Tuesday 31 January 2012

copypaste:Kenapa Harus Terburu-buru?

Assalammualaikum wbt,

Semoga korang sihat sejahtera..kan aku dah janji kan semalam nak update entry ber'isi'?haa nie nak tunaikan janjilah nie..cuma bukan entry perahan otak..otak penat nak fikir..hahaaa..(alasann..;p) copypaste pun boleh kan sebab ia sangat dekat dihati aku..ngeee..

Artikel ini dicopy dari sini.

Selamat membaca..:)


“Sudah ade kekasih ke belum?”
“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”
“Masih takde yang berkenan ke?”
“Memang jenis suka bersendirian ae?”
Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa. Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja. Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.
Luluh juga pertahanan hati, suasana disekeliling kita memaksa kita untuk hidup seperti mereka. Kita tidak mahu dicap kolot, jual mahal dan suka mengasingkan diri. 
Pupus kemulian diri, menjaga kehormatan adalah sangat berat hampir separuh mati. Hidup terasing dari suasana masyarakat yang merayu setiap hari. Memadu kasih, menyapa sayang akhirnya bukanlah sesuatu yang istimewa. Tidak istimewa kerana tiada masa menunggu yang panjang. Tidak pula menarik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai dengan selera.
Mudah sekali menjalinkan hubungan dan mudah sekali memutuskan hubungan. Mencintai  dan dicintai menjadi tidak asyik lagi. Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata, mamanjakan hasrat jiwa dan mengabaikan larangan Allah.
Apa yang membuat kita berasa harus menyemai cinta di usia belia? Apa yang membuat kita perlu berlatih, mengolah hati dan mengolah perasaan untuk sesuatu yang bernama “cinta yang terlarang?” apa yang membuatkan kita bersusah payah menyesakkan fikiran dan jiwa untuk sesuatu yang hanya menghasilkan pundi-pundi dosa?
Apakah bila cinta tidak menghampiri, ia tidak akan datang selamanya?
Apakah kalau kita tidak merasakan sekarang, kita akan menjadi makhluk paling aneh didunia?
sama sekali tidak.
masa muda adalah masa produktif. Masa muda adalah masa untuk mengumpulkan bekal untuk hidup yang semakin mendatang. Inilah masa untuk memberi erti kepada dunia yang kita huni. Inilah masa untuk mengasah kemampuan, mengumpulkan kemahuan dan berharap adanya perubahan yang besar dalam hidup kita.

p/s=soalan cepucemas.. :p

Buah hati aku..:)

Assalammualaikum wbt,

Hi everyone..Semoga sihatlah ye..:)

Entry kali nie nak memperkenalkan buah hati aku..heheeee..jangan salah sangka okeh..buah hati pengarang jantung pisang (eh?) aku adalah Ahmad Darwisy Daniel dan Wan Nurulain Solehah..my little niece and nephew..ngeeee..(^_^)

Owhh they're so adorable..much2 love..<3

 ::berposing dimeja makan..(^_^)v

 :::seronoknya pi pasar siti khadijah..:p

:::silaulah mata saya nie..:p

:::peace2 kacang pis..:p

Ok tu je entry untuk malam ini (err macam pagi je lebih sesuai)..gambar-gambar nie diambil masa kami pi bercuti ke Kelantan..bukanlah bercuti jugak pun..tujuan utama melawat besan mak aku kat Pengkalan Chepa..asyik makan je pi sana..kak ipar aku mengadu boleh gemuk kalo dok sana..mau taknya..makan nasi 3-4x sehari..hahaaa..;)

p/s=nanti baru update entry ber'isi' sikit eh..:p

Monday 30 January 2012

ditunggu atau menunggu?

Assalammualaikum wbt,

Hi sahabat-sahabat..semoga kalian berkhabar baik dan sihat sentiasa..aku?tekak tak berapa nak sihat..tapi semangat still kuat..(ececeee..:p)

Persoalan kali ini adalah ditunggu atau menunggu?(blog nie dah macam pertandingan kuiz la pulak kan?asik bagi persoalan je..hahaaa..-_-"

Baiklah mari kita analogikan persoalan ini..

Situasi:

Ada seorang gadis si A.Ada 2 orang jejaka B dan C.Gadis A telah jatuh hati kepada jejaka B.Manakala jejaka C jatuh hati kepada gadis A.Dalam perjalanan waktu gadis A telah memendam rasa dan menunggu lamaran jejaka B.Manakala Jejaka C pula telah menunggu gadis A tanpa gadis A sedari.Setelah beberapa lama gadis A mendapat tahu bahawa penantiannya adalah sia-sia kerana jejaka B telah berpunya.jadi gadis A kecewa kerana selama ini dia menunggu tanpa menyedari bahawa dia ditunggu oleh jejaka C.tetapi setelah menyedari kesilapannya gadis A sedih kerana dia dibutakan oleh cinta palsu semata-mata.

Jeng..jeng..jeng..persoalannya..kalau korang jadi jejaka C apa yang korang akan lakukan?dan kalau korang gadis A pun apa korang akan lakukan?dan begitu juga kalau korang jejaka B apa yang korang akan buat?

p/s=Jawab jangan tak jawab..:p

Sunday 29 January 2012

copypaste:Jika Aku Pilihanmu..

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..Kali nie entry aku copypaste je..takde tenaga lagi nak memerah otak untuk menulis sebab baru saja sampai dari Kelantan pukul 10 malam tadi..capek deh..(padahal penumpang je kut..:p)~ 

Entry kali nie adalah dari sini..sangat indah puisi nie..terharu..:') sila baca dan hayatilah bait-baitnya..:)

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu.  Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju.  Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu.  Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~
p/s=macam penulis puisi nie baca isi hati aku je.. :p

Thursday 26 January 2012

subhanallah..:')

Assalammualaikum wbt,

Semoga kalian sihat sejahtera hendaknya..Nie adalah kali terakhir aku mengupdatekan entry..eh dont take it seriously..last untuk hari ini dan insyaAllah bakal menyusul bila aku berkelapangan..Sebab mulai esok aku akan ke Kelantan untuk menziarahi besan mak aku..mak dan bapa mertua along aku ok?..jangan silap..:p

Dalam beberapa hari ada perkhabaran yang tidak gembira untuk aku..yang sangat mengganggu sebenarnya..tapi alhamdulillah berakhir dengan hikmah yang mungkin aku telah nampak..sangat-sangat indah.
.

Subhanallah aku terharu dengan cara Allah memberi aku berita itu kemudian diiringi dengan keindahan ukhwah..terima kasih kepada mereka-mereka yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat,mendoakan yang terbaik untuk aku..semoga Allah limpahkan kebaikanNya kepada orang-orang tersebut..sangat-sangat terharu dengan cara mereka..semoga Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..:')

Semoga ukhwah kita saling bekekalan sehingga akhir hayat..Aamiin..:')

p/s=kelakar bila ada yang cakap aku dah tunang sedangkan aku sendiri pun tak tau dgn sapa..lol..

Wednesday 25 January 2012

wordless wednesday..:)

Assalammualaikum wbt,





p/s=calamity..

copypaste:wahai pasangan kekasih..

Assalammualaikum wbt,

Semoga kalian sihat sejahtera sentiasa.Entry hari ini adalah hasil copypaste dari link  ini..Mari hayati bersama nasihat yang dicoret sebagai panduan kita..


Wahai pasangan kekasih,
usahlah bazirkan airmata,andainya putus cinta sesama insan,
kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia,
sebaliknya bazirkan airmata,andai putus cinta dengan Ilahi,
menangislah sepuas-puasnya,mohonlah keampunanNYA,
kerana airmata yang mengalir memohon keampunan Ilahi ,
adalah lebih berharga,lebih bernilai dari emas permata.

Wahai pasangan kekasih,
Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum,
Wah!hebatnya peribahasa melayu,peribahasa yang paling popular,
Betul juga ya,peribahasa ini,tak disangkal lagi,
Bersepah-sepah kumbang yang berterbangan,dimuka bumi ini,
Begitu juga dengan bunga yang mekar di taman larangan,
Mekar dengan berbagai haruman,
Indah sungguh ciptaan Ilahi.

Wahai pasangan kekasih,
Sebagai hamba Allah,
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (AL-BAQARAH AYAT:216)

Wahai pasangan kekasih,
Fahami dan renungilah ayat tersebut,
Bahawasanya sesuatu yang disukai,
Belum tentu membawa kebaikan pada diri sendiri,
Bahawasanya sesuatu yang dibenci,
Belum tentu memudaratkan diri sendiri.
Bahawasanya cinta sesama insan,
Tidak akan kekal hingga akhirnya,
Bahawasanya cinta kepada Allah,
Adalah cinta abadi,cinta yang kekal abadi selamanya.

Wahai pasangan kekasih,
Putus cinta sesama insan,
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,
Kenapa dibebani fikiran,,hati dan jiwa,
Dengan masalah yang remeh-temeh ini,
Kenapa tak lapangkan fikiran dengan mengingati Allah yang satu,
Kenapa tak hiasi hati dengan zikrullah,
Kenapa tak tenangkan jiwa dengan bersolat dan berdoa,
Tenteramkan jiwa dengan alunan merdu,
ayat-ayat suci Al-Quran,
sedangkan tahu itulah yang terbaik,
kenapa diikutkan rasa hati,
Kenapa dan kenapa.

Wahai pasangan kekasih,
Lupakah pada pesanan:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.
Wahai pasangan kekasih,
Benarlah kata pujangga:
“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila bunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya”.

Wahai pasangan kekasih,
Yakinlah pada ketentuan,
Yang Maha Esa,
Pasrah segalanya,
Sudah tertulis milik siapakah anda,
Di LOHMAHFUZ,
Cuma anda tak tahu,
Siapakah jodoh anda,
Yang tersirat dan tersurat,
Hanya Allah Maha Mengetahui.

Renungan ini ditujukan buat pasangan kekasih yang tanpa ikatan yang halal. moga ianya menerbitkan keinsafan dan meneguhkan keimanan. moga Allah redha..:) 

p/s=menanti di pelantaran iman..:')

Monday 23 January 2012

pijak semut pun tak mati..

Assalammualaikum wbt,

Semoga korang sihat sejahtera di musim cuti umum ini..Hari nie terlebih rajin nak update entry..

Ada seseorang cakap kat aku..kalo baca dari blog aku nie rasa macam aku nie pijak semut pun tak mati..tapi hakikatnya bukan macam yang tertulis di blog pun..Aku-hahaaaa..(ketawa sinis)..pernah juga ada orang yang cakap "saya baca blog awak.awak nie baiklah".Aku-erkkk..

Jawapan untuk semua soalan di atas,untuk pengetahuan semua pembaca blog aku sama ada follower aktif or silent reader tujuan aku menulis setiap entry di sini bukanlah bertujuan untuk mempromosikan kebaikan aku atau nak mendengar pujian atas setiap entry..(even tak pernah terdetik pun!)..Lagipun apa yang aku dapat pun dari setiap pujian atau promosi itu?!


 Ya,aku akui aku bukan "wanita lindungan Kaabah" yang memang perfect in everything yang mana tak pernah buat salah..Hakikatnya aku hanya seorang insan..Makna insan sendiri berasal dari lalai dan lupa..begitulah jua aku.

Jadi tolonglah jangan samakan setiap entry aku dengan perangai aku.Sebab semua entry tu sebenarnya nak refleks ke diri aku sendiri..supaya aku juga mampu jadi baik.insyaAllah..bukannya nak tunjuk baik.."konon-konon nak tunjuk baiklah tu dengan asyik mengupdate pasal kebaikan atau nasihat di entry blog or wall facebook"..yupp,aku sedih bila mendengar kata-kata sebegini..sebab aku tak pernah terdetik pun macam tu..tapi takpelah..Allah tahu apa yang tersirat di hati..
 
Kadang-kadang penat tau nak menjaga perasaan orang lain..sebab orang tak pernah nak selami perasaan kita..apa yang mereka cakap atau gurau tak pernah nak fikir sama ada mengguriskan hati orang lain atau tak..yang tahu gelak ketawa puas apabila mengenakan orang lain..tak kiralah itu bergurau atau tidak andai saja orang itu terguris tanpa kita sedari bagaimana?fikir-fikirkan..

Kalau kita sendiri tak mahu dan menolak kebaikan,adakah kebaikan itu akan datang?Kalau kita sendiri tak berusaha untuk jadi baik,adakah kita akan jadi baik?Akhir kata,hayati ayat ini "...maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)"-Al-Insan:29..



p/s=nobody's perfect..

Fesbuk jadi diari harian?

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kawan-kawan.Semoga didalam rahmat dan kasih sayangNya.Bestnya minggu nie sebab cuti..(eleh macam aku keje kan) best sebab ramai orang balik kampung (macam la aku ada kampung nak balik kan) best sebab adik-adik aku merangkap bestfriends(bestfriend la sangat..lol) balik rumah..jadi suasana rumah aku biasalah riuh pastu ada teman curhat(ngeh3)..


Facebook atau lebih glamer dikenali sebagai fesbuk dikalangan muda mudi..eh bukan muda mudi sahaja ok?ada juga remaja di akhir hayat pun ada fesbuk tau.(tapi bukan mak akulah ye..beliau dilarang keras oleh anaknya..hahaaa)..manakala diari adalah catatan harian yang kita tulis tentang apa yang kita lakukan dan selalunya secretlah kan..heheee..owhh aku admit seumur hidup aku tak pernah menulis diari selama 365 hari berturut-turut..adalah beberapa hari yang rajin pastu terlebih "rajin" terus tak tulis..hahaaa..

Ok berbalik kepada persoalan di atas fesbuk sebagai diari..hmmm..bukanlah aku mengatakan "owhh aku tak pernah eh update macam tu.." nampak sangat menipunyaaa...aku admit memang pernah..ketika zaman aku awal-awal menceburi alam fesbuk sebab excited pasal update kut..hehee..mungkin teruja bila orang komen kat status kita..owhhh kesiannya daku dahulu..>.<

Lately aku sering ternampak status-status ala diari kehidupan yang setiap minit update..sebagai manusia yang lemah iman jadi untuk tidak menyebabkan aku nie mengutuk atau mengata atau menyampah dengan benda tersebut jadi aku dengan kejamnya telah unsubscribe status manusia-manusia sebegini..maaflah sebab kalau aku delete orang-orang tu lagilah keji dan kejam kan..sebenarnya aku taknak delete diorang sebab aku berharap diorang memperoleh sesuatu dari wall aku..jangan salah faham..maksud aku apa sahaja artikel atau doa atau nasihat yang ada di wall aku..mungkin ada kebaikan yang berpanjangan di situ..

Bagi aku tak perlulah menceritakan setiap minit perlakuan kita di fesbuk sebab benda tu akan membahayakan diri kita sendiri sebenarnya.sebagai contoh,ada seorang gadis mengupdatekan status fesbuknya menceritakan bahawa dia baru sahaja balik dari bank.nah,nie bukankah akan menjadikan diri kita sebagai sasaran penjenayah?lagi satu,antara semua kawan korang di fesbuk,adakah semuanya korang kenal dengan baik?aku sendiri pun tak kenal semua dari seribuan friends di fesbuk aku.pengalaman sendiri mengajar supaya berhati-hati dengan medium internet dan tidak sembarangan memberi detail especially nombor telefon..(beware to all girls)..


Owh ye lagi satu kalau yang dah berumahtangga tu baiklah menjaga rahsia keluarga anda..sebab menurut kajian fesbuk nielah penyebab penceraian!..sayang je..penat-penat bercinta bagai nak rak,last-last sebab fesbuk nie jadi medan luahan perasaan bercerai lak..(nauzubillah la kan)..cuba baca sini untuk tahu lebih lanjut mengenai kes penceraian akibat fesbuk..

Boleh kan?..updatelah status apa-apa pun yang membawa kebaikan asalkan bukan perjalanan harian yang perlu diupdate setiap minit dan membahayakan diri sendiri.andai korang artis silakanlah ye..(oppss jangan marah ye)..agak-agak kalo stress giler bolehlah sign in akaun twitter pastu updatelah setiap minit pun takpe..orang tak kesah pun..sape kesah sila unfollow..hahaaaa..twitter rules..:p

p/s=admit diri sendiri suka mengomel2 dan membebel2 di twitter..-_-" 






 

Saturday 21 January 2012

Kenapa hidup dia gembira je eh?

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera.Begitu juga dengan 'kesihatan' iman.:)

Persoalan aku pada hari ini adalah "Kenapa hidup dia gembira je eh?" Ha jangan serkap jarang dulu.Ini bukan kes dengki or tak puas hatilah.Persoalan nie confirmlah korang pun pernah terdetik dalam hati terutamanya bila berhadapan manusia-manusia di situasi sebegini.Situasi pertama dimana seorang manusia ini selalu melakukan kejahatan seperti membunuh,minum arak dan lain-lain perkara mungkar tetapi hidup dia sentiasa kaya dan senang.Situasi kedua dimana seorang student asyik melakukan maksiat,tidak solat,tidak menutup aurat dan lain-lain selalu mendapat markah tertinggi dalam kelas,selalu mendapat pujian,bahkan mendapat kesenangan dalam berbagai perkara yang dia lakukan.Sedangkan di situasi lain pula manusia yang baik dan mengikut peraturan Allah asyik dirundung malang,diberi pelbagai ujian dan hidupnya melarat.Tentu korang pernah terfikir begini kan?Macam Allah itu tidak menghukum pun orang yang melakukan kemungkaran tersebut?


Hmm sabar.Allah itu Maha Adil.Ada banyak caraNya untuk menghukum seseorang dan siapalah kita untuk menentukan hukum kan?Pernah tak dengar istilah 'Istidraj'?Mesti pernah kan masa belajar subjek Pendidikan Islam kat sekolah dulu..hehee..Kalo tak ingat mari sini aku ingatkan.Pengertian Istidraj berdasarkan istilah adalah kelebihan atau kesenangan yang Allah berikan pada seseorang dengan bertujuan untuk menjauhkan diri kita dari Allah.Dalam bahasa yang simple adalah Allah bagi kesenangan pada orang yang melakukan kemungkaran supaya dia terus lalai dan lupa kepada Allah.Dari segi bahasa perkataan Istidraj itu sendiri dari perkataan 'Daraj' yang bermaksud tangga.Memetik kata Ustaz Zahazan dalam rancangan Al-Kulliyyah yang aku tonton 2 minggu lepas,seseorang yang Allah berikan istidraj boleh diibaratkan sebagai mendaki tangga-tangga.Apabila seseorang itu mula mendaki tangga menuju ke puncak yang dia mahu semakin lama dia akan semakin gembira dan tidak menyedari bahawa dia telah naik tinggi.Tetapi bila pada masanya Allah berkehendak maka Allah akan runtuhkan tangga-tangga yang sedang didaki si 'jahat' dan akan menimpakan tangga tersebut ke atasnya dan musnahlah dia buat selama-lamanya.

Mungkin ada yang berkata "Ala takde apa-apa pun selama ni.Aku buat jahat elok je Allah bagi rezeki".Tetapi ingatlah apabila suatu saat akan datang ketika itu tiada siapa yang mampu menolong melainkan Allah.Jadi jangan ingat Allah lengahkan balasanNya kepada orang-orang yang melakukan maksiat itu cuma Allah sedang membiarkan dia semakin leka dan balasan yang lebih teruk akan menimpa jika masih enggan bertaubat.

Takutnya andai kita ni Allah biarkan sebegitu.Leka dengan dosa yang kita lakukan bahkan bangga pula dengan maksiat yang kita lakukan.Pertontonkan pula kepada yang lain di rangkaian sosial(blog,facebook,twitter dan lain-lain)..Dah dapat dosa berangkai-rangkai.Katakanlah kita dengan sengaja mempamerkan gambar memakai pakaian yang tidak menutup aurat di facebook kemudian tanpa kita sedari ada yang mengutuk kelakuan kita itu.Cuba bayangkan.sudahlah berdosa pada diri sendiri dengan menzalimi diri sendiri(membuka aurat),melanggar pulak hukum syarak yang dibenarkan kemudian menjadi pencetus pula kepada orang yang mengutuk atau mengata.Mampu ke nak hitung dosa-dosa tersebut?Mampu ke nak pikul masa hari Akhirat nanti?ohhhh..

Ok,tu je sedikit sebanyak ilmu nak sampaikan.Kebetulan terdetik nak kongsikan pasal benda ni.Untuk orang-orang yang baik,tetapi masih diuji dengan pelbagai kesusahan atau lain-lain 2 perkara inilah yang perlu kita amalkan.Mintalah pertolongan dari Allah dengan solat dan sabar.Tentang kesabaran tu biasalah aku sendiri pun kurang kesabaran kadang-kadang(kena improve banyak sangat-sangat.>.<). Mintalah doa daripadaNya.InsyaAllah tiada hijab doa antara kita dengan Allah selagi kita tidak melakukan dosa besar atau menderhaka kepada ibubapa.Kalau boleh sentiasalah gembirakan hati orang-orang tua terutamanya ibu bapa.Kerana dari situ datangnya redha dan murka Allah..:)

p/s=la ila hailla anta subhanaka inni kuntum minazzholimin..:')

Thursday 19 January 2012

Kerana Dia Sebaik-baik Perancang..:)

Assalammualaikum wbt,

Hi sahabat-sahabat.Apa khabar kalian hari ini?Semoga sihat sejahtera hendaknya.


Boleh aku tanya 1 soalan mudah lagi ringkas?

Siapa dalam dunia nie yang tak pernah merancang apa-apa pun dalam hidup dia?tak pernah fikir nak jadi apa-apa cuma fikir 'let's go with the flow"?aku rasa macam mustahil je.Hatta kanak-kanak kecil sekalipun kalau kita tanya nanti besar nak jadi apa mesti dia akan bagitau cita-cita dia sama ada nak jadi doktor atau lain-lain.betul kan?sebab diri sendiri pun seperti itu ketika masih di alam hingusan..hehee..

Sebagai hambaNya yang lemah dan manusia biasa yang inginkan kesempurnaan memang lumrah kita untuk mempunyai plan atau strategi dalam kehidupan.Tak kiralah perancangan dari segi kewangan,akademik,cita-cita atau lain-lain.Ianya tetap bersandarkan perkataan "perancangan".Betul kan?:)


Ketika kita menginginkan sesuatu berdasarkan perancangan tentu kita berusaha sedaya upaya untuk menjadikan perancangan kita berjaya kan?Tetapi siapalah kita untuk menidakkan kekuasaan dariNya?dan apakah semua perancangan kita itu menjadi?Bohonglah kalau ada yang cakap "eh semua cita-cita aku tercapailah.takde masalah pun".


"Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin"..ertinya kita merancang, Allah merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang.Ayat ini memang memberikan impak pada aku dan aku baru tersedar akan keindahan ayat ini ketika aku di sini.Masih duduk di rumah kerana masih belum di'posting'kan.


Subhanallah..betapa Kau telah mengatur hidupku begitu indah.bukan indah kerana ianya disusuri dengan kemanisan tawa dan mudah tetapi indah kerana perancanganMu sebaik-baiknya dan aku tidak menyedari semua itu.


Aku teringat kembali perancangan aku ketika masih dibangku sekolah iaitu ketika Tingkatan 4.Aku bertekad untuk menjadi seorang arkitek lalu aku dengan nekadnya mengambil mata pelajaran tambahan iaitu Pendidikan Seni untuk membolehkan aku mengasah bakat melukis dan menjayakan cita-cita aku.Ketika mengisi borang UPU dengan sengaja aku meletakkan pilihan Diploma Farmasi sebagai pilihan pertama dan pengajian berkaitan seni bina dan seni hiasan dalaman di tangga-tangga pilihan seterusnya.Dengan keputusan SPM yang boleh dibanggakan cuba bayangkan aku tidak menerima sebarang tawaran Kolej Matrikulasi.Cuba bayangkan dimana pelajar yang mempunyai keputusa lebih rendah pun dapat masuk matriks!Aku pula terpaksa masuk ke tingkatan 6 buat sementara waktu kerana tiada pilhan lain.Ketika cikgu-cikgu disekolah mendesak supaya melakukan rayuan ke matrikulasi aku dengan tegas mengatakan tidak mahu.Ketika itu ada tawaran matrikulasi dari Universiti Padjajaran,Bandung.matrikulasi 1 tahun dan pengajian farmasi 4 tahun.Selain itu ada juga tawaran A-Level Australian Science di Kolej Sunway Penang..Tetapi kerana kesuntukan biaya aku terpaksa menolak dan menunggu tawaran UPU.seminggu di tingkatan 6 aku menerima tawaran ke Matrikulasi Gopeng!Ya itu yang aku tunggu-tunggu.Tapi apabila ke sana ternyata semuanya tak seindah yang aku sangkakan dimana kawan baik bertukar jadi orang asing dan orang asing bertukar menjadi sahabat yang baik.Setiap hari aku berdoa semoga Allah bawalah aku pergi dari situ dan akhirnya doa aku terjawab apabila aku menerima tawaran melanjutkan pengajian Diploma Farmasi di UiTM Penang.


Aku masih ingat ketika minggu orientasi,lecturer bimbingan ketika ada group work pernah menyuruh kami student baru melukis graf perancangan hidup kami dalam masa 10 tahun ke depan di atas kertas masing-masing.Kemudian harus dipersembahkan di hadapan sahabat-sahabat lain.Aku masih ingat aku melukis graf bermula dari saat itu iaitu usia 18 tahun.3 tahun ke depan habis diploma pada usia 21 tahun.kemudian sambung degree farmasi di UiTM 4 tahun dan selesai pada usia 25 tahun.25 tahun kerja sebagai pegawai farmasi dan kahwin pastu bla..bla..blaa..graf semakin meningkat seiring dengan usia dan tahap pendidikan yang dirancang.



Tetapi siapa sangka setelah aku menamatkan diploma farmasi selama 3 tahun,aku tak mampu untuk menyambung ke peringkat degree farmasi UiTM.hanya dengan perbezaan pointer sebanyak 0.03 tidak melayakkan aku ke kursus Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang aku tunggu-tunggu selama 3 tahun.Hakikatnya aku kena bekerja selama setahun dulu sebelum apply lagi untuk kursus yang sama dan itu berdasarkan rezeki kerana persaingan untuk ke bidang farmasi ketika itu sangat sengit.Untuk pertama kalinya dalam hidup aku menggunakan 'kabel' iaitu menggunakan tiket MPP kerana pointer hanya 0.03!namun itulah yang dikatakan perancangan manusia.pasti ada gagalnya jika Allah tidak mengizinkan.dan aku bersyukur ketika aku memohon untuk program transfer kredit ke Universiti Gadjah Mada aku diterima!bayangkanlah dari tempoh pengajian di Malaysia selama 4 tahun aku hanya belajar selama 2 tahun 6 bulan untuk Ijazah Sarjana Muda Farmasi.Ya!Ijazah yang sama cuma bezanya hanya di tempat belajar sahaja dan waktunya lebih pendek.Alhamdulillah.

Berbalik kepada graf perancangan masa depan yang dahulu,siapa sangka yang seharusnya aku tamat belajar 2012/2013 tetapi aku berjaya menamatkan pelajaran dalam tahun 2011 dan graduated on time dengan Ijazah Sarjana Farmasi dari Universitas Gadjah Mada,Yogyakarta.Siapa juga sangka aku akan mula bekerja setahun atau 2 tahun lebih awal dari graf tersebut!jadi aku yakin sangat-sangat atas setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya..andai saja kalau aku berjaya dalam penggunaan 'kabel' mungkin sahaja sekarang aku masih berjuang di medan peperiksaan sama seperti yang lain.andai sahaja Allah tidak mengeluarkan aku dari matrikulasi dan memberi aku jalan keluar dengan tawaran diploma farmasi mustahil untuk aku di sini mengenggam ijazah tersebut..subhanAllah..




Lihat..betapa indahnya perancangan Allah tanpa kita sedari..Kita mungkin banyak merungut dalam hidup..asyik complaint sana sini..(aku pun selalu..huhuu) kenapa itulah..kenapa inilah..kadang-kadang sampai kita terlupa siapa kita..terlupa bahawa kita hanya hambaNya yang telah diatur perjalanan hidup tanpa kita ketahui..iaitu Qada dan Qadar..


Pandang dan lihatlah kembali jalan hidup kita..Apakah selari dengan perancangan atau cita-cita kita?Aku?Tentu sahaja tidak..Dari seorang arkitek menjadi ahli farmasi.Siapa sangka?siapa sangka budak hingusan yang kuat bercakap,nakal,pernah turun kelas yang corot mampu menghabiskan degree of pharmacy?yang hanya selalu diilusikan hanya untuk golongan kanak-kanak pintar di sekolah.

Alhamdulillah terima kasih ya Allah..Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin..:')


p/s=sorry eh..hari nie punya entry panjang..overexcited citer pasal masa lalu..:p


Tuesday 17 January 2012

Untuk apa?

Assalammualaikum wbt,

Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa diredhaiNya..Syukur kepada Allah atas segala kurniaanNya kepadaku..:')

Sebenarnya aku takut sekali..Apabila aku cuba berbuat baik aku takut sekali untuk mendengar orang mengatakan pujian.Apabila aku cuba memberikan nasihat aku takut sekali mendengar pujian..Apabila orang memuji keindahan ciptaanNya kepada aku,aku takut andai dipersoalkan suatu hari nanti..

Ohhh..

Aku sering persoalkan andai aku merasa bangga di atas kelebihan yang Allah berikan,adakah aku akan bangga ketika bertemu denganNya?mungkin Allah akan menambahkan lagi kehinaan..dengan ilmu yang sedikit ini untuk apalah hendak dibanggakan..suatu hari nanti ilmu itu akan hilang dikubur bersama liang lahad..Andai sedikit kecantikan wajah yang Allah berikan ini dibanggakan dan dihiasi dengan tujuan yang salah bagaimana mampu untuk menjawab pertanyaan di alam kubur?Andai pangkat dan harta yang hendak dibanggakan aku tiada apa-apa kerana semua milikNya..suatu hari nanti pasti semua akan kembali padaNya..kita cuma diberi amanah untuk menjaganya buat sementara waktu..

Kebelakangan ini,banyak sekali undangan malaikat maut menjemput yang masih muda..di kalangan usia belasan tahun,awal 20 an..masih terlalu hijau atau mentah jika mengikut masyarakat kita..Ada yang mengatakan "Baguslah mati muda,dosa pun tak banyak lagi".Aku tertanya-tanya andai sepanjang waktu muda itu kita habiskan dengan dosa dan tak sempat bertaubat macam mana?dan bagaimana pula jika kita menyangka kita dah banyak buat amal tetapi akhirnya diketahui semua tidak diiktiraf oleh Yang Maha Menilai?

Ramai yang mempertikaikan tentang jodoh iaitu 'bila hendak menyempurnakan separuh dari agama(bernikah) dan dah bersediakah untuk melangkah ke alam baru?(diri sendiri pun kadang-kadang >.< ) tetapi pernahkah kita fikir soalan ini "dah bersediakah untuk mati dan melangkah?"..gulpp..

Marilah sahabat-sahabat..kita sama-sama muhasabah diri balik..apakah kita sudah bersedia?

Tolong jangan anggap aku baik atau sebagainya sebab aku selalu tulis yang baik-baik(kadang-kadang) tetapi anggaplah aku seorang sahabat yang banyak kelemahan dan setiap tulisan merefleks ke diri aku sendiri..


p/s=maaf atas kekhilafan aku andai selama nie mencoret yang tidak baik pada blog ini..

Monday 16 January 2012

7 Perkara menyebabkan hati mati

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..Hari nie nak share entry pasal 7 perkara menyebabkan hati mati menurut Saidina Umar Al-Khattab iaitu
1- Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.
2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.
3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.
4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.
5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.
6- Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.
7- Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “. 

dari-Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.(ehsan My Tazkirah)

Kat bawah nie ada video dari Ustaz Don mengenai kenapa hati menjadi keras..Selamat mendengar..:) 

copypaste: it's me!

It's me!



I step to my left and look at myself, 
I'm ugly, lazy, nerdy, stupid, and in no way good enough for anything. 

I'm about to step back into myself when I trip, and fall to my right. 
As I look up, I see a girl standing where I had just been. 
She is strong, and beautiful, and ready to take on the world. 

For a moment, I wondered where I had gone, then I realized, 
I was looking at me. 
This strong beautiful women was me, ready to take on the world.
 
::copypaste from this link

 
p/s=you are what you think you are.don't be sad if life doesnt be good to you.be happy coz you have Allah by yourside and Allah never leave you..:)

Saturday 14 January 2012

Fattabiouni - Bergaul dengan kanak-kanak cara Rasulullah (dengan subtitl...

Assalammualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan,inilah video berkenaan adab bagaimana bergaul dengan kanak-kanak.Ini merupakan antara bagaimana Rasulullah SAW melayan kanak-kanak.Tak rugi menyayangi kanak-kanak.sebab mereka merupakan rahmat dari Allah..mari menonton..:)




p/s-kanak-kanak bermuka suci bersih tak kiralah bangsa apa sekalipun.subhanallah..:)

Fattabiouni - Panduan Ketika Hamil dan Bersalin

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Semoga kalian sihat sejahtera.Mari menonton video dari Fattabiouni.Kalau korang perasan selalunya video Fattabiouni ni akan ditayangkan di tv Al-Hijrah sebelum masuk waktu azan.Video nie sangat sesuai untuk para muslimah tak kiralah yang dah berstatus nikah atau masih bujang.Nie kan pengetahuan?Para lelaki pun boleh je tengok pastu amalkan untuk masa akan datang bagi yang masih bujang..kalau dah berumahtangga sebarkan pada isteri.selamat menonton.:)



p/s-next post pasal adab Rasulullah pada kanak-kanak..:)

wordless saturday..:)

Friday 13 January 2012

copypaste dari status sahabat..:)

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian hari nie?Hari ni aku nak share lagi status.Kali nie dari teman di facebook juga..Tak pernah kenal pun tapi beliau telah add aku dan statusnya sangat menarik untuk aku kongsikan di sini..:)
♥ Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
... Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...... ♥ 
sangat sweet status sahabat nie.bait-bait yang boleh digunakan dalam doa kita.apatah lagi untuk orang-orang yang sedang beristikharah..:)
 p/s=jangan mencintaiku kerana menyangka daku sempurna tetapi jadilah cinta yang mampu meyempurnakan kekuranganku..

Thursday 12 January 2012

thank you for reminding me..:)

Assalammualaikum wbt,

Hi everyone.May Allah bless all of you always..Here's some wise words that i've got from 1 page from facebook..i recommended all of you especially for muslimah friends to like this page-The Ideal Muslimah..

"You might be married to the worst man ever,like Asiah was married to Pharaoh-but it didn't change her and her loyalty and love to Allah. You might be married to the best of men,like Prophet of God, and still not enter Heaven-like the wife of Nabi Luth A.S. You might not get married to any men, like Maryam A.S, and Allah can make your rank higher than any women on Earth. Strive in the way of Allah, don't worry about your marriage-that matter has already been decreed for you"

MasyaAllah..this words really make me touched..I admit that sometimes I'm might be thinking who's gonna be my spouse.but this words really-really make me feel ashamed for myself.Who am I to be compared with those great women in Islam?I should focus more on improving my ibadah which is very lack.Sometimes I get jealous over people who can practice their Islam very well..To have a routine of reading al-Mathurat also was hard nowadays..*sigh..

Recently I have a long chat through BBM(blackberry messenger) with one of my UiTM exroommates..she need some advices from me and I'm willingly to help her..to my surprise she said I'm perfect as my attire,attitude was better than her..Oh Allah..I dont felt happy at all with her compliment.I think it was a reminder for me because I know I'm not perfect.too many things that i need to improve especially in my attitude..:(

But I'm grateful because whenever I felt my Iman was low there's a 'battery' to recharge it..MasyaAllah..:')

p/s=when nobody even cares about you,Allah there's for you..smile..:)

Monday 9 January 2012

drama-hatiku di kinabalu

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Apa khabar semua?Semoga sihat sejahtera.Hari nie saja je aku nak review drama melayu yang boleh korang tonton.Sangat aku rekomen supaya korang tengok sebab sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan.

Drama nie seenarnya ditayangkan di saluran astro Citra.tapi bolehlah kalau korang nak download kat link nie..carilah tajuk hatiku di kinabalu.

confirm tau drama nie lagi sedih dari cerita Ombak Rindu..hahaaa..peminat Ombak Rindu jangan marah ye..cuma aku tak berperasaan menonton Ombak Rindu.setetes air mata pun tak mengalir..kental betul kan?:p tapi cerita nie sedih sangat..memang sakan menangis..hehee..syyyhhhhh..;)

nie poster drama nie..

Lakonan pun mantap dalam cerita nie..tengoklah ye.pastu komen best tak..heheee..

p/s-i would even trade my life for the happiness of my child..:')

Sunday 8 January 2012

Di Saat Usia Bertambah

 
Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/disaat-usia-bertambah/#ixzz1irtVpT2C

p/s=terharu..:')

:')

Friday 6 January 2012

Doa Dari Hadis Sohih: Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat yang berkah.Semoga dipermudahkan segala urusan korang pada hari Saiyyidul Ayyam nie..:)

Entry kali nie adalah untuk share doa khusus untuk muslimah.yang lelaki bolehlah sampaikan doa ini kepada kaum muslimah yang mereka kenali.Doa yang sangat penting untuk diamalkan untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Yelah zaman sekarang nie macam-macam boleh jadi.naik LRT pun boleh kena cabul,budak kecil umur 1 tahun pun dah ada kes kena rogol!nauzubillahiminzalik..apabila pertimbangan nafsu tak dipedulikan jadilah perkara-perkara sedemikian.jadi adalah disarankan kita sebagai muslimah terutamanya mengamalkan doa 'pendinding' agar dapat melindungi kita dari mata-mata jahat.insyaAllah..

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Bolehlah diamalkan doa di atas ini.Kalau sesiapa yang memang sudah terbiasa membaca al-Mathurat pasti akan perasan yang doa ini ada dalam bacaan tersebut.Lagi satu doa yang boleh kita amalkan adalah doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga doa-doa ini dapat diamalkan oleh kita para muslimah.Doa adalah senjata yang paling berkesan."Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan"-mutiara kata dari Santapan Minda.


Hmm kalau dah beramal dengan doa nie janganlah pulak tidak menjaga batas-batas pergaulan diri,pemakaian terdedah aurat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang.Kalau kita beramal dengan doa tapi kita sendiri yang menjerumuskan diri kita ke arah kebinasaan sia-sialah kan.umpama kita sendiri yang masuk ke mulut buaya.fikir-fikirkan sahabat..:) selamat beramal dan semoga kita menjadi hiasan dunia yang terindah iaitu menjadi wanita solehah..amiinn..


Artikel lanjut bolehlah dibaca penuh di sini ..semoga mendapat manfaat..:)


p/s=semalam yang kelabu.semoga hari ini dan hari mendatang secerah dan sebiru awan di langit..

bahagia ditengah ketidakbahagiaan..

 Assalammualaikum wbt,


Aku bertemu dengan satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi bersama korang..selamat membaca..:)



Berbahagialah Hidup tanpa membenci,
Berbahagialah Hidup dengan Cinta,
Berbahagialah Hidup yang penuh harmonis.
Berbahagia jugalah saat kita tidak berbahagia..
Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul,
Sesungguhnya bahagia tidak pernah meninggalkan kita.
Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita.

Bahagia akan kembali menjadi milik kita.
Dan Bertambahlah kebijaksanaan dari pengalaman yang ada.
Kerana adanya ketidakbahagiaan, maka kita dapat menghargai kebahagiaan.
 

Thursday 5 January 2012

la tahzan..la tahzan..la tahzan..

dear myself,
la tahzan,
eventhough,
Allah test you with hardship,
Allah test you with sadness,
Allah test you with emptiness,
Allah test you with sorrow,
Allah test you with loneliness,
Allah test you with slander,
Allah test you with heartache,
Allah test you with physical pain,
Allah test you emotional pain,
because Allah's always there for you.
so, la tahzan,
rainbow will come after a heavy rain.
so, la tahzan,
happiness will come after the sadness.

verily,there's nothing can save me from You.please hold my heart tightly and send me Your saviour..:'(

Wednesday 4 January 2012

10 Golongan Yang Tidak Diterima Solat - Ustaz Kazim Elias






Assalammualaikum wbt,

Hi sahabat.Mari sama-sama kita tonton video ini dan muhasabah diri..apakah kita termasuk di golongan ini???nauzubillahi minzalik..
 
p/s=best kan ceramah nie.banyak sangat ilmu yang kita dapat..mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua..Amiinn..:)

Tuesday 3 January 2012

jangan disesali keputusan lalu...

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kawan-kawan?Semoga sentiasa diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segalanya dalam kehidupan kalian.Lain macam je kan tajuk entry aku hari ini kan?jangan berspekulasi sebelum selesai membaca ye.:p

Sebenarnya aku dihimpit rasa menyesal lah pulak sebab telah membuat beberapa pilihan terkait masa depan iaitu pilihan tempat posting.Sebenarnya tak baik kalau kita menyesal kerana kita mengatakan perkataan "kalau" dah membuka peluang untuk syaitan merosakkan kita.

Sebagai bakal Provisional Registered Pharmacy(PRP) ataupun lebih senang nak faham junior pharmacist,aku dikehendaki memilih 3 tempat posting.Posting PRP nie memang dekat hospital je.masa mengisi borang temuduga dan pemilihan aku telah menentukan 3 pilihan hospital iaitu 1)Hospital Taiping 2) Hospital Pulau Pinang dan 3) Hospital Ipoh. Alasan kepada pemilihan ketiga-tiga hospital ini adalah kerana jaraknya dari kawasan rumah aku taklah jauh sangat jadi bolehlah aku duduk rumah mak kalau dapat hospital pilihan pertama(Taiping).Kalau dapat Ipoh atau Pulau Pinang pun still dekat.sekurang-kurangnya hujung minggu boleh balik rumah mak.Tapi dah terlambat untuk menukar pilihan.cuma sekarang menunggu keputusan dimana aku akan diletakkan.



Ramai orang kalau boleh semuanya nak tinggal dekat rumah.tapi aku mendapati kalau tinggal di sini kurangnya peluang aku untuk menambah ilmu terutamanya dari segi agama.Di sini kurang tempat pengajian,tiada kawan untuk berusrah dan hanya media(internet) merupakan sumber menimba ilmu.

Kuala Lumpur atau Selangor memberikan banyak peluang untuk mengikuti pengajian untuk menambah ilmu agama berdasarkan pemerhatian aku.Selain itu,bak kata kak Wardina Saffiyah ramai yang mahukan agama.Sebagai contoh lain,masa ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Shah Alam ramai yang hadir untuk menambah ilmu.

Jadi sekarang aku berharap Allah SWT meletakkan aku di suatu tempat yang mana di situ banyak peluang untuk menimba ilmu dan menyertai ustah.Jujur aku katakan yang aku merindui suasana di Jogjakarta.Suasana berusrah setiap malam Sabtu bersama-sama kakak naqibah dan housemate serta mengikuti pengajian di Darussholihat.susahnya mencari tempat pengajian dan berusrah di bandar aku..:(

Kadang-kadang penghijrahan itu perlu untuk mematangkan kita dan memperbaiki diri.Cuma harus istiqamah membawa Islam kemana saja kita pergi sebagai landasan hidup.InsyaAllah kejayaan di dunia dan akhirat akan kita perolehi..

p/s=semoga surat lantikan SPA dan surat posting KKM cepat sampai di peti surat rumah.risau ilmu berkarat je lama sangat duduk rumah..:p

Monday 2 January 2012

template blog yang baru..:)

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Alhamdulillah hari nie adalah hari ke2 dalam bulan Januari 2012.:)

Saja je nak post entry pasal template baru nie.err err(sebenarnya mengaku jelah takde idea kan?:p) Apa pendapat korang pasal template baru nie?shewwiittt(sebut betul-betul okehh) tak?hahaaa..sajelah sempena tahun 2012 kenalah lebih feminin gituuwww..(eee apesal gediks nie..no..no..no..) this is sooo not me..baiklah..sempena 2012 jugak aku berharap blog aku akan lebih bermanfaat dari tahun sebelumnya.mudah-mudahan..amiinn..

Hmm tadi kan kat twitter dok trending pasal Amalina..aku pelik betul lah orang Malaysia..baru je masuk tahun baru depa nie tak ingat pasal dosa ke?bukankah selalu mesti berkobar-kobar azam nak jadi baik lah,tambah amal ibadat lah..tup-tup dok pi mengata orang kat dalam blog dan twitter..heyyy kawan,aku bukan bercakap pasal Amalina tu tapi rakyat Malaysia..kalaulah betul dia jadi macam tu doakan..janganlah kutuk-kutuk atau hina..dunia nie Allah balas cash je kawan-kawan oii..hari nie hangpa dok mengata dia esok manalah tau hangpa pulak join dia..nauzubillahiminzalik..

Ok takmau cakap banyak-banyak pasal Amalina.Doakan semoga itu hanya kesilapan dia.mudah-mudahan dia segera bangkit dari kekhilafannya.Allah Maha Pengampun atas segala dosa..cuma dosa yang takkan diampunkan adalah syirik,derhaka pada ibu bapa dan murtad..semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara sebegini..amiinn..

Mari sama-sama amalkan doa di bawah ini.Doa Memohon Selamat Dari Melakukan Maksiat Untuk Diri Dan Keluarga

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي

وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .

Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku .
Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/memohon-selamat-dari-melakukan-maksiat-untuk-diri-dan-keluarga/#ixzz1iJDevStz

Akhir kata,renung-renungkan kata-kata ini "Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya".(Khalifah Ali bin Abi Talib)

p/s=Amalina disini adalah student yang dulu dapat 17A1 SPM tahun 2004.(eh sama aku lah..cuma dia terlebih 10..hahaaa..:p).

Sunday 1 January 2012

Apakah rahsia lelaki berjaya?

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat !Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?
  • Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
  • Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
  • Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
  • Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
  • Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya?
  • Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
  • Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
  • Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
  • Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
  • Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
  • Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?
 
Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..
Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?
  • Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
  • Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
  • Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
  • Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
  • Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
  • Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
  • Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
  • Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
 
Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” .
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kesimpulannya :
  • Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
  • Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
  • Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.
***copypaste dari blog ini ..:)

p/s=untuk muslimah,semoga kita menjadi 2 wanita ini kelak..amiinn..untuk muslimin,semoga berjaya menemukan wanita sebegini..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...