BAB 11
Faqih menyembunyikan kerjaya sebenarnya.Dia tidak mahu dia disenangi kerana kerjayanya.Berpura-pura mengatakan dia adalah seorang guru adalah bertujuan untuk menilai hati budi Naurah.Dia sememangnya menyukai Naurah sejak pertama kali mereka bertemu 10 tahun dahulu.Naurah masih seorang gadis yang cantik semulajadi tanpa calitan warna mekap.Mukanya masih sama seperti 10 tahun yang lalu.Cuma bezanya Naurah berkaca mata sekarang.Faqih memang berhasrat mendekati Naurah apatah lagi setelah mengetahui statusnya yang masih single.
“Mama,boleh Faqih tanya sesuatu?”,tanya Faqih kepada mamanya ketika di ruang tamu.
“Apa dia Faqih?”,mamanya kehairanan.Entah apa yang mahu ditanyakan anak bujangnya ini.
“Mama suka Faqih kahwin orang jauh atau orang dekat?”,Faqih mahu menduga mamanya.
“Aik boleh pulak tanya mama macam tu.Ikut suka kamulah.Bukan mama yang nak kahwin.Kamu tu?Awatnya dah jumpa calon ke?”,tanya mamanya kembali.
“Ala sajalah.Manalah tau mama nak tolong carikan untuk Faqih.”,Faqih kembali menjawab sambil tersengih.
“Tak kuasa mama.Carilah kamu sendiri.Nanti mama carikan kamu tu banyak songeh.Macam dulu mama nak suruh kahwin dengan anak Mak Ngah.Kamu taknak.Ha kan dah kahwin Mieza tu.”bebel mamanya dengan panjang.
“Tak naklah kahwin saudara dekat.Tak berkembang keturunan.Nanti cucu mak tak bijak”,pandai Faqih mematahkan hujah mamanya.
“Tengok tu.Ada je alasan dia.Mama tak kisahlah.Bukan mama paksa pun.Asalkan baik,beriman,pakai tudung mama akan setuju.Tak kiralah orang jauh atau dekat.Cuba cerita kat mama ni.Kamu ni dah jumpa calon ke?”,mamanya dapat menghidu sesuatu.
“Errr..macam dah je mama.Tapi Faqih nak kenal dia dengan mendalam lagi.”,Faqih tersipu-sipu malu memberitahu mamanya.
“Ha kan mama dah boleh agak.Orang dekat ke jauh?Cepatlah bagitau mama.Mama tak sabar nak sambut menantu lagi ni.Tambah-tambah pulak menantu perempuan sulung”,mamanya kelihatan teruja.Apatah lagi sudah hampir 3 tahun dia tidak menerima menantu baru dalam rumah.Kali terakhir adalah perkahwinan 2 kakaknya yang kembar 3 tahun lepas.
“Mama ni.Belum apa-apa lagi.Tadi Faqih baru jumpa dia.Dia tu kawan masa tuisyen Faqih.Apa pendapat mama kalau Faqih bagitau dia yang Faqih kerja cikgu?”,tanya Faqih.
“La kenapa pulak nak tipu dia?Tak baik tau Faqih.Kesian dia dipermainkan Faqih”,balas mamanya sedikit kesal dengan perilaku anaknya itu.
“Sebenarnya Faqih cuma nak uji keikhlasan dia berkawan dengan Faqih.Lagipun dia kerja professional juga.Jadi Faqih nak kenal hati budi dia sama ada dia sanggup kawan dengan Faqih atau tidak.Tapi setakat ni dia ok je.”,Faqih memberitahu tujuan sebenarnya.
“Professional?Kerja apa tu Faqih?Doktor?Peguam?”,mamanya ingin tahu lebih lanjut.
“Dia pegawai farmasi kt PPUM.Faqih tau dia seorang yang baik sebab dia sanggup jaga anak kawan dia demi menunaikan wasiat arwah.Susah nak cari perempuan macam tu,mama.Dia bertudung dan tegas dengan prinsipnya”,Faqih menceritakan kepada mamanya tentang Naurah.
“Kagum pulak mama bila dengar tentang gadis tu.Nama dia apa?Kalau orang Taiping nanti mama selidik”,mamanya betul-betul suka dengan pilihan anak bujangnya itu walaupun belum bersua muka dengan
Naurah.
“Hmm nama tu rahsia lagilah mama.Nanti belum apa-apa mama dah kecoh malulah Faqih.Takpe nanti suatu hari Faqih akan bawa dia jumpa mama”,janji Faqih kepada mamanya.
“Faqih ni lah.Suka berahsia dengan mama.Apa lagi cepatlah pancing ayat.Mama tak sabar nak jumpa bakal menantu mama ni”,mamanya ketawa kecil mengusik Faqih.
“Adoii mama ni.Ingat pancing ikan ke?hahaaa..”Faqih jug turut ketawa melihat gelagat mamanya yang sporting.
“Kalau kamu lambat sangat,nanti dikebas orang lah perempuan baik macam tu.Susah-susah biar mama je jumpa parents dia.Pinangkan untuk kamu.”,mama Faqih memberi cadangan.
“Mama ni sabarlah.Dalam proses kenal hati budi lagi.Lagipun Faqih tak tau dia tu dah ada boyfriend ke belum.Nanti Faqih siasat lagi.Kalau betul kosong,mama hantarlah rombongan ye”,Faqih tersengih lagi.
“Kamu tu jangan lambat-lambat.Semakin lama semakin bertambah umur.Bukan lagi muda.Dulu umur 26 macam ni ayah kamu dah ada anak 1 tau tak?Kamu kahwin pun belum.”mamanya menyindir.
“Ala zaman mama mama dan ayah tu zaman dulu.Zaman matchmake.Sebab tu lah kahwin muda.Kak long dan kak ngah pun kahwin umur 26.”,Faqih menjawab lagi.
“Tu lah kakak kamu tu pun sama je.Nasiblah kahwin juga.Naik pelamin pun serentak.Lega hati mama.Ni tunggu cucu lah pulak.Asyik fikirkan kerja je mereka tu.Kesian mama ni.Takde cucu lagi”,rungut mama Faqih.
“Sabarlah mama.Kalau dorang lambat,tahun depan Faqih potong giliran dapat anak.Heheee..”usik Faqih.
“Amboii gatal sangat dah ni.Amik ni”kata mamanya sambil mencuit peha Faqih.
“Aduhh mama.Sakit tau”,Faqih pura-pura sakit.
“Haiiihh 2 beranak ni apalah yang dibualkan tu?Rancak nampak?”,ayah Faqih baru pulang dari pekan.
“Faqih dah nak kahwin lah abang.”,mamanya menjawab gembira.
“Yeke?Alhamdulillah.Ayah ingat kamu tu nak membujang sampai tua.Asyik sangat dengan kerja.Balik kampung pun boleh kira dengan jari berapa kali setahun.”,perli ayahnya.
“Ayah ni lah.Sama je macam mama.Suka perli Faqih.Yelah,lepas ni tiap-tiap bulan Faqih balik.Ok?Tapi mama dengan ayah kena support tangki minyak.Heheee..”,Faqih bergurau dengan ayah dan mamanya.
“Bankraplah mama dan ayah macam tu.”kata mama sambil ketawa serentak dengan ayahnya.
Faqih amat mengkagumi ayah dan mamanya kerana mereka merupakan pasangan yang sangat sehati sejiwa.Tidak pernah dia melihat mereka bergaduh atau meninggikan suara.Diam-diam Faqih memasang angan-angan ingin menjadikan mama dan ayahnya sebagai contoh dalam rumahtangganya nanti.
nota kaki:seriously maaf sgt2 baru sempat uploadkn bab baru..aku 'lari' dari rumah 5 hari..bru blk hari nie..:p
No comments:
Post a Comment