Monday 18 April 2011

minggu ke 3 di KKN..

Assalammualaikum wbt..

como estas amigos?hehee..maksudnya apa kabar..tetibe lak nak cakap spanish..mentang-mentang la semalam baru belajar spanish dari kawan serumah yang KKN sekali..dia anak kuliah ekonomi..pengajar bahasa spanish juga..hebat2..makanya semalam semua budak serumah aku belajo bahasa spanish pas makan malam..heheee..seru!!!

baru aku perasan rupa-rupanya dah masuk 3 minggu aku kat desa nie..nie kebetulan ngenet kat cyber cafe kt bandar turi..dapatla update blog kejap..kalo nak update guna BB takde line sangat..so penat je kalo da taip pastu tak dapat nak update..hampagas la cek nanti..

owh ya..kat KKN nie macam-macam benda jadi..banyak kenangan..banyak pengalaman baru..yang mungkin tak dapat di mana-mana..masyaAllah..terima kasih Allah atas kesempatan ini..biasalah dalamhidup bukan semua pengalaman suka kita akan dapat..mesti ada pengalaman duka juga..

antara pengalaman duka yang aku dapat di KKN,rabu minggu lepas aku eksiden motor..jatuh motor bersama naemah..kebetulan masa jatuh tu waktu kami baru nak balik desa..petang tu kami turun ke bandar jogja untuk beli barang untuk program kreasi manik-manik di desa..kejadian berlaku waktu magrib..biasalah waktu magrib kan..paham-paham je la..macam mana kondisi desa..takde lampu kat jalan..syukurlah masa jatuh tu suasana takdelah terlalu gelap..maka dapatlah bangun balik..agak terkejut juga sebab tak sangka leh jatuh..seluar aku koyak dan lutut luka..jari kanan agak terseliuh..alhamdulillah kami berdua boleh bangun dan teruskan perjalanan balik rumah..walopun kondisi motor agak mencemaskan pas jatuh..malam tu bapak RT tolong panggilkan tukang urut untuk urut..luka aku dicuci oleh Amy..sakitnya bukan kepalang..tapi tahan je la labu..kata Amy: luka kamu agak dalam dan kamu gak nangis masa aku bersihin luka kamu..kamu kuat sekali..aku jawab:ya mau gimana lagi..udah jadi..kalo nangis juga gak ada apa-apa manfaat juga..kelakar betul la..aku tak tau la kenapa..aku dah sulit untuk nangis kalo untuk kesakitan fizikal..mungkin kesakitan dalaman lebih sakit sehingga aku da lupa bagaimana rasa sakit..

selain pengalaman duka,aku nak share pengalaman baru aku di KKN..buat pertama kalinya dalam hidup aku..aku telah memakan ikan lele..ataupun dalam bahasa malaysia namanya ikan keli..hehee..aku memang tak makan ikan keli atau ikan-ikan sungai..tak taulah kenapa..bukan tak pernah cuba makan tapi automatik akan rasa nak muntah bila aku cuba nak telan ikan-ikan sungai..makanya aku hanya makan ikan laut..selalu kalo ibu RT tu sediakan ikan keli aku mesti takde lauk..huhuu..makan sayur je..bagian aku mesti de kawan-kawan akan makan..tetapi ajaibnya jumaat lepas kawan aku anak perikanan telah menjemput  teman sekampus dia datang dan olah isi ikan keli jadi seperti nuget..ajaibnya setelah diolah rasa ikan keli tak macam ikan keli langsung!!aku boleh makan..hahaaaa..anak-anak KKN rumah aku cakap tahniah la akhirnya aku berjaya makan keli..heheee..

alhamdulillah teman-teman serumah aku di KKN sangat sempoi..masing-masing lebih kurang sebaya je..de yang sebaya aku tapi da kawen & de anak sorang usia 3tahun..de sorang lebih tua setahun dari aku tapi sering jadi backpackers..tu yang jadi cikgu spanish kitorang kat rumah..1 lagi usia kelahiran tahun 88 tapi muka nampak tua..kelakar-kelakar semua dorang nie..takde hari yang terlalu serius untuk subunit kami..mesti selalu ketawa,borak bersama,makan bersama..dah jadi macam family betul lak..semua da la 1 kepala..semua jenis adventurous..suka jalan-jalan..heheee..sekaki la sama cek..;p

p/s:soalan yang sering ditanyakan..kamu sama siapa sekarang?kan naemah da bertunang..maka aku lah sasaran ditanya dorang plak bile..alamak..nak jawab apa ek..so aku jawab je aku gak mau komitmen..belum waktunya..hohoo..skripsi tak siap lagi..keje belum lagi..aku taknak tambah masalah yang sedia ada..enjoying every second i have..because i dont know when it will stop..life is too short to suffer the painful act of others..

Sunday 3 April 2011

belajar merendah hati & merasai kesusahan orang lain..

Assalammualaikum wbt..

Sebenarnya hati dan minda nie agak berkecamuk sedikit..merasa galau(dalam bahasa indonesia)..hmmm..pagi tadi aku dan kawan2 telah p jenguk tempat yang kami kena buat khidmat masyarakat(KKN) tu..mak aihhh..punya la jauh tempat tu..kata dalam 30 minit naik motor tapi aku rasa lama giler dok menebeng(tumpang) motor..lenguh bontot naik motor lama2..huhuu..

Dah la kawan2 indonedia nie bawak motor macam pelesit sikit..laju ya amat..jenuh gakla naemah dok kejar depa nie..da la jalan pulak macam gallop kuda..faham2 la kan..

Destinasi pertama yang ditujui desa candi,Turi..Group kami dibahagikan kepada 3 subunit kecil..tiap subunit ada rumah pondokan sendiri..Desa candi nie rumah subunit pertama..walopun rumah yang dorang dapat kosong tapi rumah dia sangatlah ok..sebelah masjid yang baru dibina..dekat dengan kedai runcit..pokoknya mantap la..ibu kedai runcit tu pun sangat2 ramah..siap tolong jamu & kupaskan salak untuk aku lg..hehee..sampai de sorang budak grup aku tanya "di tempat kamu gak ada salak ya? sebab dia pelik tengok aku asyik makan..siot betul..suka hati lah nak makan banyak mana pun..ibu tu yang suruh aku makan banyak..hahaaa..;p

Pastu destinasi kedua pi tempat subunit ke2..tempatnya Desa Becici,Turi..Hmm tengok dari luar macam tak berapa ok sangatla..tapi bila da masuk okla gak sebab ada peralatan rumah gak..Tapi aku tak tengok pun kondisi toiletnya macam mane..hopefully sangat2 la ok..huhuu..

Destinasi ke3 adalah desa Pulesari,Turi..jauh giler nak pi desa nie...jalan sunyi sepanjang perjalanan..sekeliling hanyalah ladang2 salak..lepas sesat beberapa kali baru sampai..rumahnya agak tidak menyelesakan..kondisi boleh dikatakan agak daif walopun itu adalah rumah Pak Dukuh(ala2 ketua kampung)..macam tak percaya je..macam biasa tido atas lantai..hmm..antara 2 tempat tu pulesari dan becici masih belum dipastikan mana satu tempat aku akan menginap..

Akhirnya tadi dorang da decide..subunit aku dok umah dekat becici..rumah pak RT..aku da tak kisahlah dok mane pun..asalkan ade tempat berteduh..walopun kondisi tak begitu menyenangkan..

Pak RT tu ada cakap macam nie..maaflah kerana dia tak dapat sediakan akomodasi tempat tinggal yang baik..mungkin tempat yang dia sediakan ini sangat tak selesa jika dibanding tempat kami semua..tapi inilah yang dia mampu sediakan..sebab inilah kehidupan dorang..MasyaAllah..aku rasa bersalah sangat2..sampai begitu sekali dia merendah diri..Sedangkan kami student2 nie asyik fikirkan keselesaan dan macam2 kerenah yang tak munasabah..Nampak sangat sikap pentingkan diri..

Aku bukanlah anak orang kaya yang akan mati kalo tido kat lantai..aku bukanlah anak orang kaya yang akan mati kalo diberi makanan sekadarnya..tapi aku adalah anak parents aku yang diajar jangan pentingkan diri dan belajar down to earth..jangan sombong dan berlagak..big thanks to my late dad & mum for such a wonderful education..but sadly maybe i mess with wrong friends..

Esok pagi aku akan berangkat tinggal di desa Becici selama 2 bulan..Aku pun tak tau la line internet ade ke tak..kalo ade insyaAllah aku akan update bagaimana aktiviti aku sehari2..kalo tak aku akan wat summary..bila aku balik bandar jogja baru aku update..Esok aku akan tinggalkan "comfort zone" aku selama ini..mulalah belajar merendah hati..merasai kesusahan hidup masyarakat di desa..semoga aku dapat mengutip banyak hikmah dari peristiwa ini..supaya dapat aku jadikan pelajaran & pengalaman dalam hidup..Ya Allah permudahkanlah segalanya untukku & teman2ku..aminnn

p/s=seronok juga asyik makan salak pondoh..bukan selalu dapat makan free..hehee..:)

Friday 1 April 2011

cerpen da siap!!!yeayyy..:)

Assalammualaikum wbt..

Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku telah siap mengarang cerpen untuk mak..hahaaa..so nak mintak pendapat korang tentang cerpen nie..tolong ek..hehee..:)

Botol Impian


Cuaca pagi itu kelihatan ceria sekali.Kedengaran suara burung-burung menyanyi riang sambil mencari rezeki.Kelihatan beberapa ekor rama-rama girang mengibar kepak di celah-celah bunga-bunga yang sedang menguntum indah.Oh indah sekali pagi ini monolog seorang gadis kecil.

Gadis kecil itu bernama Syifa.Anak yatim piatu yang cerdas dan comel berusia 10 tahun.Mama dan papanya meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.Dia mengukir senyuman manis apabila salah seekor rama-rama cuba menghampirinya.Dia tidak cuba menyentuhnya kerana takut akan merosakkan sayap indah itu.Dalam ingatannya teringat pesan dari arwah mama.Kata mama rama-rama ibarat seorang perempuan cantik.Sekiranya rama-rama disentuh akan pudar warna sayapnya.Begitulah juga dengan kecantikan seorang gadis.Tiba-tiba Syifa teringat akan janjinya dengan teman baiknya,Ayuni.Mereka berjanji untuk berkelah bersama-sama di puncak Bukit Larut.Keluarga Ayuni yang mengajaknya untuk berkelah buat kali terakhir sebelum mereka sekeluarga berpindah ke London.Papa Ayuni mendapat tawaran bekerja di sana dan seluruh keluarganya akan mengikutnya berpindah ke sana.

Kehadiran Syifa di teratak keluarga Ayuni disambut mesra.Turut ikut berkelah pagi itu adalah mama dan papa Ayuni serta adiknya.Pembantu rumah Ayuni juga turut serta.Jam di dinding menunjukkan tepat jam 10  pagi ketika mereka berangkat pergi.Suasana kelihatan ceria sekali dengan gelak tawa dua gadis kecil itu.

Syifa dan Ayuni kelihatan riang sekali tambahan pula dengan hawa dingin di puncak Bukit Larut begitu menyamankan dan mendamaikan.Bandar Taiping kelihatan begitu kecil dari puncak ini.Seperti bandar permainan yang direka menggunakan blok-blok Lego.

Dua gadis kecil itu sama-sama cuba melukiskan pemandangan di situ.Menggunakan krayon dan kertas lukisan mereka melakarkan gambaran berdasarkan imaginasi masing-masing.Setelah siap melukis Ayuni mencadangkan kepada Syifa supaya mencoretkan impian mereka di kertas kemudian disimpan dalam botol dan ditanam di puncak Bukit Larut.Syifa bersetuju kerana dia tidak ingin mengecewakan impian terakhir teman baiknya itu sebelum berpisah.Lagi pula banyak sekali impian yang hendak ditulisnya.Penuh isi kertas dicatatnya.Ayuni mencari 2 botol kecil dari kawasan berhampiran.Akhirnya terjumpa 2 botol kosong dan mereka sama-sama menanam botol berisi kertas impian masing-masing di kaki pokok pine.Mereka menandakan sesuatu pada batang pokok pine itu supaya mudah dicari nanti.Dua gadis kecil itu berjanji akan datang 10 tahun lagi untuk melihat sama ada impian mereka itu tercapai atau tidak.Dan pada tarikh dan waktu yang sama 10 tahun akan datang mereka berjanji akan bertemu lagi.Akhirnya kedua gadis itu dipisahkan juga oleh jarak setelah menjalin persahabatan akrab sejak di tadika.

Masa berlalu dengan begitu pantas.10 tahun yang ditunggu akhirnya tiba juga.Sejak pagi Syifa sudah bersiap untuk bertemu teman lamanya itu.Beberapa bulan setelah Ayuni berpindah ke London,nenek Syifa meninggal kerana sakit tua.Dia akhirnya dijaga oleh pakcik dan makciknya di Johor.Kerana itulah mereka terputus hubungan sama sekali.Syifa begitu teruja untuk bertemu Ayuni.Dalam hatinya masih ada gusar juga.Apakah Ayuni masih ingat akan janji mereka 10 tahun yang dulu.Seperti apakah rupa Ayuni sekarang.Mahukah Ayuni bertemu dengan sahabat lamanya ini.Begitulah antara monolog jiwanya sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Larut.Masih nyaman dan segar udara di sini sama seperti 10 tahun dahulu.

Setibanya di sana Syifa terus mencari pokok pine itu.Akhirnya dia berjumpa dengan sebatang pokok pine tua.Masih jelas kelihatan coretan mereka disitu.Dia menunggu di bawah pohon pine itu.Syifa kelihatan tidak sabar untuk menanti kedatangan Ayuni.Beberapa kali dia mundar mandir di bawah pokok itu.Beberapa pengunjung melihatnya dengan senyuman.

Sejam kemudian kelihatan seorang gadis datang menuju ke arahnya.Dia merasakan itu Ayuni kerana wajahnya mirip seperti 10tahun lalu.Lantas dia menghampiri gadis itu lalu memeluknya.Gadis itu kelihatan terkejut dengan tindakan Syifa.Lantas dia memberitahu bahawa dia bukanlah Ayuni.Tetapi dia adalah Aliya,adik Ayuni.Syifa berasa hairan kenapa Aliya yang datang sedangkan hanya dia dan Ayuni yang mengetahui tentang janji ini.Aliya memberitahu bahawa Ayuni sempat memberitahu tentang janji mereka itu kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhir 2 tahun lepas.Syifa terduduk apabila mendapat khabar teman baiknya sudah tiada di dunia.

Aliya memberitahu Syifa supaya menggali botol yang ditanam itu.Itu merupakan amanat terakhir kakaknya.Dia menyuruh Syifa membaca kertas yang di dalam botol Ayuni.Syifa membuka kertas berisi catatan Ayuni dan membacakannya dengan cermat.Ternyata Ayuni tidak mencatat impian dalam senarai sepertinya malah menulis surat.

Antara isi kertas usang itu adalah,
Satu-satunya impian Ayuni adalah untuk selalu berada bersama Syifa tetapi Ayuni tahu itu mustahil.Memang Ayuni akan pindah ke London tetapi Ayuni ada kanser leukemia.Tak tahu bila Ayuni akan pergi buat selamanya.Ayuni tak impikan cita-cita besar sebab doktor jangkakan Ayuni hanya tinggal beberapa tahun saja untuk hidup.Kalau Syifa baca surat ini terima kasih banyak-banyak sebab Syifa masih ingat janji dan persahabatan kita.Syifa kena janji dengan Ayuni yang Syifa akan capai impian yang Syifa tulis dalam botol itu.Ayuni akan sentiasa doakan Syifa.Sahabat selamanya.Sayang Syifa.

Syifa menangis teresak-esak apabila selesai membaca isi surat itu.Dia benar-benar tidak menyangka bahawa temannya begitu berhati mulia.Aliya menenangkannya dan memintanya supaya sentiasa mendoakan Ayuni.Dalam hati Syifa dia bernekad untuk mencapai impian dalam botolnya.

Semoga kau tenang disana sahabat kecilku.monolog Syifa sendirian sambil mengesat air matanya.

p/s=hak cipta terpelihara ye..nie bahan untuk pertandingan bercerita kanak-kanak..;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...