Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Monday, 9 January 2012

drama-hatiku di kinabalu

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Apa khabar semua?Semoga sihat sejahtera.Hari nie saja je aku nak review drama melayu yang boleh korang tonton.Sangat aku rekomen supaya korang tengok sebab sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan.

Drama nie seenarnya ditayangkan di saluran astro Citra.tapi bolehlah kalau korang nak download kat link nie..carilah tajuk hatiku di kinabalu.

confirm tau drama nie lagi sedih dari cerita Ombak Rindu..hahaaa..peminat Ombak Rindu jangan marah ye..cuma aku tak berperasaan menonton Ombak Rindu.setetes air mata pun tak mengalir..kental betul kan?:p tapi cerita nie sedih sangat..memang sakan menangis..hehee..syyyhhhhh..;)

nie poster drama nie..

Lakonan pun mantap dalam cerita nie..tengoklah ye.pastu komen best tak..heheee..

p/s-i would even trade my life for the happiness of my child..:')

Wednesday, 27 July 2011

ps i love you..

Assalammualaikum wbt,

Maaf kawan-kawan hari tu entry pendek je pun sebab pinjam lappy orang lagi..kali nie dan entry seterusnya akan lebih bervariasi-->errr lebih panjang kut..sebab alhamdulillah aku dah ada lappy semula..alhamdulillah..thank you Allah..thank you mum..sangat-sangat menghargainya sebab dalam kehidupan seorang pelajar takdelah yang lebih penting melainkan laptop atau komputer..alhamdulillah,aku dah selesai exam remedial pagi tadi..no more paper examination after this..tunggu masuk seminar tertutup 1hb nie,seminar terbuka tak confirm tarikh lagi dan graduate!!!ah tak sangka cepat betul masa berlalu..

Okaylah..kali nie punya entry adalah tentang review movie yang aku baru tengok tadi..hari tu masa tengah busy print thesis aku pun copylah sekali citer dari hard disk wawa..aku pernah tau movie PS I love you tu adalah dari novel..jadi bila nampak ada movie tu terus aku copy..tunggu abis exam baru nak tengok..sebabkan pagi tadi dah abis exam so aku pun meng'reward'kan diri aku layan movie nie..heheeee..

             :::nielah rupa poster movie tu..

Memang movie nie sangat-sangat touching..sebab baru je start tak sampai 5 minit aku dah start amik tisu(paham-paham je lah kan)..nasib tengok sorang-sorang..sedih,terharu semua campur gaul rata..cerita nie berkisar tentang kasih sayang yang tulus seorang suami terhadap isterinya walaupun dia dah meninggal dunia..suami yang sangat-sangat romantik,penyayang,penyabar terhadap kerenah isterinya..walaupun dia dah meninggal tapi dia pastikan isterinya ada orang temankan..pendek kata korang tengok sendirilah..

Aku memang suggest sangat-sangat korang untuk tengok..walopun adalah a few adegan macam sensor kalo untuk budak underage..tapi tak penting pun..yang penting isi utama cerita nie..aku tak surelah movie nie keluar tahun bila..tapi tetap best movie all of the time..

Bila tengok cerita nie,jadi teringat kat arwah ayah..the best dad ever..mak pun pernah cakap takde sape-sape pun kat dunia nie leh ganti tempat ayah sebab takde orang macam ayah..sobsobsob..wonder if i can find someone like him too..berbalik kepada citer PS I love you nie,aku pun tertanya-tanya wujud ke suami macam nie..yang still fikirkan rancangan hidup untuk isteri dia setelah peninggalan dia..sweet sangat-sangat..owhhh aku cair jap tengok karakteristik macam nie..heheeee..berangan japp...:p

Whatever pun yang penting kriteria utama dalam pencarian suami adalah beriman..romantik saja tapi tak beriman apa gunanya..sah-sah tempah tiket masuk neraka bersama-sama..nauzubillahi min zalik..

p/s-tak kira siapa kau dan dimana jua kau berada aku yakin kau akan menjemputku untuk bersamamu di jalan Illahi..:)

Wednesday, 29 June 2011

Ibrah dari cerita..

Assalammualaikum wbt,

Malam tadi aku dan budak-budak rumah aku join tayangan sempena Hari Isra' Mikraj esok..tayangan filem dari Iran bertajuk "The Color Of Paradise"..cerita nie sangat-sangat menyentuh hati..cubalah tengok..korang search je kat youtube..download kat sana..

.:::. nie lah poster cerita nie..scenery dia sangat superb!!!!..:)

Sebenarnya cerita nie adalah pemanjangan dari portfolio biro aku tahun lepas..disebabkan tahun 2010 banyak sangat cuti dan banyak kejadian bencana alam,jadi biro aku tak dapatlah nak buat tayangan nie..jadi adik-adik yang AJK baru UPIMI lah yang ambil alih..syabas adik-adik sebab dah melaksanakan tayangan nie dengan berjaya..heeheee..

Cerita nie memang sedih sangat-sangat..tapi nie dari perspektif aku lah..sebab sangat menyentuh hati aku..baiklah..aku ceritakan serba sedikit tentang cerita nie..Fokus utama cerita ini adalah berkisar tentang kisah seorang budak buta yang bernama Mohammad..Dia dijaga oleh nenek dan ayahnya..mempunyai 2 adik perempuan bernama Hanieh dan Bahareh..Ibunya telah meninggal dunia..banyak babak-babak menyentuh hati dalam cerita nie..hangpa download tengok sendirilah ye..kalo aku cerita nanti dah tak surprise..heheee..:p

Banyak ibrah(pengajaran) yang kita boleh dapat dari cerita nie..kalo bagi aku, aku memang malu dengan diri aku sendiri sebagai manusia yang normal jika dibanding Mohammad yang buta..sebab Mohammad nie sangat rajin belajar..huhuuu..terasa betul..salah satu dialog yang paling berkesan di hati aku ialah bila Mohammad pernah bertanya kepada gurunya kenapa Tuhan menjadikan dia buta sedangkan nanti dia tak boleh nak tengok Tuhan..kata cikgu dia Tuhan itu tidak boleh dilihat tetapi dirasai kehadirannya..maka sejak dari itu Mohammad berusaha untuk 'merasai' kehadiran Tuhannya..MasyaAllah..anak sekecil itu mahu mencari Tuhannya..sedangkan banyak sekali manusia normal yang mana ada mata yang tidak buta,telinga yang tidak pekak,mulut tidak bisu tapi gagal memanfaatkan kurniaan Allah menuju jalanNya..malah sesat lagi menyesatkan diri sendiri dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan..Ingatlah tidak ada ciptaan Allah yang tak berguna di dunia..setiap benda ada fungsinya cuma kadang-kadang kita je buta untuk melihat menggunakan mata hati..bila hati dah kotor dan bergelumang maksiat maka gagal lah hati itu untuk menilai antara yang hak dan batil..nauzubillahiminzalik..

p/s= aku bagi 5 bintang untuk cerita nie..:D..alangkah malangnya jika mata kita nie tak berguna untuk membantu kita mencari Sang Pencipta..fikir-fikirkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...