Tuesday, 28 June 2011

Sedarkah kita akan kufur nikmat?

Assalammualaikum wbt,

Sory sebab entry semalam tak memberi apa-apa manfaat kepada korang..kekhilafan aku dalam menulis dan menjadi daie kecil..sekadar melepaskan rasa geram..aku rasa lagi baik luahkan di blog dari aku melepaskan geram ke manusia-manusia sekeliling aku..atau menceritakan kepada mereka dan mereka menokok tambah cerita..kan dah jadi dosa berganda..kan?Okess forget about yesterday stupidity..


Baiklah kali nie aku akan mengupas soalan yang roommate aku tanyakan..baru je tadi dia tanya..dia menanyakan tentang apakah pendapat aku tentang statement kawan dia kat fesbuk..aku takdelah bagi soalan sejibik tau..tapi sipi-sipi la..ayat kawan roommate aku tu macam nie.."kenapalah selama 23 tahun hidup aku asyik terpilih pilihan yang salah je la.."-nie bukan ayat sebenar..

Oklah apa pendapat korang lak?walaupun aku bukanlah orang yang lebih afdhal menjawap soalan kawan aku tu tapi menurut pendapat aku yang kerdil nie tersangatlah bahaya statement sebegini..itu diibaratkan kita seperti mempersoalkan takdir yang Allah tentukan untuk hidup kita..setiap orang kan ada jalan takdirnya yang tersendiri dan tidak mungkin Allah menulis perjalanan hidup kita sama dengan orang lain..siapakah kita untuk mempersoalkan jalan takdirNya?sedangkan solat kita pun belum tentu diterima..amalan-amalan kita pun belum tentu dihisab dengan baik..

Berhati-hatilah dalam mengeluarkan statement berkaitan nasib diri..jika kita meratapi betapa malangnya hidup ini seperti kita menyalahi Allah kerana menyediakan jalan hidup kita sebegitu..ini boleh menjadikan kita kufur nikmat..Ya!!Kufur nikmat!!pernahkah kita hitung betapa besarnya nikmat yang Allah telah sediakan kepada kita??pernahkah??yang ada cumalah membandingkan nasib diri dengan orang lain tanpa menyedari bahawa ada lagi orang lain yang lebih sedih,malang dan susah hidupnya..sebagai contoh pengemis yang di tepi jalan..apakah mereka harus meratapi perjalanan nasib diri?

Ingatlah kawan,Allah itu Maha Adil..jika Allah itu tidak adil dah lama semua manusia yang tidak menyembah Allah mati kat dunia nie..Allah cuma sediakan nikmatNya untuk yang beriman kepadaNya..tentu sekali TIDAK! kerana Allah itu Maha Adil..semua manusia diberi nikmat menghirup oksigen yang sama,nikmat makan,minum sepuasnya di dunia,nikmat kekayaan dan macam-macam lagi nikmat yang kita tak dapat nak hitung kerana keterbatasan kita sebagai manusia yang kerdil..dari kufur nikmat lama-lama kita akan mudah dipengaruhi musuh ketat utama yang sedikit demi sedikit menyuntik jarum halus mungkar di hati..Nauzubillahiminzalik..

Kalo nak lebih mendalam tau mengenai nikmat apa yang Allah telah berikan kepada kita bolehlah buka surah Ar-Rahman surah ke 55 dalam Quran..dalam ayat tu sendiri tanya balik ke kita "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"..

p/s=oklah..itu saja serba sedikit entry petang nie..insyaAllah nanti akan dikupas lagi isu-isu lain..kalo korang nak tanya soalan pun silakan..insyaAllah aku akan cuba tanyakan pada yang lebih arif kalo aku taktau ye..(^_^)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...