Saturday, 31 December 2011

saat melepaskan segalanya..

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu pada petang 31 Disember 2011.Lagi beberapa jam sahaja kita akan melangkah ke tahun baru masihi 2012.Semoga kalian juga mempunyai resolusi baru yang akan dilaksanakan ketika melangkah ke tahun baru.InsyaAllah.Begitu juga dengan diriku.Amiinn..

Semalam,kepala otakku ligat memikirkan apakah resolusi yang harus aku lakukan sempena berganjak ke tahun baru 2012 ini.Banyak sebenarnya yang aku perlu perbaiki.Terlalu banyak kerapuhan..

2012.Aku bertekad untuk melepaskan segala kenangan pahit yang melanda ketika 2011.Tarikh-tarikh yang begitu berbekas luka dan air mata perlu dilupakan.Aku coretkan disini supaya langsung keluar dari kotak memoriku dan tiada simpanan lagi dimemori.

1 Februari 2011 dan 10 Julai 2011 itu adalah tarikh peristiwa hitam yang menimpaku.Kehilangan sejumlah wang dalam jumlah yang banyak dan kehilangan barang peribadi mengakibatkan traumanya masih dirasai sampai sekarang.Tapi alhamdulillah akhirnya Allah gantikan dengan kegembiraan aku berjaya menamatkan pengajian di bulan Ogos iaitu 2 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan konvokesyen pada bulan November 2011.Indahnya kurniaan Allah apabila kita bersabar atas dugaan yang diberikan digantikan titis-titis air mata yang pernah jatuh dengan tawa gembira dan air mata kesyukuran.

Selain itu,aku bertekad untuk melupakan sesuatu yang dah lama "cling" to my mind..i think it's been 5 years that it been clinging in my mind..so it's time to let it go..walaupun agak sukar tapi aku akan cuba..untuk meneutralkan balik semua rasa di hati dan hanya membenarkan rasa itu untuk yang sah sahaja.Mudah-mudahan..

Hanya keberkatanMu yang aku cari ya Allah.Sabarkanlah aku menanti segalanya..:')

2012 merupakan tahun pertama aku akan mula bekerja..Semoga semuanya berjalan lancar menurut jalan takdirku.Semoga aku diberi kesabaran untuk menempuhi alam hospital yang serba mencabar dan memicu adrenalin..Amiinn..owhh de oncall nanti..:p

p/s=semoga amal ibadat kita juga semakin bertambah dengan pertambahan tahun dan usia..Amiinn..:')

4 comments:

  1. thank you..all the best to u too..:)

    ReplyDelete
  2. selamat kak, all the best. kami iringkan doa bg buff semnagt hehe

    ReplyDelete
  3. time kasih awe..mudah2an semuanya berjalan lncar tahun nie..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...