Saturday, 25 May 2013

novel-bidadari berhati malaikat-bab 19..

Hujung minggu yang cerah.Tetapi keluarga kecil Naurah Izzah tidak ke mana-mana.Naurah Izzah sibuk menyiapkan laporan bulanannya.Si kecil Aya Sofea hanya bermain-main bersama anak patungnya.

Kenapa?Kenapa dan kenapa?

Itulah persoalan yang kerap bermain diminda Naurah Izzah.

Sesekali dia mengeluh kecil.Tangannya masih ligat menyiapkan laporan bulanan.

Si kecil Aya Sofea datang menghampiri.

“Mama kenapa dari tadi asyik bunyi haihhh je?Mama sakit ke?” petah soal Aya Sofea.

“Eh bila masa pulak mama sakitnya.Kalau sakit takdelah duduk depan laptop nie sayang”,balas Naurah Izzah sambil tersenyum.

“Habis tu?Mama teringat kat boyfriend mama ye?Heheee”,usik Aya Sofea lagi.

“Aik,boyfriend yang mana satu ye?Nanti mama nak ingat balik.Hmm..hmmm”,Naurah Izzah berpura-pura acuh tak acuh pada soalan Aya Sofea.

“Eleh mama tu..Pura-pura pulak.Uncle Faqih la.”,balas Aya Sofea sambil tersengih.

“Ish budak ni.Pandai-pandai je buat cerita.Marah girlfriend Uncle Faqih kalau dia dapat tau.Mama kawan je la”,Naurah Izzah kembali menyiapkan kerjanya.

Aya Sofea masih tidak puas mengusik Naurah Izzah.

“Takpe,nanti kalau Uncle Faqih telefon biar Aya yang bagitau suruh Uncle jadi boyfriend mama.Pastu boleh kahwin.Sukanya..”suara Aya separuh menjerit sambil bertepuk tangan.

“Ya Allah budak ni.Tinggi betul angan-angan dia.Tak padan dengan kecik tu.Nanti dia.Ooo pandai ye nak kenakan mama.Meh sini mama nak geletek dia”,ujar Naurah Izzati sambil menuju ke arah Aya Sofea.

 “Mama janganlahhh..geliiiiii”, separuh menjerit Aya Sofea digeletek Naurah Izzah.

Tiba-tiba telefon bimbit Naurah Izzah berbunyi.Aya Sofea segera mengambil telefon bimbit itu.

“Siapa telefon mama,sayang?”,tanya Naurah Izzah bertanya lembut.Walaupun Aya Sofea baru berusia 3 tahun namun dia sudah cekap membaca.

“Entahlah mama.Takde tulis nama pun.Ada nombor je”,ujar Aya Sofea sambil menyerahkan telefon bimbit kepada Naurah Izzah.

“Hello,Assalammualaikum..”,ujar suara di sebalik telefon.Kedengaran suara seorang perempuan muda tetapi sedikit pelat.

“Wa’alaikumussalam.Siapa ya?ujar Naurah Izzah penuh pertanyaan dalam benaknya.

“Heyy Norah.Its me.Guess who?!”ujar suara itu kembali.

“Hmmm..Catherine?..”Naurah masih berfikir.Tidak mungkinlah Catherine memberi salam kepadanya.

“Yupps babe!!..I need to talk to you now.Can we meet?”,ujar Catherine lagi.

“Sure.You wanna come to my house or we meet outside?which place?”balas Naurah Izzah kembali.Dia seakan-akan bingung mendengar salam dari Catherine.

“I think I’ll come to our place.Text me your address ok?A.S.A.P ok?!”,balas Catherine dengan penuh keterujaan.

“Orait dear.I’ll text you the address..will wait for you at home.”ujar Naurah Izzah dengan gembira.
Hatinya berdebar-debar.Adakah doanya selama ini telah dimakbulkan?Dia benar-benar berharap yang andaiannya adalah benar.Jikalau itu yang sebenarnya maka dia adalaha sahabat yang paling bahagia.

“Siapa telefon mama?”,Aya Sofea bertanya kehairan setelah melihat Naurah Izzah kelihatan tersenyum gembira selepas menerima panggilan telefon tersebut.

“Kawan sekolah mama sayang.Aunty Catherine cakap nak datang rumah kejap lagi.Seronoknya.Lama betul mama tak jumpa dia”,ujar Naurah Izzah teruja.

“Mama nak masak apa untuk Aunty Catherine?”,tanya Aya Sofea lagi.

“Hmm mama nak masak special lah.Bukan senang Aunty Catherine nak datang rumah kita”,ujar Naurah Izzah.

“Mama kenapa kalau ada orang datang rumah mesti mama masak special?”,Aya Sofea bertanya.

“Mestilah sayang.Rasulullah SAW ajar kita supaya memuliakan tetamu.Bila tetamu datang kenalah layan baik-baik.Masak sedap-sedap.Sebab tetamu datang bersama rahmat.Tetamu mendoakan kita.Jadi nanti kalau Aya da besar kenalah buat macam mana mama buat ye sayang”,ujar Naurah Izzah sambil menyelitkan elemen keagamaan dalam perbualan mereka.Secara tidak langsung dia mendidik melalui teladan.

Naurah Izzah menutup laptopnya dan mengemas mejanya yang berselerak dengan kertas.

“Aya tengok tv dulu ye.Mama nak masak sekejap”ujar Naurah.

“Mama,Aya tak nak tengok tv.Nak tengok mama masak”,Aya Sofea mengekori Naurah Izzah menuju ke dapur.

“Yelah sayang.Duduk diam-diam atas tau.”, Naurah Izzah meletakkan Aya Sofea di atas kerusi dapur.


“Baik chef.!!” Ujar Aya Sofea sambil mengenyit mata nakal.


to be continued...

p/s=contest dah dibatalkan.maybe next time lah ye..huhuuu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...