Assalammualaikum wbt,
Apa khabar kalian hari nie?Hari ni aku nak share lagi status.Kali nie dari teman di facebook juga..Tak pernah kenal pun tapi beliau telah add aku dan statusnya sangat menarik untuk aku kongsikan di sini..:)
♥ Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
... Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...... ♥
sangat sweet status sahabat nie.bait-bait yang boleh digunakan dalam doa kita.apatah lagi untuk orang-orang yang sedang beristikharah..:)
p/s=jangan mencintaiku kerana menyangka daku sempurna tetapi jadilah cinta yang mampu meyempurnakan kekuranganku..♥
nice...
ReplyDelete:)
ReplyDelete