Thursday, 22 September 2011

kisah berinterview dengan mask..:)

Assalammualaikum wbt,

Apa kabar kawan-kawanku?semoga sihatlah hendaknya..owhh memang agak lama aku tidak mengupdatekan blog ini..sebenarnya hari tu dah update tapi disebabkan line bengong(sebab pakai wifi free kat McD) tak dapatlah nak diupdatekan entry..punyalah syok mengarang entry time nak upload jadi error..arrghhh stress sekejap sebab aku tulis entry full version english..penat tau tak..-_-"

Owhh ya,mulai semalam aku telah kembali ke Taiping setelah bermaustatin di KL selama lebih 2 minggu..bukan saja-saja nak pi KL..sebab atas urusan settlekan interview dengan SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam)..yelahhh..dah tiba masanya untuk aku mencari pekerjaan..owhhh rindu zaman belajar..;p

Alhamdulillah aku da selesai menjalani sesi temu duga dengan SPA untuk jawatan pegawai farmasi selasa (20/9)..syukur sangat-sangat walaupun aku bersendirian untuk ke interview tu semuanya berjalan lancar..macam tak percaya..sebab banyak dugaan yang datang before aku datang interview..antaranya aku adalah orang yang paling lambat menerima panggilan interview dari SPA..sebab semua kawan aku (Oya,Anis,Miera,Naemah,Pathma,Kak Fauziah) dapat interview pada hari Khamis (22/9)..masa dapat panggilan dari SPA cakap 20hb aku macam tak percaya..sebab hari-hari sebelumnya bila dapat tau yang lain-lain dapat tarikh sama kecuali aku memang rasa kecewa la juga..memang rasa nak give up lah..sampai aku rasa betul-betul nak menangis bila aku telefon SPA balik untuk tanya ada telefon nombor hp mak atau nombor rumah tak..sebab sebelumnya aku belum activate nombor celcom yang hilang bersama hp dulu..

Dugaan terbesar adalah pada hari Sabtu tetiba muka aku naik bintik-bintik air dan merah-merah macam kena ruam..hari sebelumnya aku tidur rumah bestfriend aku,Amy dekat Subang Jaya..balik dari rumah Amy muka semakin pedih-pedih..terus aku minta along hantar ke klinik..doc tu memang mengejutkan aku sebab dia diagnos aku kena viral infection herpes simplex..owhh my..giler betul..setahu aku herpes simplex usually kena area genital..doc tu cakap nie type 1 yang kena area muka..makkkk..apakah ini..pastu dia bagi ubat anti virus acyclovir,ubat sapu acyclovir dan ubat kurang bengkak serropeptidase..aku cakaplah kat doc yang aku ada interview hari selasa boleh ke sembuh nie..pastu doc cakap insyaAllah boleh asalkan makan ubat..

Keadaan bertambah teruk walaupun aku makan ubat ikut masa dan dosis..arrggghh stress..semakin buruk pulak bila makan ubat..aku terdetik dalam hati entah-entah salah diagnos penyakit sebab melalui buku teks farmakoterapi aku tengok dosis ubat yang doc bagi rendah sangat-sangat..pastu macam pelik je macam mana tetiba aku boleh kena herpes simplex yang usually sexually transmitted..astaghfirullah al azim..hari ahad semakin bengkak muka aku..tapi yang peliknya sebelah kiri muka je..waktu malam tu aku kirim MMS gambar muka aku sebab mak nak tengok macam mana..mak terkejut sangat-sangat bila dah tengok..terus dia telefon suruh along bawak aku ke HKL isnin tu..

Pagi isnin masih tak surut-surut bengkak kat muka walaupun ubat kurang bengkak dah habis..anti virus pun dah sepapan habis(10tablet)..along hantar aku ke HKL untuk rawatan..ternyata memang aku kena herpes..tapi bukan herpes SIMPLEX tapi herpes ZOSTER!!!!..beza tau tak..haisshhh doc kat klinik tu la..dah la bagi dosis rendah giler..sebab tu lah tak berefek langsung..kata doc kat HKL,at least it will take a week to cure this disease..sebab aku informkan yang aku ada interview 20hb iaitu esoknya..memang tak dapatlah nak sembuh secara automatik kan..doc tu tulis memo untuk para penemuduga SPA..pastu dia referkan aku ke bahagian mata sebab takut virus tu attack mata..sangat berbahaya kalo dah menyerang bahagian mata kita..jadi terpaksalah aku menghabiskan kira-kira 5jam di HKL..termasuklah kat bahagian oftalmologi diperiksa dan dijadikan bahan uji kaji.(doc kat sana siap ambil pix aku sebagai sample kes).-_-"


Pada pagi 20hb tu aku dengan selambanya ke interview SPA memakai mask..hari sebelumnya aku dah telefon orang SPA bagitahu mungkinkah boleh ditunda..tapi dorang cakap maybe bulan 10 pulak panggilannya..jadi aku decide pergi lah juga dengan memakai mask..heheee..coverlah weihh..pelik kut sebelah muka macam monster..ala-ala cucuk botoks tak jadi kut dengan bengkak dan blister..huhuuu..masa pergi interview tu semua orang macam usha peliklah kenapa budak nie dok pakai mask kan..padahal Putrajaya bukanlah area jerebu yang paling teruk..lantaklah korang..aku buat selamba badak jelah..masuk bilik interview pun tak buka mask..2 penemuduga aku sangat sempoii..aku bagi memo dari HKL pun tak baca kut..alhamdulillah semua soalan yang dia tanya aku dapat jawab..dan sempat pulak dorang melawak nak hantar aku ke Labuan..erkkk apakah..aku pun gelak-gelak je lah..walaupun bukan dia nampak pun aku gelak ke tak sebab mask tu..heheee..

::beginilah kiranya rupa pekerja nak interviewed pakai mask..heheee..

Hari nie masih menyambung makan ubat antivirus yang baru iaitu dosis 800mg 5 kali sehari..dengan kata lain kira-kira setiap 4-5 jam aku kena makan ubat..dimana waktu tidur pun agak terganggu sebab kena bangun semata-mata makan antivirus..alhamdulillah perkembangan semakin baik..muka dah tak bengkak..blister semakin kering..pedih dah kurang..boleh senyum dengan lebar dah sekarang..ngeeee..(^____^)


Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal penyakit yang menimpa aku ini bolehlah google sendiri HERPES ZOSTER atau nama glamer dia shingles..atau klik je kat link nie .. sekiannn..owhh ya,petang tadi aku kol SPA tanya result interview,alhamdulillah aku lulus..dorang cakap tunggu surat tawaran dihantar ke rumah..yeayyy..kata mak aku berbaloi pi interview pakai mask..hahaaaa...

p/s=nak pilih mr bumblebee atau mr mazda 2?heheeee..(heyy,belum kerja dah pikir pasal benda tu..;p) motivation untuk start kerja..taktaulah bila mereka nak hantar posting nie..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...