Friday, 4 November 2011

kisah-kisah kehidupan..

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian teman-temanku?semoga diberi kesihatan untuk melaksanakan kerja,ibadah dan meneruskan kehidupan.Maaf kebelakangan nie aku sibuk untuk mengupdatekan entry di blog nie.aku busy membantu orang-orang yang memerlukan terutama pesakit strok.alhamdulillah ada beberapa kisah gembira pesakit yang sembuh untuk aku ceritakan di blog.semuanya atas izin Allah dan berkat ikhtiar bersama.

Dari minggu lepas aku sibuk berulang alik ke Padang Rengas..jarak perjalanan dalam 30-45 minit macam tu la dari tempat tinggal aku..Sebenarnya masa awal-awal datang ke Padang Rengas bukanlah bertujuan untuk bertemu pesakit strok apatah lagi membantu pesakit tu.Padang Rengas tu tempat kebun mak aku.kebetulan ada beberapa anak saudara mak tinggal di sana.dan ada seorang cucu saudara mak yang hanya bekerja kilang walaupun menggengam ijazah dari UUM.aku kesian jadi aku jumpalah dia untuk share peluang-peluang kerjaya.

Nak dijadikan cerita pakcik aku memang terer la pasal mengubati orang strok.mengurut menggunakan teknik guasa iaitu teknik perubatan cina yang menggunakan guasa board (dari tanduk kerbau).Masa kedatangan kami ke kampung tu kebetulan de sorang kakak nie baru kena strok..cuba bayangkan kena strok pada usia 36!memang sangat kesian.anak baru sorang dan baru umur setahun lebih..keadaan kakak tu memang sangat kesian.bayangkan selama 14 tahun dia menanti kelahiran seorang bayi dan setelah anak berumur setahun lebih dia pulak kena strok.untungnya kakak tu dia dijaga oleh kakak-kakak ipar dan suami yang penyayang.

Hari pertama kakak tu diberi terapi guasa,dia boleh gerakkan kaki sikit-sikit terutama apabila dia terasa sakit diguasa oleh pakcik aku.kakak tu kena strok sebelah kanan badan.dia kena strok akibat darah terlalu tinggi sehingga melebihi bacaan 200mmgHg.dan untungnya dia cepat bertemu dengan kami iaitu seminggu lepas kena strok jadi pemulihan tu insyaAllah cepat.suami kakak tu pun tak kesah kena keluarkan duit untuk membeli supplemen untuk membantu pemulihannya.

Hari ke 2 kaka tu dah mula ambil supplemen..kemudian kami cek tekanan darah dia.alhamdulillah da menurun sedikit dengan bacaan 180 lbh dari hari 1st bacaan 190 lbh.hari ke 3 dia diguasa lagi.dan diukur bacaan.terdapat sedikit penurunan dalam bacaan tekanan darah.alhamdulillah.dia juga diajar terapi untuk gerakkan anggota badan setelah diguasa.kakak tu diberi rehat 2 hari sebelum diguasa lagi hari berikutnya.

Kemarin pakcik aku datang guasa kakak tu lagi dan dia dah tak makan ubat darah tinggi hospital.Semalam aku datang ke padang rengas untuk berjumpa dengan saudara lain yang mengadu sakit badan dan dah ada tanda-tanda strok sebab dia memang ada kencing manis yang tinggi.sempatlah singgah rumah kakak tu untuk ambil bacaan darah sekaligus menjenguk keadaan kakak tu.kakak ipar dia yang merangkap penjaga ubat-ubat kakak tu bagitau pagi tadi dorang pergi ke hospital untuk cek rutin.nurse yang cek darah tu macam terkejut sebab bacaan darah kakak tu dah menurun sehingga hampir normal dengan bacaan 130/80mmHg..padahal sebelum keluar hospital bacaan masih 200lbh/100lbh mmHg.nurse tu tanya makan ubat doktor tak?pastu kakak ipar dia jawab makan.padahal kakak tu dah berhenti langsung makan ubat hospital 2 hari lepas dan hanya bergantung kepada supplemen dan terapi guasa.subhanallah macam tak percaya kan?ikhtiar berhasil menurunkan tekanan darah tinggi kakak tu tanpa makan apa-apa ubat darah tinggi.

Yang lebih mengharukan ialah kakak ipar dia bagitau kakak tu dah mula ingat nak solat.kaki pun dah boleh bengkokkan.tangan gerak sikit-sikit.subhanallah.kakak tu sampai menangis bila tengok kaki dia boleh gerak..aku rasa happy sangat-sangat.rasa tak sabar nak tunggu kakak tu boleh jalan macam biasa.:)

Memanglah harga supplemen dan terapi guasa agak mahal tapi kalau dibandingkan dengan makan ubat hospital,fisioterapi.tapi cuba bayangkan berapa banyak ubat darah tinggi yang terpaksa ditelan untuk sembuh dan bebas sakit darah tinggi.setahu akulah yang belajar pasal ubat,pesakit kronis seperti darah tinggi,kencing manis,jantung adalah pemakan ubat seumur hidup.berhenti makan ubat bererti berhentilah sistem badan.

sanggupkah kita jimat duit untuk kesihatan sedangkan badan terlantar sakit?akhirnya duit menggunung yang kita sayang keluarkan untuk berubat habis dipakai orang lain sebab kita dah sakit dan tak mampu nak belanjakan duit tersebut.fikir-fikirkan.sayangilah kesihatan anda.duit boleh cari tapi badan kita sekali jantung berhenti dah takde kita lagi..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...