Showing posts with label doa-doa. Show all posts
Showing posts with label doa-doa. Show all posts

Friday, 6 January 2012

Doa Dari Hadis Sohih: Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat yang berkah.Semoga dipermudahkan segala urusan korang pada hari Saiyyidul Ayyam nie..:)

Entry kali nie adalah untuk share doa khusus untuk muslimah.yang lelaki bolehlah sampaikan doa ini kepada kaum muslimah yang mereka kenali.Doa yang sangat penting untuk diamalkan untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Yelah zaman sekarang nie macam-macam boleh jadi.naik LRT pun boleh kena cabul,budak kecil umur 1 tahun pun dah ada kes kena rogol!nauzubillahiminzalik..apabila pertimbangan nafsu tak dipedulikan jadilah perkara-perkara sedemikian.jadi adalah disarankan kita sebagai muslimah terutamanya mengamalkan doa 'pendinding' agar dapat melindungi kita dari mata-mata jahat.insyaAllah..

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Bolehlah diamalkan doa di atas ini.Kalau sesiapa yang memang sudah terbiasa membaca al-Mathurat pasti akan perasan yang doa ini ada dalam bacaan tersebut.Lagi satu doa yang boleh kita amalkan adalah doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga doa-doa ini dapat diamalkan oleh kita para muslimah.Doa adalah senjata yang paling berkesan."Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan"-mutiara kata dari Santapan Minda.


Hmm kalau dah beramal dengan doa nie janganlah pulak tidak menjaga batas-batas pergaulan diri,pemakaian terdedah aurat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang.Kalau kita beramal dengan doa tapi kita sendiri yang menjerumuskan diri kita ke arah kebinasaan sia-sialah kan.umpama kita sendiri yang masuk ke mulut buaya.fikir-fikirkan sahabat..:) selamat beramal dan semoga kita menjadi hiasan dunia yang terindah iaitu menjadi wanita solehah..amiinn..


Artikel lanjut bolehlah dibaca penuh di sini ..semoga mendapat manfaat..:)


p/s=semalam yang kelabu.semoga hari ini dan hari mendatang secerah dan sebiru awan di langit..

Tuesday, 27 December 2011

Indahnya Perubatan Islam:2

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.harap korang sihatlah ye.kali nie punye entry adalah untuk melengkapkan janji2 manisku..ngeheheee..:p

Okla taknak celoteh panjang-panjang.mari terus ke isi perbincangan pasal tajuk indahnya perubatan Islam part 2 ye.kali nie aku akan kongsikan ilmu khusus untuk kaum hawa pasal senggugut..perempuan memang sinonim lah pasal benda nie.ha lelaki jangan cakap taktau pulak..p search kat google..ejaan mesti betul bukan sesungut ok?kata Ustaz Syarhan Shafie tu sebenarnya perlakuan terjadinya pendarahan pada seseorang wanita adalag disebabkan oleh cakaran syaitan dalam rahim wanita.bagi seorang perempuan tempat yang paling disukai oleh iblis,syaitan dan konco-konconya adalah rahim kerana mereka taknak anak cucu Nabi Adam A.S mempunyai keturunan.jadi untuk para-para wanita yang selalu mengalami senggugut bolehlah amalkan petua yang ustaz bagi nie.bahan-bahannya cuma memerlukan madu asli.pastikan betul-betul asli ok supaya mujarab.caranya:

1) letak madu asli tersebut di hadapan sejadah
2) buat solat hajat 2 rakaat(lagi baik kalo berjemaah)
3) selepas solat baca pada madu tersebut surah alfatihah 1x,ayat kursi 1x, dan surah an-nahl ayat 69 sebanyak 21 kali
4)setiap hari ambil sesudu madu tadi dicampir bersama air suam minum 1xsehari.lebih baik kalo guna air zamzam kalo ada.
kata ustaz insyaAllah akan sembug senggugut.ingat,nie ikhtiar ye kawan-kawan.kalo Allah tak izinkan kesembuhan kenalah redha.

Selain itu,ustaz ada bagi surah yang boleh diamalkan  jika mengalami sakit kepala.bacalah surah al waqiah ayat 19 sambil memegang pada kepala yang sakit.

Untuk penawar penyakit resdung,cari air kolah dari masjid atau surau.kata ustaz air kolah tersebut banyak mengalami penawar kerana lebihan air dari basuhan wuduk ramai orang.baca surah alfatihah,ayat kursi dan surah al fussilat ayat 44.kemudian sedut air melalui hidung dan basuh muka..insyaAllah..

Untuk para student atau sapa-sapa ynag mengalami masalah lemah daya ingatan,bolehlah sentiasa amalkan surah al isra ayat 70..Kali nie aku malas nak sertakan terjemahan.hangpa rajinkanlah diri bukak Quran dan terjemahannya ye.saja je nak bagi tambah pahala hangpa.dah bukak Quran takkanlah tengok je kan?mestilah baca.:p

Oklah kawan-kawan.insyaAllah de lagi beberapa ayat dan doa yang ustaz berikan nanti aku update lagi.nie dah lewat.lagipun sekali masuk banyak entry macam peliklah kan?hehee..esok kalau aku tak busy aku update lagi.(busy mengomel2 bersama adik aku since dia cuti seminggu..:p)

p/s=tadi kaki anak buahku yang berusia 1 tahun tergeliat or tegang urat kut.kesian dia.doakan dia takde apa2 ye.sebab esok baru nak bawak ke klinik.sayonara~

Friday, 23 December 2011

Indahnya Perubatan Islam:1

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian hari ini?Semoga sempena jumaat yang berkat semuanya sihat sejahtera.Hari ini aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat dari rancangan tv9 yang bertajuk Tanyalah Ustaz.selalu kan tiap-tiap pagi pukul 7 sampai 8.mungkinlah waktu ini jarang yang dapat ikuti kerana kekangan masa serta tanggungjawab masing-masing.

Alhamdulillah dah 2 malam aku ikuti siaran tertunda rancangan nie.start pukul 12 malam sampai 1 pagi.Masa hari Rabu malam tu aku tengah mencari channel yang menarik untuk ditonton sementara tunggu mak buat kerja beliau.Kebetulan ada rancangan nie bertajuk Indahnya Perubatan Islam.

Ustaz yang mengupas isu perubatan Islam adalah Ustaz Syarhan.Banyak sangat ilmu yang ustaz nie berikan sepanjang 1 jam bersiaran.InsyaAllah malam nie ada lagi siaran ulangannya.Antara petua bagaimana mengenal gangguan saka dalam tubuh,tanda-tanda kanser yang disebabkan oleh gangguan jin.Tanda-tandanya adalah sama.Antaranya adalah:
1) sentiasa diselami mimpi-mimpi takut
2) sentiasa lebam-lebam di tubuh
3) sentiasa mimpi dikejar binatang menakutkan
4) mimpi budak-budak kecil seperti menyusukan bayi,mendukung bayi
5) sentiasa berdebar-debar tanpa sebab

Itu adalah antara tanda-tanda yang ustaz terangkan.kata ustaz kalo ada tanda-tanda begini segeralah bertemu pengamal perubatan Islam yang boleh dipercayai.sebab lama-kelamaan membawa kerosakan pada diri sendiri.Antara zikir dan ayat quran yang boleh diamalkan untuk menghalau saka dari badan atau diganggu saka bacalah  aya"La ilaha ilallahu wahdahu la syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli syai in qodir" dan ayat yang Nabi Yunus amalkan ketika berada dalam perut ikan nun "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin.Amalkan 2 ayat ini setiap kali lepas solat dan kalo banyak kali lagi bagus.

Selain itu,jika menghadapi sakit-sakit pelik (pada anggota badan) yang mana kalo kita ke hospital memang tak dapat nak detect penyakit tu bolehlah amalkan cara ini.Baca selawat ke atas Rasulullah,selawat Syifa dan kemudian baca surah Fussilat ayat 44.Terjemahan ayat 44 surah Fussilat adalah "Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.amalkan dan pegang pada tempat yang sakit.InsyaAllah.


Untuk mengubati santau pula,amalkan surah al-Fatihah,surah al Kursi dan surah al-Furqan ayat 23.terjemahannya adalah Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.Kata Ustaz santau yang ada akan gugur dari tubuh kita seperti debu yang berterbangan.


Jika mengalami penyakit pelik contohnya (yang ustaz bagi) pergi ke tempat kerja pengsan tapi di rumah sihat je,anak-anak pergi sekolah pengsan di pintu pagar tapi di rumah elok je.kalo terjadi perkara-perkara sebegini eloklah amalkan surah al-hasyr ayat 21.terjemahannya "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"

Oklah..nanti InsyaAllah aku update lagi pasal perubatan Islam nie.ini adalah sedikit sebanyak yang aku sempat catat ketika menonton.Semoga bermanfaat untuk diriku dan kalian..

p/s=sangat teruja menonton tentang perubatan Islam...(^_^)

Monday, 12 December 2011

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kawan-kawan hari nie?semoga sihat selalu.hari nie aku nak share doa yang boleh kita amalkan agar selamat dari kemalangan.mudah-mudahan diamalkan selalu ye.aku pun trauma bila sebut pasal kemalangan.sebab dah banyak kali gak mengalami ke'malang'an nie especially dengan motor..>.< paling teruk masa tahun 2007 dimana motor hancur dan alhamdulillah aku cuma mengalami cedera ringan..ok enough of past story..mari amalkan doa nie ye..mudah-mudahan Allah pelihara kita dari sebarang kecelakaan..amiinn..:)


اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Menurut Ibnus Sunni , Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku . Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat , maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .

p/s=aku yang penakut nak bawak kereta..>.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...