Semoga korang sihat sejahtera di musim cuti umum ini..Hari nie terlebih rajin nak update entry..
Ada seseorang cakap kat aku..kalo baca dari blog aku nie rasa macam aku nie pijak semut pun tak mati..tapi hakikatnya bukan macam yang tertulis di blog pun..Aku-hahaaaa..(ketawa sinis)..pernah juga ada orang yang cakap "saya baca blog awak.awak nie baiklah".Aku-erkkk..
Jawapan untuk semua soalan di atas,untuk pengetahuan semua pembaca blog aku sama ada follower aktif or silent reader tujuan aku menulis setiap entry di sini bukanlah bertujuan untuk mempromosikan kebaikan aku atau nak mendengar pujian atas setiap entry..(even tak pernah terdetik pun!)..Lagipun apa yang aku dapat pun dari setiap pujian atau promosi itu?!
Ya,aku akui aku bukan "wanita lindungan Kaabah" yang memang perfect in everything yang mana tak pernah buat salah..Hakikatnya aku hanya seorang insan..Makna insan sendiri berasal dari lalai dan lupa..begitulah jua aku.
Jadi tolonglah jangan samakan setiap entry aku dengan perangai aku.Sebab semua entry tu sebenarnya nak refleks ke diri aku sendiri..supaya aku juga mampu jadi baik.insyaAllah..bukannya nak tunjuk baik.."konon-konon nak tunjuk baiklah tu dengan asyik mengupdate pasal kebaikan atau nasihat di entry blog or wall facebook"..yupp,aku sedih bila mendengar kata-kata sebegini..sebab aku tak pernah terdetik pun macam tu..tapi takpelah..Allah tahu apa yang tersirat di hati..
Kalau kita sendiri tak mahu dan menolak kebaikan,adakah kebaikan itu akan datang?Kalau kita sendiri tak berusaha untuk jadi baik,adakah kita akan jadi baik?Akhir kata,hayati ayat ini "...maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)"-Al-Insan:29..
p/s=nobody's perfect..
Tulisan adalah sesuatu yang abstrak, ia mampu dibaca.. namun tidak mudah difahami hakikatnya. seperti lukisan... ia sama. secara fizikalnya... kita sedar warna2 yang diguna... tetapi tidak pada gerangan penggunaannya.
ReplyDelete@nur al amin=betul tu awe..macam tu juga perasaan..terlalu complicated..hanya diri sendiri dan Pencipta sahaja yang memahami hakikatnya..:')
DeleteKadang-kadang manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada. Nak juga dengki bagai. Apa-apa pun, sabar ye. Tabahkan hati :)
ReplyDelete@zahirah dzulkifli-yupp betul-betul..itulah yang dinamakan manusia..teringat dengan kata-kata teman sekelas indonesia-orang yang sirik(dengki) adalah orang yang tak punya..:)
Delete