Assalammualaikum wbt,
Hi kawan-kawan..entry kali nie ditujukan khas untuk para muslimah..artikel yang sangat menarik yang aku telah baca..jadi aku sharekan kat sini..artikel nie aku copypaste dari blog sini ..:) please enjoy reading dear brothers and sisters..<3
Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”
Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”
Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Gadis B : “Bodoh la kau ni..”
Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .
Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”
Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami“
Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”
Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Gadis A : “Hipokrit itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”
Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga? Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”
Gadis B : grr… =.=”
Kesimpulan:
“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.
p/s=pernah terbaca ada survey yang dijalankan di kalangan pelajar sekolah di area selangor(tak silaplah) mengatakan 80% dari mereka sudah tiada dara..nauzubillah..semoga kita terpelihara dari perkara-perkara sebegini..amiinnn..
No comments:
Post a Comment