Assalammualaikum wbt,
Apa khabar kalian hari ini?Semoga sempena jumaat yang berkat semuanya sihat sejahtera.Hari ini aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat dari rancangan tv9 yang bertajuk Tanyalah Ustaz.selalu kan tiap-tiap pagi pukul 7 sampai 8.mungkinlah waktu ini jarang yang dapat ikuti kerana kekangan masa serta tanggungjawab masing-masing.
Alhamdulillah dah 2 malam aku ikuti siaran tertunda rancangan nie.start pukul 12 malam sampai 1 pagi.Masa hari Rabu malam tu aku tengah mencari channel yang menarik untuk ditonton sementara tunggu mak buat kerja beliau.Kebetulan ada rancangan nie bertajuk Indahnya Perubatan Islam.
Ustaz yang mengupas isu perubatan Islam adalah Ustaz Syarhan.Banyak sangat ilmu yang ustaz nie berikan sepanjang 1 jam bersiaran.InsyaAllah malam nie ada lagi siaran ulangannya.Antara petua bagaimana mengenal gangguan saka dalam tubuh,tanda-tanda kanser yang disebabkan oleh gangguan jin.Tanda-tandanya adalah sama.Antaranya adalah:
1) sentiasa diselami mimpi-mimpi takut
2) sentiasa lebam-lebam di tubuh
3) sentiasa mimpi dikejar binatang menakutkan
4) mimpi budak-budak kecil seperti menyusukan bayi,mendukung bayi
5) sentiasa berdebar-debar tanpa sebab
Itu adalah antara tanda-tanda yang ustaz terangkan.kata ustaz kalo ada tanda-tanda begini segeralah bertemu pengamal perubatan Islam yang boleh dipercayai.sebab lama-kelamaan membawa kerosakan pada diri sendiri.Antara zikir dan ayat quran yang boleh diamalkan untuk menghalau saka dari badan atau diganggu saka bacalah aya"La ilaha ilallahu wahdahu la syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli syai in qodir" dan ayat yang Nabi Yunus amalkan ketika berada dalam perut ikan nun "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin.Amalkan 2 ayat ini setiap kali lepas solat dan kalo banyak kali lagi bagus.
Selain itu,jika menghadapi sakit-sakit pelik (pada anggota badan) yang mana kalo kita ke hospital memang tak dapat nak detect penyakit tu bolehlah amalkan cara ini.Baca selawat ke atas Rasulullah,selawat Syifa dan kemudian baca surah Fussilat ayat 44.Terjemahan ayat 44 surah Fussilat adalah "Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.amalkan dan pegang pada tempat yang sakit.InsyaAllah.
Untuk mengubati santau pula,amalkan surah al-Fatihah,surah al Kursi dan surah al-Furqan ayat 23.terjemahannya adalah Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.Kata Ustaz santau yang ada akan gugur dari tubuh kita seperti debu yang berterbangan.
Jika mengalami penyakit pelik contohnya (yang ustaz bagi) pergi ke tempat kerja pengsan tapi di rumah sihat je,anak-anak pergi sekolah pengsan di pintu pagar tapi di rumah elok je.kalo terjadi perkara-perkara sebegini eloklah amalkan surah al-hasyr ayat 21.terjemahannya "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"
Oklah..nanti InsyaAllah aku update lagi pasal perubatan Islam nie.ini adalah sedikit sebanyak yang aku sempat catat ketika menonton.Semoga bermanfaat untuk diriku dan kalian..
p/s=sangat teruja menonton tentang perubatan Islam...(^_^)
No comments:
Post a Comment