Showing posts with label diari hati. Show all posts
Showing posts with label diari hati. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

Apakah rahsia lelaki berjaya?

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat !Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?
  • Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
  • Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
  • Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
  • Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
  • Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya?
  • Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
  • Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
  • Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
  • Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
  • Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
  • Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?
 
Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..
Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?
  • Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
  • Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
  • Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
  • Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
  • Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
  • Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
  • Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
  • Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
 
Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” .
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kesimpulannya :
  • Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
  • Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
  • Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.
***copypaste dari blog ini ..:)

p/s=untuk muslimah,semoga kita menjadi 2 wanita ini kelak..amiinn..untuk muslimin,semoga berjaya menemukan wanita sebegini..:)

Tuesday, 20 December 2011

mengadulah padaNya,hanya Dia yang mengerti...


Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian hari ini?Semoga sentiasa sihat walafiat..tak kira di mana jua kalian berada atau apa jua yang kalian lakukan.

Aku nak tanya..pernah tak korang rasa perasaan semacam ini?tak tahu nak ceritakan perasaan tu walaupun pada kawan baik atau keluarga?maksudnya hanya korang sendiri yang tahu perasaan tu dan hanya Allah saja yang tahu perasaan itu.?

Jika aku merasakan derita,sebenarnya ada banyak lagi orang yang menderita..jika aku merasakan kesedihan masih banyak lagi yang mengalami kesedihan yang berganda..jika aku merasakan bahagia,mungkinlah itu secebis sahaja..jadi jalan terbaik mengadulah padaNya..kerana Dia Maha Menciptakan kita..Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..hanya Dia yang memahami gejolak hati ini..menangislah mengadu padaNya..pasti segala yang kusut di minda dan bersarang di hati akan terungkai dengan kekuatan doa..:')

p/s=mahukan kebahagiaan di dunia dan akhirat..ameeenn ya rabbal alamiinn..:')

astaghfirullahalazim..

Assalammualaikum wbt,

Maaf kawan-kawan sebab aku share pasal video semalam..mesti korang pun suka kan pasal video tu..aku pun suka..almaklumlah..sebagai seorang wanita(eh gadis) aku pun rasa berbunga-bunga hati kalo betullah de orang buat camtu..dah la proposed pastu bagi benda yang diidam-idamkan..alahai..oppss..maaf..kali nie taknak cakap sweet dah..walopun benda tu sweet..:(

Bila aku fikir-fikir balik,astaghfirullahalazim..aku rasa macam ini adalah mainan dunia..dimana kita tak merasa bersalah pun atas perkara yang kita buat..bukanlah aku cakap video tu salah..cuma mungkin lebih baik untuk koleksi peribadi..lagipun mereka hanya bertunang..bertunang tidak menjanjikan apa-apa..masih ada batasan yang perlu diikuti..bukanlah dengan lesen bertunang itu kita bebas untuk berdating,telefon berjam-jam,bermanja-manjaan dan lain-lain yang diharamkan sebelum bernikah..

Dan kita pun menyokong dengan dah alasan bertunang..ohh alangkah malunya jika pertunangan terpaksa diputuskan akibat tiada jodoh..apa-apa akan berbalik kepada maruah perempuan..trust me..i've got a friends that been into this situation..she's been engaged twice..the 1st engagement was called off but everybody keep blaming her..well,nothing last in this world..

Aku seorang hamba Allah yang hina ingin meminta maaf sebanyak-banyaknya jika aku turut menyumbangkan rasa sweet kepada korang..maaf..kepada tuan empunya video juga maaf..aku bukan niat nak burukkan..tapi cuma menegur atas dasar Islam..Rasulullah sendiri menyarankan kita agar menyembunyikan pertunangan tetapi menghebahkan pernikahan..tetapi jika ada yang bertanyakan status maka wajiblah diberitahu pada orang tu yang kita dah bertunang..ada hikmahnya Rasulullah menyarankan kita berbuat begitu..:)

p/s=nanti nak mengupas pasal bertunang lah..:)

Monday, 19 December 2011

I've been proposed & I'm engaged :D

Assalammualaikum wbt,

Hi guys..just wanna share some great videos..about my engagement..oopppsss..heheeee..it's not mine..i'm still freely not engaged..hahaaa..:p this videos was awesome..it's not because of romanticness or the words..but i'm specifically point it to the way that this guy did..he want the girl so he asked from her parents..this is the right way in order to make your marriage have blessings from Allah..not by asking her to be your couple..that seems to bring her to hell instead of jannah together..make a wise choice..;)



p/s=waiting for my turn..InsyaAllah 1 day..:)

Thursday, 15 December 2011

Susahnya Menjadi Wanita..



Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan susahnya jadi wanita, mereka  mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Perempuan :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
- “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Perempuan :
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
-“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Perempuan :
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
- “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Perempuan :
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
- “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Perempuan :
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
- “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Perempuan :
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
- “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!
Perempuan :
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti..

Dimodify dari : http://zharifalimin.blogspot.com/2011/08/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/susahnya-menjadi-wanita/#ixzz1gcJoEpn3

Dekatkanlah AkuKepada Orang Yang Ingin Dekat PadaMu,Ya Allah.

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…


Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.


Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin

copypaste from http://wanitasihat.com/dekatlah-aku-kepada-orang-yang-ingin-dekat-padamu-ya-allah/

Thursday, 8 December 2011

jodoh oh jodoh..

Assalammualaikum wbt,

Saja je untuk hari nie persoalan utama aku timbulkan pasal jodoh.sebenarnya aku dah lama nak mengupas bab nie..tapi kesibukan dan kurangnya ilmu membuatkan aku terpaksa cari kekuatan dulu untuk menulis bab ini..eheheee..mesti ada yang sukalah tu bila menyentuh bab jodoh@kahwin nie..tengok tu dah ada yang tersenyum simpul..;p

Sebenarnya bukanlah aku nie seorang yang profesional pun untuk memperkatakan tentang perkara nie..yelah tambahan pula dengan status yang tidak melayakkan pun untuk aku mengupas tentang ini.cuma berdasarkan pengalaman,pemerhatian dan pembacaan semata-mata.Ada juga dari pertanyaan rakan-rakan,adik-adik junior.jadi aku bolehlah memberi pendapat..takpe kan?

Ok..berbalik kepada soal jodoh.ya kita semua tahu bahawa Allah telah menentukan jodoh untuk setiap orang sejak azali lagi iaitu ketika kita masih di alam roh lagi.semuanya adalah Qada' dan Qadar Allah.Sebagai seorang Muslim adalah wajib untuk kita mempercayai Qada' dan Qadar ini.melanggar hukum Allah bererti binasalah hidup ini.

Banyak persoalan yang dilontarkan kepada aku mengenai jodoh.Sebagai contoh;ada yang bertanya tidak terfikir pasal jodoh ke?ada juga yang bertanya kalo kita tak bercouple macam mana nak cari jodoh? dan banyak lagi sebenarnya.

Aku menjawab dengan ringkas dan berdasarkan pembacaan serta ayat-ayatNya.Ya tak dinafikan kebanyakan gadis pada usia 20 an ke atas banyak yang akan melangkah ke alam baru iaitu bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujangnya.kata orang-orang tua,kalau dah habis belajar nanti dan kerja mesti akan bertemu jodoh.hakikatnya semua orang tidak sama perjalanan jodohnya.ada juga yang sudah selesai belajar dan bekerja tetapi masih tidak bertemu jodohnya.bukan kerana memilih tetapi kerana belum waktunya.Allah telah menentukan setiap orang itu mempunyai jambatan menuju jodohnya.ada yang sampai cepat ketika meniti jambatan jodohnya kerana jambatannya pendek.dan ada juga yang masih meniti jambatannya yang masih belum sampai ke penghujungnya walaupun usia sudah meningkat.

Ada yang bertanya pada aku.Akak tak risau ke belum kahwin?Bohonglah kalau aku katakan aku tak pernah terfikir tentang jodoh.sebagai wanita mestilah akan terwujud keinginan berkahwin dan mempunyai zuriat.berkahwin adalah fitrah.tetapi bukanlah tujuan berkahwin itu diselewengkan semata-mata ke arah nafsu.ada yang berkata "jangan terlalu memilih nanti tersalah pilih","jangan terlalu memilih nanti tak laku sampai ke tua".kadang-kadang aku tersenyum mendengarkan ayat sebegini.sebab ini adalah pemikiran tipikal.kenapa kita tak boleh memilih pulak?kenapa harus takut dengan cakap-cakap orang sedangkan Allah dah gariskan panduan memilih calon pasangan?andai kata yang datang meminang itu bukanlah seorang calon yang baik dari segi agamanya,apakah kita masih menerima walaupun tiada calon lain?maaf aku katakan di sini.itu adalah pemilihan terbodoh dan kesalahan terbesar.sebenarnya setiap apa yang Allah suruh dan larang itu ada hikmahnya.hikmah pemilihan pasangan berdasarkan yang digariskan Rasulullah adalah untuk menjaga keturunan,menjaga kesucian perkahwinan itu sendiri.adalah menjadi kederhakaan terbesar terhadap anak bagi seorang ayah atau ibu jika dia tidak memilih calon ibu atau calon ayah yang terbaik.pemilihan calon terbaik ini adalah berdasarkan syarat utama iaitu beragama.kisah ini pernah diceritakan ketika zaman nabi(maaf lupa nabi yg mana.).anak itu menjadi derhaka kepada ayahnya kerana ayahnya sendiri telah menderhaka kepada anaknya dengan memilih calon ibu yang tidak baik untuk si anak iaitu ayahnya menikahi seorang pelacur.tengok betapa besarnya impak pemilihan ini pada keturunan.

Aku gariskan bab jodoh nie lebih kepada para muslimah.sebab banyak yang sanggup menanggalkan 'tudung' imannya demi mencari cinta manusia.sedarlah bahawa dengan begitu bukan hanya merendahkan martabat wanita tetapi membuatkan kita semakin jauh dariNya.sanggupkah kita hidup dengan kebencian Allah terhadap kita?biarlah orang berkata kita nie kuno ataupun tak laku asalkan kita sendiri tahu diri kita sendiri.tak dinafikan dalam zaman serba maju nie kalau anda seorang wanita yang single mungkin anda akan dilabel si cerewet,si high class,si bajet cun,anak dara tua,perempuan tak laku dan malah ada juga yang akan mengatakan anda adalah lesbian.adalah suatu kesalahan besar apabila seorang gadis itu single dan tidak pernah bercouple.kata mereka kalau tak couple macam mana nak kahwin?ohh kesiannya..sempit benar minda macam tu..cuba buka balik al-Quran,dalam surah mana menyatakan orang kalau tak couple tak akan kahwin selama-lamanya?kalau ada sila tunjukkan ye.Allah telah menjanjikan dalam ayat-ayatNya..janganlah takut para muslimah..dah banyak yang bercouple tapi bukanlah berkahwin dengan orang yang sama,begitu juga dengan orang yang tak pernah bercouple ada saja yang berkahwin malah kadang-kadang lagi cepat jodohnya.tahu tak semakin banyak madu cinta yang dihirup ketika bercinta maka akan lebih banyak racun yang akan kita rasakan apabila mendirikan rumahtangga.sedangkan tapak asas 'masjid' dibina dengan kemaksiatan mustahil akan diberi keberkatan.renung-renungkan sahabat.

Macam mana pula dengan persoalan usia?ramai akan bertanyakan soalan cepu emas iaitu bila nak berkahwin kalau usia dah meningkat terutamanya untuk si gadis.tambahan pula pada usia ibarat bunga sedang berkembang di taman,ramai yang sebaya sudah berumahtangga dan beranak-pinak.tenang saja.jangan tergesa-gesa.ramai yang mudah terpengaruh apabila kawan-kawannya mahu berkahwin.kononnya alamak cuma tinggal aku saja yang belum,kena kahwin juga nie.alhasilnya ramailah yang mengabaikan faktor pemilihan dan menggunakan teknik tangkap muat.asal ada calon sudah.karang tak laku.alahai sedihnya kalau jadi macam nie.apa-apa pun positiflah..bersangka baiklah dengan Allah.Allah lebih tahu siapa diri kita berbanding diri kita sendiri.mungkin Allah mahu kita lebih bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu solehah maka ditangguhkan dulu jodoh kita buat masa sekarang.pendek kata jangan putus asa berdoa.jika kita sematkan dalam hati untuk menjadi yang terbaik dan mencari keredhaanNya semata-mata insyaAllah akan dipermudahkan.lengkapilah diri sendiri dengan ilmu dan mantapkanlah iman.mohon Allah berikan yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.

Akhir kata,aku copypaste ayat nie dari sebuah page di facebook.kata-katanya membuatkan aku tersenyum sendiri.renung-renungkan sahabat..:)...
*Allah tetap memberikan jodoh pada orang-orang yang tidak menjaga hati. Oleh itu, bagaimana mungkin DIA tidak mempermudah orang-orang yang telah berusaha kuat menjaga hati?Tenanglah :)*



p/s-maaf entry nie tidaklah sehebat penulis lain,cuma berdasarkan nukilan hati sendiri.

Wednesday, 28 September 2011

kenangan semalam..

Assalammualaikum wbt,

Tadi lepas solat maghrib tetiba je teringat kawan aku masa kecik-kecik dulu..ada 2 orang yang paling rapat..1 lelaki 1 perempuan..kami sebaya..sampai sekarang aku tak pernah jumpa dorang nie..sebab dua-duanya dah berpindah dari kawasan rumah aku dari kami berumur 6-7 tahun camtu..sangat-sangat lama terpisah..

Tentu korang cakap pelah susah sangat..cari je lah kat facebook confirm jumpa..kat internet ke..hmm masalah utamanya adalah aku tak tau nama penuh mereka nie..setakat ingat nama panggilan susah la..lagi satu,muka sah-sah lah dah berubah kan..muka aku je la stay the same bak kata schoolmate aku..tak berubah langsung..-_-"

Sorang nama syam kut..aku ingat-ingat lupa..confius dengan nama abang dia..tapi aku paling ingat dia ada kakak nama baizura..mak dia kami panggil cik yong..lagi sorang kawan aku tu nama panggilan dia syuhada..nama penuh aku pun taktau..dia pindah dari taiping balik kampung setelah mak dia meninggal sakit barah otak..tapi aku taktau dia pindah mana..yang syam pulak pindah area ipoh..sebab aku penah ingat family aku pernah melawat rumah dorang..tapi aku tak surelah dorang tinggal sana lagi atau tak..:(

Yang kelakarnya aku ada history dengan syam nie..history sama-sama naik basikal pastu masuk longkang..amik kau..benjol kat kepala aku..balik rumah nanges..aku pun pelik gak sampai sekarang macam mana lah kami boleh masuk longkang kecik depan rumah..syuhada pulak adalah kawan terbaik aku masa tadia..sebab aku takde kawan lain melainkan dia,syam dengan sepupu aku ina..lagi satu sebab aku pasif sikit dulu selalu kena buli..sedih betul..

Harapan aku adalah untuk bertemu semula dengan kawan-kawan masa zaman kecik nie..taktaulah ada lagi ke tak gambar dorang..nanti kalo aku korek-korek album lama dan jumpa bolehlah tempek kat entry nie..manalah tau dengan cara nie aku dapat jumpa kawan lama aku tu..

p/s=entah-entah dorang sume tu da berumahtangga sekarang..ina pun dah nak kawen tahun depan..:))

Monday, 21 February 2011

Duhai wanita masa kini..

Assalammualaikum wbt..

Tetibe otak ligat memikirkn topik nie..sbb hatiku slalu terkilan dgn wanita zmn skrg nie..mgkin da byk blogger yg tulis psai nie..tp xkesahla..aku suka nk igtkn lg..

Yg plg aku terkilan bab pemakaian..ble tgk rncgan tv yg bercorak muslimah,alhamdulillah da rmai yg pkai tudung..tp malangnya..rmai yg tutup rmbut bkn tutup aurat..hmm mgkin juga mereka hnya menutup urat la rsnya!!

Ble bli majalah bercorak muslimah plak(nama majalah dirhsiakn),isu mmg sronok bc..tp bab tang pemakaian..geleng kpala je la..tang mne yg depa dok kta muslimah pn aku xtaula..tudung dok lilit kpala je..dada trbukak..bju sendat mcm sarung nangka..astaghfirullahalazim..moga dijauhkn..mmgla nmpk cantik..tp apa gunanya cntik di mata mnusia tp buruk di pandangan Allah..silap2 terbakar akhirat nnt..nauzubillah..

Ble bukak paper plak,de byk kes2 khalwat,buang bayi,dadah..juaranya bngsa mne lg..sah2 la bgsa “mim”..kdg2 smpai rs malu nk ngaku..mujurla I bkn mim tulen..ahaks..(sory2 bercanda dong)..sedih2 tgk ank bgsa sndri..bgsa lain maju ke depan..tp bgsa kta maju kedepan dlm bab2 yg hina..cmne la nk maju..diri sndri yg bodoh..Allah kurniakn akal utk berfikir tp xgunakn..ish3..pe la nk jd..

Owh ye,nie berdasarkn pngalaman sndri..penah aku & adik2 terserempak ngn sorg makcik nie..dlm lgkungan 40an rsnya..sedih kut tgk dia..sbbnya pemakaian dia sgt mnyedihkn..orgnya sihat je..tp malangnya mgkin dia gila sat kut..tu berdasarkn jwpn dri adik2 aku..yela..mne tak kami simpulkn cmtu..bleh plak dia pkai skirt ¾(ala2 nk smpai lutut gakla) pastu pkai tudung..bknkah org yg hlang akal je leh pkai cmtu?sbb dia xmmpu nk bezakn antara aurat dan dosa kn..geleng2 kpala je kami..hopefully makcik tu insaf 1 arie nnt..

Lg 1 bab mulut..tu lg bhaya..x dinafikn aku pn laser gak kdg2..tp aku rs kalo bnda tu utk kbaikan apa salahnya kn..huhuu..

Kepada saudari muslimahku,moga kita dijauhkn dri perkara2 yg mnghalang kta msk syurga..Kepada saudara muslim plak,tlglah igtkn wanita2 yg berada disekitar anda..

Okess..tu je la utk entry kali nie..insyaAllah de masa & topik aku update lg..wassalam..

p/s=owhh sok kna p hospital lg..hopefully everythgs gonna be sttle..ameenn..:)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...