Wednesday, 29 June 2011

Ibrah dari cerita..

Assalammualaikum wbt,

Malam tadi aku dan budak-budak rumah aku join tayangan sempena Hari Isra' Mikraj esok..tayangan filem dari Iran bertajuk "The Color Of Paradise"..cerita nie sangat-sangat menyentuh hati..cubalah tengok..korang search je kat youtube..download kat sana..

.:::. nie lah poster cerita nie..scenery dia sangat superb!!!!..:)

Sebenarnya cerita nie adalah pemanjangan dari portfolio biro aku tahun lepas..disebabkan tahun 2010 banyak sangat cuti dan banyak kejadian bencana alam,jadi biro aku tak dapatlah nak buat tayangan nie..jadi adik-adik yang AJK baru UPIMI lah yang ambil alih..syabas adik-adik sebab dah melaksanakan tayangan nie dengan berjaya..heeheee..

Cerita nie memang sedih sangat-sangat..tapi nie dari perspektif aku lah..sebab sangat menyentuh hati aku..baiklah..aku ceritakan serba sedikit tentang cerita nie..Fokus utama cerita ini adalah berkisar tentang kisah seorang budak buta yang bernama Mohammad..Dia dijaga oleh nenek dan ayahnya..mempunyai 2 adik perempuan bernama Hanieh dan Bahareh..Ibunya telah meninggal dunia..banyak babak-babak menyentuh hati dalam cerita nie..hangpa download tengok sendirilah ye..kalo aku cerita nanti dah tak surprise..heheee..:p

Banyak ibrah(pengajaran) yang kita boleh dapat dari cerita nie..kalo bagi aku, aku memang malu dengan diri aku sendiri sebagai manusia yang normal jika dibanding Mohammad yang buta..sebab Mohammad nie sangat rajin belajar..huhuuu..terasa betul..salah satu dialog yang paling berkesan di hati aku ialah bila Mohammad pernah bertanya kepada gurunya kenapa Tuhan menjadikan dia buta sedangkan nanti dia tak boleh nak tengok Tuhan..kata cikgu dia Tuhan itu tidak boleh dilihat tetapi dirasai kehadirannya..maka sejak dari itu Mohammad berusaha untuk 'merasai' kehadiran Tuhannya..MasyaAllah..anak sekecil itu mahu mencari Tuhannya..sedangkan banyak sekali manusia normal yang mana ada mata yang tidak buta,telinga yang tidak pekak,mulut tidak bisu tapi gagal memanfaatkan kurniaan Allah menuju jalanNya..malah sesat lagi menyesatkan diri sendiri dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan..Ingatlah tidak ada ciptaan Allah yang tak berguna di dunia..setiap benda ada fungsinya cuma kadang-kadang kita je buta untuk melihat menggunakan mata hati..bila hati dah kotor dan bergelumang maksiat maka gagal lah hati itu untuk menilai antara yang hak dan batil..nauzubillahiminzalik..

p/s= aku bagi 5 bintang untuk cerita nie..:D..alangkah malangnya jika mata kita nie tak berguna untuk membantu kita mencari Sang Pencipta..fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...