Monday, 29 August 2011

hari-hari terakhir Ramadhan...

Assalammualaikum wbt,

Apa kabar kawan-kawan hari nie?Mesti dah ramai yang balik kampung..sebab esok dah raya kan..Selamat berhari raya untuk kalian..sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran sebab kita telah berjaya mengharungi cabaran berpuasa selama sebulan dan melakukan pelbagai amalan dengan niat untuk menambah tabungan pahala kita..insyaAllah..

Kenapa ye aku tak rasa seronok langsung nak berhari raya?peliknya perasaan nie..apakah kerana semua abang dan kakak iparku tidak berhari raya di rumahku?atau apakah aku merasakan tahun depan adakah lagi kesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia lagi?siapa yang betul-betul yakin dia akan bertemu Ramadhan dan Syawal lagi tahun depan cuba angkat tangan?confirm?yakin?:(

Hari nie aku ditugaskan menghiris serai yang banyak untuk dijadikan rendang daging serai..tu lah antara senarai kerja yang selalu aku lakukan..selalunya memotong berkilo-kilo daging tapi kali nie adik aku ambil alih sebab tadi aku sibuk handwash tudung,syawl dan pashmina..tadi masa menghiris serai sorang-sorang kat dapur(sebab mak dan adik aku keluar beli barang), tetiba aku terdetik macam nie..apakah tahun depan aku akan berada di atas kerusi pada waktu-waktu sebegini untuk menghiris serai lagi?entahlah kenapa rasa macam tu tetiba je..

Sebenarnya aku terasa dengan statement orang terdekat.."aku de bf,dia de gf,hang ada?kesian tak laku"..so what?need a bf to prove that u're 'laku'?bagi aku tak penting semua tu..yang penting aku dengan prinsip aku..tak semestinya takde bf tak kawen kan?banyak je kawan aku yang senyap-senyap je dah kawen..:)

p/s=selamat hari raya..maaf zahir batin..:)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...