Wednesday 29 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 11..


BAB 11

Faqih menyembunyikan kerjaya sebenarnya.Dia tidak mahu dia disenangi kerana kerjayanya.Berpura-pura mengatakan dia adalah seorang guru adalah bertujuan untuk menilai hati budi Naurah.Dia sememangnya menyukai Naurah sejak pertama kali mereka bertemu 10 tahun dahulu.Naurah masih seorang gadis yang cantik semulajadi tanpa calitan warna mekap.Mukanya masih sama seperti 10 tahun yang lalu.Cuma bezanya Naurah berkaca mata sekarang.Faqih memang berhasrat mendekati Naurah apatah lagi setelah mengetahui statusnya yang masih single.

“Mama,boleh Faqih tanya sesuatu?”,tanya Faqih kepada mamanya ketika di ruang tamu.

“Apa dia Faqih?”,mamanya kehairanan.Entah apa yang mahu ditanyakan anak bujangnya ini.

“Mama suka Faqih kahwin orang jauh atau orang dekat?”,Faqih mahu menduga mamanya.

“Aik boleh pulak tanya mama macam tu.Ikut suka kamulah.Bukan mama yang nak kahwin.Kamu tu?Awatnya dah jumpa calon ke?”,tanya mamanya kembali.

“Ala sajalah.Manalah tau mama nak tolong carikan untuk Faqih.”,Faqih kembali menjawab sambil tersengih.

“Tak kuasa mama.Carilah kamu sendiri.Nanti mama carikan kamu tu banyak songeh.Macam dulu mama nak suruh kahwin dengan anak Mak Ngah.Kamu taknak.Ha kan dah kahwin Mieza tu.”bebel mamanya dengan panjang.

“Tak naklah kahwin saudara dekat.Tak berkembang keturunan.Nanti cucu mak tak bijak”,pandai Faqih mematahkan hujah mamanya.

“Tengok tu.Ada je alasan dia.Mama tak kisahlah.Bukan mama paksa pun.Asalkan baik,beriman,pakai tudung mama akan setuju.Tak kiralah orang jauh atau dekat.Cuba cerita kat mama ni.Kamu ni dah jumpa calon ke?”,mamanya dapat menghidu sesuatu.

“Errr..macam dah je mama.Tapi Faqih nak kenal dia dengan mendalam lagi.”,Faqih tersipu-sipu malu memberitahu mamanya.

“Ha kan mama dah boleh agak.Orang dekat ke jauh?Cepatlah bagitau mama.Mama tak sabar nak sambut menantu lagi ni.Tambah-tambah pulak menantu perempuan sulung”,mamanya kelihatan teruja.Apatah lagi sudah hampir 3 tahun dia tidak menerima menantu baru dalam rumah.Kali terakhir adalah perkahwinan 2 kakaknya yang kembar 3 tahun lepas.

“Mama ni.Belum apa-apa lagi.Tadi Faqih baru jumpa dia.Dia tu kawan masa tuisyen Faqih.Apa pendapat mama kalau Faqih bagitau dia yang Faqih kerja cikgu?”,tanya Faqih.

“La kenapa pulak nak tipu dia?Tak baik tau Faqih.Kesian dia dipermainkan Faqih”,balas mamanya sedikit kesal dengan perilaku anaknya itu.

“Sebenarnya Faqih cuma nak uji keikhlasan dia berkawan dengan Faqih.Lagipun dia kerja professional juga.Jadi Faqih nak kenal hati budi dia sama ada dia sanggup kawan dengan Faqih atau tidak.Tapi setakat ni dia ok je.”,Faqih memberitahu tujuan sebenarnya.

“Professional?Kerja apa tu Faqih?Doktor?Peguam?”,mamanya ingin tahu lebih lanjut.

“Dia pegawai farmasi kt PPUM.Faqih tau dia seorang yang baik sebab dia sanggup jaga anak kawan dia demi menunaikan wasiat arwah.Susah nak cari perempuan macam tu,mama.Dia bertudung dan tegas dengan prinsipnya”,Faqih menceritakan kepada mamanya tentang Naurah.

“Kagum pulak mama bila dengar tentang gadis tu.Nama dia apa?Kalau orang Taiping nanti mama selidik”,mamanya betul-betul suka dengan pilihan anak bujangnya itu walaupun belum bersua muka dengan 
Naurah.

“Hmm nama tu rahsia lagilah mama.Nanti belum apa-apa mama dah kecoh malulah Faqih.Takpe nanti suatu hari Faqih akan bawa dia jumpa mama”,janji Faqih kepada mamanya.

“Faqih ni lah.Suka berahsia dengan mama.Apa lagi cepatlah pancing ayat.Mama tak sabar nak jumpa bakal menantu mama ni”,mamanya ketawa kecil mengusik Faqih.

“Adoii mama ni.Ingat pancing ikan ke?hahaaa..”Faqih jug turut ketawa melihat gelagat mamanya yang sporting.

“Kalau kamu lambat sangat,nanti dikebas orang lah perempuan baik macam tu.Susah-susah biar mama je jumpa parents dia.Pinangkan untuk kamu.”,mama Faqih memberi cadangan.

“Mama ni sabarlah.Dalam proses kenal hati budi lagi.Lagipun Faqih tak tau dia tu dah ada boyfriend  ke belum.Nanti Faqih siasat lagi.Kalau betul kosong,mama hantarlah rombongan ye”,Faqih tersengih lagi.

“Kamu tu jangan lambat-lambat.Semakin lama semakin bertambah umur.Bukan lagi muda.Dulu umur 26 macam ni ayah kamu dah ada anak 1 tau tak?Kamu kahwin pun belum.”mamanya menyindir.

“Ala zaman mama mama dan ayah tu zaman dulu.Zaman matchmake.Sebab tu lah kahwin muda.Kak long dan kak ngah pun kahwin umur 26.”,Faqih menjawab lagi.

“Tu lah kakak kamu tu pun sama je.Nasiblah kahwin juga.Naik pelamin pun serentak.Lega hati mama.Ni tunggu cucu lah pulak.Asyik fikirkan kerja je mereka tu.Kesian mama ni.Takde cucu lagi”,rungut mama Faqih.

“Sabarlah mama.Kalau dorang lambat,tahun depan Faqih potong giliran dapat anak.Heheee..”usik Faqih.

“Amboii gatal sangat dah ni.Amik ni”kata mamanya sambil mencuit peha Faqih.

“Aduhh mama.Sakit tau”,Faqih pura-pura sakit.

“Haiiihh 2 beranak ni apalah yang dibualkan tu?Rancak nampak?”,ayah Faqih baru pulang dari pekan.

“Faqih dah nak kahwin lah abang.”,mamanya menjawab gembira.

“Yeke?Alhamdulillah.Ayah ingat kamu tu nak membujang sampai tua.Asyik sangat dengan kerja.Balik kampung pun boleh kira dengan jari berapa kali setahun.”,perli ayahnya.

“Ayah ni lah.Sama je macam mama.Suka perli Faqih.Yelah,lepas ni tiap-tiap bulan Faqih balik.Ok?Tapi mama dengan ayah kena support tangki minyak.Heheee..”,Faqih bergurau dengan ayah dan mamanya.

“Bankraplah mama dan ayah macam tu.”kata mama sambil ketawa serentak dengan ayahnya.

Faqih amat mengkagumi ayah dan mamanya kerana mereka merupakan pasangan yang sangat sehati sejiwa.Tidak pernah dia melihat mereka bergaduh atau meninggikan suara.Diam-diam Faqih memasang angan-angan ingin menjadikan mama dan ayahnya sebagai contoh dalam rumahtangganya nanti.

nota kaki:seriously maaf sgt2 baru sempat uploadkn bab baru..aku 'lari' dari rumah 5 hari..bru blk hari nie..:p

Wednesday 22 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 10..


BAB 10

Dari kejauhan, ada sepasang mata sedang memerhatikan sambil tersenyum melihat gelagat mereka berdua.Tangan itu begitu lincah mengklik punat kamera.Merakam detik-detik gembira antara dua insan tersebut.

Mesra sungguh hubungan antara ibu dan anak ini.

Bahagia betul mereka,monolog empunya kamera.

Rasa serba salah hinggap di hatinya kerana mengambil gambar tanpa keizinan.Risau juga andai suami wanita itu ternampak gelagatnya yang asyik mengambil gambar.Silap-silap boleh kena belasah.Namun raut wajah wanita itu memang persis muka gadis yang dikenalinya 10 tahun dahulu.Dia cuba memberanikan diri menegur pasangan ibu dan anak tersebut.

 “Assalammualaikum,puan..”, Faqih menegur perlahan.

Ketika itu Naurah sedang menyuap Aya Sofea makan.

“Wa’alaikumussalam..”,Naurah menoleh apabila terdengar suara orang memanggilnya.

Eh macam pernah nampak je mamat ni?hati kecil Naurah terdetik.

“Saya nak minta kebenaran puan.Tadi saya ambil gambar puan dan anak puan secara sembunyi.”,jujur Faqih memberitahu.

“Oh ok.Asalkan saudara tak buat jahat kat gambar kami,saya ok je.”,Naurah menjawab ringkas tetapi penuh peringatan.

“Saya Faqih.Boleh saya tahu nama puan?Sebab muka puan mirip dengan sahabat lama saya”,Faqih bertanya untuk kepastian.

“Faqih?Muhammad Faqih?”,Naurah kembali bertanya.Dia agak terkejut.Soalan Faqih tidak dijawabnya.

“Iya.Puan kenal saya?”, tanya Faqih kembali.

“Ya Allah..Faqih..Ini Naurah.Ingat lagi tak?”,Naurah mnguntum senyuman kepada sahabat lamanya.Dia tidak menyangka bahawa pertemuan tengah hari itu adalah ibarat jejak kasih.

“Naurah Izzah?Si gigi besi?”,ketawa Faqih apabila teringatkan kisah silam mereka.

“Jahatnya.Malulah saya depan budak kecil ni”,Naurah turut ketawa kecil.

Faqih merupakan kawan lama Naurah.Mereka kenal ketika sama-sama menghadiri kelas tuisyen.Mereka memang tidak pernah bercakap sama sekali kerana Naurah memang tidak berkawan dengan budak lelaki.Naurah sememangnya terkenal dengan gelaran si gigi besi kerana dia memakai pendakap gigi sejak tingkatan 1 lagi.

“Naurah,suami awak mana?Kenapa dari tadi saya tengok awak dengan anak awak je?”,tanya Faqih kehairanan.

“Oh,saya belum kahwin lagi.Ini Aya Sofea.Saya dah bela dia sejak kecil lagi.Jadi,dah kira macam anak saya.Dia pun panggil saya mama”,Naurah menceritakan cerita sebenar.

Eh perlu ke aku berterus terang kepada mamat ni?Boleh percaya ke dia ni?,hati Naurah berbisik.

“Oh sorry.Saya ingat awak dah kahwin”,Faqih meminta maaf.

“Takpelah.Normal lah tu.Saya ni dah lali dengan pandangan orang.”,Naurah tersenyum sambil mengelap mulut Aya Sofea yang comot.

Mereka terus bercerita tentang kerjaya masing-masing.Aya Sofea leka bermain di gelongsor.

Faqih memberitahu Naurah bahawa dia bekerja sebagai seorang guru sekolah di Shah Alam.Setelah agak lama berbual,Naurah baru terfikirkan sesuatu.

“Faqih,saya dan Aya nak balik dulu.Dah nak Zohor lagipun.”,Naurah memberi alasan untuk pulang segera.

Sebenarnya dia takut juga apabila tiba-tiba sahaja Faqih menyertai mereka.Bimbang jika ada yang melihat akan membuat fitnah lagi.Dia harus berhati-hati menjaga nama baik mamanya.Tambahan pula pekan Taiping yang kecil kebanyakan orangnya saling mengenali.

“Eh dah nak balik ke?.Tak puas lagi kita berbual”,Faqih bernada agak kesal.

“Maaflah ye.Lagipun tak manis orang tengok.Mana tahu isteri awak nampak ke?Dah timbul firnah kat awak juga.”,Naurah membalas.

“Saya belum kahwinlah.Hmm betul juga.Bahaya juga kita begini”,Faqih turut bersetuju dengan kata-kata Naurah.

“Boleh bagi nombor telefon awak,Naurah?Kalau saya dah siap cuci gambar nanti saya hubungi awak.”,Faqih cuba meminta nombor telefon bimbit Naurah.

“Nah ini kad nama saya.Nanti cikgu jangan lupa ya cuci gambar tu”,kata Naurah sambil menghulurkan kad namanya.

“Tak payahlah nak bercikgu-cikgu.Malu pulak.Hihiii..Takpe nanti saya hubungi Doktor ye”,kata Faqih sambil ketawa kecil.

“Doktor pulak.Bila masa pulak saya jadi doktor?Saya kuli doktor je.”,balas Naurah tersengih.

“Yelah tu.”,balas Faqih tersenyum.

“Aya,nanti uncle bagi gambar Aya ye.Pastu Aya kena belanja uncle makan aiskrim.Boleh?”,usik Faqih sambil memegang tangan Aya Sofea.

“Kena tanya mama dulu boleh ke tak.Boleh ke mama?”,Aya Sofea memandang kearah Naurah sambil bertanya.

“Eh kita pulak yang kena belanja dia..”,Naurah berpura-pura terkejut.

"Ala,mama awak taknak belanja uncle la..Macam mana ni,Aya?",Faqih berpura-pura mengadu pada Aya Sofea.

"Mama ni.Tak baiklah.Uncle janji nak bagi gambar Aya.Kesian uncle",ujar AyaSofea menyebelahi Faqih.

"Amboi amboi..Pandai ye nak kenakan mama.Mestilah nanti kita belanja uncle.Mana boleh bagi gambar free je.Heheee..",Naurah ketawa kecil melihat telatah Aya Sofea.

“Yeayyy.”,Aya Sofea teruja sekali mendengar kata-kata Naurah. Dia mula suka dengan Faqih kerana Faqih suka melayan keletahnya.

Faqih juga tersenyum melihat kemesraan antara mereka berdua. 

Mereka beransur pulang setelah mengucapkan selamat tinggal.

p/s=sorry sebab agak terlambat mengupload bab baru..tengah jiwa kacau..hihiii..:p

Monday 20 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 9..


BAB 9

Kelihatan Aya Sofea begitu gembira sekali apabila dibawa berjalan-jalan sekitar Taiping.Dari tadi asyik tersenyum sehingga Naurah menjadi geli hati melihat kecomelan bidadari kecil itu.Mereka sedang bersantai-santai di kawasan taman permainan di Taman Tasik Taiping.Gazebo kecil menjadi tempat persinggahan mereka di kala terik matahari mula terasa.

“Amboi..amboi..dari tadi mama tengok Aya tersenyum je?Ingat kat monyet dekat zoo tadi ke?”,usik Naurah pada si kecil itu.

“Bukanlah.Aya seronok sangat ni.Bukan selalu kita dapat jalan-jalan kan mama?”,ujar Aya Sofea.

“Hmm betul tu.Maafkan mama ye,Aya.Mama selalu busy dengan kerja.Kesian kat Aya”,Naurah meluahkan rasa terkilannya dek kesibukan kerja dia tidak berpeluang membawa Aya Sofea untuk selalu bersiar-siar.

“Takpelah.Aya tahu.Mama kerja kuat untuk kita.Nenek selalu cakap kat Aya.Jangan susahkan mama.Kesian kat mama.”,balas Aya Sofea dengan petah.

“Terima kasih sayang.Pandainya dia ni”,sahut Naurah sambil memberikan ciuman mesra di pipi mulus Aya Sofea.

“Aya pun sayang kat mama sangat-sangat”,kata Aya Sofea sambil memeluk erat Naurah.

Tanpa Naurah sedari air matanya menitis terharu dengan perlakuan si kecil itu.

“Mama,janganlah nangis”.kata Aya Sofea sambil mengesat air mata Naurah.

“Taklah mama gembira sangat.Mama tak boleh bayangkan kalau Aya takde.Mungkin mama boleh mati.”,Kata Naurah sambil kembali memeluk erat Aya Sofea.

“Aya pun tak boleh takde mama.Mama nombor 1 di hati Aya”, kata Aya Sofea lagi.
Naurah semakin terharu dengan kata-kata bidadari kecil itu.

Subhanallah.Ya Allah,aku bersyukur atas kurniaanMu.Mungkin inilah kebahagiaan yang Kau berikan tanpa aku sedari.

“Mama,Aya nak naik buai tu boleh?”tanya Aya Sofea sambil menunjukkan jarinya kearah buaian yang berhampiran.

“Tak panas ke ni?”,tanya Naurah kembali dengan nada gusar.Khuatir kalau-kalau si kecil itu akan demam.

“Takpelah mama.Bukan selalu kan?”,pujuk Aya Sofea.

“Yelah,jom.Kalah mama dengan Aya ni.”,balas Naurah sambil memimpin tangan Aya Sofea menuju kearah buaian.

Aya Sofea kelihatan teruja sekali apabila diletakkan di buaian.Perlahan-lahan Naurah menolak buai.Untung sahaja cuaca mula beransur redup.Peralihan cuaca membawa awan-awan yang berupaya menghalang sinar terik matahari.Biasalah kalau tengah hari terik sebegini pasti petang nanti hujan.Proses awan-awan hujan sedang mengumpulkan wap-wap air di udara.

“Mama,tolaklah kuat lagi.Tak best lah slow je”,arah Aya Sofea apabila merasa hayunan buainya perlahan.

“Baiklah boss kecik.”,sahut Naurah sambil tersenyum mendengar celoteh si kecil itu.

 “Aya,dah la tu.Mama dahaga ni.Jom kita minum dulu”,Naurah mencadangkan kepada Aya Sofea.Tekaknya minta diisi.Keringat mengalir menambahkan lagi rasa dahaga.

“Alaa mama.Aya nak main lagi.Mama je lah yang minum”,Aya Sofea menjawab sambil enggan turun dari buainya.

“Kalau macam tu,Aya duduk baik-baik kat buai ni ye.Mama ambilkan air kejap ye”,arah Naurah sambil berjalan menuju ke gazebo untuk mengambil botol minuman.

“Baik,boss besar”,Aya Sofea menirukan gaya yes,bos.

Naurah tersenyum melihat gelagat nakal Aya Sofea mengusiknya.Di hatinya,dia sangat bersyukur kerana mampu membesarkan Aya Sofea walaupun dia sendirian.

p/s=(^_^)

Saturday 18 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 8..


BAB 8

Cuaca begitu cerah pagi itu.Mungkin kerana malam tadi bandar hujan itu memuntahkan awan hujan.Taiping sememangnya dikenali sebagai bandar hujan kerana merupakan bandar paling banyak menerima hujan di Malaysia.Selain itu ia cukup popular dikenali sebagai “bandar pencen” kerana kedamaian dan kehijauan alam sekitar menarik banyak golongan tua menghabiskan sisa-sisa kehidupan di sini.Makna dari “Taiping” itu sendiri datang dari kata bahasa Cina yang bermaksud “kedamaian”.

Cerita tentang sejarah Taiping seringkali diceritakan oleh guru Sejarahnya sehingga Naurah cukup hafal dengan cerita itu.Lucu apabila sekali sekala mengenangkan guru Sejarah,Puan Aznah bercerita dengan mimik mukanya.Ya itulah memori.Kenangan yang tidak boleh diulang tetapi tersimpan kemas di kotak ingatan.

Pagi-pagi lagi Naurah sudah menyediakan sarapan untuk semua di rumah.Adiknya,Sara Aqilah masih tidur.Semalaman bercerita dan berkongsi masalah dengan Naurah membuatkan dia begitu liat untuk bangun pagi itu.Padahal semalam beriya-iya mahu mengikut Naurah dan Aya Sofea untuk ke Zoo Taiping.

“Bangunlah Sara.Nak ikut ke tak ni?Aya tu pun dah bangun.”,kata Naurah kepada adik bongsunya itu.

“Ala kakak.Tak jadilah nak ikut.Sara kena cover tidur balik ni.Pening dah kepala tak cukup tidur ni.Kakak punya pasal lah ni.Ajak sembang sampai pagi,”balas Sara Aqilah sambil mengambil bantal menutup mukanya.

“Hellooooo..Siapa yang ajak siapa bersembang eh?Dia tu yang tak habis-habis dengan masalah cintan-cintun.Nak salahkan kakak pulak.”,balas Naurah sambil mencuit pinggang adiknya.

“Heyyy,kakak.Tak acilah main cubit kat pinggang.Geli tau.”,Sara Aqilah terus terbangun kerana geli dicuit kakaknya.

“Hahahaaa padan muka.Malaslah nak layan kau ni.Budak busuk tak mandi”,balas Naurah sambil mencuit dan terus berlalu pergi.

“Kakakkkkkkk!!!!!!!..”,Sara Aqilah menjerit manja.

Sementara itu,mamanya sudah berada di meja makan.
Naurah membawa Aya Sofea menuruni tangga perlahan-lahan.Lalu dia mendudukkan Aya Sofea di kerusi makan.

“Mama,nak minum kopi ke teh?”,tanya Naurah sambil mengambil mug di rak cawan.

“Kopilah macam biasa.Pagi-pagi ni kamu nak kemana?Banyak masak ni?”,tanya mamanya kembali.Kehairanan melihat bekas tupperwarenya dikeluarkan.

“Oh Naurah dah janji dengan Aya nak bawak ke zoo hari ni.Tu yang masak lebih.Boleh jadi bekal kalau dah lapar jalan-jalan dalam zoo.Lagipun nanti cadang nak berkelah kat lake tu.Mama nak ikut?”,balas Naurah sambil tangannya ligat membancuh kopi untuk mamanya.

“Asal balik Taiping je mesti nak ke zoo korang ni.Tak reti duduk rumah ke?”,mamanya agak dingin apabila berbicara tentang Aya Sofea.

“Hmm biasalah mama.Budak-budak ni suka betul kalau dapat tengok haiwan.Lagipun Naurah saja nak jalan-jalan pekan sekali.Dah lama juga tak balik.”,Naurah membalas perlahan walaupun hatinya takut untuk menjawab.Bimbang mamanya marah.

“Suka hati koranglah”,mamanya menjawab ringkas sambil menjamah bihun goreng.

“Aya nak minum apa,sayang?Susu atau Milo?”, Naurah kembali memberikan perhatiannya kepada Aya Sofea setelah selesai membancuh air kopi mamanya.

“Tak nak.”,Aya Sofea menjawab sambil menggeleng kepalanya.

“Minumlah sikit.Nanti mama bancuh Milo ok?”,Naurah memujuk sambil tangannya mengusap lembut kepala Aya Sofea.

Aya Sofea mengangguk perlahan.Sebenarnya dia takut untuk bercakap apabila berhadapan dengan mama Naurah.Wanita separuh abad itu kelihatan seperti nenek sihir apabila memandangnya.

“Jangan manjakan dia sangat.Nanti kepala kau dipijaknya”,mamanya memberi amaran kepada Naurah.

“Ya Allah..mama..Dia kecil lagi.Tak faham apa-apa pun,”Naurah kesal dengan perkataan mamanya itu.

“Mama cuma ingatkan je.Pandai-pandai kaulah.”,balas mamanya kembali.

Naurah cuba menukar perbualan mereka.Dia tahu tiada gunanya berbalas cakap dengan mamanya.Pasti akan kalah juga kerana mamanya seorang yang keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang.

“Mama,nak ke pasar nanti macam mana?Ke mama nak suruh Naurah belikan barang masak?”, Naurah bertanya lagi.

“Hari ni mama sibuk dengan aktiviti persatuan wanita sampai petang.Sara tu kata dia nak keluar tengok wayang tengah hari nanti.Jadi takde orang kat rumah.Kau sajalah yang beli barang dan masak untuk korang berdua.Kalau malas makan je kat luar.Malam baru kita masak.”, mamanya menceritakan perancangannya.

“Oklah kalau macam tu.Mungkin tengah hari kami lunch kat luar je lah.Sebab nanti tak confirm lagi balik pukul berapa ni.Lagipun Naurah teringin nak makan popia basah dan cendol pulut kat cashier market  tu.”balas Naurah lagi.

Cashier Market atau namanya Bazar Larut Matang merupakan gelaran masyarakat setempat.Di kawasan itu memang terkenal dengan keenakkan makanan tempatan seperti rojak pasembur,popia basah,cendol pulut,ABC dan macam-macam lagi.Taiping sememangnya kaya dengan makanan tempatan dan terkenal dengan harga makanan yang sangat murah dan sedap.

“Mama,kami pergi dululah.Dah pukul 9 pun.Nanti lambat-lambat panas pula nak jalan kat zoo tu”,kata Naurah sambil membungkus sandwich dan bihun goreng sebagai bekalan mereka.

“Yelah.Hati-hati berjalan tu.Taiping ni pun bukan selamat sangat dah macam dulu-dulu.Baru je hari tu Makcik Kay tu kena ragut.Beg tu perhatikan sikit.Mata kena alert”,mamanya memberikan nasihat.

“Baik,mama.Kami lebih extra carefull.Aya,cepat salam tok ma ni.Kita dah nak pergi”,jawab Naurah sambil mengarahkan Aya Sofea bersalaman dengan mamanya.

Aya Sofea datang menghampiri mama Naurah dan mencium tangan.

“Hati-hati ye”,kata mamanya sambil mengusap lembut rambut kanak-kanak itu.

“Baik tok ma”, balas Aya Sofea sambil tersenyum gembira apabila diperlakukan sedemikian oleh mama Naurah.

Naurah tersenyum gembira melihat perlakuan mamanya.Mungkin mama sudah mula menerima kehadiran Aya Sofea dalam keluarga mereka walaupun sudah hampir 2 tahun dia menjaga Aya Sofea.

Jauh disudut hatinya,Naurah tahu mamanya sangat mengambil berat tentang keselamatan dia dan Aya Sofea cuma mungkin kerana keegoan mamanya yang membataskan kasih sayang antara nenek dan cucu.Namun Naurah yakin suatu hari mamanya pasti akan dapat menerima Aya Sofea dengan hati yang terbuka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...