Assalammualaikum wbt,
Hai kawan-kawan.Hari nie aku nak bercerita pasal sepasang kasut.Please enjoy my article here..happy readings..:)
Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai kasut.Tidak kiralah bagaimana bentuknya sepasang kasut itu digunakan untuk melindungi kaki pemiliknya.Tidak kiralah berapa harganya atau mahal sepasang kasut itu ia tetap memiliki fungsi yang sama.Hanya yang membezakan kasut kita dengan orang lain adalah saiz pemiliknya.
Katakanlah kita mempunyai saiz kaki 7 tetapi kasut yang hendak kita beli hanya tinggal saiz 5.Adakah kita tetap akan membeli kasut tersebut dan cuba memakainya seperti biasa?Tentu sekali tidak jawapannya.Mungkin tindakan kita akan dianggap tidak siuman kerana sanggup menahan sakit.Tentu sahaja kita akan mendapatkan kasut yang sesuai dengan saiz kaki kita supaya tidak sakit dan selesa untuk melangkah.Tetapi kadang-kadang saiz kasut yang sesuai juga menyakitkan pemiliknya kerana struktur kaki yang Allah ciptakan mempunyai perbezaan.
Mungkin sahaja kita melihat sesorang itu memakai sepasang kasut yang cantik dan nampak selesa ketika melangkah tetapi kita tidak mengetahui bagaimana perasaan pemiliknya.Boleh jadi pemiliknya sakit kerana kasut itu terlalu ketat.Begitulah juga dengan kehidupan seseorang.Ibarat sepasang kasut.Kadang-kadang ia terlihat indah dan bahagia dari luaran tetapi hanya empunya diri dan Penciptanya sahaja yang mengetahui betapa sengsara hidupnya.
Manusia hanya tahu menilai dari luaran.Kita hanya tahu mengata dan mengkritik seseorang itu tanpa pernah meletakkan diri kita di situasi yang sama.Kita tidak pernah cuba untuk memakai ‘kasut’ yang sama.Kita dengan bangganya menyakiti pemakai ‘kasut’ tersebut.Hakikatnya pemakai ‘kasut’ itu lebih mulia kerana dia menyembunyikan hakikat derita di sebalik senyuman.Walaupun senyuman itu sekadar dibuat-buat demi menyembunyikan kesakitan namun itu lebih baik daripada mempamerkan penderitaan dengan keluhan yang berpanjangan.Hanya pemilik ‘kasut’ yang mampu menahan sakit dari ‘kasut’nya itu.
Maka siapalah kita untuk menghukum manusia? Andai sahaja kita cuba untuk mengkritik seseorang cubalah letakkan diri kita dalam ‘kasut’ yang sama.Apakah kita mampu untuk terus melangkah dengan senyuman walaupun kesakitan mencengkam dari kasut itu?
Andai sahaja kita ditakdirkan sebagai pemilik ‘kasut’ yang menyakitkan itu,tetaplah tersenyum.Bukankah Allah telah berjanji dalam surah al-Baqarah ayat 286 bahawa “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya...”. Yakinlah bahawa tiada yang sia-sia jika hidup hanya disandarkan pada keredhaanNya.
p/s=days become tougher but i'll keep fighting!:)
No comments:
Post a Comment