Monday, 13 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 3


BAB 3

Emelyn memerhatikan gelagat abangnya dari tadi lagi.Pemuda itu kelihatan muram dibanding biasa.Selalunya pasti ada sahaja akalnya untuk mengenakan adik perempuannya itu.Emelyn merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga Encik Aminudin dan Puan Bahirah.Manakala Ikram merupakan anak sulung dari 4 adik-beradik.

“Hah!,sergah Emelyn dari belakang sofa.

“Astaghfirullahalazim..” kaget Ikram apabila diperlakukan sedemikian oleh adiknya itu.

“Hish kamu nie la Emelyn.Nasiblah abang long takde sakit jantung,kalau tak dah “kiok” tau?Dah la abang long ni belum kahwin lagi.Sia-sia je.”ujar Ikram sambil mengurut dada sambil mencuka mukanya.

“Ala abang long ni Emelyn gurau je lah.Takkan sentap kut?Hehee..”Emelyn ketawa melihat gelagat abang sulungnya itu.Dalam hatinya terdetik mesti ada sesuatu berlaku kerana selalunya abangnya itu jarang berperilaku sebegitu.

“Abang long,kenapa?Emelyn perhatikan dari tadi TV yang tengok abang long.Bukan abang long tengok TV?Abang long ada masalah ke?”tanya Emelyn simpati melihat abangnya seperti dilanda masalah besar.

“Hmm..nah ambil ni.tadi ada orang minta sampaikan pada Emelyn.”ujar Ikram sambil menghulurkan kad nama yang diberi ole Naurah petang tadi.

“Eh?Abang long!!!!!!Tak sangkanya abang long jumpa Naurah!!!!Sukanya!!!!”Emelyn menjerit dengan nada girang sekali.Dia memang sudah lama mencari Naurah.

“Ish melampau betul reaksinya.Ingat sikit kamu tu dah nak jadi isteri.Perangai kena matured sikit.Tak boleh jerit suka-suka hati lah.Marah mak mertua kamu nanti”tegur Ikram apabila melihat adiknya terlalu teruja melihat kad nama Naurah.Jujur dalam hatinya juga begitu namun apabila mengetahui status gadis itu semuanya bercampur baur antara kesal,sedih mahu pun gembira.

“Ala sekali-sekala takpe.Daniel tak marah pun.Heheee.”Emelyn menjawab sambil ketawa menjelirkan sedikit lidahnya tanda mengejek abangnya. “Eh,kat mana abang long jumpa Naurah?” , Emelyn kembali menyambung pertanyaannya.

“Tadi abang long jumpa Naurah masa abang long tengah lalu kat area Stesen LRT Wangsa Maju.Kebetulan dia berjalan kat area pejalan kaki.Jadi abang long berhentikan kereta di samping jalan dan cuba kejar dia.Nasib baiklah betul orangnya.”ujar Ikram menceritakan detik pertemuannya.

Emelyn memerhatikan kad nama Naurah.Tertera jawatan dan tempat kerjanya di kad nama tersebut.Dalam hati Emelyn,dia cukup berbangga apabila temannya itu berjaya menggapai cita-cita sebagai pegawai farmasi.Sungguh dia begitu rindu pada sosok yang sangat tabah itu.Dia tahu betapa peritnya rasa kehilangan ayah di saat masih belajar mengenal dunia.

Ayah Naurah kemalangan ketika mereka masih menuntut di tahun pertama matrikulasi. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menjemput Naurah balik kampung sempena cuti tahun baru. Takdir menentukan segalanya apabila Naurah berjaya mendapat tawaran di INTEC Shah Alam dalam program persediaan ke luar negara untuk bidang farmasi. Ketika itu penggunaan teknologi masih belum meluas.Mereka terputus hubungan sejak Naurah berpindah dan Emelyn kemudiannya mendapat tawaran ke Maktab Perguruan dengan pengkhususan pengajian TESL di United Kingdom.

“Naurah mesti lagi cantik kan sekarang, abang long?Dia dah kahwin belum ye?Hmm..”Emelyn cuba meneka-neka status sahabatnya itu.

“Cantik tapi sayangnya dia dah kahwin dan ada anak pun.Cubalah kamu telefon tanya khabar teman kamu tu”,ujar Ikram dengan nada agak sayu.

“Hmm betul juga..Aik,abang long..Nada macam kecewa je..Heheee..”usik Emelyn pada abangnya.Dia seakan tahu bahawa abangnya turut menyimpan rasa terhadap Naurah sejak kali pertama mereka bertemu.Emelyn masih ingat ketika hari pertama di matrikulasi abangnya memandang Naurah tanpa berkelip ketika mereka sedang mendaftar dan kerapkali menanyakan perihal Naurah sejak mengetahui Emelyn sebilik dengan gadis itu.

“Kecewa lah juga.Lama abang long cari dia.Mungkin abang long terlambat.Bukan jodoh kan?”Ikram cuba menyembunyikan rasa sedihnya.

“Takpelah abang long.Abang long kan baik,nanti dapatlah jodoh yang baik.Jangan risaulah.Siapa yang taknak kat abang long Emelyn nie rugi besarlah.Dah la macho, anak soleh, engineer pulak tu..cuma yang kurangnya adalah abang long ‘kayu’ sikit bab cinta.Hahaaaa..”Emelyn ketawa besar mengenakan abangnya.

“Cehh ingatkan nak terus puji abang long.Bolehlah abang long belanja makan aiskrim paddle pop.Batal terus niat.Hahaaa”,Ikram turut ketawa besar membalas gurauan adiknya.Baginya ada betulnya juga kenyataan Emelyn itu.Dia memang tak pandai apabila melibatkan soal rasa.Baginya cintanya hanyalah untuk seorang yang bergelar isterinya.

“Apelah abang long nie.Setakat belanja aiskrim paddle pop Emelyn pun boleh beli.Cubalah belanja lagi besar sikit.Aiskrim Baskin Robbins semangkuk besar ke,takpun belanja makan Pizza Hut ke barulah nama belanja.Heheee..Abang long,jangan sedih-sedih tau.Nanti Emelyn bagitahu Ummi suruh carikan isteri untuk abang long esok juga”,balas Emelyn sambil tersengih.

“Apa-apa je lah Emelyn.Abang long nak masuk tidurlah.Melayan celoteh kamu sampai esok pun tak habis.Bersabar betul si Daniel melayan kamu ye.”, balas Ikram sambil bangun dari sofa.

“Eee abang long nie mengada betul.Ala si Naurah pun banyak cakap juga.Oppss..sorry..Good night abang long”,Emelyn segera meminta maaf kerana keterlanjurannya menyebut tentang Naurah.Dia khuatir abangnya semakin sedih.Lantas dia juga berlalu menuju ke biliknya sambil menggendong Mashi,kucing kesayangan mereka sekeluarga.

Ikram berlalu tanpa suara.Dia penat memikirkan kisah yang silam.Mahu saja rasanya dia membuang memori tentang gadis itu.Tapi dia tidak berdaya.Gadis itu terlalu istimewa.Dengan kesolehahannya dan kecantikan semulajadi Naurah berjaya menambat hatinya.Segala-galanya tentang Naurah masih dia ingat.Kali pertama bertentang mata ketika Naurah menuruni anak tangga di kawasan pendaftaran pelajar Matrikulasi.Dia masih ingat Naurah memakai baju kurung berwarna maroon lengkap bertudung mengikut warna bunga di bajunya.Gadis itu kelihatan ayu sekali dengan sekuntum senyuman yang dilemparkan ketika bercakap dengan temannya.

Ikram masih teringat betapa gembiranya dia apabila Naurah ditempatkan dalam bilik yang sama dengan adiknya,Emelyn.Ini merupakan peluang keemasan untuk dia mengenali Naurah.Ketika itu,dia masih menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.Emelyn,adiknya merupakan pelajar ‘tahun lompat’ di mana jika menurut kad pengenalan usia Emelyn lebih muda setahun dari Naurah.Andai saja,zaman itu Naurah mempunyai nombor handphone.hati Ikram berbisik lagi.

“Semakin lama semakin kuat ingatanku terhadap dia.Maafkan aku,Ya Allah.Aku tidak sepatutnya merindui isteri orang.Berikanlah ganti kepadaku yang lebih baik dari dia”,air mata Ikram menitis dalam doanya.Sesungguhnya hanya itu yang mampu dia lakukan di saat ini.Merintih pada Pencipta yang menciptakan rasa itu dan hanya Dia yang mampu menggantikan rasa itu untuk yang lebih berhak.

to be continued..;)
p/s-soulmate..;p

1 comment:

  1. Best Baccarat Sites in the UK - Urban Wire
    Baccarat is one of the most popular baccarat games in the UK. 1xbet While it's not easy to 바카라 사이트 spot an unbeatable bet, Baccarat is certainly 샌즈카지노 one of the best options

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...