Thursday, 1 March 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 12..


BAB 12

Hampir malam baru Naurah dan Aya Sofea tiba di Kuala Lumpur.Keadaan jalan begitu sesak sehingga mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya hampir 6 jam.Sedangkan perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur hanya memakan masa 3-4 jam.

Cuaca Kuala Lumpur yang hujan dan panas tidak menentu menyebabkan Aya Sofea mengalami demam.Tambahan pula mungkin kerana perjalanan yang panjang menyebabkan dia turut mengalami dehidrasi dan keletihan.Naurah memberikannya minum sirup Panadol dan membiarkan anak kecil itu berehat.

“Nak masak apa ek malam ni?”,Naurah bertanya sendiri sambil membuka pintu peti sejuk melihat pada bahagian sejuk beku.Dia juga lupa sebenarnya sudah tiada bahan masakan.

Ya Allah,kosong rupanya.Aduhhh..Macam mana boleh lupa bahan dah abis ni? Monolog Naurah lagi.

Dia harus memasak bubur nasi untuk bidadari kecilnya itu.Kasihan.Pasti hilang selera untuk makan.

Malasnya nak keluar beli barang masak ni.Tapi kenalah keluar jugak pergi Carrefour ni.Sabar je lah diri.Kenapalah sengal sangat.Naurah masih mengutuk dirinya sendiri.

Naurah beredar dari dapur menuju ke bilik tidur.Terlihat Aya Sofea lena tidur.

Aduhh tak sampai hati pula nak kejutkan.Nak keluar pun takkan nak tinggalkan Aya Sofea bersendirian.bisik hatinya lagi.Dia mula serba salah tingkah.

Macam mana ni,monolognya sendiri.

Naurah cuba memikirkan jalan penyelesaian.Lantas dia teringatkan Kak Azwa yang tinggal di tingkat 5.Satu-satunya jiran yang peramah di kawasan kondominium itu.Kak Azwa merupakan seorang guru dan suaminya bekerja sebagai pegawai bank.Ketiga-tiga anak mereka semuanya tinggal di sekolah berasrama penuh.Kak Azwa dan suaminya hanya tinggal berdua dirumah.Jika suaminya harus overtime maka tinggal dia bersendirian.Kak Azwa pernah memberikan nombor telefonnya kepada Naurah.

Naurah membelek-belek handphonenya melihat pada senarai nama di skrin telefon.Haa jumpa pun nombor Kak Azwa.Dia lantas menelefon Kak Azwa.

“Assalammualaikum.Ni Kak Azwa ke?”,Naurah bertanya dengan sopan.

“Wa’alaikumussalam.Ya ni Kak Azwa.Siapa tu?”,tanya Kak Azwa kembali.

“Kak Azwa,ni Naurah yang tinggal tingkat 8 tu.Akak ada kat rumah ke sekarang?”,tanya Naurah kembali.Dia sangat berharap agar Kak Azwa ada di rumah ketika itu.

“Oh akak ada je ni.Sorang-sorang je.Kenapa?Datanglah rumah akak.”,Kak Azwa dengan terujanya menjemput Naurah datang.

“Saya nak minta tolong akak jagakan Aya sekejap.Dia demam.Tengah tidur lena.Tak sampai hati nak kejutkan.Saya nak ke Carrefour kejap.Nak beli bahan masak.Kami baru balik dari kampung.Tak perasan pulak dalam peti sejuk takde bahan masak”,Naurah memberitahu perkara sebenarnya.

“Kesiannya budak kecil tu.Boleh sangat-sangat kalau nak tolong jaga.Akak bukan buat apa pun.Suami akak outstation ke Johor seminggu.Kejap lagi akak datang rumah Naurah”,kata Kak Azwa bernada ceria seperti biasa.

“Yeke?Alhamdulillah.Saya ingat nak hantar Aya ke rumah akak.Kalau dah akak cakap macam tu,tak risaulah saya.”,Naurah bersyukur atas keprihatinan Kak Azwa membantunya.

“Takpe akak datang.Biar Aya tu berehat.Naurah jangan risaulah.”,balas Kak Azwa lagi.

“Ok.Terima kasih ye akak.”,ujar Naurah lagi.

“Ok,sama-sama.Lagi 10 minit akak sampai ye”,kata Kak Azwa sambil menghentikan panggilan.
Selang 10 minit,kedengaran bunyi pintu utama diketuk.

“Assalammualaikum”,ujar wanita berusia 40 tahun itu.

“Wa’alaikumussalam.Masuklah kak”,balas Naurah sambil mempersilakan tetamunya Kak Azwa.

“Mana si kecik tu?”tanya Kak Azwa lagi.

“Di dalam bilik tu.Terima kasih ye akak sudi tolong saya.Tak tahu nak minta tolong siapa lagi”,ujar Naurah sedikit terharu.

“Alah takde hall ah.Bila-bila pun boleh.Kita kan hidup berjiran.Kenalah saling tolong menolong.Ni masa Naurah.Mana tahu time akak pulak mintak tolong.Kalau kita tak tolong oran takde siapa nak tolong kita nanti”, ramah Kak Azwa menjawab.

“Hmm betul juga.Oklah akak.Saya pergi dulu.Nanti si kecik tu bangun tak sempat masak pulak.Hehee”,balas Naurah sambil tersengih.

“Ok,hati-hati ye.Apa-apa telefon akak”,Kak Azwa memberi peringatan kepadanya.Sememangnya Kak Azwa seorang yang prihatin.

Naurah melangkah berhati-hati menuju ke lif untuk ke Carrefour.

Di samping itu,Kak Azwa menunggu di samping Aya Sofea yang sedang nyenyak tidur.Tangan Kak Azwa meraba-raba dahi dan leher si kecil itu.Masih panas.Nampaknya pelekat Kool Fever yang ditampalkan di dahinya tidak berjaya mengurangkan panas badannya.

Lalu Kak Azwa menuju ke dapur untuk menyediakan air jeraman asam jawa.Air asam jawa yang dibancuh dalam besen kecil dan diletakkan tuala kecil bersama.Perlahan-lahan dia menjeram badan si kecil itu menggunakan tuala yang dibasahi air asam jawa.Petua tradisional yang diturunkan oleh ibunya memang mujarab mengurangkan panas badan.Ketika anak-anaknya demam sewaktu kecil,Kak Azwa sentiasa mengamalkan petua tradisional itu.Meskipun tinggal dibandar sudah hampir 20 tahun,pegangan petua tradisional masih kuat diamalkan Kak Azwa. 

Kesian budak ni,hatinya berbisik melihat keadaan Aya Sofea yang mukanya kemerah-merahan kerana panas dalam.Tambahan pula dia teringat cerita Naurah bahawa Aya Sofea adalah seorang anak yatim piatu.

Aya Sofea mula mengesat-ngesat matanya.Dia membuka mata dan melihat sekelilingnya.Hanya ada Kak Azwa yang mesra dipanggil Aunty Wa.

“Mama mana?Aya Sofea bertanya sambil matanya mulai berair.

“Sayang,mama pergi kedai kejap.Aunty Wa kena jaga Aya.Jangan nangis ye sayang”,ujar Kak Azwa sambil memeluk si kecil itu.

“Kenapa mama tinggal Aya?”Aya Sofea bertanya dengan nada sebak.

“Mama tak boleh nak bawak Aya.Aya demam ni.Tak lama lagi mama balik.Aya pandai kan?Mari Aunty Wa lapkan badan.Biar sejuk sikit”,pujuk Kak Azwa lagi.Dia khuatir Aya Sofea menangis.

Aya Sofea hanya membiarkan Kak Azwa mengelap badannya dengan tuala basah.Dia senang diperlakukan sebegitu.Haba di badannya juga berkurang.

Tidak lama selepas itu,Naurah pulang dengan membawa bahan masakan.Kak Azwa berasa lega kerana dia tahu kondisi Aya Sofea yang demam menambahkan kesensitifan perasaan anak kecil itu.

“Mama dah balik.Sayang mama dah sihat ke?”,tanya Naurah sambil meletakkan barang-barang beliannya di atas meja.

“Kenapa mama tinggal Aya?”,tanya si kecil itu dengan nada merajuk.

“Ala sayang.Mama tak boleh bawak.Nanti lagi demam.Tak percaya cuba tanya Aunty Wa.”,kata Naurah sambil mengalihkan pandangannya ke Kak Azwa.

“Betul tu.Kan Aunty Wa dah bagitahu tadi?”,balas Kak Azwa sambil tersenyum.

“Tadi Aunty Wa letak kain basah kat badan Aya.Sejuk.”,cerita Aya Sofea lagi.

“Oh ya,tadi akak ambil asam jawa buat air jeraman.Panas sangat badan dia tadi.Tu yang akak buat.Akak memang selalu buat kalau anak-anak akak tu demam masa kecik-kecik dulu”,jelas Kak Azwa.

“Ohh..mama saya pun suka buat macam tu.Tak teringat pulak cara tradisional.Mentang-mentanglah ada Panadol,Kool Fever.”,Naurah tersengih mengenangkan dirinya yang sudah lupa pada petua tradisional sedemikian.

“Ubat kampung ni kadang-kadang lagi mujarab dari ubat moden.Akak jarang bagi anak akak makan Panadol kalau demam sikit-sikit.Dah suhu tinggi sangat baru akak bagi.Dah besar-besar pun budak-budak tu.Jaga diri sendiri lah pulak.”,Kak Azwa bercerita mengenangkan zaman ketika dia membesarkan ketiga-tiga anak terunanya.Yang sulung sudah di tingkatan 5,yang kedua tingkatan 3 dan yang bongsu di tingkatan 1.

“Wahh baguslah macam tu.Saya ni nama je pegawai farmasi.Diri sendiri nak makan ubat pun susah.Kalau dah tak tahan sangat baru makan Panadol.Heheee..Aya ni jarang demam.Kali ni panas tinggi pulak suhu badan dia.Mungkin sebab penat berjalan sakan balik kampung.Tu yang saya bagi Panadol jugak.Ingat kalau tak kurang jugak demam saya nak bawa ke hospital.”,kata Naurah.

“InsyaAllah da ok tu.Badan dia pun dah kurang panas ni”,kata Kak Azwa sambil memegang dahi Aya Sofea.

“Alhamdulillah kalau macam tu.Lega sikit hati saya.Esok dah la saya mula kerja.”,balas Naurah lagi,bersyukur.

“Kalau macam tu akak balik dululah.Naurah pun mesti nak masak kan?”,tanya Kak Azwa.

“Laa duduklah dulu kak.Tunggu saya masak pastu kita makan sama-sama.”,ujar Naurah.

“Takpelah.Mak mertua akak ajak dinner sekali kat rumah dia.Kejap lagi akak siap-siaplah nak pergi.Lain kali ye Naurah”,Kak Azwa memberikan alasan.

“Oh kalau macam tu takpelah.Terima kasih banyak-banyak akak.Semoga Allah membalas kebaikan akak,”ujar Naurah sambil memeluk erat Kak Azwa.Aya Sofea turut memeluk Kak Azwa dan mencium pipi wanita itu.

“Sama-sama.Akak pergi dulu ye.Assalammualaikum”,balas Kak Azwa sambil melangkah keluar pintu rumah Naurah.

“Wa’alaikumussalam”.balas Naurah sambil tersenyum dan menutup daun pintu rumah.

Dia beralih ke meja tempat letak barang-barang tadi.

“Jom kita masak.Mama nak masak bubur nasi dengan sup ayam halia.Biar Aya cepat sihat.Jadi kuat balik.”,ujar Naurah sambil tangannya pantas menyusun barang-barang yang dibeli.

“Baik mama.Aya akan makan dan jadi kuat macam Tiger..”balas Aya Sofea gembira.

Malam itu kedua-duanya menghabiskan masa di depan televisyen sambil menikmati makan malam dengan penuh kasih sayang.

Aya,jangan sakit lagi ya.Mama tak sanggup melihat Aya sakit,hati Naurah berbisik melihat wajah bidadari kecil itu.

Sungguh,naluri keibuannya tidak mampu melihat si kecil itu menahan sakit.Dia lebih rela andai dirinya yang terpaksa menanggung kesakitan tersebut.Barulah dia mengerti bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anak.Biarpun Aya Sofea hanya dijaganya tetapi dia sudah merasakan ikatan kasih sayang yang sangat erat seperti darah dagingnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...