Wednesday, 11 April 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 17..


BAB 17

Ahad itu sepatutnya Naurah dan Emelyn bertemu.Tetapi disebabkan hal keluarga Emelyn terpaksa membatalkan pertemuan mereka.

Naurah dan Aya Sofea cuma berehat-rehat di rumah.Terbit pula keinginan di hati Naurah untuk mengunjungi Kak Azwa.Sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita tersebut.

“Sayang,jom kita pergi rumah Aunty Wa nak?,Naurah mencadangkan kepada Aya Sofea.

“Jom.Dah lama tak jumpa Aunty Wa kan mama?”,Aya Sofea bersetuju dengan pantas.Dia sememangnya suka berkunjung ke rumah Kak Azwa.

Naurah sempat menyediakan puding roti sebagai buah tangan untuk dibawa ke rumah Kak Azwa. 
Kedua-dua mereka bersiap-siap dan menuruni lif menuju ke rumah Kak Azwa.

Dia mahu memberikan kejutan untuk Kak Azwa.Jadi dia tidak menelefon terlebih dahulu.

Tokk..tokk..tokk..Pintu depan rumah Kak Azwa diketuk perlahan.

“Assalammualaikum,Kak Azwa”,Naurah memanggil.Dalam hatinya berharap agar Kak Azwa ada di rumah.

Pintu depan rumah dibuka.Wanita bertudung pink tersenyum melihat mereka berdua.

“Wa’alaikumussalam.Eh korang rupanya.Masuklah”,ujar Kak Azwa dengan ramahnya sambil mempelawa mereka masuk rumah.

Aya Sofea menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Kak Azwa.

“Alaa pandainya dia.Meh sayang Aunty sikit,”Kak Azwa membalas sambil mencium pipi Aya Sofea.
Aya Sofea tersipu-sipu malu apabila diperlakukan sebegitu.

“Nah kak.Ada buah tangan sikit.”,kata Naurah sambil menghulurkan buah tangan yang disediakan.

“Laa buat susah-susah je.Meh jemput duduk.Bagus sangatlah korang datang.Takdelah akak sunyi sangat.Anak-anak ada camping cuti-cuti sekolah ni.Suami akak macam biasalah outstation pulak”,Kak Azwa ternyata sangat gembira dengan kehadiran mereka.

“Dah kebetulan kitorang pun free hari ni.Teringat pulak dah lama tak jumpa akak”,Naurah membalas sambil tersenyum.

“Aya,nak main game tak?Nanti Aunty Wa ambilkan.Kejap ye”,Kak Azwa berlalu ke bilik anak bujangnya.

“Ambil ni sayang.Pandai tak main nie?”,ujar Kak Azwa sambil menyerahkan gameboy anaknya.

“Pandai.Rumah Aya pun ada.”,Aya Sofea menjawab sambil tersenyum gembira.

“Budak-budak sekarang ni cepat belajarlah akak.Aya ni cepat je mengikut dari apa yang dia tengok dari tv.Risau betul saya”,Naurah meluahkan kegusarannya.

“Ala budak-budak Naurah.Otak baru belajar.Macam anak-anak akak dulu pun samalah.Yang penting kita kena pandai kawal diorang tapi tak boleh jugak nak overcontrol,boleh jadi pemberontak nanti.Kena berpada-padalah”,balas Kak Azwa sambil tersenyum.

Oh ya,akak.Saya nak tanya nie.Akak mengajar kat sekolah menengah kat Shah Alam kan?Saya ada kawan jugak mengajar kat sana.”,tanya Naurah.Sebenarnya dia mahu mengorek rahsia dari Kak Azwa andai Faqih juga mengajar di sekolah yang sama.

“Oh yeke?Siapa nama dia?Lelaki ke perempuan?Alah kalau cikgu sekolah area sana akak banyak kenal je sebab selalu jugak ada meeting atau aktiviti bersama.”,ujar Kak Azwa sambil dia hairan juga kenapa tiba-tiba Naurah bertanya begitu.

“Hmm lelaki.Kawan tuisyen saya masa zaman sekolah dulu.Masa balik kampung hari tu terjumpa dia balik.Kebetulan dia cakap dia mengajar di sekolah kat Shah Alam.Saya terus teringatkan akak mengajar kat sana juga.Nama dia Muhammad Faqih”,ujar Naurah bersahaja.

“Boyfriend ke?Hihii..”,usik Kak Azwa sambil ketawa kecil.

“Eh takdelah.Kawan lama dan sekampung la.Adoii akak nie..Kenal tak?”,ujar Naurah tersipu-sipu malu diusik sebegitu.Untung sahaja Aya Sofea tidak mendengar usikan itu.Kalau tidak pasti tambah malu dirinya.

“Hmm setahu akak takdelah pulak nama cikgu macam tu.Apatah lagi cikgu lelaki muda memang takde yang nama macam tu.Mungkin bukan sekolah area Shah Alam kot.Tak pun sekolah berasrama kot.Cuba tanya dia balik nanti.”,Kak Azwa menjawab sambil mukanya cuba mengingat-ingat andai pernah terdengar nama tadi.

“Oh takpelah.Tak penting pun.Saja je pun.”,ujar Naurah sambil tersenyum.Hatinya mula berasa tidak enak.Firasatnya seperti mengatakan yang Faqih bukanlah seorang cikgu.Hmm kena siasat lagi nie,getus hati kecilnya.

Petang itu mereka menghabiskan masa di rumah Kak Azwa sambil bercerita santai tentang kehidupan dan pengalaman hidup masing-masing.Setiap hari pasti ada pengalaman baru untuk dirinya dan Aya Sofea dan mereka berdua akan tetap tabah menghadapi hidup ini walaupun dugaan datang menimpa.

***to be continued..

p/w=sorry fos such short stories here..out of mood nak menaip..hihii..:p insyaAllah bakal bersambung lg..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...