Saturday 3 September 2011

Berlari Menuju Tuhanku..

Kelam,suram..
Dimana cahayamu Tuhan?
Apa yang harus kulakukan?
Kemana harus ku pergi?

Kepada siapa harus ku lampiaskan amarahku?
Apakah pada nasib?
Apakah pada jalan takdirNya?
Apakah pada diri sendiri?

Tertawa..
Pada jalan takdir yang menyeksakan..
Apakah masih ada kesempatan untuk merasa kemanisan udaraMu?
Apakah tiada penghujung derita ini Tuhan?
Dimana harus kusandarkan harapan yang tinggi menggunung?
Atau dibiarkan sahaja reput dimamah duka dan noda?

Tuhan..
Berikan aku kesempatan,
Merasai kehangatanMu Sang Pencipta yang Abadi,
Dimana semuanya akan berakhir,
Semua episod duka nan kelam,

Tuhan..
Aku ingin sekali berlari menujuMu..

p/s=salam teman-teman..ini adalah puisi yang akan aku masukkan dalam novel atau cerpen yang aku akan hasilkan..pendapat kalian tentang puisi nie?sila-sila..:)

2 comments:

  1. wah, pandainya berpuisi. maaf la, saya tak reti nak komen. apa yang saya boleh cakap, puisi ni best. hantar je. mana tau boleh menang apa-apa anugerah ke kan? hehe :D

    ReplyDelete
  2. hira=alhamdulillah diberi sedikit ilham utk berpuisi..heheee..maybe nak buat novel tapi tengoklah dulu..nanti akan diupdate lg..sebab skrg di luar coverage..heheee..terima kasih krana sudi membaca..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...