Wednesday 12 October 2011

macam kena pertimbangkan lagi tawaran tu..

Assalammualaikum wbt,

Hai kawan-kawan..semalam kan aku citer pasal dapat tawaran tulis tentang fesyen tudung.nampaknya macam aku kena pertimbangkan lagi tawaran tu je..sebab aku rasa macam tak berbaloi pun de..kata orang tu dia akn bayar rm0.30-rm0.50 untuk 1 esei..korang rasa berbaloi ke?

Pastu kan,bila aku baca balik syarat-syarat dia.macam sangat-sangatlah membazir waktu aku.sebab sekarang aku dah dapat tawaran kerja part time dengan pakcik aku.cuba korang usha antara emel yang penulis nie kasi ke aku..kalo korang rasa nak amik job nie silakan..:)

******************************************************
Saya mencari penulis bebas… ianya berkaitan fesyen tudung terkini ataupun
fesyen tudung lama.
Tahu Semua Jenis Fesyen Tudung? RM0.30 - RM0.50 bagi setiap penulisan.
(tidak perlu menjual)
Salam puan/kakak/adik
Saya ingin menawarkan kepada puan/kakak/adik yang pandai atau tahu mengenai
fesyen tudung terkini atau fesyen terdahulu.
Caranya :
1)Anda hanya perlu menulis maklumat berkaitan setiap jenis tudung tersebut dan
hantarkan kepada saya.
2)Saya akan bayar RM0.30-RM0.50 bagi setiap karangan/esei mengenai fesyen tudung
terkini atau lama yang disubmit kepada saya.
Anda boleh cari maklumat dengan mencari di internet atau tulis sendiri. (jika cari di
internet sila nyatakan rujukan di mana dan kalau boleh tu ubahla kepada ayat sendiri)
Hanya tulis 1 esei bagi setiap jenis tudung.
Contohnya (point-point contoh, tak semestinya sama)
• Tudung jenis A.
• Tudung jenis A ini berasal dari…. bla bla..
• Sesuai digayakan dengan ..bla bla..
• sesuai dipakai bila… bla bla..
• Harga dalam linkungan … bla bla..
• banyak terdapat/dijual di … bla bla..
• Antara artis yang menggayakan tudung jenis ini ialah… bla bla..
• Cara pemakaian… bla bla..
• Cara penjagaan… bla bla..
• Tudung ini terdapat dalam saiz.. bla bla..
dan macam-macam lagi..(ini cuma contoh..anda boleh masukkan maklumat lain yang
mungkin ramai tidak tahu)
jumlah perkataan tidak terhad.. tapi jangan ler terlalu ringkas.
saya tidak kisah gaya penulisan anda. janji ada maklumat mengenai jenis tudung yang
ditulis. Ditulis dalam bentuk karangan bukan bentuk point.
Jika karangan anda dipilih, saya akan hubungi anda dan bayar kepada anda.
lagi banyak anda tulis jenis tudung..lagi banyak anda dapat RM dari saya.hehe.
Tujuannya : saya ingin kumpul maklumat dan jenis tudung dan masukan maklumat ini di
laman web baru saya nanti.
tiada tarikh tutup..asal anda tahu mengenai tudung terkini, sila email kepada saya
bersama karangan anda. saya tengok dulu sebelum papar di website saya nanti dan
akan bayar kepada anda.
Pertanyaan/maklumat lanjut sila email ke puansitiaminah@gmail.com
atau anda dah ada esei nak dihantar.. boleh hantar ke puansitiaminah@gmail.com
p/s – jika saya suka cara penulisan anda mengenai satu-satu jenis tudung..saya akan
bayar anda RM1.00-RM1.50 untuk kesemua artikel berkaitan jenis tudung. Maksudnya
saya hanya lantik anda sebagai penulis saya.
********************************************************
p/s=what say u?:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...