Hai kawan-kawan.Disebabkan aku malas memerah otak untuk menulis entry baru,jadi aku copypaste je lah hasil karya aku yang on going nie ye..sebenarnya dah lama aku nak buat novel..cuma skrip terdahulu banyak dalam laptop lama yang telah hilang..jadi ini adalah antara skrip novel baru yang aku garap.baru mampu sampai bab 5 je.tapi aku akan cuba terbitkan entry by bab.kali nie bab 1 dulu ye.please enjoy reading.sila komen ye pas baca per entry..tq..:)
................................................................................................................................
Bidadari Berhati Malaikat
Oleh:Zatul Effa
BAB 1
Suasana Stesen Putra LRT Wangsa Maju kelihatan sibuk sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.Ketika waktu-waktu sebegini sudah menjadi lumrah bagi warga kota untuk pulang ke tempat masing-masing.Pelbagai gaya dan ragam manusia dapat diperhatikan.Ada yang berjalan santai,ada yang tergopoh-gapah seperti mengejar waktu,bahkan ada juga yang terpinga-pinga keluar dari tren kerana tertidur setelah penat seharian bekerja.Lucu sekali jika diperhatikan ragam warga kota.
Naurah berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga.Sudah hampir 2 tahun dia menjalani rutin sebegini.Dari jam 6 pagi dia sudah bergerak menuju ke tempat kerjanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) dengan menaiki tren Putra LRT ini.Hampir 16 stesen perlu ditempuhi sebelum sampai ke tempat kerjanya.Memang rutin yang memenatkan tetapi bak kata pepatah alah bisa tegak biasa.Begitu jualah dengan keadaannya.Demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan dia dan bidadari kecil itu.Ketika Naurah berjalan menyusuri laluan berbumbung,dia terkejut apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.Dia berhenti sejenak.Takut untuk menoleh.
“Naurah?”.
Suara yang pernah dia rindui.Adakah itu…?hati kecil Naurah berbisik.Dia masih membatu di situ.Derapan tapak kaki semakin menghampirinya.
“Naurah kan?Awak masih ingat saya?”suara itu menyapa Naurah dengan mesra.Seorang lelaki berkemeja biru lembut dengan raut wajah yang sentiasa mendamaikan.
“Ermm ingat kut..”Naurah cuba berdalih sambil pura-pura membetulkan kaca matanya.
Raut wajah lelaki itu masih tersenyum.Dia tahu Naurah cuba menduganya.
“Naurah,apa khabar?Kalau awak lupa saya kenalkan balik diri saya.Ikram,abang kepada Emelyn roommate awak masa kat Matriks Gopeng.Sememangnya Naurah berkawan baik dengan Emelyn kerana mereka merupakan teman sebilik ketika belajar di Kolej Matrikulasi Perak,Gopeng.
“Oh ye,baru saya ingat.Hmm Encik Ikram,saya minta diri dulu ya.Dah lewat nie.Nanti anak saya tunggu pula.”Naurah cuba menamatkan perbualan.Dia mahu perbualan mereka tamat di situ.Cukuplah Ikram pernah singgah di hatinya dulu.Biarlah sekadar kenangan manis.
“Anak?Naurah dah kahwin?”raut wajah Ikram sedikit berubah.Tidak disangka gadis yang pernah menjadi pujaan hatinya sudah berkahwin dan adiknya langsung tidak pernah mengkhabarkan kepadanya.Sedikit kekecewaan berlampias di hatinya.
“Maaf ya.Saya pergi dulu.Sampaikan salam saya kepada Emelyn.Saya dah lama lost contact dengan dia.Ini kad saya.Tolong sampaikan nombor saya pada Emelyn ya.Terima kasih”, balas Naurah sambil mengeluarkan kad namanya.Tertera tulisan Naurah Izzah Muhammad,Pegawai Farmasi U41,PPUM.Ikram menyambut kad tersebut walaupun dalam hatinya agak sedikit pedih apabila dara pujaan rupanya sudah bergelar isteri dan ibu dan lelaki itu bukanlah dirinya.
“Oh ya,ini kad saya”,Ikram menghulurkan kad namanya.Naurah menyambutnya sambil berlalu pergi.Ikram hanya memerhatikan dari belakang.Naurah Izzah,nama yang selalu dirinduinya.Air matanya sedikit bergenang.Apakan daya dia sudah terlambat.
Naurah melangkah sedih.Hatinya terusik.Kenangan lama menjadi racun untuk dirinya sekarang.Dia bergegas menuju ke taska Adikku untuk menjemput buah hatinya,Aya Sofea.Tanpa disangka air matanya mengalir membasahi pipi.
to be continued........
p/s-boleh nak share cuma tolong jangan ubah hak cipta..:)
No comments:
Post a Comment