Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku telah siap mengarang cerpen untuk mak..hahaaa..so nak mintak pendapat korang tentang cerpen nie..tolong ek..hehee..:)
Botol Impian
Cuaca pagi itu kelihatan ceria sekali.Kedengaran suara burung-burung menyanyi riang sambil mencari rezeki.Kelihatan beberapa ekor rama-rama girang mengibar kepak di celah-celah bunga-bunga yang sedang menguntum indah.Oh indah sekali pagi ini monolog seorang gadis kecil.
Gadis kecil itu bernama Syifa.Anak yatim piatu yang cerdas dan comel berusia 10 tahun.Mama dan papanya meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.Dia mengukir senyuman manis apabila salah seekor rama-rama cuba menghampirinya.Dia tidak cuba menyentuhnya kerana takut akan merosakkan sayap indah itu.Dalam ingatannya teringat pesan dari arwah mama.Kata mama rama-rama ibarat seorang perempuan cantik.Sekiranya rama-rama disentuh akan pudar warna sayapnya.Begitulah juga dengan kecantikan seorang gadis.Tiba-tiba Syifa teringat akan janjinya dengan teman baiknya,Ayuni.Mereka berjanji untuk berkelah bersama-sama di puncak Bukit Larut.Keluarga Ayuni yang mengajaknya untuk berkelah buat kali terakhir sebelum mereka sekeluarga berpindah ke London.Papa Ayuni mendapat tawaran bekerja di sana dan seluruh keluarganya akan mengikutnya berpindah ke sana.
Kehadiran Syifa di teratak keluarga Ayuni disambut mesra.Turut ikut berkelah pagi itu adalah mama dan papa Ayuni serta adiknya.Pembantu rumah Ayuni juga turut serta.Jam di dinding menunjukkan tepat jam 10 pagi ketika mereka berangkat pergi.Suasana kelihatan ceria sekali dengan gelak tawa dua gadis kecil itu.
Syifa dan Ayuni kelihatan riang sekali tambahan pula dengan hawa dingin di puncak Bukit Larut begitu menyamankan dan mendamaikan.Bandar Taiping kelihatan begitu kecil dari puncak ini.Seperti bandar permainan yang direka menggunakan blok-blok Lego.
Dua gadis kecil itu sama-sama cuba melukiskan pemandangan di situ.Menggunakan krayon dan kertas lukisan mereka melakarkan gambaran berdasarkan imaginasi masing-masing.Setelah siap melukis Ayuni mencadangkan kepada Syifa supaya mencoretkan impian mereka di kertas kemudian disimpan dalam botol dan ditanam di puncak Bukit Larut.Syifa bersetuju kerana dia tidak ingin mengecewakan impian terakhir teman baiknya itu sebelum berpisah.Lagi pula banyak sekali impian yang hendak ditulisnya.Penuh isi kertas dicatatnya.Ayuni mencari 2 botol kecil dari kawasan berhampiran.Akhirnya terjumpa 2 botol kosong dan mereka sama-sama menanam botol berisi kertas impian masing-masing di kaki pokok pine.Mereka menandakan sesuatu pada batang pokok pine itu supaya mudah dicari nanti.Dua gadis kecil itu berjanji akan datang 10 tahun lagi untuk melihat sama ada impian mereka itu tercapai atau tidak.Dan pada tarikh dan waktu yang sama 10 tahun akan datang mereka berjanji akan bertemu lagi.Akhirnya kedua gadis itu dipisahkan juga oleh jarak setelah menjalin persahabatan akrab sejak di tadika.
Masa berlalu dengan begitu pantas.10 tahun yang ditunggu akhirnya tiba juga.Sejak pagi Syifa sudah bersiap untuk bertemu teman lamanya itu.Beberapa bulan setelah Ayuni berpindah ke London,nenek Syifa meninggal kerana sakit tua.Dia akhirnya dijaga oleh pakcik dan makciknya di Johor.Kerana itulah mereka terputus hubungan sama sekali.Syifa begitu teruja untuk bertemu Ayuni.Dalam hatinya masih ada gusar juga.Apakah Ayuni masih ingat akan janji mereka 10 tahun yang dulu.Seperti apakah rupa Ayuni sekarang.Mahukah Ayuni bertemu dengan sahabat lamanya ini.Begitulah antara monolog jiwanya sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Larut.Masih nyaman dan segar udara di sini sama seperti 10 tahun dahulu.
Setibanya di sana Syifa terus mencari pokok pine itu.Akhirnya dia berjumpa dengan sebatang pokok pine tua.Masih jelas kelihatan coretan mereka disitu.Dia menunggu di bawah pohon pine itu.Syifa kelihatan tidak sabar untuk menanti kedatangan Ayuni.Beberapa kali dia mundar mandir di bawah pokok itu.Beberapa pengunjung melihatnya dengan senyuman.
Sejam kemudian kelihatan seorang gadis datang menuju ke arahnya.Dia merasakan itu Ayuni kerana wajahnya mirip seperti 10tahun lalu.Lantas dia menghampiri gadis itu lalu memeluknya.Gadis itu kelihatan terkejut dengan tindakan Syifa.Lantas dia memberitahu bahawa dia bukanlah Ayuni.Tetapi dia adalah Aliya,adik Ayuni.Syifa berasa hairan kenapa Aliya yang datang sedangkan hanya dia dan Ayuni yang mengetahui tentang janji ini.Aliya memberitahu bahawa Ayuni sempat memberitahu tentang janji mereka itu kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhir 2 tahun lepas.Syifa terduduk apabila mendapat khabar teman baiknya sudah tiada di dunia.
Aliya memberitahu Syifa supaya menggali botol yang ditanam itu.Itu merupakan amanat terakhir kakaknya.Dia menyuruh Syifa membaca kertas yang di dalam botol Ayuni.Syifa membuka kertas berisi catatan Ayuni dan membacakannya dengan cermat.Ternyata Ayuni tidak mencatat impian dalam senarai sepertinya malah menulis surat.
Antara isi kertas usang itu adalah,
Satu-satunya impian Ayuni adalah untuk selalu berada bersama Syifa tetapi Ayuni tahu itu mustahil.Memang Ayuni akan pindah ke London tetapi Ayuni ada kanser leukemia.Tak tahu bila Ayuni akan pergi buat selamanya.Ayuni tak impikan cita-cita besar sebab doktor jangkakan Ayuni hanya tinggal beberapa tahun saja untuk hidup.Kalau Syifa baca surat ini terima kasih banyak-banyak sebab Syifa masih ingat janji dan persahabatan kita.Syifa kena janji dengan Ayuni yang Syifa akan capai impian yang Syifa tulis dalam botol itu.Ayuni akan sentiasa doakan Syifa.Sahabat selamanya.Sayang Syifa.
Syifa menangis teresak-esak apabila selesai membaca isi surat itu.Dia benar-benar tidak menyangka bahawa temannya begitu berhati mulia.Aliya menenangkannya dan memintanya supaya sentiasa mendoakan Ayuni.Dalam hati Syifa dia bernekad untuk mencapai impian dalam botolnya.
Semoga kau tenang disana sahabat kecilku.monolog Syifa sendirian sambil mengesat air matanya.
p/s=hak cipta terpelihara ye..nie bahan untuk pertandingan bercerita kanak-kanak..;p
menarik..
ReplyDeletetiqa rasa sesuai tak nak dijadikan bahan untuk pertandingan bercerita kanak-kanak?
ReplyDelete