Saturday, 5 November 2011

testimonial spirulina elken



Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..hari nie aku nak ceritakan produk paling best kat Elken iaitu Spirulina..sorylah kalau korang tak suka aku promote benda nie..bukanlah niat aku untuk menjual produk tetapi hanya berkongsi kebaikan produk nie..mesti ramai yang cakap "eleh bukan dia makan pun"..demi Allah memang aku sendiri menjadi testimonial untuk produk nie..alhamdulillah sejak makan produk nie gastrik aku dah takde..takde lagi serangan gastrik yang sangat sakit.sampaikan waktu kat jogja dulu roomate aku selalu jadi pembekal gaviscon tablet atau antasid(ubat gastrik)..aku sendiri pun tak tahu bila aku start kena gastrik..tapi yang aku tahu aku memang penggila kafein(pelbagai varian kopi,teh)..penyebab terjadinya serangan gastrik untuk aku salah satunya sebab habit minum kafein berlebihan,stress,makan tak tepat waktu..

Sebagai seorang student farmasi aku sendiri jarang makan ubat melainkan dah terlalu sakit..kalau boleh aku lebih prefer natural way sebab ubat sendiri kesan jangka panjang berbahaya pada sistem badan kita.alhamdulillah bila aku mula mengamalkan spirulina dah takde lagi serangan gastrik,jarang sakit,badan cergas dan otak lagi cepat menerima pelajaran..bila kat jogja selalunya mak aku akan postkn spirulina dari malaysia.tapi kalo dah habis stok memang badan cepat sakit sebab takde supplemen..pernah 2 minggu demam sampai 2 kali jumpa doktor masa kat jogja sebab aku kekurangan vitamin dan imun sangat lemah sebab persekitaran kotor akibat debu masa letusan gunung merapi.

Agak lama dah tak makan spirulina(kira-kira 1 tahun) sebab aku malas nak beli..biasalah sebab harga dia memang agak mahal dari ubat doktor..tapi akibatnya badan aku sakit-sakit..mudah kena penyakit..2 bulan lepas aku kena serangan gastrik teruk.masa tu tengah memasak sampai aku kena matikan api dulu pastu duduk sekejap..untunglah ada gak sisa ubat antasid lama sebab dah tak tahan.masa tu aku baru sampai malaysia dan transit dulu kat rumah along.tak berapa hari lepas tu aku kena infection virus teruk..ingat tak aku pernah cerita hari tu?yang bengkak sebelah muka dan terpaksa pi interview pakai mask?hampir setahun aku stop makan spirulina sebab memikirkan harga..tapi akibatnya aku yang merana..akhirnya balik taiping kebetulan memang mak aku makan spirulina aku pun makan balik..alhamdulillah tak sampai 2 minggu gastrik dah takde..badan rasa aktif je walaupun kurang tidur dan asyik travel ipoh,penang,manjung,kl..

Betullah kata orang,duit boleh cari..tapi kesihatan sekali pergi takkan kembali..bayangkan kalau gastritis terlalu teruk boleh sebabkan pendarahan perut (peptik ulser) yang boleh membawa kematian kalau tak dirawat..kalau kita ke hospital macam-macam ubat akan diberikan dari tahan sakit sampai bermacam-macam antibiotik..yang akhirnya merosakkan hati dan buah pinggang pada jangka masa panjang..sayangilah diri kita..kita hidup hanya sekali..takkanlah kita nak korbankan anugerah ternilai yang Allah bagi..kalau orga kita sihat manalah tahu bila kita ditakdirkan meninggal kita masih dapat berbakti kepada orang lain dengan mendermakan  organ pada yang memerlukan..:)

2 comments:

  1. Good sharing, when talk about essential nutrients, we also talk about spirulina, an algae that is touted as a superfood rich in phytonutrients. Spirulina is lauded by the World Health Organization (WHO) as "Best Healthcare Product of the 21st Century". Elken Spirulina is not a medicine but a super nutritious health food. Therefore, it will not cause any harm if taken in large doses or taken together with other medication. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/benefits-of-elken-spirulina/

    ReplyDelete
  2. Tqvm di atas perkongsian ini. Suami saya gastrik kuat, tak tahu nak ikhtiar apa lagi. Macam2 dah cara dan ubat digunakan. Jap lagi nak beli spirulina.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...