Assalammualaikum wbt,
Saja je untuk hari nie persoalan utama aku timbulkan pasal jodoh.sebenarnya aku dah lama nak mengupas bab nie..tapi kesibukan dan kurangnya ilmu membuatkan aku terpaksa cari kekuatan dulu untuk menulis bab ini..eheheee..mesti ada yang sukalah tu bila menyentuh bab jodoh@kahwin nie..tengok tu dah ada yang tersenyum simpul..;p
Sebenarnya bukanlah aku nie seorang yang profesional pun untuk memperkatakan tentang perkara nie..yelah tambahan pula dengan status yang tidak melayakkan pun untuk aku mengupas tentang ini.cuma berdasarkan pengalaman,pemerhatian dan pembacaan semata-mata.Ada juga dari pertanyaan rakan-rakan,adik-adik junior.jadi aku bolehlah memberi pendapat..takpe kan?
Ok..berbalik kepada soal jodoh.ya kita semua tahu bahawa Allah telah menentukan jodoh untuk setiap orang sejak azali lagi iaitu ketika kita masih di alam roh lagi.semuanya adalah Qada' dan Qadar Allah.Sebagai seorang Muslim adalah wajib untuk kita mempercayai Qada' dan Qadar ini.melanggar hukum Allah bererti binasalah hidup ini.
Banyak persoalan yang dilontarkan kepada aku mengenai jodoh.Sebagai contoh;ada yang bertanya tidak terfikir pasal jodoh ke?ada juga yang bertanya kalo kita tak bercouple macam mana nak cari jodoh? dan banyak lagi sebenarnya.
Aku menjawab dengan ringkas dan berdasarkan pembacaan serta ayat-ayatNya.Ya tak dinafikan kebanyakan gadis pada usia 20 an ke atas banyak yang akan melangkah ke alam baru iaitu bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujangnya.kata orang-orang tua,kalau dah habis belajar nanti dan kerja mesti akan bertemu jodoh.hakikatnya semua orang tidak sama perjalanan jodohnya.ada juga yang sudah selesai belajar dan bekerja tetapi masih tidak bertemu jodohnya.bukan kerana memilih tetapi kerana belum waktunya.Allah telah menentukan setiap orang itu mempunyai jambatan menuju jodohnya.ada yang sampai cepat ketika meniti jambatan jodohnya kerana jambatannya pendek.dan ada juga yang masih meniti jambatannya yang masih belum sampai ke penghujungnya walaupun usia sudah meningkat.
Ada yang bertanya pada aku.Akak tak risau ke belum kahwin?Bohonglah kalau aku katakan aku tak pernah terfikir tentang jodoh.sebagai wanita mestilah akan terwujud keinginan berkahwin dan mempunyai zuriat.berkahwin adalah fitrah.tetapi bukanlah tujuan berkahwin itu diselewengkan semata-mata ke arah nafsu.ada yang berkata "jangan terlalu memilih nanti tersalah pilih","jangan terlalu memilih nanti tak laku sampai ke tua".kadang-kadang aku tersenyum mendengarkan ayat sebegini.sebab ini adalah pemikiran tipikal.kenapa kita tak boleh memilih pulak?kenapa harus takut dengan cakap-cakap orang sedangkan Allah dah gariskan panduan memilih calon pasangan?andai kata yang datang meminang itu bukanlah seorang calon yang baik dari segi agamanya,apakah kita masih menerima walaupun tiada calon lain?maaf aku katakan di sini.itu adalah pemilihan terbodoh dan kesalahan terbesar.sebenarnya setiap apa yang Allah suruh dan larang itu ada hikmahnya.hikmah pemilihan pasangan berdasarkan yang digariskan Rasulullah adalah untuk menjaga keturunan,menjaga kesucian perkahwinan itu sendiri.adalah menjadi kederhakaan terbesar terhadap anak bagi seorang ayah atau ibu jika dia tidak memilih calon ibu atau calon ayah yang terbaik.pemilihan calon terbaik ini adalah berdasarkan syarat utama iaitu beragama.kisah ini pernah diceritakan ketika zaman nabi(maaf lupa nabi yg mana.).anak itu menjadi derhaka kepada ayahnya kerana ayahnya sendiri telah menderhaka kepada anaknya dengan memilih calon ibu yang tidak baik untuk si anak iaitu ayahnya menikahi seorang pelacur.tengok betapa besarnya impak pemilihan ini pada keturunan.
Aku gariskan bab jodoh nie lebih kepada para muslimah.sebab banyak yang sanggup menanggalkan 'tudung' imannya demi mencari cinta manusia.sedarlah bahawa dengan begitu bukan hanya merendahkan martabat wanita tetapi membuatkan kita semakin jauh dariNya.sanggupkah kita hidup dengan kebencian Allah terhadap kita?biarlah orang berkata kita nie kuno ataupun tak laku asalkan kita sendiri tahu diri kita sendiri.tak dinafikan dalam zaman serba maju nie kalau anda seorang wanita yang single mungkin anda akan dilabel si cerewet,si high class,si bajet cun,anak dara tua,perempuan tak laku dan malah ada juga yang akan mengatakan anda adalah lesbian.adalah suatu kesalahan besar apabila seorang gadis itu single dan tidak pernah bercouple.kata mereka kalau tak couple macam mana nak kahwin?ohh kesiannya..sempit benar minda macam tu..cuba buka balik al-Quran,dalam surah mana menyatakan orang kalau tak couple tak akan kahwin selama-lamanya?kalau ada sila tunjukkan ye.Allah telah menjanjikan dalam ayat-ayatNya..janganlah takut para muslimah..dah banyak yang bercouple tapi bukanlah berkahwin dengan orang yang sama,begitu juga dengan orang yang tak pernah bercouple ada saja yang berkahwin malah kadang-kadang lagi cepat jodohnya.tahu tak semakin banyak madu cinta yang dihirup ketika bercinta maka akan lebih banyak racun yang akan kita rasakan apabila mendirikan rumahtangga.sedangkan tapak asas 'masjid' dibina dengan kemaksiatan mustahil akan diberi keberkatan.renung-renungkan sahabat.
Macam mana pula dengan persoalan usia?ramai akan bertanyakan soalan cepu emas iaitu bila nak berkahwin kalau usia dah meningkat terutamanya untuk si gadis.tambahan pula pada usia ibarat bunga sedang berkembang di taman,ramai yang sebaya sudah berumahtangga dan beranak-pinak.tenang saja.jangan tergesa-gesa.ramai yang mudah terpengaruh apabila kawan-kawannya mahu berkahwin.kononnya alamak cuma tinggal aku saja yang belum,kena kahwin juga nie.alhasilnya ramailah yang mengabaikan faktor pemilihan dan menggunakan teknik tangkap muat.asal ada calon sudah.karang tak laku.alahai sedihnya kalau jadi macam nie.apa-apa pun positiflah..bersangka baiklah dengan Allah.Allah lebih tahu siapa diri kita berbanding diri kita sendiri.mungkin Allah mahu kita lebih bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu solehah maka ditangguhkan dulu jodoh kita buat masa sekarang.pendek kata jangan putus asa berdoa.jika kita sematkan dalam hati untuk menjadi yang terbaik dan mencari keredhaanNya semata-mata insyaAllah akan dipermudahkan.lengkapilah diri sendiri dengan ilmu dan mantapkanlah iman.mohon Allah berikan yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.
Akhir kata,aku copypaste ayat nie dari sebuah page di facebook.kata-katanya membuatkan aku tersenyum sendiri.renung-renungkan sahabat..:)
p/s-maaf entry nie tidaklah sehebat penulis lain,cuma berdasarkan nukilan hati sendiri.
No comments:
Post a Comment