Assalammualaikum wbt,
Hi kawan-kawan..Nampaknya dah berhari-hari jugak aku tak mengupdatekan entry kan?ngeee..do u miss me?uwekkk(gediks pulok)..;p
Macam yang aku ceritakan sedikit kat entry lalu,aku dan kawan-kawan UGM atau lebih tepat lagi housemate aku masa di Jogjakarta datang berusrah..Ala zaman sekarang nie orang dok panggil usrah tu "bulatan gembira"..Penangan pertandingan video osem kat blog angel pakai gucci..(^_^)
Memang masa kami di Jogja,boleh dikatakan setiap minggu(malam Sabtu) kami ada aktiviti sebegini.Ada bacaan Quran dan tafsir ayat,pengisian sedikit dari kakak naqibah kami iaitu Kak Nad dan Kak Dila.Tapi disebabkan Kak Dila senior farmasi jadi dia grad dulu dan dah bekerja di hospital almost setahun..Manakala Kak Nad pula senior medic jadi gradnya almost sama dengan kami..heheee..:D
Untuk event bulatan gembira buat kali pertamanya,aku telah menvolunteerkan diri menjadi EO(event organiser) sebabkan Taiping merupakan destinasi pilihan ramai.Yelah banyak yang dok jadi penanam anggur jadi bajetnya kena ekonomi dan kebetulan Taiping memang destinasi kehijauan yang terbaik.Jadi aku rasa sangatlah sesuai menjadi tempat untuk 1st event nie.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun tak semua housemate dapat datang.Wani dan Ilani tidak dapat menghadirkan diri kerana mereka ada oncall.Tapi semua yang join sangat-sangat berpuas hati dan gembira sangat.Yelah dah lama betul tak jumpa.Kemudian sama-sama sharing pengalaman,kisah-kisah curhat,dilema dan macam-macamlah..sampaikan malam tidur jam 3 pagi sebab seronok sangat bercerita..heheee..:p
Aktiviti pertama waktu dorang menjejakkan kaki ke Taiping adalah melawat Zoo pertama di Tanah Melayu iaitu Zoo Taiping..Tak sempat nak pi Muzium Taiping..Tapi aku sempat bawak dorang ke Restoran DOLI yang feymes dengan keowteownya..memang lama nak tunggu tapi berbaloi kata mereka..Malam tu pulak kami pergi makan Mee Udang Kuala Sepetang..1 of Taiping's speciality gak..:)
Esoknya kami ke Bukit Larut tapi sayangnya tiket habis..Tapi mujurlah ada 2 pasangan yang nak tumpang naik juga.jadi kami dapatlah naik sekali.Alhamdulillah..sementara tunggu tiket naik jip ke puncak Bukit Larut pukul 2 petang,kami berusrah dulu di Taman Tasik Taiping.Di tengah-tengah kehijauan alam dan ketenangan air tasik kami berusrah dengan gembira.Sebelum ke Bukit Larut semula,kami singgah sebentar di Hentian Bas Kamunting untuk menghantar Anis dan sepupunya yang datang.Mereka terpaksa pulang awal kerana mengejar bas dari Ipoh ke Teluk Intan.Dalam perjalanan ke Bukit Larut sempatlah pula nak tapau cendol..heheee..(asyik makan je kan)..Lepas turun Bukit Larut kami terus pulang ke homestay dan berehat sebentar sebelum sahabat-sahabat yang datang bertolak balik ke Ipoh.Kak Dila naik bas balik ke Kelantan melalui Ipoh.Kak Nad pula bermalam di rumah Naemah di Ipoh sebelum pulang ke Sepang.Oya pula dijemput parentsnya untuk balik ke Gopeng.
Yang terharu sangat ialah bila semua orang sanggup datang dari jauh untuk menjayakan event ini.Walaupun terpaksa naik bas lompat dan segala macam dugaan,mereka dengan gembira datang menjayakannya.Selaku orang yang menganjurkannya aku bersyukur sangat.Hilang stress semua apabila tengok kawan-kawan tersenyum puas..:')
:::bersama Kak Nad,Kak Dila dan Yana as my driver malam tu..heheee..;p
::Makan jangan tak makan..nyumnyum..:)
:::Aktiviti pertama di Zoo Taiping..:)
:::Seronok giler muka Kak Dila..depan kuewteow DOLI tu..heheee..;p
:::Ketika sesi bulatan gembira..:)
:::Killing's menu-mee udang yang banyak giler udang..:p
:::Sempat pula tu menikmati aiskrim beramai-ramai..
::: Inilah bulatan gembira kami..♥
:::Penjelasan Kak Dila..
:::bajet model lah sangat kan..:p
:::Ketika membaca tafsiran surah..:)
Ok itu sajalah..aku berdoa semoga ukhwah antara kami tetap erat sampai akhir hayat..Moga ini menjadi titik permulaan untuk bulatan gembira kami..Aamiinn..♥
p/s-gambar Bukit Larut takde sebab sepupu Anis sebagai fotografer dah balik..:p
No comments:
Post a Comment