BAB 5
Ya Allah,penatnya badan ni.Rasa macam nak tercabut tulang.Ramailah pulak patient hari ni.Mentang-mentanglah semalam farmasi tutup Sabtu dan Ahad.Dah macam pasar pula.Hati Naurah berkata-kata.sambil-sambil itu tangannya memicit-micit kakinya yang lenguh kerana terkejar-kejar dari wad dan farmasi.
“Hai kak Naurah.Picit-picit kaki nampak?”tegur pegawai yang lebih junior darinya.
“Yelah Min.Kaki akak ni rasa macam nak tercabut.Ramai pulaklah tadi yang discharge wad.Akak kena naik turun wad untuk bedside dispensing.”balas Naurah sambil terus memicit-micit kakinya.Sekejap lagi kena meneruskan perjalanan balik rumah pula.Ohhhh..hatinya mengeluh.
“Nah minum kopi ni.Min buat khas untuk kak Naurah”,Yasmin menghulurkan secawan kopi instant yang dibuatnya.
“Susah-susah je Min ni.Akak boleh bancuh sendirilah.”Naurah tersenyum sambil mengambil kopi tersebut.
“Leganya dapat minum kopi waktu letih-letih ni.Tambah pula dibancuh oleh tangan manis bakal pengantin .Hilang letih akak.Sedappp..Heheee..” Naurah cuba mengusik Yasmin.Yasmin bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini.
“Ish akak ni.Ada-ada jelah.Yang akak tu bila lagi?Dah ada calon belum?” Yasmin kembali membalas pujian Naurah dengan soalan cepuemas.
Haa kan dah terkena aku.Padan muka siapa bergurau pasal benda tu.Naurah tersenyum kelat.
“Akak bagi chance kat adik-adik dulu.Heheee..Belum adalah calon.Kenapa nak tolong carikan ke?”Naurah kembali bergurau.
“Eleh akak ni.Bagi chancelah sangat.Betul ke akak takde calon?Bukan ramai ke peminat akak kat hospital ni?Min selalu dengar orang kirim salam.Takkan takde apa-apa kut?Yasmin cuba menduga. Masakan gadis secantik dan seayu Naurah tiada calon.Bohonglah.Tambahan pula, ketika dia baru masuk ke hospital ada yang mengatakan untunglah dapat 1 department dengan Naurah.Sudahlah cantik,baik hati dan sangat menjaga auratnya.
“ Betullah.Akak tak tipu.Mungkin belum masanya.Atau takde orang berani nak kahwin dengan ‘singa’ macam akak.Heheee..”Naurah tetap dengan gurauannya.
Memang tak dinafikan Naurah seorang yang tegas apabila melibatkan pekerjaan kerana dia faham bahawa setiap pharmacist mempunyai “license to kill” iaitu setiap ubat terakhir yang dicek adalah tanggungjawabnya.Jadi jika salah ubat boleh sahaja mengancam nyawa pesakit.
Pernah ada seorang doktor bertengkar dengannya.Ketika itu Naurah cuba menerangkan kesalahan doktor yang mempreskripsikan ubat yang salah.Tetapi doktor itu tidak mahu mendengar dan berkeras dengan preskripsi yang salah.Naurah memberitahu dengan baik tetapi doktor itu tetap dengan bodoh sombongnya.Jadi Naurah hilang sabar dan berdegil mahu menukar preskripsi tersebut.Dengan beraninya Naurah menukar preskripsi tersebut dan meletakkan namanya untuk bertanggungjawab.Doktor tersebut mengadukan perbuatan Naurah kepada Ketua Pegawai Farmasi.Tetapi kerana keberanian dan tekad Naurah nyawa pesakit dapat diselamatkan apabila ternyata memang ada interaksi ubat antara ubat-ubat yang diberi.Pesakit yang mempunyai asma diberikan tablet penghambat Beta (beta blocker) yang mampu menyebabkan kesesakan nafas dan mampu mengancam nyawa.Tindakan Naurah dipuji Ketua Pegawai Farmasi kerana berani.
“Hmm takdelah.Akak kan orang hebat.Jadi mestilah akan dapat orang hebat.Min tahu akak mesti akan kahwin dengan orang yang sehebat dan sebaik akak juga.Min doakan yang terbaik untuk akak”.ujar Yasmin sambil tersenyum.
“Terima kasih Min sebab doakan yang terbaik untuk akak.Min beruntung sangat dapat sempurnakan agama tak lama lagi.Antara ciri-ciri wanita yang Allah berkati ialah rendah maharnya, cepat nikahnya dan cepat dapat anak.Oklah Min,akak kena beransur dah ni.Nanti Aya tunggu lama pula kat nursery.” balas Naurah dengan senyum yang manis sambil bangun dari kerusi pantri.
“Oh betul juga.Dah nak dekat pukul 6.Leka pula kita berbual.Min tumpangkan akak sampai stesen LRT ye?” balas Yasmin sambil beredar mencuci cawan.
“Boleh juga kalau tidak menyusahkan Min.”setuju Naurah.
Kot putih disangkut di pejabat mereka dan mereka berdua beriringan keluar menuju ke tempat parkir
keep up the good work..:)
ReplyDelete