Sunday 12 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 2

Assalammualaikum wbt,

Nie adalah sambungan bab ke 2..atas permintaan cik Anis selaku komentator..hahaaa..;p
please enjoy your reading..;)

.....................................................................................................................................

BAB 2

“Mama,kenapa masam je muka?Aya buat salah ke?”,si kecil Aya Sofea menegur Naurah kerana mukanya kelihatan sugul.Makanan di pinggannya juga tidak dihabiskan.Dia masih termenung di meja makan.Aya Sofea turun dari kerusinya lalu menyentuh tangan Naurah.

“Ya Allah,terkejut mama.Ya sayang,nak apa?Tak sedap ke mama masak?atau Aya nak makan benda lain?”Naurah langsung bertanyakan pada anak kecil itu.

“Mama ni lah.Penat Aya panggil.Mama buat tak tahu je.Tak naklah kawan dengan mama”,balas Aya Sofea sambil mencebik bibirnya tanda merajuk.

Naurah tersenyum melihat gelagat Aya Sofea yang baru berusia 3 tahun.Petah sungguh dia berkata-kata.Kadang-kadang mengalahkan orang tua bercakap.

“Ya sayang.Mama dengarlah tadi cuma mama tengah fikirkan pasal kerja je.”Naurah berdalih soal hatinya.Masakan cerita hatinya perlu diceritakan kepada anak kecil.

“Mama tu asyik fikir pasal kerja je.Kata nenek sebab tu lah mama tak kahwin-kahwin.Busy sangat.”becok mulut Aya bercerita.

“Amboi-amboi budak kecik nie.Mulut dah serupa macam neneklah.Nanti dia ye.”balas Naurah sambil tangannya menggeletek badan Aya Sofea.

Aya Sofea cuba melarikan dirinya dari terus digeletek Naurah.

“Dah lah sayang.Mari kita basuh tangan.Kering dah tangan tu.Tak baik tau biar tangan kering macam tu”Naurah memanggil lembut.

Aya Sofea memang manja dengan Naurah.Apatah lagi Naurah telah menjaganya sejak berusia 1 tahun lagi setelah kematian ibu dan ayah Aya Sofea.Ibu dan ayah Aya Sofea merupakan kawan baik Naurah sejak mereka di Pusat Persediaan Ke Luar Negara (INTEC) Shah Alam.Lina adalah teman sebilik Naurah.Manakala Khairul merupakan kawan baiknya sejak di MRSM Pengkalan Chepa.Mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Sydney,Australia.Pada tahun ketiga pengajian, Khairul dan Lina mengambil keputusan untuk berkahwin demi menjaga perhubungan mereka.Setelah tamat pengajian mereka dikurniakan Aya Sofea.Malangnya ajal mereka tidak panjang.Ketika dalam perjalanan balik dari Kuantan mereka sekeluarga kemalangan.Aya Sofea tercampak keluar dari kereta,Khairul dan Lina meninggal dunia bersama bayi yang dikandungnya.Disebabkan Lina pernah meminta Naurah berjanji akan menjaga Aya Sofea,maka Naurah mengotakan janjinya.Dia tidak berkahwin demi menumpukan perhatian terhadap anak itu.

“Mama,boleh Aya tanya mama satu soalan?”tanya Aya Sofea dengan suara halusnya.

“Boleh sayang.Nak tanya banyak pun boleh”.balas Naurah sambil tangannya lincah mengetik laporan kerja.

“Kenapa mama tak nak kahwin?Mama takde boyfriend ke?”tanya Aya Sofea lagi.

Alamak.Kenapalah si kecil ni boleh tanya soalan macam ni.Ni tak lain tak bukan mesti ibu yang suruh tanya nie.Hati Naurah menjawab.

“Hahahaaa..apalah Aya ni.Kalau mama takde boyfriend pun boleh kahwin lah.Tak semestinya tak ada boyfriend tak kahwin.Ni mesti nenek yang suruh tanya ya?Nenek bagi upah apa kalau tanyakan pada mama?”Naurah berhenti mengetik sambil tersenyum manis pada bidadari kecil itu.Dia memang menyangka soalan sebegitu pasti akan ditanyakan juga.

“Ala mama ni.Bukanlah.Aya tengok kat TV la.Aya nak mama kahwin dengan lelaki hensem sebab mama cantik.Nanti Aya dapat adik yang comel-comel.Kalau tak comel Aya taknak kawan.”balas Aya Sofea sambil tangannya leka mewarna krayon.

“Ish tak baiklah Aya buat macam tu.Jodoh semua di tangan Tuhan.Kita kena sayang orang walaupun tak comel.Tak baik pilih kasih la sayang.Dosa tau”balas Naurah sambil membelai lembut rambut Aya Sofea.
“Yeke mama?Kalau dosa masuk neraka ke?Eee..Aya takutlah mama.Aya nak masuk syurga.Nanti boleh jumpa dengan mummy dan daddy.Diorang tinggal sana kan mama?”tanya Aya Sofea lagi.

“Iya sayang.Pandai pun dia.Ni yang buat mama sayang dia”balas Naurah sambil mencium pipi Aya Sofea.
“Sayang,jom kita masuk tidur.Dah pukul 9 lebih ni.Nanti esok pagi Aya nak sekolah kan.”ajak Naurah sambil mematikan laptopnya.Syukurlah laporan kerjanya sudah selesai.

“Jom mama.”balas Aya Sofea sambil mengosok-gosokkan matanya.Dia menutup buku lukisan dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.

to be continue...stay tuned..;)
p/s=cadangan adik aku untuk hantar novel bersiri ke blog penulisan2u diterima..:)

2 comments:

  1. wink wink wink..
    plot cite yang boleh tahan tak sbar nak tunggu..
    cpt2 update yer..

    tajuk sama ke yg diguna kat penulisan2u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ashafanie-heheee.time kasih kerana sudi menunggu..aa'ah tjuk sama gak..:D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...