Friday, 6 January 2012

Doa Dari Hadis Sohih: Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat yang berkah.Semoga dipermudahkan segala urusan korang pada hari Saiyyidul Ayyam nie..:)

Entry kali nie adalah untuk share doa khusus untuk muslimah.yang lelaki bolehlah sampaikan doa ini kepada kaum muslimah yang mereka kenali.Doa yang sangat penting untuk diamalkan untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Yelah zaman sekarang nie macam-macam boleh jadi.naik LRT pun boleh kena cabul,budak kecil umur 1 tahun pun dah ada kes kena rogol!nauzubillahiminzalik..apabila pertimbangan nafsu tak dipedulikan jadilah perkara-perkara sedemikian.jadi adalah disarankan kita sebagai muslimah terutamanya mengamalkan doa 'pendinding' agar dapat melindungi kita dari mata-mata jahat.insyaAllah..

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Bolehlah diamalkan doa di atas ini.Kalau sesiapa yang memang sudah terbiasa membaca al-Mathurat pasti akan perasan yang doa ini ada dalam bacaan tersebut.Lagi satu doa yang boleh kita amalkan adalah doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga doa-doa ini dapat diamalkan oleh kita para muslimah.Doa adalah senjata yang paling berkesan."Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan"-mutiara kata dari Santapan Minda.


Hmm kalau dah beramal dengan doa nie janganlah pulak tidak menjaga batas-batas pergaulan diri,pemakaian terdedah aurat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang.Kalau kita beramal dengan doa tapi kita sendiri yang menjerumuskan diri kita ke arah kebinasaan sia-sialah kan.umpama kita sendiri yang masuk ke mulut buaya.fikir-fikirkan sahabat..:) selamat beramal dan semoga kita menjadi hiasan dunia yang terindah iaitu menjadi wanita solehah..amiinn..


Artikel lanjut bolehlah dibaca penuh di sini ..semoga mendapat manfaat..:)


p/s=semalam yang kelabu.semoga hari ini dan hari mendatang secerah dan sebiru awan di langit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...