Saturday, 9 July 2011

keji sekali perbuatan mereka..

Assalammualaikum wbt,

Sabtu yang panas..terutama sekali di Malaysia..Dulu 9hb tenang je seperti hari-hari biasa..tapi ketenangan itu diragut gara-gara tuntutan yang tak disepakati..Aku kat sini bukanlah penyokong atau pun pembangkang BERSIH. tetapi sebagai umat Islam yang menuntut keadilan aku menolak kezaliman terhadap orang yang tak bersalah.

Apa salahnya kalo bagi je dorang nak wat perhimpunan BERSIH tu?biarlah dorang wat secara aman kat stadium tu..kan aman je..takdelah nak heboh-heboh kat jalan..bagi jem jalan..bagi aku mentaliti tahap sampah betul bagi orang yang tak mampu nak fikir secara waras kerasionalan BERSIH nie..kalo nak demokrasi sangat tengok jelah..bagi je lah chance..bukan ke dengan cara dorang menghalang sebegini akan membuatkan orang lagi rasa "kenapalah nak takut sangat?bukankah berani kerana benar takut kerana salah?" make sense right?

Pagi tadi aku bukak facebook pastu de link video tentang penahanan orang-orang yang disyaki terlibat BERSIH nie..panas betul aku sebab nampak dalam video nie macam mensasarkan muslimat yang bertudung labuh dan berpakaian muslimah kena tahan..padahal nampak dorang duduk elok je kat stesen LRT or lain-lain tempat..nampak sangatlah ketidakadilannya kan?memang de bukti ke muslimah-muslimah tu wat keje haram?kalo pompuan pakai baju tak cukup kain,seksa nak mampus taknaklah pula korang tahan..bukankah ini ketidakadilan terhadap muslimat Islam???

Seriously aku cakap aku sangat sedih, geram, marah dan jijik dengan perbuatan orang-orang yang mensasarkan Islam terkait dengan pembangkang..Buta sungguh mata hati dorang..Ada kawan facebook aku,kakak nie cakap dia tengok sendiri memang polis-polis tu tahan ramai muslimat bertudung labuh dan berpakaian muslimah..astaghfirullah al azim..Pastu aku dengar berita tentang DS Anwar Ibrahim cedera kena sasaran gas yang dilepas FRU..masyaAllah..kesiannya..sedih sangat-sangat..kenapa nak sasarkan pada orang tua?kata nak elak demo secara keras tapi bukankah dorang sendiri yang buat kekerasan tu?

Aku kesian dengan orang-orang yang menyalahkan atau mengutuk-ngutuk BERSIH dengan kata-kata caci maki dan kejian..kalo ko tak sokong takyahlah caci maki..de staf-staf hospital yang maki-maki penyokong BERSIH yang cedera dengan cakap tu lah padan muka..menyusahkan diri sendirilah..masyaAllah..bukankah korang tu seorang yang terlibat dalam bidang yang mulia?yang tidak patut ada secebis pun rasa macam tu dalam merawat pesakit???semoga Allah mengampuni kalian yang kerja tidak ikhlas dan cuma mengharapkan gaji semata-mata..hmmm..

Ingatlah..doa orang yang terzalimi adalah sangat makbul di sisi Allah..la tahzan para pejuang di jalan Allah..innallah ha maa'na..(translate: Jangan bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita)..Jangan bersedih jika gugur syuhada di jalan Allah..Tapi bersedihlah jika kita tak dikurniakan iman atau bersedihlah jika kita tetap menyokong kezaliman!

p/s=suluhlah dan tanyalah iman di dada..jika kita masih mampu ketawa melihat kezaliman pada orang yang tak berdaya..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...