Entry kali ni adalah disebabkan aku terbaca status seorang sahabat muslimah di fesbuk tentang rasa hati tentang cakap-cakap orang terhadap dirinya.Dia mengatakan bukanlah dirinya seorang yang memilih tetapi dia hanya mahukan yang terbaik untuk menjadi teman hidupnya.Katanya lagi hidup bersama orang yang dipilih bukanlah hanya sehari dua tetapi seumur hidup.
Yess this is true indeed!
Jujur aku katakan ini adalah dilema yang dihadapi kebanyakan wanita sekarang yang usia sekitar perkahwinan.Aku juga pernah dilabel sebegitu-cerewet,pemilih..Bahkan mungkin lebih teruk sampai ada yang bertanya status ‘lurus’ ke tak dia tu?.Faham kan?Dilabel sebagai andartu?..I do have this kind of experienced though I’m just 25 this year!shocking?this is reality nowadays..
Mungkin ada yang mengatakan “Eleh kecoh je minah nie.Dia sendiri yang memilih.Padanlah muka tak kawen-kawen lagi sampai sekarang”..Serius aku tak marah pun kalau korang nak cakap macam tu.Yelah mulut manusia..Takkan mampu kita nak tutup kan..Lama-lama penat berhentilah bercakap..
1st- sebab dia sedang memilih calon suami yang akan hidup bersamanya sampai akhir hayat.Banyak orang cakap kawen nie sekali je jadi kena buat majlis grand2,meletup2 bagai..tapi pernahkah terfikir untuk memilih calon yang terbaik menurut Allah supaya perkahwinan tu kekal sekali seumur hidup?
2nd-sebab dia sedang memilih calon bapa kepada bakal anak-anaknya kelak.Cuba bayangkan,apa kata anak-anak jika mereka melihat ayah mereka tidak mampu bersolat apatah lagi mengaji Quran?
3rd-sebab dia sedang memilih seorang imam yang mampu memimpin solat berjemaah keluarga dan mampu memberikan bimbingan agama kepada keluarga.
4th –sebab dia sedang memilih seseorang yang mampu menjadi sahabat terbaik.Ketahuilah nanti apabila sudah berkahwin masa seseorang wanita itu akan lebih banyak dihabiskan bersama suami dan anak-anak.Jika pasangannya tidak mampu menjadi sahabat terbaik maka meranalah jiwa.
5th-sebab dia harus memilih seseorang yang mampu bersabar atas setiap kerenahnya.Setiap wanita mempunyai perangai yang berbagai-bagai.Ada wanita yang berperangai aneh ketika dalam fasa kehamilan.Jadi amatlah penting untuk memilih yang memahami.
6th-sebab dia harus menjadi pembantu nakhoda rumahtangga.Jadi dia memerlukan kapten yang terbaik agar pelayaran rumahtangga selamat sampai ke destinasi terakhir iaitu syurga.
7th-sebab dia harus memilih seseorang yang boleh diharapkan untuk memikul beban menyara keluarga.Sama-sama bersusah senang bersama.Andai lelaki itu bergaji tinggi dia tidak memandang rendah isterinya.Andai lelaki itu bergaji rendah dia tidak berharap pada gaji isterinya semata-mata dan terus berusaha memperbaiki status ekonomi keluarga.
8th-sebab dia harus memilih lelaki dari keturunan yang baik-baik.Dimana keluarga lelaki itu melayaninya dengan baik sebagaimana keluarga sendiri.
I think that should be enough kut.Banyak pulak list kan..itu yang utama tetapi apa-apa pun pilihlah yang beragama.Pilih beragama tak semestinya ada ilmu agama sahaja tetapi perlulah mengamalkannya dengan baik.InsyaAllah akan selamat.Jika hanya bersandarkan rupa,ketahuilah rupa akan hilang apabila usia meningkat.Jika pilih berdasarkan kekayaan,Allah akan menambah kemiskinan.Jika pilih kerana keturunan maka Allah akan menambah kehinaan.
Janganlah sebab usia kita dah meningkat dan tak tahan cakap-cakap orang kita pakai rembat je.Lupa pada saranan Rasulullah.Lupa pada keputusan Allah melalui solat istikharah.Ini pesanan untuk diri sendiri juga.Adakalanya tension lah juga bila orang menanyakan soalan yang sama berulang kali.Tapi senyum je lah.Mereka bertanya tanda mereka peduli tentang kita kan?
Sebenarnya mencari jodoh itu tak susah cuma kita je susahkan diri sendiri fikir macam-macam.Apabila dihadapkan dengan pelbagai pilihan,barulah tau betapa peningnya untuk memilih.Pendek kata,apa-apa pun mengadulah padaNya.Dia tahu yang terbaik untuk kita.Dia takkan aniaya hamba-hambaNya.Cuma kita kena yakin,yakin dan yakin.Itu saja.Belum masanya..:)
Lelaki yang baik akan datang dengan niat menjadikan seorang wanita itu kekasih halalnya,dan lelaki yang tidak baik hanya akan berniat menjadikan wanita itu seorang kekasih haram..Renung-renungkan..:)
p/s-entry pasal jodoh lagi..:p
No comments:
Post a Comment