Assalammualaikum wbt..
Subhanallah..tu la perkataan yg lahir dari hati aku..memang kagum giler ngan sorang ukhti nie..aku sgt2 kagum dgn keistiqamahan dia..sebab selama aku kenal dia,dia bukanlah yg boleh kita kagumi..maaf ayat nie macam merendahkan dia..yelah pertama kali aku jumpa dia masa sama2 p karnival sukan budak2 malaysia kt Malang..tu pun jumpa masa solat zohor..dia minta pinjam telekung aku..barulah aku tau yg dia budak medic dari jogja juga..pastu masa jalan2 kt Malang,aku terserempak dia jalan berdua je ngan budak laki..hmm mesra plak tu..astaghfirullahalazim..aku diam je la dlm hati..
Kali ke2 aku terjumpa ukhti nie masa kami de acara korban di jogja..anjuran persatuan student malaysia..kebetulan dia pun tolong masak same2 ngan aku & beberapa muslimat lain..ramah juga orangnya..dia sgt cantik,comel,sweet..pandai bergaya..tp penampilannya xdelah begitu mengikut syariat..dalam hati aku,sayangnya..tambah plak dgn kes sebelum nie yg aku terserempak dia kt Malang..
Kali ke3 aku jumpa ukhti nie lagi masa kebetulan aku datang rumah sewa dia..rumah sewa dia jd venue utk meeting persatuan aku..pas abis meeting kebetulan nmpak dia keluar bilik..hmm macam biasa penampilan dia memang xmenjaga syariat walopun sesama perempuan..sedih la gak..
Pastu,recently aku nampak de sorang muslimat tukar profile pix kt fesbuk..aku pun usha2 la..ingatkan foto cilok dari internet ke ape kn..sebab aku pun suke camtu gak..pix tu sorang muslimah pakai purdah..aku selidik2 rupa2nya ukhti yg sebelum nie aku sedih dgn penampilannya da pakai purdah..masyaAllah..terkejut aku!tak percaya gler..tp pas nampak de kawan2 komen sahihla betul2 pix ukhti tu..subhanallah..kalo Allah turunkan hidayah pada orang tu seburuk mana skali pun penampilan dia selama nie bleh berubah sekelip mata..macam tu la juga dengan orang yg ditarik hidayahNya..biar sebanyak mana ilmu agama yg dia ada tapi bila Allah berkehendak,"maka jadilah jadi"(surah Yassin).
Pabila wajah seseorang muslimah itu menimbulkan fitnah kepadanya maka lebih baik memakai niqab(purdah)..
utk girls:::Nie de sedikit petua untuk menjadi wanita cantik..copypaste dri link nie
1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.
2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.
3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.
4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t..
p/s:semoga aku menemukan kekuatan utk istiqamah dijalanNya..semoga suatu hari aku juga bleh jadi macam ukhti tu..dlm proses memperbaiki diri utk menjadi muslimah yg 'cantik'..:')
insyaallah kak effa..nak jugak sama cam gadis ukhti tu...muslimah idaman hatiku..
ReplyDeletetu la..mudah2an kita sama2 istiqamah jd muslimah sejati..amiinnn..heheee..:)
ReplyDelete