih kecil.

“Nenek dah makan tadi.Sayang nenek ni dah makan ke?Makan apa?Mama masak ye?Boleh nenek cakap dengan mama tak?” Puan Maryam tersenyum dengan soalan anak kecil itu.Seperti biasa pasti Aya Sofea akan menanyakan padanya sudah makan atau belum.

“Aya dah makan dah pun.Tadi mama masak sup ayam.Sedap tau nenek.Heheee..Mama pun nak cakap dengan nenek” balas Aya Sofea sambil menyerahkan telefon bimbit kepada Naurah.

“Assalammualaikum,ibu.Sihat ke?Sorrylah dah lama tak balik Kuantan.Naurah busy sikit dengan kerja.Tambah pula ada yang cuti bersalin kat department Naurah.Beban kerja bertambahlah sikit.InsyaAllah bila-bila Naurah dah free kami balik.Rindu sangat kat ibu.” ujar Naurah.Sedikit kekesalan bersarang dihatinya kerana sudah lama tidak menjenguk Puan Maryam.

“Wa’alaikumussalam.Alhamdulillah ibu sihat je.Biasalah penat sikit-sikit tu.Sesuailah dengan usia.Tu lah.Ibu pun rindu kat korang berdua ni.Ibu pun tak dapat nak pergi sana.Sekarang ni dah bertambah budak-budak mengaji.Dari 3 orang dah jadi 5 orang sekarang.Ibu tak sanggup nak tinggal pasal baru belajar muqaddam budak-budak yang baru masuk tu.” balas Puan Maryam.

“Takpelah ibu.Betul tu.Kesian budak-budak tu.Lagipun kesian ibu juga.Naik bas datang KL sorang-sorang bahayalah ibu.Nanti biar kami je lah balik sana.Oh ya,baru Naurah ingat.Semalam Naurah dah masukkan duit belanja untuk ibu.Tak banyak pun.Naurah harap cukuplah untuk ibu.” kata Naurah.

“Ya Allah,Naurah..Naurah..Tak payahlah masukkan duit untuk ibu.Ibu kan ada pendapatan sendiri.Lagipun ibu sorang je.Mana pakai belanja banyak pun.Lain kali tak payahlah.Simpan untuk Naurah sendiri.Buat belanja kahwin nanti.” balas Puan Maryam sebak terharu dengan sikap Naurah yang sangat prihatin terhadapnya.

“Ala ibu ni.Ke situ pulak.Naurah ikhlaslah.Janganlah menolak pula.Sedihlah Naurah macam ni.”Naurah pura-pura merajuk.

“Yelah.Ibu tak menolak.Bila Naurah nak kahwin ni?Dah ada calon belum?”Puan Maryam cuba menduga Naurah.

“Errr..entahlah ibu.mungkin tahun ini,tahun depan atau tahun mendatang..hahaaaa..Naurah tak kahwin pun takpelah.Sebab Naurah dah ada anak..Heheee..”jawab Naurah sambil ketawa kecil.

“Ish budak bertuah ni.Main-main pula.Ibu ni kalau ada anak lelaki mesti ibu dah kahwinkan dengan Naurah.Malangnya takdelah pula.”balas Puan Maryam agak kesal dengan jawapan Naurah yang tidak pernah serius apabila ditanya bab perkahwinan.

Sebenarnya Puan Maryam merupakan ibu kepada rakan baiknya, Lina. Ibu kandung kepada Aya Sofea yang dijaga Naurah.Puan Maryam menganggap Naurah sudah seperti anaknya sendiri sejak dari dulu lagi.Lina hanya mempunyai 2 adik beradik.Yang sulung adalah kakaknya yang sudah berkahwin dan berhijrah mengikut suami yang bertugas di United Kingdom.Suami Puan Maryam pula telah lama meninggal dunia.Kesudian Naurah melaksanakan wasiat terakhir Lina membuatkan Puan Maryam kagum akan kecekalan gadis itu.

“Yelah ibu.Takpelah nanti-nanti Naurah kahwinlah.Ada jodoh ada lah ibu.Takde siapa pun nak kat Naurah ni.Comot je.Tak macam gadis-gadis KL yang hot meletup tu.Heheee..Ibu doakan je lah ye..”Naurah kembali membalas.

“Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Naurah.Ibu tak nak keluarga kami menjadi penghalang kepada kebahagiaan Naurah”..Puan Maryam sebak apabila mengenangkan bagaimana mama Naurah membencinya kerana dianggap menyusahkan Naurah dan cuba bersikap lepas tangan terhadap cucunya dengan alasan wasiat arwah Lina.

“Ya Allah,ibu..Jangan cakap macam tu.Naurah tak pernah terdetik pun rasa macam tu.Maafkan Naurah kalau ibu terasa dengan cakap Naurah.” balas Naurah serba salah.

“Taklah.Ibu cuma terfikir saja.Naurah takde salah pun dengan ibu.Ibu beruntung sangat-sangat.Allah ambil Lina tapi Allah gantikan dengan Naurah.SubhanaAllah.Oklah Naurah.Ibu nak siap-siap nak pergi pengajian malam ni.Makcik Beah ajak tadi.” balas Puan Maryam.

Jam di dinding juga menunjukkan hampir pukul 7.Tak sangka dah hampir setengah jam mereka berborak di telefon.

“Ok,ibu.Apa-apa nanti Naurah telefon lagi.Ibu hati-hati.Ubat jangan lupa makan tau.Jaga kesihatan baik-baik.Aya,mari cakap byebye kat nenek.” ujar Naurah sambil memberi telefon ke Aya Sofea.

Byebye nenek.Nanti kita jumpa ye.Sayang nenek banyak-banyak..Muahhh.”Aya Sofea menjawab sambil tangan menggayakan flying kiss untuk neneknya.

Puan Maryam ketawa kecil mendengar suara cucunya itu.

to be continued..
p/s=patah seribu..lalalaaaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...