Saturday 18 February 2012

novel-bidadari berhati malaikat-bab 8..


BAB 8

Cuaca begitu cerah pagi itu.Mungkin kerana malam tadi bandar hujan itu memuntahkan awan hujan.Taiping sememangnya dikenali sebagai bandar hujan kerana merupakan bandar paling banyak menerima hujan di Malaysia.Selain itu ia cukup popular dikenali sebagai “bandar pencen” kerana kedamaian dan kehijauan alam sekitar menarik banyak golongan tua menghabiskan sisa-sisa kehidupan di sini.Makna dari “Taiping” itu sendiri datang dari kata bahasa Cina yang bermaksud “kedamaian”.

Cerita tentang sejarah Taiping seringkali diceritakan oleh guru Sejarahnya sehingga Naurah cukup hafal dengan cerita itu.Lucu apabila sekali sekala mengenangkan guru Sejarah,Puan Aznah bercerita dengan mimik mukanya.Ya itulah memori.Kenangan yang tidak boleh diulang tetapi tersimpan kemas di kotak ingatan.

Pagi-pagi lagi Naurah sudah menyediakan sarapan untuk semua di rumah.Adiknya,Sara Aqilah masih tidur.Semalaman bercerita dan berkongsi masalah dengan Naurah membuatkan dia begitu liat untuk bangun pagi itu.Padahal semalam beriya-iya mahu mengikut Naurah dan Aya Sofea untuk ke Zoo Taiping.

“Bangunlah Sara.Nak ikut ke tak ni?Aya tu pun dah bangun.”,kata Naurah kepada adik bongsunya itu.

“Ala kakak.Tak jadilah nak ikut.Sara kena cover tidur balik ni.Pening dah kepala tak cukup tidur ni.Kakak punya pasal lah ni.Ajak sembang sampai pagi,”balas Sara Aqilah sambil mengambil bantal menutup mukanya.

“Hellooooo..Siapa yang ajak siapa bersembang eh?Dia tu yang tak habis-habis dengan masalah cintan-cintun.Nak salahkan kakak pulak.”,balas Naurah sambil mencuit pinggang adiknya.

“Heyyy,kakak.Tak acilah main cubit kat pinggang.Geli tau.”,Sara Aqilah terus terbangun kerana geli dicuit kakaknya.

“Hahahaaa padan muka.Malaslah nak layan kau ni.Budak busuk tak mandi”,balas Naurah sambil mencuit dan terus berlalu pergi.

“Kakakkkkkkk!!!!!!!..”,Sara Aqilah menjerit manja.

Sementara itu,mamanya sudah berada di meja makan.
Naurah membawa Aya Sofea menuruni tangga perlahan-lahan.Lalu dia mendudukkan Aya Sofea di kerusi makan.

“Mama,nak minum kopi ke teh?”,tanya Naurah sambil mengambil mug di rak cawan.

“Kopilah macam biasa.Pagi-pagi ni kamu nak kemana?Banyak masak ni?”,tanya mamanya kembali.Kehairanan melihat bekas tupperwarenya dikeluarkan.

“Oh Naurah dah janji dengan Aya nak bawak ke zoo hari ni.Tu yang masak lebih.Boleh jadi bekal kalau dah lapar jalan-jalan dalam zoo.Lagipun nanti cadang nak berkelah kat lake tu.Mama nak ikut?”,balas Naurah sambil tangannya ligat membancuh kopi untuk mamanya.

“Asal balik Taiping je mesti nak ke zoo korang ni.Tak reti duduk rumah ke?”,mamanya agak dingin apabila berbicara tentang Aya Sofea.

“Hmm biasalah mama.Budak-budak ni suka betul kalau dapat tengok haiwan.Lagipun Naurah saja nak jalan-jalan pekan sekali.Dah lama juga tak balik.”,Naurah membalas perlahan walaupun hatinya takut untuk menjawab.Bimbang mamanya marah.

“Suka hati koranglah”,mamanya menjawab ringkas sambil menjamah bihun goreng.

“Aya nak minum apa,sayang?Susu atau Milo?”, Naurah kembali memberikan perhatiannya kepada Aya Sofea setelah selesai membancuh air kopi mamanya.

“Tak nak.”,Aya Sofea menjawab sambil menggeleng kepalanya.

“Minumlah sikit.Nanti mama bancuh Milo ok?”,Naurah memujuk sambil tangannya mengusap lembut kepala Aya Sofea.

Aya Sofea mengangguk perlahan.Sebenarnya dia takut untuk bercakap apabila berhadapan dengan mama Naurah.Wanita separuh abad itu kelihatan seperti nenek sihir apabila memandangnya.

“Jangan manjakan dia sangat.Nanti kepala kau dipijaknya”,mamanya memberi amaran kepada Naurah.

“Ya Allah..mama..Dia kecil lagi.Tak faham apa-apa pun,”Naurah kesal dengan perkataan mamanya itu.

“Mama cuma ingatkan je.Pandai-pandai kaulah.”,balas mamanya kembali.

Naurah cuba menukar perbualan mereka.Dia tahu tiada gunanya berbalas cakap dengan mamanya.Pasti akan kalah juga kerana mamanya seorang yang keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang.

“Mama,nak ke pasar nanti macam mana?Ke mama nak suruh Naurah belikan barang masak?”, Naurah bertanya lagi.

“Hari ni mama sibuk dengan aktiviti persatuan wanita sampai petang.Sara tu kata dia nak keluar tengok wayang tengah hari nanti.Jadi takde orang kat rumah.Kau sajalah yang beli barang dan masak untuk korang berdua.Kalau malas makan je kat luar.Malam baru kita masak.”, mamanya menceritakan perancangannya.

“Oklah kalau macam tu.Mungkin tengah hari kami lunch kat luar je lah.Sebab nanti tak confirm lagi balik pukul berapa ni.Lagipun Naurah teringin nak makan popia basah dan cendol pulut kat cashier market  tu.”balas Naurah lagi.

Cashier Market atau namanya Bazar Larut Matang merupakan gelaran masyarakat setempat.Di kawasan itu memang terkenal dengan keenakkan makanan tempatan seperti rojak pasembur,popia basah,cendol pulut,ABC dan macam-macam lagi.Taiping sememangnya kaya dengan makanan tempatan dan terkenal dengan harga makanan yang sangat murah dan sedap.

“Mama,kami pergi dululah.Dah pukul 9 pun.Nanti lambat-lambat panas pula nak jalan kat zoo tu”,kata Naurah sambil membungkus sandwich dan bihun goreng sebagai bekalan mereka.

“Yelah.Hati-hati berjalan tu.Taiping ni pun bukan selamat sangat dah macam dulu-dulu.Baru je hari tu Makcik Kay tu kena ragut.Beg tu perhatikan sikit.Mata kena alert”,mamanya memberikan nasihat.

“Baik,mama.Kami lebih extra carefull.Aya,cepat salam tok ma ni.Kita dah nak pergi”,jawab Naurah sambil mengarahkan Aya Sofea bersalaman dengan mamanya.

Aya Sofea datang menghampiri mama Naurah dan mencium tangan.

“Hati-hati ye”,kata mamanya sambil mengusap lembut rambut kanak-kanak itu.

“Baik tok ma”, balas Aya Sofea sambil tersenyum gembira apabila diperlakukan sedemikian oleh mama Naurah.

Naurah tersenyum gembira melihat perlakuan mamanya.Mungkin mama sudah mula menerima kehadiran Aya Sofea dalam keluarga mereka walaupun sudah hampir 2 tahun dia menjaga Aya Sofea.

Jauh disudut hatinya,Naurah tahu mamanya sangat mengambil berat tentang keselamatan dia dan Aya Sofea cuma mungkin kerana keegoan mamanya yang membataskan kasih sayang antara nenek dan cucu.Namun Naurah yakin suatu hari mamanya pasti akan dapat menerima Aya Sofea dengan hati yang terbuka.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...