Sunday, 11 March 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 16..


BAB 16

Bait-bait lirik lagu yang bertajuk Keroncong Kasih Sayang dendangan kumpulan nasyid U.N.I.C bermain-main di minda Naurah.
Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada Yang Esa
Cinta bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

MasyaAllah..Lirik-lirik itu menyedarkan aku sebenarnya,bisik hati Naurah.

Hatinya dulu pernah memendam rasa pada Ikram dan akhirnya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan.

Ya,tiada cinta yang sebenar-benarnya melainkan cinta kepada Illahi.

Cinta yang tiada mengecewakan.Cinta yang abadi.

“Naurah,awak ok ke?”,tegur Faqih kerana melihat Naurah seakan termenung di kerusi taman.

“Oh..ermm saya ok je.Kenapa awak tanya macam tu?”,Naurah kembali bertanya.

“Tak,sebab saya nampak awak macam termenung je.Ada masalah ke?”,tanya Faqih kembali.Hatinya gusar juga jika wanita itu sakit.Dari tadi Naurah juga kelihatan pucat.

“Eh Aya mana?”,Naurah cuba mengalih perbicaraan mereka.Dia tidak mahu memperpanjang hal yang difikirkannya tadi.

“Tu ha.Seronok betul dia main gelongsor tu.Mentang-mentanglah ramai kawan.Saya ni dia dah tak peduli pun”,kata Faqih sambil menunjuk ke arah kawasan taman permainan di KLCC.

Ahad itu,selepas lunch di Restoran Chicken Rice Shop dan makan aiskrim,mereka bertiga bersiar-siar bersama.Faqih mencadangkan agar mereka ke Taman Permainan di KLCC kerana suasananya lebih selesa untuk kanak-kanak kecil seperti Aya Sofea bermain.

 “Biasalah kanak-kanak.Awak kan dah tua.Jadi dia tak layanlah bila dah ada geng baru.Hihii..”,Naurah ketawa kecil apabila melihat kelakuan Aya Sofea dari jauh yang begitu asyik bermain bersama teman-teman barunya.

“Amboi sedapnya mulut mengata saya.Jangan lupa ye kita sebaya.Jadi awak kata saya tua,awak pun tualah jugak.Hahaaa”,ketawa besar Faqih menuturkan ayat itu.

“Oklah.Saya mintak ampun mintak maaf cikgu.Hahaaa”,Naurah cuba bergurau bagi menghilangkan rasa janggal apabila duduk berdua sahaja di kerusi taman.

“Baiklah cikgu maafkan.Anak murid ni memang nakal.Nasib cikgu ni baik.Hahaaa”,Faqih ketawa lagi.Sebenarnya dia juga gugup apabila berdekatan dengan Naurah.

Selalunya ada Aya Sofea yang menemani mereka.Kali ini cuma berdua sahaja.Dari jauh kelihatan Aya Sofea melambai-lambai mesra ke arah mereka berdua.Mereka berdua tersenyum dengan gelagat cilik si kecil itu.

“Bijak betul Aya ni.Dia tak macam budak umur 3 tahun.Kagum saya”,tutur Faqih dengan jujur.

“Alhamdulillah.Mungkin sebab ibu bapa Aya kan doktor.Mungkin genetiklah rasanya.”,Naurah menjawab sambil tersenyum.Memang Aya Sofea sejak kecil lagi amat bijak dan berbeza dengan kanak-kanak seusianya.Mungkin juga ini adalah kurniaan Allah untuk dirinya.

“Oh patutlah.Memang runs in the blood kepandaiannya itu.Hmm,macam mana awak boleh decide nak jaga Aya?”Faqih bertanya serius.Dia sememangnya ingin mencungkil sebanyak mana rahsia yang dipendam oleh Naurah.Dia tahu pasti wanita itu sudah banyak menanggung segala kepahitan demi membesarkan seorang bayi.

“Hmm seriusnya soalan.Perlu jawap ke?Hahaaa”,Naurah cuba bergurau.

“Maaf kalau saya menyibuk.Tapi naluri ingin tahu saya membuak-buak.Sebab setahu saya susah nak cari orang yang betul-betul nekad macam awak ni.Even diri saya pun tak rasa saya sanggup memikul tanggungjawab besar ini seorang diri”,Faqih berterus-terang.

Naurah terdiam sebentar.Dia mencari kekuatan untuk menceritakan pengalamannya.

Curiousity kills the cats kan?Hehee.Sebenarnya saya pun tak tau lah nak ceritakan macam mana.Mungkin sebab persahabatan saya dengan ibu Aya iaitu Lina terlalu rapat membuatkan saya tidak sanggup membiarkan Aya dijaga orang lain.Kalau saya tidak nekad sebegini mungkin Aya sudah dipelihara orang lain.Ibu Lina tidak mampu untuk menjaga Aya.Saudara Lina juga begitu.Lagipun,kali terakhir Lina bercakap dengan saya melalui telefon iaitu beberapa jam sebelum kemalangan maut yang meragut nyawa Lina dan suaminya.Arwah ada berpesan kepada saya tolong jaga Aya jika dia pergi.”kata Naurah.Matanya kelihatan berkaca-kaca.
Naurah menyambung lagi sambil manik-manik air mata laju menuruni pipinya.
“Saya marahkan Lina supaya jangan bergurau macam tu.Tapi Lina beriya-iya minta saya berjanji.Lepas saya cakap janji baru arwah berpuas hati dan akhirnya menamatkan panggilan.Tak tau pula itu adalah kali terakhir saya bercakap dengan arwah.Jadi saya rasa memang arwah percayakan saya untuk jaga Aya”.

Hatinya sebak mengenangkan peristiwa itu.

“Maafkan saya Naurah.Saya dah buat awak sedih.Maafkan saya.”,kata Faqih berulang kali meminta maaf sambil menghulurkan kertas tisu kepada Naurah.

“Takpe.Maaf sebab saya pulak emosi kat sini.Buat malu je”,kata Naurah sambil mengesat perlahan air matanya.

“Takpe.Lepaskan emosi awak tu.Jangan biar terpendam.Itu akan membuatkan awak lebih menderita nanti.Takpe saya sudi mendengar.”,Faqih kembali berkata.Sejujurnya dia tidak tegar melihat Naurah menitiskan air mata tetapi dia seakan tahu bahawa sudah terlalu lama Naurah memendam rasa sedih.

“Bagi saya,Aya dah saya anggap macam anak saya sendiri.Biarlah saya korbankan diri saya untuk melihat dia membesar dengan bahagia.Alhamdulillah dia sangat senang untuk dijaga.Masa saya mula jaga Aya,dia baru berusia setahun.Masih menyusu badan.Tetapi setelah ibunya meninggal dia boleh terima minum susu botol,tidak meragam.Dia seakan-akan faham pemergian ayah ibunya”jelas Naurah lagi.Air matanya sudah berhenti.

“Macam mana awak jaga dia waktu malam?Bukan awak ada oncall  ke?”,Faqih kembali bertanya.

“Waktu saya ada oncall malam,saya upah babysitter dari nursery tempat saya hantar Aya.Syukurlah di tempat kerja saya ada kawan-kawan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil.Jadi secara tak langsung saya dapatlah ilmu menjaga baby dari dorang.Alhamdulillah setiap apa yang saya lakukan dipermudahkan Allah dalam urusan menjaga Aya.”,Naurah tersenyum menceritakan pengalamannya menjaga Aya Sofea ketika kecil.

“Alhamdulillah.Niat yang baik Allah akan sentiasa permudahkan jalannya.”,Faqih menambah.

“Hmm family awak tak marah ke dengan keputusan awak ni?”tanya Faqih lagi.

“Hehee..mau tak marah.Mama saya marah sebab saya korbankan masa muda saya dengan jaga anak orang lain.Patutnya jaga anak sendiri katanya.Takpelah saya redha.Mungkin ini ujian Allah untuk saya.Walaupun saya belum berkahwin tapi saya dapat kasih sayang seorang anak.Itu lebih berharga untuk saya.Lagipun jaga anak yatim ni kan besar pahalanya.Mana tahu dialah yang mampu selamatkan saya dari seksa kubur nanti”,kata Naurah sambil tersenyum lagi.

MasyaAllah positifnya wanita ini.Cekal sungguh dirinya,bisik Faqih.Dia semakin jatuh cinta kepada wanita itu.Andai sahaja ada wali Naurah di sekitar itu,sudah pasti dia terus menyatakan hasratnya untuk mempersuntingkan wanita itu.

“Hmm betul tu.Nabi sendiri pun anak yatim.Maka Baginda selalu memuliakan anak-anak yatim.Kalau ada yang saya boleh tolong bagitaulah ye.Jangan segan-segan.”,Faqih memberitahu jujur.Mahu sahaja dia meluahkan rasa cintanya pada Naurah.Tetapi dia tidak mahu tergesa-gesa.Dia bimbang andai Naurah sudah berpunya atau menolaknya.

“Alah takde apa-apanya.Kami ok je.”,balas Naurah.

“Apa-apa saja masalah.Saya tak kisah.Kalau awak rasa stress pun boleh bagitau saya”,Faqih beriya-iya menawarkan bantuan sambil tersenyum.

Alahai mamat ni.Bersungguh-sungguh pulak dia.Serba salah pulak aku,bisik hati kecil Naurah.

“Hmm yelah,InsyaAllah cikgu.”,balas Naurah membalas senyuman.

Dari jauh kedengaran bunyi azan berkumandang dari Masjid As-Syakirin,KLCC menandakan masuknya waktu Asar.

“Eh dah masuk waktu Asar.Saya ke masjid dulu lah ye.Awak nak ikut?”,tanya Faqih kepada Naurah.

“Err..takpe-takpe..saya tunggu Aya.Awak pergilah solat dulu”,balas Naurah kembali.

“Ok,nanti kita gilir ye.Assalammualaikum”,Faqih berkata sambil berlalu menuju ke masjid.

“Wa’alaikumussalam.”,jawab Naurah.

Sebenarnya Naurah sedang uzur.Dia agak kaget apabila Faqih tiba-tiba mengajaknya ke masjid.Dia sebenarnya malu untuk memberitahu hal sebenar.

Gila apa nak bagitau dia aku period.Malunyaaaa…,hati kecilnya berbisik.

Dari jauh Aya Sofea kelihatan berjalan ke arahnya.

“Mama,mana Uncle Faqih?Dah balik ke?Tak tunggu Aya pun”,Aya Sofea bertanya kepada Naurah.Memek mukanya agak sedih.

“Eh taklah.Uncle Faqih pergi solatlah.Tadi kan bunyi azan.Jadi kita tunggu Uncle kat sini kejap”,Naurah menjawab pertanyaan Aya Sofea sambil tangannya mengelus-ngelus lembut rambut si kecil itu.

“Bagusnya Uncle Faqih pergi solat.Mama tak pergi solat ke?”tanya Aya Sofea lagi.

"Mama kan ABC.Lupalah tu”,balas Naurah.

Aya Sofea memang faham akan terminologi ABC Naurah.ABC iaitu Allah Bagi Cuti yang bermaksud cuti solat/uzur syarie/haid.

Selesai solat Asar Faqih langsung kembali ke tempat Naurah dan Aya Sofea.

“Ok Naurah.Bolehlah awak pergi solat.Biar saya jaga Aya pulak”,kata Faqih kepada Naurah.

“Ermm..ermm..”,Naurah agak tergagap-gagap.

“Mama ABC lah Uncle,”Aya Sofea memberitahu Faqih.

“Hah ABC?Nak makan ABC ke?”,Faqih kehairanan.

Naurah semakin malu.Mukanya merona merah menahan malu.

“Bukanlah ABC la..Allah Bagi Cuti.Apa lah Uncle ni.Tu pun tak tahu ke?Hihii”,Aya Sofea ketawa kecil melihat muka Naurah yang merah padam dan muka Faqih yang kehairanan.

“Ohhhhhh..Manalah Uncle tau.Hihiii”,Faqih turut ketawa kecil.

“Eh jom kita baliklah.Dah seharian bermain Aya ni.Berpeluh-peluh dah ni”,Naurah cuba menutup topik tadi.

“Jom,Aya”,ajak Faqih sambil memimpin tangan Aya Sofea.Dia faham akan riak wajah Naurah yang segan apabila mereka berbicara tentang hal tadi.

“Jommm!!!!.”,Aya Sofea berteriak dengan girangnya berjalan bersama Faqih.

Mereka bertiga menuju ke tempat letak kereta.

p/s=Oklah.Dah decide untuk meneruskan novel seperti biasa.InsyaAllah episod on-going.Sementara aku masih belum memulakan kerja.Heheeee..Tak lama lagi title penanam anggur akan dihapus dan Hello,Hospital!!!! :p




Thursday, 8 March 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 15..


BAB 15

Zikir Al-Mathurat sudah selesai dibaca.Begitulah rutin harian Naurah setelah solat Subuh.Dan jik berkesempatan dilakukan juga setelah selesai solat Asar.Kata ustazahnya ketika mereka di MRSM dulu,zikir-zikir al-Mathurat dapat dijadikan pendinding diri.Di dalamnya banyak terkandung doa-doa pelindung diri dari segala bahaya.

Naurah masih berteleku di hujung katil.Dilihatnya si kecil Aya Sofea masih nyenyak tidur.Suci,bersih wajah itu dari terpalit noda dan dosa.Subhanallah,bisik hatinya.

Dia bingkas bangun mendapatkan laptopnya di atas meja.Niatnya mahu beronline sebentar sebelum menyediakan sarapan.Laptop ACER usangnya dibuka.Sudah hampir 6 tahun laptop itu menemaninya sejak dari zaman pengajiannya di universiti.Syukurlah hanya sesekali meragamnya cuma perlu diformatkan sahaja.Dia membuka kotak email.Banyak juga email yang baru diterima.

Tiba-tiba dia terlihat satu email yang mencuit perhatiannya untuk dibuka.

“Hi Naurah.Where are you now?I’m freaking miss u a lot,girl!I’m in KL now.Just got back from UK!Let’s meet up.I’ll invite our girls too.Please drop me your number,Miss Shy-shy Cat.Lots of love..XOXO..-Catherine”

Naurah tersenyum.Tidak disangka teman rapatnya sewaktu sekolah rendah masih mengingatinya.Apatah lagi kali terakhir mereka bertemu adalah ketika Reunion Dinner sekolah rendah mereka sebelum Naurah ke Jogjakarta iaitu 6 tahun lepas.Ketika itu Catherine menjadi penganjur,maka dia mempunyai buku khas yang mencatatkan segala detail peribadi schoolmate.Dia mengklik butang reply.

“Heyy,Miss Lola Bunny!Miss u too!Yeahh I’m in KL too.Here’s my number 012 3456789.Cant wait till we meet again..so excited!-Naurah”

Naurah sememangnya terkenal dengan gelaran Miss Shy-shy Cat dikalangan classmatenya..Itu merupakan gelaran yang diberikan teman-teman sempena Farewell Dinner sebelum masuk ke sekolah menengah dan sampai sekarang andai bertemu rakan sekolah rendahnya mereka pasti akan memanggilnya begitu.Dia digelar sebgitu kerana perwatakannya yang pemalu terutamanya apabila harus bercakap dengan jantina berlawanan.Sedangkan jika bersama teman-teman perempuan dia merupakan seorang yang sangat ceria dan peramah.Manakala Catherine digelar Miss Lola Bunny kerana dirinya yang agak hyper dalam pelbagai segi menyerupai watak Lola Bunny yang cantik,seksi dan pintar.

Catherine merupakan seorang teman yang sangat baik dan sangat pintar.Boleh dikatakan setiap tahun ketika di sekolah pasti tempat pertama akan direbut oleh Catherine.Mungkin juga kerana genetiknya yang bercampur antara genetik mat saleh dan Cina menyebabkan dia sangat cerdik dan mempunyai rupa yang sangat cantik.Putih gebu,tinggi lampai menyebabkan dia sering menjadi perhatian ramai budak lelaki.Catherine juga sering memanggil Naurah dengan gelaran Norah Jones.Katanya nama Naurah mirip Norah Jones.Naurah tersenyum sendiri mengingati gelagat teman kecilnya itu.Pasti lebih cantik sekarang Catherine.Andai sahaja dia turut diberi hidayah untuk menerima Islam pasti lebih indah,bisik hatinya.Dia sangat berharap supaya teman baiknya itu sentiasa diberi hidayah.

Dia teringat kata-kata Lina ketika mereka di MRSM dahulu.. “Hidayah itu perlu dijemput,kalau kita sendiri yang tidak menjemputnya andai datang pun kita mesti takkan sedar”.Memang ada benar kata-kata Lina itu.Dari Lina juga dia banyak belajar erti kehidupan.Bagaimana dia berubah menjadi seorang Muslim yang sebenar yang komited pada tanggungjawab harian.Sebelum ini dia hanyalah seorang muslim pada nama sahaja.Didikan keluarganya lebih ke arah kebaratan.Kurangnya penekanan didikan agama dalam kehidupan.Agama hanya dituntut di sekolah sahaja.

Didikan keluarga Lina memang sangat mengkagumkan.Arwah ayahnya merupakan seorang yang tegas dalam beribadah.Seawal usia 7 tahun jika anak-anak tidak solat akan dirotan oleh ayahnya.Manakala Ibu Lina akan mengajar anak-anak mengaji Quran.Tidak hairanlah Lina merupakan seorang wanita yang sangat solehah.Semoga Allah menempatkan kau dikalangan orang beriman sahabatku.Dia menitiskan air mata rindu kepada arwah sahabatnya itu.

Dia mengesat air mata dengan hujung baju.Eh,aku nie.Karang tak jadi nak buat breakfast,Naurah bermonolog sendiri.Dia memandang ke arah jam di dinding.Baru pukul 7.30 pagi.Dia menutup laptopnya dan meletakkannya kembali ke atas meja.Dia menuju ke dapur.

Niatnya pagi ini mahu menyediakan cucur udang.Aya Sofea sangat gemar makan cucur udang dicecah bersama sos tomato.Lagipun tengah hari nanti mereka ada janji temu bersama Faqih.Memadailah dengan breakfast yang ringan.

Secawan mocca dibancuh untuk dirinya.Dia memang seorang caffeine addict.Setiap pagi dia memerlukan secawan kafein dari kopi atau teh untuk kickstart harinya.

“Mama..wanginya bau mama masak..mama,masak apa?”,kedengaran suara Aya Sofea yang baru bangun.Matanya masih sepet menahan mengantuk.

“Dah bangun rupanya my little angel.Mama masak cucur udanglah sayang.”Naurah menoleh ke arah Aya Sofea sambil tersenyum.

“Wahhh sedapnya..Sukanyaa.Nak makan..”,Aya Sofea tersenyum girang.
Naurah baru selesai menggoreng dan sedang mentoskan cucur di dalam penapis minyak.

“Jomlah mandi,busyuk mama nie.Tak gosok gigi lagi tak boleh makan.Nanti ulat gigi yang makan cucur Aya.Eee..”,kata Naurah sambil menunjukkan reaksi geli.

“Eeee taknaklah.Nak gosok gigi pastu nak mandi baru Aya nak makan..”,Aya Sofea pula menutup giginya tanda tidak setuju dengan kata-kata Naurah tentang ulat gigi.

“Mama dah mandi belum?Jom mandi.”,kata Aya Sofea lagi.

“Mestilah sudah.Mama kan wangi.Heheee..”,ujar Naurah mengusik Aya Sofea.

“Mama busuk jugak.Heheee’,balas Aya Sofea sambil mencium pipi Naurah.

Naurah tersentuh dengan perlakuan anak kecil itu.Comel dan pintar sekali.Mereka berdua berpimpin tangan menuju ke bilik mandi.


nota kaki :buat masa ini nak stop sekejap karya.nanti akan disambung lagi.sila lontarkan pandangan anda kat komen ye.nak tau feedback..heheee..terima kasih utk yg sudi membaca..:)

Sunday, 4 March 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 14..


BAB 14

Beep..beep..beep..

Bunyi SMS masuk ke kotak mesej di handphone Naurah.

Alamak siapa pula sms ni,bisik hatinya.

Sementara itu Aya Sofea sedang menonton televisyen.Tangannya segera membuka inbox handphonenya.

Tertera mesej sebegini.
“Assalammualaikum,cik Naurah.Tengah buat apa tu?-Faqih.

Eh mamat ni rupanya..ni mesti nak bagitau pasal gambar dah siap cuci kut,hatinya berbicara lagi.

Jarinya pantas menaip kekunci handphonenya untuk membalas mesej tersebut.

“Wa’alaikumussalam.Ye Encik Faqih ada apa?Boleh saya bantu?”

Dia menekan butang send.Tidak sampai 5 minit handphonenya berbunyi tanda mesej masuk.

“Eh macam urusan seri paduka raja pulak.Formal betul.Hehee.Saya nak bagitau yang gambar saya dah siap cuci.Bolehlah tuntut icecream. :)” Faqih membalas beserta wajah smiley.

 Naurah tersenyum.Baru dia teringat akan janji Aya Sofea kepada Faqih tentang belanja aiskrim.

“Owhh baguslah kalo macam tu.Ok nanti boleh tuntut ye,Cikgu”,Naurah kembali membalas SMS.

Beep..beep..beep..

Cepat betul lah dia ni menaip SMS..memang takde kerjalah tu,hati Naurah berbisik.

Aya Sofea kehairanan melihat Naurah yang tersenyum melihat handphonenya.Tambahan pula,jarang handphone mamanya itu berbunyi ketika di rumah.

“Mama senyum kenapa?”,tanya Aya Sofea sambil mendekati Naurah yang sedang duduk di sofa.

“Oh ni ha.Aya ingat lagi tak Uncle Faqih? Naurah kembali bertanya cuba mengingatkan Aya Sofea kembali.

“Ingat..ingat..Uncle Faqih yang ada kamera besar tu kan?”tanya Aya Sofea lagi.

“Ha..Uncle tu lah.Dia cakap gambar kita dah siap.Nak suruh mama belanja dia aiskrim.Ni sebab Aya la mama kena belanja.Heheee..”,Naurah mengusik Aya Sofea.

“Yeayy bestnya.Nanti Aya pun boleh makan sekali.Aya suka Uncle Faqih.”,jawab Aya Sofea dengan gembira.

“Amboii sukanya dia.Mama yang kena bayar tau tak.Bankrap mama tau.Aik kenapa suka Uncle Faqih pulak?Aya kan baru kenal dia je”,tanya Naurah kehairanan melihat gelagat gadis kecil itu.

Jarang sekali untuk Aya Sofea menyukai lelaki yang kenal dengan Naurah.Dia masih teringat betapa Aya Sofea tidak menyukai Amir,lelaki yang cuba mendekati dirinya.Amir merupakan jiran di kawasan perumahan yang dulu.Walaupun Amir cuba berbuat baik dengan Aya Sofea namun si kecil itu tetap tidak menyukainya.Malah Aya Sofea pernah menggigit tangan Amir ketika Amir cuba mendukungnya.

“ Sebab Uncle Faqih baik,hensem.”,balas Aya Sofea tersengih.

“Mana Aya tau Uncle tu baik?Ohhh memilih yang hensem je ye.Gatal ye.Nak kena ni”Naurah menggeletek badan Aya Sofea.Aya Sofea ketawa menahan gelinya.

“Aya taulah.Aya boleh rasalah.”balas Aya Sofea lagi.

“Yelah tu.Cik pemilih”,Naurah membalas sambil menjelirkan lidahnya sedikit.

“Mama jahat.Bluekk”,Aya Sofea mencebik.Pura-pura merajuk.

Naurah ketawa kecil melihat bidadari kecil itu berpura-pura merajuk.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi.Tertera nama Faqih di skrin handphonenya.

Alamak.Tadi lupa balas SMS tanya bila nak ambil gambar.Hatinya berbisik.

“Assalammualaikum,cik Naurah.Lamanya SMS nak sampai.”perli Faqih sambil ketawa kecil.

“Wa’alaikumussalam,cikgu.Err..terlupa pulak..sebab tadi tengah berbual dengan si kecil ni”,Naurah menjawab jujur.

“Tak payahlah bercikgu-cikgi.Faqih sudah.Segan pulak orang panggil cikgu.Saya takde anak murid tua macam awak.Hahaaa..”Faqih ketawa lagi.

“Hampeh betul.Yelah..yelah..Saya tengah fikir jugak bila nak ambil gambar tu.Ahad ni saya dah janji nak keluar dengan besfren saya.Dia dah booked saya sehari.Kalau Sabtu boleh ke?”,Naurah mencadangkan.

“Wahh sampai kena booked ye.Busy betul mama Aya ni.Saya boleh je.Bila?Lunch?kat mana?”Faqih bertanya lagi.

“Mama tu Uncle Faqih ke?Nak cakap dengan Uncle”,pinta Aya Sofea.

“Sekejap ye Faqih.Budak kecik ni nak cakap dengan Uncle Faqih pulak.”,kata Naurah sambil memberikan handphonenya kepada Aya Sofea.

“Hello,Assalammualaikum,Uncle.Sihat ke?Aya nak ikut makan icecream juga boleh?.”tanya Aya Sofea.

“Wa’alaikumussalam.Uncle sihat.Aya sihat ke?Mestilah boleh.Kan mama Aya yang belanja.Hehee..”Faqih menjawab.

“Heheee..Ok nah cakap dengan mama”,Aya Sofea menyerahkan kembali panggilan kepada Naurah.

“Eh da sudah cakap?Gelak je lebih.Entah apalah yang dibualkan”,Naurah mengomel.

“Boleh je waktu lunch.Kita jumpa di Restoran Chicken Rice Shop dekat Carrefour Wangsa Maju ok?Lepas Zohor ye?”Naurah mencadangkan tempat itu kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan 
rumahnya.

“Ok je.Lepas lunch nak tuntut aiskrim.Heheee..”,Faqih kembali mengusik.

“Adoii macam kanak-kanak je.Yelah.Nanti kita jumpa.InsyaAllah.Assalammualaikum”,balas Naurah ringkas.

“Baik cik puan.Wa’alaikumussalam.”Faqih menjawab salam lalu mematikan talian.

Tak sabar rasanya nak tunggu hari Sabtu,hatinya berbicara. Faqih tersenyum.

Sementara itu,Naurah masih menguntum senyuman.

Tidak disangka-sangka teman yang belum pernah bercakap dengannya boleh berbual dan bergurau dengannya.

Ya..takdirlah yang mengaturkan semula pertemuan mereka.Subhanallah,bisik hatinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...