Friday, 11 November 2011

air apa yang kita minum selama ini???

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.sempena hari jumaat yang mulia lagi berkah ini aku nak berkongsi pengetahuan dengan korang pasal air.soalan aku kepada korang-apa yang korang tahu pasal air?tahu tak air apa yang kita minum selama ini?mesti ada yang jawab mestilah aku minum air masak..takkanlah nak minum air paip pulak kan?ye dok?sebab air masak dah bebas dari kuman(insyaAllah) sebab dah dididihkan pada suhu yang tinggi sebelum kita minum..tapi adakah kita yakin air masak yang kita minum tu bebas sisa ubat,sisa klorin,sisa karat,sisa bahan kimia lain yang berbahaya(radioaktif),virus,patogen dan lain-lain?terus terang aku cakap,sebagai seorang dalam bidang kesihatan aku sendiri tak pasti pasal air masak adalah air terbaik untuk badan.sebab air masak cuma berupaya membunuh sesetengah kuman yang tidak tahan terhadap suhu tinggi(100'C) tapi untuk kuman-kuman dan virus-virus yang tahan suhu tinggi mestilah masih ada dalam air minuman kita.

Pernah dengar kan orang cakap air boleh jadi sumber penyakit?ingat tak banyak kes keracunan makanan yang sering terjadi apabila berlaku banjir atau sumber air dicemari?pelbagai penyakit seperti taun(kolera) akan datang walaupun air itu kita masak kerana bakteria penyebab taun iaitu salmonella,e.coli takkan termusnah apabila kita masak air yang tercemar.takut kan?ingatkan air masak dah selamat tetapi kita masih terancam.yang parahnya penyakit seperti taun nie boleh mengancam nyawa terutamanya pada golongan kanak-kanak dan golongan lanjut usia kerana faktor pertahanan tubuh mereka yang lemah dibanding golongan dewasa.

Air sememangnya sangat penting dalam hidup kita..kita boleh hidup tanpa makanan selama seminggu tapi kita akan mati tanpa air selama 3 hari sahaja!ini kerana air merupakan 70% dari komponen utama dalam badan kita.fakta ini semua orang belajar di sekolah bahawa air iaitu H20 adalah penting untuk kita meneruskan kehidupan kita.oleh sebab itu,kualiti air minuman kita dapat memberikan impak secara langsung kepada kesihatan kita.Fungsi utama air dalam badan kita adalah mendetoksifikasi (mengeluarkan racun) dari badan,melincirkan sendi-sendi sistem tulang,menyokong sistem penghadaman,mengawal atur suhu badan, serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Tahukah korang dari mana sumber air paip kita?mesti semua boleh agak dari mana sumber air kita.yang utama adalah dari sumber-sumber air dari sungai,tasik,empangan,mata air dan lain-lain.tapi adakah kita pasti sumber-sumber tersebut bersih dan bebas bahan kimia berbahaya?hmmm..kemudian dari sumber air tadi akan diproses ke loji-loji rawatan yang telah ditambahkan klorin untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma tetapi tidak menyingkirkan bahan-bahan kimia tercemar..seterusnya dari loji rawatan akan dibawa ke rumah kita melalui paip yang telah lama ditanam dibawah tanah yang mengandungi sisa-sisa karat,serta bahan-bahan tercemar lain yang masuk melalui tanah.adat bahan besi ialah apabila terkena air lama-lama akan berkarat.begitu jugalah dengan  paip rumah kita.tanpa kita sedari kita pun ambil air tersebut dari paip rumah dan terus masak air tersebut.dan air itulah yang menjadi 70% dari badan kita..-_-"

Jika dulu hanya ancaman bahan-bahan kimia serta karat,pencemaran global yang terbaru adalah pencemaran sisa farmaseutikal iaitu sisa-sisa ubat.ini bukanlah rekaan tetapi kenyataan di zaman sekarang.dalam masyarakat kita cuba lihat berapa ramai yang menderita penyakit kronik?tipulah kalau kita katakan sedikit sahaja.sebagai seorang yang berkhidmat di hospital kerajaan,memang pemandangan biasa jika pesakit datang membawa slip perubatan(preskripsi) yang ditulis pelbagai jenis ubatan.seorang pesakit kadang-kadang menerima sehingga berbelas-belas jenis ubat yang berbeza.cuba bayangkan!sisa-sisa ubat dari kumuh pesakit akan masuk ke loji juga dan kemudian akan diproses kembali untuk penggunaan kita semua.tapi malangnya sisa-sisa ubat tersebut tidak dapat ditapis atau dibuang di loji.maka secara tidak langsung kita yang sihat juga mengkonsumsi ubat-ubatan secara tak langsung.cuba kita perhatikan perkembangan kanak-kanak zaman sekarang.mereka mengalami perkembangan pertumbuhan pra matang iaitu pertumbuhan yang tidak sesuai usia.bayangkan pada usia 12 tahun dah kelihatan seperti seorang yang berusia 20 an!hal ini kerana sisa-sisa ubatan hormon turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak menjadikan mereka matang sebelum usia sepatutnya.

Sebenarnya Allah telah mengurniakan kita sistem penapis terbaik dalam tubuh kita iaitu buah pinggang.tetapi pengambilan air yang disebutkan di atas(air yang berkualiti rendah) boleh membebankan penapis asli dalam badan kita sehingga menyebabkan penyakit buah pinggang,kanser pundi hempedu,penyakit batu karang dan lain-lain.selain itu ada juga kajian menyatakan air dan makanan menjadi faktor utama penyebab kanser terutama kanser usus dan kanser perut.tetapi kita jarang memeperhatikan kualiti air yang kita ambil setiap hari kerana mengganggap air yang bersih sudah memadai.tapi disebalik kebersihan air dapatkah kita ketahui apakah kandungannya?sehingga tanpa kita sedari kita sedang memusnahkan buah pinggang kita dan keluarga secara perlahan-lahan.

Pada hari ini sebenarnya memiliki sebuah sistem penulenan air bukan hanya untuk golongan kaya serta suatu kemewahan tetapi ia suatu keperluan untuk menjaga sistem badan kita.sistem penulenan air bererti hanya air yang sempurna iaitu H20 sahaja yang masuk dalam badan kita.bukan air yang mengandungi mineral atau ion atau vitamin.air yang sempurna adalah sama dengan air mata air yang bebas pencemaran serta bahan kimia berbahaya lain dimana bacaan indeks ketulenan adalah 0.00ppm..air penulen yang sama dengan bacaan ini adalah air R.O dimana air ini mengalami proses penulenan osmosis songsang(reverse osmosis).proses R.O ini ditulenkan oleh membran R.O yang bersaiz 0.0001 micron sehingga dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar seperti sisa ubat,virus,logam berat,bakteria dan sisa karat,klorin menjadikan air ini paling selamat untuk diminum pelbagai golongan umur serta penghidap penyakit buah pinggang..penggunaan air R.O juga digunakan di pusat-pusat hemodialisis serta untuk proses pencucian skrin TV Plasma!tengok betapa tulennya air R.O sehingga air yang seharusnya kita minum dijadikan pencuci skrin TV Plasma kerana jika skrin tv ini dicuci dengan air penapis biasa akan merosakkan skrin tersebut serta tidak jelas warnanya.kita sendiri merosakkan sistem badan kita dengan meminum air yang tidak tulen..fikir-fikirkan sahabat..:)

p/s=next entry aku akan tunjukkan ujian ketulenan air menggunakan electrolyzer..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...