Tuesday, 21 June 2011

sorry,aku tak sama macam hangpa..tapi aku bangga jadi aku..:')

Assalammualaikum wbt,


Just nukilan dari deep of my heart..tajuk macam skema je kan..aku bukan apa..tengah malam nie nak meluahkan rasa entahlah tak tau nak describe macam mana..bukan tak puas hati atau kecewa..atau mungkin juga semuanya bergabung jadi satu..tapi alhamdulillah ia membuatkan aku lebih mengenal Penciptaku dengan lebih mendalam berbanding dulu..mudah-mudahan..:')
 
Kadang-kadang dalam hidup nie tak semua kawan boleh dikira sebagai teman..kawan ketawa memang ramai..tapi kalo nak cari sorang teman yang betul-betul boleh dok menangis sekali susah giler kut..boleh kira dengan jari la..well,that's not my point..

Dilema semester akhir untuk student biasalah final year project..di samping itu ada jugak yang dok sibuk mencari jodoh,cari gelifren atau boyafren(bak kata ustaz Hasrizal)..tension kut untuk orang-orang yang single steady dan takde masa nak sibuk benda-benda lagho..boleh dikatakan aku termasuk salah satu golongan yang tertension..aku geram..geram..geram..especially bila ada yang sebok2 kononnya takmau tengok kawan depa nie keseorangan..nak matchmake untuk jadi kapel..pastu aku lagi hangin kalo ada yang boleh cakap camnie pulak "sementara ko belum kawen dan single, ko layan jelah peminat-peminat tu"..waklu..i'm not that type okeh!

Biar aku berterus terang dalam blog aku..nie kan my personal life..so suka hatilah nak tulis pape pun kan..hahaaa..sewaktu zaman jahiliah aku (masa zaman aku belum mengenal Pencipta dengan baik) aku akui memang aku pernah berkapel..biasalah zaman budak baru abis sekolah..aku kan dulu sekolah girls semua..mungkinlah tu menyebabkan aku kurang berinteraksi dengan lelaki melainkan ayah,abang-abang dan adik aku je..bila tengok kawan-kawan rapat ada boyapren mungkinlah tu penyebab kepada sejarah berkapel dahulu kala..andai masa dapat diputar kembali aku rasa moment tu lah aku paling nak ubah..tapi bila aku fikir secara mendalam mungkin kalo bukan dari perkara tu aku mungkin jadi orang yang lebih jahil dan terus tidak mengenal siapa Penciptaku..alhamdulillah walopun aku berkapel,Allah sangat sayangkan aku..Dia temukan aku dengan orang yang sangat menghormati prinsip aku..tau je la kan kalo kapel-kapel nie selalu buat apa..pegang tangan..tu paling minimal la..orang tu tak pernah amik kesempatan pun kat aku..masa bengong-bengong dulu selalu bandingkan dengan boyapren kawan-kawan aku.."ish tak besla tak pegang tangan".."tak romantiklah boyapren hang tu"..alhamdulillah Allah pelihara walaupun aku lebih cinta boyapren dulu dari Allah..bila ingat balik rasa bodoh betul aku masa tu..

Kata orang kita akan dipertemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul..insyaAllah..aku yakin dengan janji Allah..dalam al-Quran sendiri Allah dah sebutkan bahawa wanita beriman adalah untuk lelaki beriman..ayat surah An-Nur:26 yang menyatakan "perempuan-perempuan keji untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula).Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"..tengok?dah terang-terang kalam Allah menceritakan..kita je yang tak pernah nak amik tau..yang tau nak ikut trend orang muda-mudi zaman sekarang..kalo tak berkapel tak rock lah!rock batu adalah..kawan nak mengajak ke neraka ramai tapi yang nak ajak kita ke syurga ada ke?lol..

Takpelah aku sanggup dikatakan sombong,bajet cun,jual mahal & macam-macam lagi persepsi orang..asalkan aku tetap dengan prinsip aku yang berbeza dengan orang lain..tak suka sudah..ada aku kesah?yang penting Allah suka..apalah yang ada pada mata manusia jika dibanding dengan pandangan Illahi?Aku tersentuh dengan ayat nie.."Dan barangsiapa berbuat kejahatan & menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampunan kepada Allah,nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.."surah An-Nisa':110..MasyaAllah..betapa besar ampunan dari Allah..aku sangat-sangat bersyukur Allah berikan aku macam-macam dugaan untuk aku selalu ingat kepadaNya..

Faktor utama aku berubah adalah sebab pemergian ayah juga..aku pernah terdengar yang ayah akan memikul dosa anak perempuannya..aku selalu fikir..kalo aku buat macam nie macam tu apa akan jadi pada arwah ayah di sana?mestilah dia akan diseksa atas kelakuan anak perempuannya atas bumi..pastu aku pernah juga terbaca bahawa di akhirat nanti beberapa jenis lelaki akan diheret masuk neraka bukan atas kesalahannya tetapi kerana wanita walopun lelaki itu seorang yang alim..antaranya seorang ayah akan ditarik ke neraka jika anak perempuannya melakukan dosa..seorang abang akan ditarik ke neraka jika adik perempuannya melakukan dosa,seorang adik akan ditarik ke neraka jika kakaknya berdosa,seorang anak lelaki akan ditarik ke neraka jika ibunya berdosa,dan seorang suami akan ditarik ke neraka jika isterinya berdosa..besar betul peranan wanita dalam menarik seorang lelaki ke neraka..nauzubillahiminzalik..disebabkan aku sayang arwah ayah,abang-abang,adik,bakal anak lelaki dan bakal suami jadi aku kena jaga segala-galanya..

Biarlah aku tak sama macam orang lain..sekurang-kurangnya aku tau aku tak sendiri..sepanjang perjalanan aku dalam hidup nie Allah selalu temukan aku secara tidak sengaja dengan orang-orang yang sama fikrah..Alhamdulillah ala kulli hal..ketika aku merasakan jenuh untuk menjadi baik selalu ada peringatan yang Allah berikan..terima kasih ya Allah..aku bangga jadi seorang aku..insyaAllah..:')


p/s=kalo ada terkasar bahasa atau sesapa ada terasa dengan ayat-ayat di atas sorrylah..aku cuma mengingatkan diri sendiri..:)

2 comments:

  1. besarnya tangungjwab lelaki..kak effa..

    muhasabah untuk diriku juga..

    supaya dapat melindungi diri ini..

    ReplyDelete
  2. hmm tu la..even dia seorang yg beriman pun kalo wanita disekeliling dia tak beriman dia kena heret sekali ke neraka..sayangilah diri dan keluarga kita..semoga kita dan keluarga sentiasa dipelihara Allah..ammeeennn..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...