Friday 17 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 7..


BAB 7

“Mama,kenapa kita pindah dari rumah dulu?”, tiba-tiba sahaja Aya Sofea bertanya kepada Naurah.

Sebenarnya dia suka dengan perumahan yang dulu kerana ramai teman.Rumah yang mereka diami sekarang lebih selesa namun jiran-jirannya tidak bertegur sapa dan hanya sibuk dengan kehidupan masing-masing.Sekali sekala adalah bertegur sapa di dalam lif ketika pulang kerja.

“Oh,rumah sekarang lagi dekat nak pergi tempat kerja mama dan dekat dengan nursery Aya.Kenapa Aya tanya macam tu?” soal Naurah kembali.

“Aya suka rumah lama.Ramai kawan baik-baik.”Aya Sofea membalas.

Sebenarnya Naurah memang suka dengan perumahan yang dulu jika dibanding dengan perumahan sekarang.Perumahan dulu adalah kawasan rumah teres yang disewa.Perumahan sekarang adalah kondominium 20 tingkat yang disewa dari bos classmatenya.Yang menyebabkan Naurah nekad berpindah dari perumahan lama adalah kerana dia tidak tahan mendengar umpatan dan cacian jiran-jiran terdekat.Pada mulanya mamanya yang menceritakan padanya.Namun Naurah tidak percaya sehinggalah dia mendengarkan sendiri.Jiran-jirannya itu kelihatan baik didepannya namun begitu busuk sekali perangai mereka dibelakangnya.Mereka menuduh dirinya hamil luar nikah dan menuduh Aya Sofea itu sebagai anak kandungnya.

Ketika itu dia dan mamanya sedang membeli barang dapur di Pasaraya Giant.Aya Sofea ditinggalkan bersama adik Naurah,Sarah Aqilah di rumah.Mereka terdengar perbualan Makcik Kalsom dan Makcik Aminah.

“Perempuan tu nampak je baik.Tapi aku rasa budak kecil tu anak dialah.Muka lebih kurang je.Mustahil dia tak kahwin lagi boleh nak bela anak angkat.Tak untung apa-apa pun lah”,kata Makcik Kalsom,jiran belakang rumah Naurah.

“Hmm boleh jadi juga.Kau tahu jelah zaman sekarang ni,Som.Banyak anak luar nikah.Kahwinnya tak dah jadi ibu.Kerja bagus,muka lawa tapi sayang jadi macam tu.Kasihan anak tu.Tak ada ayah kan.”sahut Makcik Aminah.

“Nauzubillah la Minah.Aku pernah tanya pada mak dia waktu mak dia datang.Yelah,kan jiran belakang rumah aku.Boleh pulak mak dia marah aku buat fitnah.Mestilah malu nak mengaku kan?”sambung Makcik Kalsom lagi.

“Itulah pasal.Kau tau ada ke patut anak jantan aku boleh suka kat perempuan macam tu?Suruh aku risik lagi.Eh tak kuasa aku nak ada menantu macam tu.Kotor keturunan aku”,balas Makcik Aminah sambil mencebik bibirnya.

“Ish anak kau ni Minah.Bahaya tu.Baik kau jaga anak kau tu.Carikan perempuan elok sikit.”sambung Makcik Kalsom menambah lagi kejengkelan di hati Makcik Aminah.

“Diam!”,bentak Mama Naurah.

Makcik Kalsom dan Makcik Aminah tergamam dengan bentakan itu.Tidak mereka sangka bahawa mama Naurah sedang mendengar umpatan dan kejian mereka itu.

“Err..Som,jom kita pergi bayar.”,kata Makcik Aminah sambil menolak troli penuh berisi barang.

“Awak berdua ni memang tak sedar diri.Dah tua-tua masih sebarkan fitnah.Anak saya tu anak yang baik.Semua cerita awak buat tu semua tak betul.Tahu tak?!,”Mama Naurah agak hilang sabar sejak Makcik Kalsom pernah bertanyakan tentang Naurah dahulu.

“Mama,sudahlah.Terima kasihlah makcik berdua sebab fitnah saya.Demi Allah saya masih bujang dan tak pernah mengandung sama sekali.Aya Sofea tu diamanahkan untuk saya jaga oleh kawan baik saya.Kalau makcik berdua nak teruskan buat fitnah kepada saya,silakan.Tapi saya terkilan sebab makcik berpura-pura buat baik depan saya.Rupa-rupanya makcik tikam saya dari belakang”,luah Naurah dengan kesal.

“Mari kita balik Naurah.Banyak langau dekat sini.Kau pindah je lah Naurah.Lagi lama kau duduk sini lagi busuk kau jadi.”,sindir Mama Naurah dengan jelingan yang tajam.

“Pergilah kau dari sini.Penduduk sini pun tak ingin ada jiran jahat macam anak kau,”Makcik Kalsom membalas sambil mencebik mukanya.

Sabar,sabar Naurah.Jangan marah.Jangan sedih.Naurah bermonolog sendirian.

“Itulah kau,Naurah.Berapa kali mama dah cakap.Kau tu dah la anak dara.Dok bela anak kecik.Orang mestilah ingat anak kau.Tambah pula muka Aya tu mirip muka kau.Kau yang tempah penyakit sendiri tau tak?”bebel Mama Naurah ketika di dalam kereta.

“Mama,berapa kali Naurah nak cakap?Naurah kena tunaikan janji dan wasiat Lina tu.Naurah sendiri rela.Takde siapa pun paksa Naurah.”,balas Naurah.

“Kau tu memang.Degil,keras kepala.Tak nak dengar cakap mama.Pedulikanlah janji atau wasiat tu.Kau tu bila nak kahwin kalau asyik jaga budak tu je?Ada lelaki ke sanggup nak terima kau dengan budak tu?Kalau ada pun,family lelaki tu sanggup?”,Mama Naurah melontarkan pertanyaan yang menghiris kalbu.

Dia merasa kecil hati apabila mamanya berkata begitu.

“Sampai hati mama cakap macam tu.Naurah kesian dekat Aya.Siapa lagi yang boleh diharap utnuk jaga dia?Mungkin dia akan diserahkan ke rumah anak yatim sebab ibu Lina tak mampu nak jaga dia.Mama kena faham situasi Naurah.”balas Naurah dengan mata yang sarat menakung air mata.

“Kau tu.Suka sangat fikir tentang orang lain.Pasal diri sendiri bukan nak fikir pun.Kalau kau kesiankan sangat ibu Lina tu pergi jadi anak dia.Dengar cakap dia.Jangan dengar cakap mama.Jangan jadi anak mama,”Mama Naurah meninggikan suaranya.

“Mama,biar sampai mati pun Naurah tetap anak mama.Tapi maafkan Naurah,mama.Naurah tak sanggup berpisah dengan Aya.Naurah tak sanggup khianati wasiat arwah Lina.Pasal jodoh Naurah,mama jangan risau.Naurah yakin ketentuan Allah.,”bergenang air mata Naurah ketika berbicara tentang Aya Sofea.

“Suka hati kaulah.Mama tak nak ambil tahu tentang kau lagi.Kalau apa-apa terjadi kau tanggung semuanya sendiri.”,Mama Naurah memberikan kata putus kepadanya.

“Takpelah mama.Naurah sanggup tanggung semuanya.”,air mata Naurah masih bercucuran.

Semenjak dari kes itu hubungan Naurah dan mamanya juga renggang kerana mamanya masih belum menerima kehadiran Aya Sofea dengan hati yang terbuka.Perpindahan ke kawasan baru lebih menjamin kedamaian jiwanya dimana tiada lagi jiran-jiran yang bersikap talam dua muka.Biarpun sewa rumah yang harus dibayar agak mahal dari rumah sebelumnya dia sanggup.Hatinya telah banyak terluka dengan kata-kata orang sekelilingnya.Namun begitu dia harus bangkit demi melindungi bidadari kecilnya,Aya Sofea yang memberi kekuatan untuk dia terus melangkah ke depan.


1 comment:

  1. ya allah..besar sungguh jiwa beliau..semoga allah memberikan kita kekuatan utk perbaiki diri kita setiap hari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...