Saturday, 3 March 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 13..


BAB 13

Hari Isnin adalah hari yang paling sibuk dimana-mana hospital kerajaan.Hal ini kerana klinik pesakit luar baru dibuka setelah tutup selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad.Bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan begitu ramai sehinggakan para staff hospital terpaksa bekerja dengan kapasiti tenaga yang maksimal untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Naurah begitu sibuk melayani para pesakit di bilik kaunseling ubat.Kebetulan dia diarahkan menggantikan sahabatnya yang terpaksa bercuti emergency.Jadual tugasnya yang sibuk kadangkala membuatkan dia lupa pada waktu makan.Apatah lagi dia jenis yang terlalu fokus pada kerjanya dan hanya akan makan jika selesai kerja atau masuk waktu makan tengah hari.Jarang dia mengambil makanan pada waktu minum pagi kerana dia telah bersarapan bersama Aya Sofea di rumah.

“Naurah,hang tak mau pi minum pagi ka?Dah pukoi sepuluh nie.Sat lagi tak sempat nak makan kalau lambat-lambat”,Kak Zaida,pembantu farmasi yang bertugas di kaunter utama memberitahu.Dia menjengah ke bilik kaunseling apabila melihat tiada pesakit disitu.

“Takpelah,kak.Pagi tadi saya dah sarapan di rumah.”,balas Naurah sambil tersenyum.

“La yaka?Takpalah kalau macam tu.Kak takut hang tak sempat nak makan ja.Tu yang mai ingatkan hang.”,ujar Kak Zaida dengan loghat utaranya yang pekat.Walaupun sudah menetap lama di Kuala Lumpur dia masih bangga berbahasa utara.

“Terima kasih kak sebab tolong ingatkan”,Naurah cukup terharu dengan layanan Kak Zaida yang sering mengingatkan dia apabila tiba waktu makan.Kak Zaida seakan-akan faham dengan perangai Naurah yang workaholic.

“Sama-sama.Hang tu kuat kerja betul.Takpalah.Kak nak pi makan sat.Tadi dah beli makanan.Kak pergi dululah.”,balas Kak Zaida sambil keluar dari pintu bilik kaunseling.

Tidak sampai beberapa minit setelah Kak Zaida keluar,Naurah menerima panggilan telefon dari handphonenya.Tertera nombor yang tidak dikenalinya.Dia sebenarnya ragu-ragu untuk mengangkat panggilan itu.Lama juga dia membiarkan handphone jenis Sony Ericson model K770I itu berbunyi.Akhirnya dia nekad menjawab.

“Hello,Assalammualaikum.Ini Naurah Izzah ke?”,suara pemanggil menyapa speaker handphonenya.Suara seorang wanita.

“Wa’alaikumussalam.Iya saya.Siapa ni?”,Naurah kembali bertanya.Dia tertanya-tanya siapakah pemanggil wanita tersebut.

“Naurah,kau dah tak ingat kat aku ke?”,suara itu kembali bertanya.

Eh siapa pula ni?Hatinya semakin tertanya-tanya.Mujurlah tiada pesakit yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling.Jadi dia sempat menjawab panggilan agak lama.

“Siapa ya?Maaf saya tak kenal nombor.”,Naurah membalas sopan.

“Alahai baiknya awak ni.Heyy,ni Emelyn lah cik pharmacist.Heheee..”,kedengaran suara Emelyn ketawa kecil di hujung talian.Geli hati dapat mengenakan sahabat baiknya itu.

“Ya Allah,kau rupanya cikgu Emelyn.Lamanya tak dengar suara.Rindulah I kat u.heheee”,Naurah kembali mengenakan Emelyn.

“Ala nak gedik-gedik pulak.Beb,aku call nak ajak kau keluar this weekend.Jomlah.Boleh borak-borak panjang.Dalam telefon mana boleh lama-lama.Lama kut tak jumpa kau.Dah almost 7 years aku rasa.”,Emelyn meluahkan hasratnya.Dia berharap agar pertemuan mereka nanti akan mengembalikan nostalgia lama dan membuahkan kembali ikatan persahabatan yang erat seperti dulu.

Weekends eh?Ermm..Aku cuba..insyaAllah..kita nak keluar pergi mana nanti?Any ideas?”,balas Naurah melontarkan pertanyaan kembali.

“Kalau kita pergi Midvalley Megamall mesti ramai orang kalau weekends.KLCC pun sama mesti ramai.Apa kata kita pergi Times Square.Aku dah lama tak pergi sana.Heheee..”,cadang Emelyn kepada Naurah.

Okay bebeh.Anything I call u back later.Beb,aku kena berundur diri dulu sebab macam ada patient je nak masuk untuk kaunseling”,Naurah meminta izin untuk berhenti menelefon kerana dia terlihat ada pesakit yang menunggu di ruang menunggu di hadapan biliknya.

“Wahh..kelas kau.De patient dengar kaunseling lagi.Oh I’m so jealous..Okay beb..Nanti kita jumpa.Tak sabarnya nak jumpa kau”,Emelyn menyatakan keterujaannya untuk bertemu Naurah di hujung minggu ini.

“InsyaAllah jumpa nanti.Bye-bye.Assalammualaikum.Take care ,beb”.ujar Naurah lagi.

“Wa’alaikumussalam,u take care too”,balas Emelyn sekalian mematikan talian.

Emelyn tersenyum.Hatinya begitu gembira.Akhirnya dapat juga dia bertemu lagi dengan Naurah.Alhamdulillah,ujar hatinya.

Emelyn begitu teruja untuk bertemu Naurah.Apatah lagi setelah hampir 7 tahun tidak bertemu.Pastilah semuanya berbeza.Dia mempunyai banyak cerita untuk dikongsikan bersama Naurah.Begitu lama dia mencari Naurah.Baginya Naurah merupakan sahabat terbaik.Walaupun hanya mengenalinya untuk jangka waktu yang singkat,tetapi seperti ada pertalian yang menghubungkan mereka sehingga mereka menjadi ibarat berpisah menjadi rindu,bertemu tidak jemu.

 Sementara itu Naurah tekun memberikan kaunseling kepada pesakit yang memerlukan bantuannya dalam cara pemakaian inhaler untuk kali pertama.Di dalam hatinya turut terselit keterujaan untuk bertemu sahabat lama.Tetapi dia memikirkan apakah harus dia membawa bersama Aya Sofea?Hatinya mula berbolak-balik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...