Saturday 21 January 2012

Kenapa hidup dia gembira je eh?

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera.Begitu juga dengan 'kesihatan' iman.:)

Persoalan aku pada hari ini adalah "Kenapa hidup dia gembira je eh?" Ha jangan serkap jarang dulu.Ini bukan kes dengki or tak puas hatilah.Persoalan nie confirmlah korang pun pernah terdetik dalam hati terutamanya bila berhadapan manusia-manusia di situasi sebegini.Situasi pertama dimana seorang manusia ini selalu melakukan kejahatan seperti membunuh,minum arak dan lain-lain perkara mungkar tetapi hidup dia sentiasa kaya dan senang.Situasi kedua dimana seorang student asyik melakukan maksiat,tidak solat,tidak menutup aurat dan lain-lain selalu mendapat markah tertinggi dalam kelas,selalu mendapat pujian,bahkan mendapat kesenangan dalam berbagai perkara yang dia lakukan.Sedangkan di situasi lain pula manusia yang baik dan mengikut peraturan Allah asyik dirundung malang,diberi pelbagai ujian dan hidupnya melarat.Tentu korang pernah terfikir begini kan?Macam Allah itu tidak menghukum pun orang yang melakukan kemungkaran tersebut?


Hmm sabar.Allah itu Maha Adil.Ada banyak caraNya untuk menghukum seseorang dan siapalah kita untuk menentukan hukum kan?Pernah tak dengar istilah 'Istidraj'?Mesti pernah kan masa belajar subjek Pendidikan Islam kat sekolah dulu..hehee..Kalo tak ingat mari sini aku ingatkan.Pengertian Istidraj berdasarkan istilah adalah kelebihan atau kesenangan yang Allah berikan pada seseorang dengan bertujuan untuk menjauhkan diri kita dari Allah.Dalam bahasa yang simple adalah Allah bagi kesenangan pada orang yang melakukan kemungkaran supaya dia terus lalai dan lupa kepada Allah.Dari segi bahasa perkataan Istidraj itu sendiri dari perkataan 'Daraj' yang bermaksud tangga.Memetik kata Ustaz Zahazan dalam rancangan Al-Kulliyyah yang aku tonton 2 minggu lepas,seseorang yang Allah berikan istidraj boleh diibaratkan sebagai mendaki tangga-tangga.Apabila seseorang itu mula mendaki tangga menuju ke puncak yang dia mahu semakin lama dia akan semakin gembira dan tidak menyedari bahawa dia telah naik tinggi.Tetapi bila pada masanya Allah berkehendak maka Allah akan runtuhkan tangga-tangga yang sedang didaki si 'jahat' dan akan menimpakan tangga tersebut ke atasnya dan musnahlah dia buat selama-lamanya.

Mungkin ada yang berkata "Ala takde apa-apa pun selama ni.Aku buat jahat elok je Allah bagi rezeki".Tetapi ingatlah apabila suatu saat akan datang ketika itu tiada siapa yang mampu menolong melainkan Allah.Jadi jangan ingat Allah lengahkan balasanNya kepada orang-orang yang melakukan maksiat itu cuma Allah sedang membiarkan dia semakin leka dan balasan yang lebih teruk akan menimpa jika masih enggan bertaubat.

Takutnya andai kita ni Allah biarkan sebegitu.Leka dengan dosa yang kita lakukan bahkan bangga pula dengan maksiat yang kita lakukan.Pertontonkan pula kepada yang lain di rangkaian sosial(blog,facebook,twitter dan lain-lain)..Dah dapat dosa berangkai-rangkai.Katakanlah kita dengan sengaja mempamerkan gambar memakai pakaian yang tidak menutup aurat di facebook kemudian tanpa kita sedari ada yang mengutuk kelakuan kita itu.Cuba bayangkan.sudahlah berdosa pada diri sendiri dengan menzalimi diri sendiri(membuka aurat),melanggar pulak hukum syarak yang dibenarkan kemudian menjadi pencetus pula kepada orang yang mengutuk atau mengata.Mampu ke nak hitung dosa-dosa tersebut?Mampu ke nak pikul masa hari Akhirat nanti?ohhhh..

Ok,tu je sedikit sebanyak ilmu nak sampaikan.Kebetulan terdetik nak kongsikan pasal benda ni.Untuk orang-orang yang baik,tetapi masih diuji dengan pelbagai kesusahan atau lain-lain 2 perkara inilah yang perlu kita amalkan.Mintalah pertolongan dari Allah dengan solat dan sabar.Tentang kesabaran tu biasalah aku sendiri pun kurang kesabaran kadang-kadang(kena improve banyak sangat-sangat.>.<). Mintalah doa daripadaNya.InsyaAllah tiada hijab doa antara kita dengan Allah selagi kita tidak melakukan dosa besar atau menderhaka kepada ibubapa.Kalau boleh sentiasalah gembirakan hati orang-orang tua terutamanya ibu bapa.Kerana dari situ datangnya redha dan murka Allah..:)

p/s=la ila hailla anta subhanaka inni kuntum minazzholimin..:')

2 comments:

  1. kekuatan Iman juga rezeki kak, mungkin ada y akan kata "belum dibukakan hati", tapi~ bukan alasan y konkrit u tidak berubah sekarang. moga mendapat kekuatan untuk berubah bagi yang berkenaan ~ Amin

    ReplyDelete
  2. betul tu awe..bkn semua org diberi hidayah..tetapi kalo kita sendiri tidak berusaha menjemput hidayah itu dgn mmberi pelbagai alasan selagi itu hidayah tersebut jauh dan tidak akan datang..amiin.."...maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)"-al Insan:29

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...