BAB 18
Naurah termenung sendiri di kubikelnya.
Dia masih terfikir kenapa masih tiada jawapan dari permintaannya kepada Sang Khaliq.
Mungkin belum sampai waktunya,hati kecilnya cuba memujuk.
Astaghfirullahalazim..Maafkan aku Ya Allah..Aku meragui keputusan dariMu.Aku tidak yakin dengan takdirMu.
Lantas air matanya mengalir mengenangkan keterlanjuran dirinya mempersoalkan takdir Illahi.
“Naurah,kenapa?”,kedengaran suara lembut menyapanya.
Naurah bingkas mengesat air matanya dan cuba membetulkan kaca matanya.
“Hmm takde apa-apalah.”,Naurah cuba menyembunyikan kecelaruan hatinya.
“Maaf kalau akak bertanya.Akak nampak dari tadi Naurah termenung.Pastu akak nampak Naurah nangis pulak.Naurah sakit ke?Kalau ada apa-apa cuba ceritakan kat akak”,kata Puan Aizah,seorang pegawai farmasi senior.
Puan Aizah telah lama berkhidmat di PPUM.Dan dia sememangnya dikenali dengan sikapnya yang merendah diri dan selalu berwajah mesra dengan sesiapa pun tanpa mengira pangkat.
Lama Naurah terdiam.Dia cuba mencari kekuatan untuk menceritakan kepada Puan Aizah yang mesra dipanggil Kak Aizah.
Puan Aizah masih setia menanti jawapan Naurah.Kebetulan waktu rehat masih berbaki 15 minit setelah selesai bersolat Zohor dan makan tengah hari.
“Akak,boleh Naurah tanya sesuatu?”,Naurah bertanya tanpa menjawab pertanyaan Puan Aizah tadi.
“Boleh saja.Silakan”,Puan Aizah dengan berlapang dada untuk mendengar pertanyaan yang kelihatan merunsingkan fikiran gadis manis itu.
“Akak pernah buat solat istikharah tak?,Naurah kembali bertanya.
“Hmm..Alhamdulillah,akak memang amalkan perkara tu kalau ada sebarang kemusykilan dalam nak buat keputusan.”,balas Puan Aizah sambil tersenyum manis.Di hatinya sudah dapat menebak pasti soal hati menjadi topik gadis itu.
“Akak dapat jawapan setiap kali buat istikharah?Naurah nak tau petunjuknya macam mana”,ujar Naurah.
“Ok.Hmm,akak rasa Naurah mesti nak tau pasal istikharah jodoh kan?”,Puan Aizah kembali menyoal Naurah.
“Yupp..”,Naurah membalas ringkas sambil mengangguk-angguk tanda setuju.
“Masa zaman bujang,akak memang rutin buat solat istikharah,solat hajat tiap-tiap malam.Tu pesanan ustazah akak.Jadi akak amalkan.Alhamdulillah berkat usaha akak,Allah permudahkan segalanya”,ujar Puan Aizah lagi sambil tersenyum mengimbau kenangan zaman gadisnya.
“Ohh..Jadi macam mana akak tau yang akak dah buat pilihan yang betul?Ada tanda-tanda tak?”,Naurah membalas dengan sedikit teruja.Dia ingin tahu kesinambungan cerita Puan Aizah.
“Allah dah temukan akak dengan suami akak tu dalam mimpi 8 tahun sebelum akak terjumpa dia lagi.Akak selalu bermimpi seorang lelaki yang akak tak pernah jumpa datang salam dengan mak ayah akak.Jadi akak yakin dia adalah lelaki yang diamanahkan Allah untuk menjaga akak.Walaupun masa tu akak tak pernah jumpa tapi hati ini kuat mengatakan itulah jodoh akak.Akak ada mintak pandangan ustazah akak.Kata ustazah akak,kadang-kadang mimpi boleh jadi satu cara Allah memberikan jawapan kepada kita.Boleh jadi juga melalui gerak hati dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling kita”,ujar Puan Aizah dengan panjang lebar.
“Peristiwa-peristiwa tu macam mana ye akak?”,soal Naurah lagi.
“Contohnya,katakanlah Naurah menyukai seseorang ini tetapi setelah beristikharah ternyata Allah buka hijab perangainya dengan kelihatan semua perangai buruk.Dari situ Naurah boleh tahu lelaki tu sesuai atau tidak untuk dijadikan suami.Ada juga yang Allah persulitkan jalan hubungan itu kerana orang tersebut bukan jodoh kita.Pokok pangkalnya kita kena yakin dengan takdirNya,Naurah.Allah takkan menganiayai hambaNya.Jangan risaulah bab jodoh.Akak percaya gadis sebaik dan secantik Naurah,pasti Allah akan berikan yang terbaik”,balas Puan Aizah sambil menepuk lembut bahu Naurah.
“Terima kasih akak.Lega sikit hati ini.Selama ni selalu rasa was-was walaupun dah minta pada Allah”,Naurah meluahkan kelegaan hatinya.
“Alhamdulillah.Baguslah kalau macam tu.Banyakkan amal surah An-Nas.Biar hilang rasa was-was tu. Ingat,was-was tu dari syaitan.Kalau kita asyik melayan perasaan gitu,seronoklah syaitan.Eh dah pukul 2 nie.Akak minta diri dululah.Nak kena briefing kat budak-budak praktikal kejap lagi.Assalammualaikum.Jangan sedih-sedih ok?”,ujar Puan Aizah sambil tersenyum.Hatinya juga lega setelah melihat raut wajah Naurah kembali ceria.
“Wa'alaikumussalam..Baiklah akak.Terima kasih banyak-banyak atas nasihat akak.InsyaAllah Naurah akan amalkan”,ujar Naurah sambil bingkas bangun menyarungkan kembali kot putihnya.
Hatinya berbunga riang.Alhamdulillah.
to be continued..
p/s=sekarang keje kat department less stress..so ada masa nak karang novel..heheee..:p