Tuesday 5 November 2013

novel-bidadari berhati malaikat-bab 20..

Selesai memasak,Naurah bergegas untuk membersihkan dirinya.Aya Sofea ditinggalkan bermain di depan televisyen.Teruja rasa hatinya mahu menyambut kedatangan tetamu yang paling ditunggu-tunggu.Apatah lagi apabila dia mengesyaki kedatangan Catherine bakal membawa berita gembira buatnya.

"Aya, mari pakai bedak sikit sayang.Biar wangi-wangi sambut tetamu", suara Naurah memanggil dari kamar utama.

Aya bingkas bangun menuju ke bilik.Dia terpegun sebentar melihat mamanya sudah bersiap dengan cantik dan wangi.

"Cantiknya mama.Wanginya mama.Nie macam nak keluar dating je?Hihihiii..,"Aya mengusik mamanya.

"Amboi anak mama nie.Pandailah dia tu.Mama bukan sentiasa wangi dan cantik ke?Heheee",ujar Naurah sambil tersengih bak kerang busuk.Lucu rasanya apabila Aya pandai mengusik dirinya.Bijak betul budak zaman sekarang.

"Memang pun.Mama Aya kan memang sentiasa cantik cun meletop memang da boom..heheheee..",Aya menambah lagi usikannya.

"Haa puji mama lebih-lebih nie adalah tu.Ada udang sebalik mee ke?",usik Naurah sambil menyapukan bedak bayi ke muka Aya Sofea."Wangi dah anak mama nie.Cium sikit..",Aya Sofea mencium pipi Naurah sambil memeluk erat.

"Sayang mama.Terima kasih mama.",ujar Aya Sofea sambil tersenyum manis.

"Tok..tok..tok.."

Kedengaran bunyi pintu depan rumah.Mungkin Catherine sudah sampai,bisik hati Naurah.Dia bergegas mencapai tudung dan merapikannya sambil bergegas menuju ke pintu utama.Aya Sofea mengekori dari belakang.Pintu utama dibuka.

Naurah sedikit kaget.Berdiri di hadapannya adalah lelaki yang pernah singgah di hatinya.Ikram!Di belakangnya kelihatan seorang wanita bertudung yang mukanya sangat Naurah kenali.Masing-masing diam membisu didepan muka pintu.

"Assalammualaikum..",Kedengaran suara wanita bertudung itu memecah suasana sepi tadi.

"Wa'alaikumussalam.Jemput masuk..",Naurah menjawab ringkas.Hatinya masih berdebar laju.Apakah semua ini?Dia masih tertanya-tanya.Keliru.

Catherine membuka bicaranya."Naurah,sorry.I tak bagitahu u yang I datang berteman.Mungkin u terkejut tengok I datang berdua sampai terdiam saja",ujar Catherine agak kesal dengan tindakannya.

"Eh takpelah.Its ok lah.By the way,how did u guys know?Itu I sangat curious..Hehehee..",ujar Naurah cuba mengendurkan ketegangan persoalan didalam dirinya.

Ikram tidak ikut campur dalam perbualan mereka berdua.Dia bermain bersama Aya Sofea.

"Do u know that u're the one that inspired me to convert?I love your way dear.I fall in love with Islam.",ujar Catherine.Matanya sedikit berair.

"MasyaALLAH.."..Naurah sedikit terkejut.Dia lantas memeluk Catherine.Matanya berkaca.Dia tidak mahu menangis.

"Tahu tak I dah rasa nak bunuh diri since my parents bercerai masa kita di sekolah lagi.But u keep me strong.U selalu nasihatkan I.But at that time I wasnt care about religion.I teruskan hidup I rebel on everything.Parents I hantar belajar oversea sebab diorang tak nak tengok i rebel lagi.I said I wanna be supermodel and designer so they sent me to best fashion school in London.But in the end,I become more rebel.I tak tenang Naurah.I keep on asking why everything unlucky happen to me?Habis saja my study,I terpaksa balik KL since my parents taknak support my lifestyle lagi.Diorang tahu pasal I keep on clubbing,drunk but i never sleep with men.They ask me to work by myself.Get a job.So I become model.One night,I was so drunk sebab i lost my million contract.Devastated."..Catherine mengeluh.

Catherine kembali menyambung ceritanya.Bagaimana dia bertemu Ikram di saat dia mahu membunuh diri akibat tekanan hidup.

"I nekad nak terjun pool dekat kondo I sewa.Untuk apa lagi hidup kalau hidup I dah musnah.Takde kerjaya,no family love.Masa tu Ikram nampak I yang terhuyung hayang menuju ke pool.Dia perhatikan sampailah bila I terjun dalam pool.Dia selamatkan I.I koma seminggu akibat drunk and lemas.Dia jaga I.So I think this is the man that God sent to help me.And he was Muslim.Same as u,Naurah.So i decided to learn about Islam.I convert few months later.And alhamdulillah,he proposed me to be his queen..", Catherine menangis gembira.Dia memeluk erat Naurah.

Naurah menangis juga.Hatinya sudah lama tiada pada Ikram.Hanya sekadar kisah lama.Sesungguhnya di dalam hatinya dia ikhlas gembira untuk Catherine.Sudah lama dia mendoakan agar Allah memberikan hidayah buat sahabatnya itu.

"I'm so happy for u dear.Allah had answered my prayer.I love u LillahiTaala..So when's the wedding?",ujar Naurah teruja.

"InsyaAllah next month.Please pray for us,ya.Dont forget to bring ur husband too.He must be so lucky to have u!",Catherine tersenyum.

"Oh dear..Tengok tu.Bercerita sakan sampai makanan dah sejuk.Jom ikut I ke dapur",Naurah mengubah situasi sambil tangannya memimpin Catherine menuju ke dapur.

"Ikram,jomlah kita ke dapur.Aya bawak Uncle ke dapur ye sayang.",ujar Naurah.

"Baik mama.Jom Uncle.",Aya bingkas menarik tangan Ikram.

Mereka berempat makan sambil berbual-bual.Akhirnya barulah Naurah menceritakan hal yang sebenarnya tentang Aya Sofea dan dirinya.Catherine dan Ikram terdiam sambil berpandangan.Mereka meninggalkan dua beranak itu dengan penuh persoalan.Hati Ikram mula berbelah bahagi.

Naurah lega menemui jawapan untuk persoalan hatinya.Untuk sekian lamanya,rasa yang dulu hilang serta merta.Yang tinggal hanyalah kenangan manis.Dia menguntum senyuman.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...