Saturday, 31 December 2011

saat melepaskan segalanya..

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu pada petang 31 Disember 2011.Lagi beberapa jam sahaja kita akan melangkah ke tahun baru masihi 2012.Semoga kalian juga mempunyai resolusi baru yang akan dilaksanakan ketika melangkah ke tahun baru.InsyaAllah.Begitu juga dengan diriku.Amiinn..

Semalam,kepala otakku ligat memikirkan apakah resolusi yang harus aku lakukan sempena berganjak ke tahun baru 2012 ini.Banyak sebenarnya yang aku perlu perbaiki.Terlalu banyak kerapuhan..

2012.Aku bertekad untuk melepaskan segala kenangan pahit yang melanda ketika 2011.Tarikh-tarikh yang begitu berbekas luka dan air mata perlu dilupakan.Aku coretkan disini supaya langsung keluar dari kotak memoriku dan tiada simpanan lagi dimemori.

1 Februari 2011 dan 10 Julai 2011 itu adalah tarikh peristiwa hitam yang menimpaku.Kehilangan sejumlah wang dalam jumlah yang banyak dan kehilangan barang peribadi mengakibatkan traumanya masih dirasai sampai sekarang.Tapi alhamdulillah akhirnya Allah gantikan dengan kegembiraan aku berjaya menamatkan pengajian di bulan Ogos iaitu 2 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan konvokesyen pada bulan November 2011.Indahnya kurniaan Allah apabila kita bersabar atas dugaan yang diberikan digantikan titis-titis air mata yang pernah jatuh dengan tawa gembira dan air mata kesyukuran.

Selain itu,aku bertekad untuk melupakan sesuatu yang dah lama "cling" to my mind..i think it's been 5 years that it been clinging in my mind..so it's time to let it go..walaupun agak sukar tapi aku akan cuba..untuk meneutralkan balik semua rasa di hati dan hanya membenarkan rasa itu untuk yang sah sahaja.Mudah-mudahan..

Hanya keberkatanMu yang aku cari ya Allah.Sabarkanlah aku menanti segalanya..:')

2012 merupakan tahun pertama aku akan mula bekerja..Semoga semuanya berjalan lancar menurut jalan takdirku.Semoga aku diberi kesabaran untuk menempuhi alam hospital yang serba mencabar dan memicu adrenalin..Amiinn..owhh de oncall nanti..:p

p/s=semoga amal ibadat kita juga semakin bertambah dengan pertambahan tahun dan usia..Amiinn..:')

Friday, 30 December 2011

Penakut by Yuna with lyrics

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..recently,aku dah jatuh cinta dengan lagu nie..great lirik..hahaaa..:p




p/s=aku memang "penakut"..>.<

Tuesday, 27 December 2011

Indahnya Perubatan Islam:2

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.harap korang sihatlah ye.kali nie punye entry adalah untuk melengkapkan janji2 manisku..ngeheheee..:p

Okla taknak celoteh panjang-panjang.mari terus ke isi perbincangan pasal tajuk indahnya perubatan Islam part 2 ye.kali nie aku akan kongsikan ilmu khusus untuk kaum hawa pasal senggugut..perempuan memang sinonim lah pasal benda nie.ha lelaki jangan cakap taktau pulak..p search kat google..ejaan mesti betul bukan sesungut ok?kata Ustaz Syarhan Shafie tu sebenarnya perlakuan terjadinya pendarahan pada seseorang wanita adalag disebabkan oleh cakaran syaitan dalam rahim wanita.bagi seorang perempuan tempat yang paling disukai oleh iblis,syaitan dan konco-konconya adalah rahim kerana mereka taknak anak cucu Nabi Adam A.S mempunyai keturunan.jadi untuk para-para wanita yang selalu mengalami senggugut bolehlah amalkan petua yang ustaz bagi nie.bahan-bahannya cuma memerlukan madu asli.pastikan betul-betul asli ok supaya mujarab.caranya:

1) letak madu asli tersebut di hadapan sejadah
2) buat solat hajat 2 rakaat(lagi baik kalo berjemaah)
3) selepas solat baca pada madu tersebut surah alfatihah 1x,ayat kursi 1x, dan surah an-nahl ayat 69 sebanyak 21 kali
4)setiap hari ambil sesudu madu tadi dicampir bersama air suam minum 1xsehari.lebih baik kalo guna air zamzam kalo ada.
kata ustaz insyaAllah akan sembug senggugut.ingat,nie ikhtiar ye kawan-kawan.kalo Allah tak izinkan kesembuhan kenalah redha.

Selain itu,ustaz ada bagi surah yang boleh diamalkan  jika mengalami sakit kepala.bacalah surah al waqiah ayat 19 sambil memegang pada kepala yang sakit.

Untuk penawar penyakit resdung,cari air kolah dari masjid atau surau.kata ustaz air kolah tersebut banyak mengalami penawar kerana lebihan air dari basuhan wuduk ramai orang.baca surah alfatihah,ayat kursi dan surah al fussilat ayat 44.kemudian sedut air melalui hidung dan basuh muka..insyaAllah..

Untuk para student atau sapa-sapa ynag mengalami masalah lemah daya ingatan,bolehlah sentiasa amalkan surah al isra ayat 70..Kali nie aku malas nak sertakan terjemahan.hangpa rajinkanlah diri bukak Quran dan terjemahannya ye.saja je nak bagi tambah pahala hangpa.dah bukak Quran takkanlah tengok je kan?mestilah baca.:p

Oklah kawan-kawan.insyaAllah de lagi beberapa ayat dan doa yang ustaz berikan nanti aku update lagi.nie dah lewat.lagipun sekali masuk banyak entry macam peliklah kan?hehee..esok kalau aku tak busy aku update lagi.(busy mengomel2 bersama adik aku since dia cuti seminggu..:p)

p/s=tadi kaki anak buahku yang berusia 1 tahun tergeliat or tegang urat kut.kesian dia.doakan dia takde apa2 ye.sebab esok baru nak bawak ke klinik.sayonara~

Sunday, 25 December 2011

happy ending weekends..:)

Assalammualaikum wbt,

Hi everyone.May Allah bless all of you.Ameenn..I'm alhamdulillah blissfully ending my weekends with smile..:)

How did your weekends end?just want to share with all of you how my happy ending weekends..heheee..please dont misunderstood this statement..not trying to show off..it might be an idea to all of you next time..(^_^)v

My saturday was packed with 2 wedding invitation..1 from my cousin and 1 from mum school's teacher (her collegue)..my cousin wedding was held in her house at taman palma 4,kamunting..around 15 minutes from my home..while mum's friend was held in sungai dua,butterworth..we decided to go both kenduri as my mum said it's not proper if we're not going even it's in butterworth,penang..yalah,we HAVE to go if there's wedding invitation.if not it's consider sinful..only if you're had no choice but not to attending the invitation.At night our family had "yong tau foo" feast as usual..ngeeee..:p

My sunday hecticly full with many activities..fuuuhhh..2 wedding invitation also.1 is my cousin's husband house..that was called "majlis menyambut menantu"..it's held at bukit jana,kamunting..another kenduri was invitation from my junior schoolmates..she's doing her wedding ceremony together with her brother..so there's 2 bride and 1 groom..:D owhh ya,today was the first time in my life that i seat together with the bride and groom with all the bride's family in majlis makan beradap..heheee..kesian kan?plus today there's so many people asking when's my turn because they know my age..hahaaa..i'm the same age with my cousin(bride)..;p
My sunday also give many surprises..my mum cook laksa as to grant my sister wish..she's craving for laksa..then mum brought durian as to fulfill along's craving..and lastly our family when to kuala sepetang to fulfill me and along's wish to eat mee udang..hahaaa..so tasty and very satisfying when you eat the big2 fresh,sweet prawn..:p

Ok,that's my story for today..mother's love was never ending love..we love you ,mum..<3

p/s=sorry for updating in english.just want to practice my english since its so long since i wrote and speak..heheee..nect entry should be continuing the last entry about perubatan Islam..:)

Friday, 23 December 2011

Indahnya Perubatan Islam:1

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian hari ini?Semoga sempena jumaat yang berkat semuanya sihat sejahtera.Hari ini aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat dari rancangan tv9 yang bertajuk Tanyalah Ustaz.selalu kan tiap-tiap pagi pukul 7 sampai 8.mungkinlah waktu ini jarang yang dapat ikuti kerana kekangan masa serta tanggungjawab masing-masing.

Alhamdulillah dah 2 malam aku ikuti siaran tertunda rancangan nie.start pukul 12 malam sampai 1 pagi.Masa hari Rabu malam tu aku tengah mencari channel yang menarik untuk ditonton sementara tunggu mak buat kerja beliau.Kebetulan ada rancangan nie bertajuk Indahnya Perubatan Islam.

Ustaz yang mengupas isu perubatan Islam adalah Ustaz Syarhan.Banyak sangat ilmu yang ustaz nie berikan sepanjang 1 jam bersiaran.InsyaAllah malam nie ada lagi siaran ulangannya.Antara petua bagaimana mengenal gangguan saka dalam tubuh,tanda-tanda kanser yang disebabkan oleh gangguan jin.Tanda-tandanya adalah sama.Antaranya adalah:
1) sentiasa diselami mimpi-mimpi takut
2) sentiasa lebam-lebam di tubuh
3) sentiasa mimpi dikejar binatang menakutkan
4) mimpi budak-budak kecil seperti menyusukan bayi,mendukung bayi
5) sentiasa berdebar-debar tanpa sebab

Itu adalah antara tanda-tanda yang ustaz terangkan.kata ustaz kalo ada tanda-tanda begini segeralah bertemu pengamal perubatan Islam yang boleh dipercayai.sebab lama-kelamaan membawa kerosakan pada diri sendiri.Antara zikir dan ayat quran yang boleh diamalkan untuk menghalau saka dari badan atau diganggu saka bacalah  aya"La ilaha ilallahu wahdahu la syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli syai in qodir" dan ayat yang Nabi Yunus amalkan ketika berada dalam perut ikan nun "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin.Amalkan 2 ayat ini setiap kali lepas solat dan kalo banyak kali lagi bagus.

Selain itu,jika menghadapi sakit-sakit pelik (pada anggota badan) yang mana kalo kita ke hospital memang tak dapat nak detect penyakit tu bolehlah amalkan cara ini.Baca selawat ke atas Rasulullah,selawat Syifa dan kemudian baca surah Fussilat ayat 44.Terjemahan ayat 44 surah Fussilat adalah "Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.amalkan dan pegang pada tempat yang sakit.InsyaAllah.


Untuk mengubati santau pula,amalkan surah al-Fatihah,surah al Kursi dan surah al-Furqan ayat 23.terjemahannya adalah Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.Kata Ustaz santau yang ada akan gugur dari tubuh kita seperti debu yang berterbangan.


Jika mengalami penyakit pelik contohnya (yang ustaz bagi) pergi ke tempat kerja pengsan tapi di rumah sihat je,anak-anak pergi sekolah pengsan di pintu pagar tapi di rumah elok je.kalo terjadi perkara-perkara sebegini eloklah amalkan surah al-hasyr ayat 21.terjemahannya "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"

Oklah..nanti InsyaAllah aku update lagi pasal perubatan Islam nie.ini adalah sedikit sebanyak yang aku sempat catat ketika menonton.Semoga bermanfaat untuk diriku dan kalian..

p/s=sangat teruja menonton tentang perubatan Islam...(^_^)

Tuesday, 20 December 2011

mengadulah padaNya,hanya Dia yang mengerti...


Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian hari ini?Semoga sentiasa sihat walafiat..tak kira di mana jua kalian berada atau apa jua yang kalian lakukan.

Aku nak tanya..pernah tak korang rasa perasaan semacam ini?tak tahu nak ceritakan perasaan tu walaupun pada kawan baik atau keluarga?maksudnya hanya korang sendiri yang tahu perasaan tu dan hanya Allah saja yang tahu perasaan itu.?

Jika aku merasakan derita,sebenarnya ada banyak lagi orang yang menderita..jika aku merasakan kesedihan masih banyak lagi yang mengalami kesedihan yang berganda..jika aku merasakan bahagia,mungkinlah itu secebis sahaja..jadi jalan terbaik mengadulah padaNya..kerana Dia Maha Menciptakan kita..Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..hanya Dia yang memahami gejolak hati ini..menangislah mengadu padaNya..pasti segala yang kusut di minda dan bersarang di hati akan terungkai dengan kekuatan doa..:')

p/s=mahukan kebahagiaan di dunia dan akhirat..ameeenn ya rabbal alamiinn..:')

astaghfirullahalazim..

Assalammualaikum wbt,

Maaf kawan-kawan sebab aku share pasal video semalam..mesti korang pun suka kan pasal video tu..aku pun suka..almaklumlah..sebagai seorang wanita(eh gadis) aku pun rasa berbunga-bunga hati kalo betullah de orang buat camtu..dah la proposed pastu bagi benda yang diidam-idamkan..alahai..oppss..maaf..kali nie taknak cakap sweet dah..walopun benda tu sweet..:(

Bila aku fikir-fikir balik,astaghfirullahalazim..aku rasa macam ini adalah mainan dunia..dimana kita tak merasa bersalah pun atas perkara yang kita buat..bukanlah aku cakap video tu salah..cuma mungkin lebih baik untuk koleksi peribadi..lagipun mereka hanya bertunang..bertunang tidak menjanjikan apa-apa..masih ada batasan yang perlu diikuti..bukanlah dengan lesen bertunang itu kita bebas untuk berdating,telefon berjam-jam,bermanja-manjaan dan lain-lain yang diharamkan sebelum bernikah..

Dan kita pun menyokong dengan dah alasan bertunang..ohh alangkah malunya jika pertunangan terpaksa diputuskan akibat tiada jodoh..apa-apa akan berbalik kepada maruah perempuan..trust me..i've got a friends that been into this situation..she's been engaged twice..the 1st engagement was called off but everybody keep blaming her..well,nothing last in this world..

Aku seorang hamba Allah yang hina ingin meminta maaf sebanyak-banyaknya jika aku turut menyumbangkan rasa sweet kepada korang..maaf..kepada tuan empunya video juga maaf..aku bukan niat nak burukkan..tapi cuma menegur atas dasar Islam..Rasulullah sendiri menyarankan kita agar menyembunyikan pertunangan tetapi menghebahkan pernikahan..tetapi jika ada yang bertanyakan status maka wajiblah diberitahu pada orang tu yang kita dah bertunang..ada hikmahnya Rasulullah menyarankan kita berbuat begitu..:)

p/s=nanti nak mengupas pasal bertunang lah..:)

Monday, 19 December 2011

I've been proposed & I'm engaged :D

Assalammualaikum wbt,

Hi guys..just wanna share some great videos..about my engagement..oopppsss..heheeee..it's not mine..i'm still freely not engaged..hahaaa..:p this videos was awesome..it's not because of romanticness or the words..but i'm specifically point it to the way that this guy did..he want the girl so he asked from her parents..this is the right way in order to make your marriage have blessings from Allah..not by asking her to be your couple..that seems to bring her to hell instead of jannah together..make a wise choice..;)



p/s=waiting for my turn..InsyaAllah 1 day..:)

Friday, 16 December 2011

hari busy..eh yeke?

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..semoga kalian sihat sejahtera..aku pun alhamdulillah sihat walaupun bandar Taiping nie asyik hujan je..biasalah..nama pun bandar hujan kan..takkanlah tetiba turun salji pulak..heheee..

Hari nie aku busy sikit..(sejak bilalah pulak busy kn?;p) takdelah cuma hari nie aku menjadi chef untuk lunch..selalunya kan memang mak aku la yang masak..tak pun makcik kantin or makcik kedai yang masak (tapau lauklah maknanya tu..heheee)..jadi semua menu lunch aku yang sediakan hari nie..tetiba rasa nak makan nasi ayam..dan kalau hangpa nak tau,nie adalah kali ke2 aku masak nasi ayam setelah 2 tahun..heheee..punyalah lama ye nak masak nasi ayam..:p masa 1st aku masak time raya haji tahun 2009..masa tu saje-saje celebrate raya haji di rantauan (kononlah)..

Petang tadi aku pi rumah kakak sedara aku..anak dia kenduri esok..dah kawen lagi sorang anak buah aku..tahun nie je da 3 orang anak kakak sedara aku kawen..tadi berkesempatanlah jumpa dengan sorang lagi anak buah aku yang dah kenduri bulan 6 hari tu..masa tu kebetulan aku masih kat jogja dan mak aku pun pi umrah jadi tak dapatlah pi kenduri dia..sempatla aku sembang-sembang dengan anak buah baru (wife anak buah aku)..pening juga memikirkan nak bahasakan diri apa ye..sebab aku dikira pangkat makcik..lantakla aku beramah mesra macam biasalah..rupa-rupanya dia baru 23 tahun..owhh mudanya..segan aku..ngeeee..pastu dengar berita tahun depan dorang dan lagi 2 anak sedara yang dah kawen bakal menimang cahaya mata..mabruk...dengan itu tahun depan aku bakal menimang cucu..errr..errr..macam kelakar kan..umur 24 dah ada cucu..nasiblah bukan cucu betul..cucu sedara je..hahaaaa..nampaknya aku sudah tidak muda lagi..ngahahaaaa..(entry perasan tolong abaikan..)

Okaylah..tu je nak cerita..next week giliran sepupu aku pulak tukar status..nampaknya sepupu yang sebaya aku tinggal aku je la eh?aiyaaa..abislah..nasib baik i awet muda..tadi pun de yang ingat aku anak bongsu mak aku yang baru abis SPM..kahkahkah..(perasan jap..;p)

p/s=nak pi makan nasi ayamlah..ngeeee..:D

Thursday, 15 December 2011

Susahnya Menjadi Wanita..



Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan susahnya jadi wanita, mereka  mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Perempuan :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
- “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Perempuan :
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
-“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Perempuan :
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
- “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Perempuan :
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
- “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Perempuan :
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
- “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Perempuan :
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
- “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!
Perempuan :
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti..

Dimodify dari : http://zharifalimin.blogspot.com/2011/08/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/susahnya-menjadi-wanita/#ixzz1gcJoEpn3

Dekatkanlah AkuKepada Orang Yang Ingin Dekat PadaMu,Ya Allah.

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…


Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.


Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin

copypaste from http://wanitasihat.com/dekatlah-aku-kepada-orang-yang-ingin-dekat-padamu-ya-allah/

Tuesday, 13 December 2011

copypaste-->A letter to the public from a young government pharmacist..

Assalammualaikum wbt,
Hi dear friends.Today i'm gonna post an entry about my future work->pharmacist.this is a copypaste from 1 young government pharmacist blog.do read the entry and be nice to us..:)
...................................................
Dear public,

i know lately, there are a lot of problems getting adequate medication from the government hospital's pharmacy. Yes, it is end of the year again. No doubt our store management may be a bit of unorganized, thus allowing the above matter surfaced and now critics are running uncontrollably wild among the public, some even said we had hoarded the medication out to the private pharmacies which is certainly 100% NOT TRUE.

First, i would like to apologize to all of you out there that we can not give you the full supply of medications. i am sorry that it had caused you all so much troubles to come to the pharmacy to and fro just to get may be a type or two of the nil in stock/ low in stock medication.

Then, i would like to talk about our feelings, yes, the front line pharmacist who dispensed medication to you all.

I believe that Malaysia is definitely a developing country. We are getting more knowledgeable nowadays but it does not mean that you all can be less respectful to others. After a year plus of servicing in the government hospital pharmacy, i am truly disappointed by how rude you people can be to the pharmacists.

1.) you come to us, yelling at us, demanding a faster waiting number because u had waited for hours for your regular follow up at your doctor.

Do you think it is fair? why don't you yell at your doctor because they keep you waiting for so long? why don't you just tell them off when they tell you that you need to come a week earlier before your real appointment for blood taking? just because they are diagnosing you, treating your illness and pharmacists are not?

do you know the process being done after receiving you prescription? i bet you don't.

from the moment we ask for your name, we started screening the prescription by identifying is this the right prescription for the right patient? then we send them to the filling counter. do you think our filling counters are all computerized that all medications just drop into the basket on a conveyor belt and label themselves and send to the dispensing counter? NO. it's all done manually!

the assist. pharmacists will need to take the prescription, running around the filling area to get all your medication into a basket, then label manually, counter checking the right medication, right dose, right dosage, screen for interaction, query if error found before the basket and the prescription reaches the dispensing counter.

then at the dispensing counter, do you want the pharmacist to just give you all your medication without explaining to you how to take them correctly? the dispensing pharmacist is the last counter check person that has to make sure that the medication dispensed to you are all right and safe. if you think you know all your medication, when something goes wrong, will you still not blame the pharmacist? first thing that come to your mind is, the pharmacist gave me the wrong medication. how unfair huh?

2.) you come to us, throwing at us your blood donation card saying you're a blood donor; OKU card while you are orienting perfectly and worst, you are collecting the medication on behalf of the real absent OKU; telling us you are an elderly and etc that you need an Express counter number.

let me tell you the truth, we don't give a damn to your blood donation card unless you just done donating your blood at our blood bank, show us your arms! OKU that can stand, walk, talk, doing everything perfectly, tell me which part of you is OKU? please respect the OKU card and use it correctly, don't abuse it! and to the elderly, i'm sorry, but you come to us, having more than 6 items on your prescription and you expect us to give you an express counter number? hello, more than 60% of the patients are elderly. so do you still want me to give you an express counter number?

i seriously think that everybody should reconsider the true definition of an express counter. it should be:
- for patients that just discharged from ward, they just got recovered and they need to get back home quicker than any of you
- pregnant lady's prescription and mother with a crying child's prescription
- prescription with less than 4 items

please do not come to us, expecting we can give you exception. No, no matter you are paying a million tax a year or you never pay even a cent of tax before, we treat you all the same. please bear in mind, even our specialists, consultants take number and queue up for their prescriptions.

3.) when we tell you we're sorry that we can only give you a two weeks supply of medication or worse still the medication is nil in stock, you ask us not to hide those medication. how ridiculous! why do we want to hide them? do you think they are sweets or vitamins that can be pop in by everybody?? and stop yelling at us that you're a pensioner, you're a teacher or whoever.

dear pensioner, we truly appreciate that you had done so much for the country, but please behave yourself. currently you're actually using the tax payer's money. i'm sorry that i have to say that. i had enough of similar encounters at the dispensing counter. "Do you know i'm a pensioner??" trust me, we often get that. to us, "So what?"

dear teachers, we all look up to teachers but sometimes your behavior is just jaw dropping. do more reading and research, and you will know that we, the pharmacist (esp the front liners) can not decide on which brand of medication to buy. if you insist to get that particular brand of eye drop or antihypertensive drug, kindly purchase it at the private pharmacies. you can not choose which brand you want because you aren't paying for that.

dear Datuks/ Datins/ Tan Sri and etc, sorry we do not have a special counter for you all. Kindly queue up normally and wait for your number to be called. thank you.

4.) after the incident of getting the newspaper to publish the shortage of medication in our hospital, the patients had becoming more and more rude each day. does scolding us Binatang (animals), calling us Bodoh (stupid), throwing numbers on our face, pointing your fingers yelling at us like nobody business make you feel better? do you think we feel good each time when we apologize? do you think that we can still have our lunch happily? NO, shortage of medication is not the front line pharmacists fault. they do not handle stock checking, purchasing! why do you choose to act like an illiterate when you can just pen down your complains? we feel guilty for not able to supply you the medication, but we are even more upset that you don't appreciate the pharmacist.

Malaysians, grow up. Look around and talk to your friends from overseas. Ask them how do they treat the pharmacists there. We are trying our best to give you the best service and what hinder us from that is your ignorance. We do not get extra pays or allowance from servicing you 24hours 7 days a week, the government don't pay us extra for weekends, for after office hour like what doctors have, NO! and do you know how many hours had we collected in our time-off book?? 100+ hours and the number of hours is still increasing. Thus, please, treat us well. don't make our life miserable.

I personally feel that there is still a long way, super duper long way to go before the Malaysia pharmacists able to get the dispensing right because the Malaysians themselves don't know the role of pharmacist and don't appreciate the pharmacist. basic courtesy and appreciation are what we need and what we want only.

* for those who still lives in the era of dinosaur, pharmacists nowadays are not just dispensing machines. we involve in ward rounds, running therapeutic drug monitoring, compounding total parenteral nutrition, cytotoxic drug reconstituting, drug information center, inpatient, manufacturing, supplying methadone, handling store, provide MTACs and etc. don't know what are they? google will be your best friend.
.......................................
p/s=kesian kan my work area to be..this things memang pernah aku alami sendiri masa praktikal di HKL for a year as an requirement to my diploma..:(

Monday, 12 December 2011

Pesanan yang terbaik untuk diamalkan..:)


Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yg lalu iaitu:”

Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

- Sentiasa ingat kepada Allah S.W.T

- Lupakan budi baik mu pada orang lain.

- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

- Selalu ingat Mati.

p/s=sama-samalah kita muhasabah diri..aku mengaku imanku hanyalah secebis dan setipis kulit bawang..:'(

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kawan-kawan hari nie?semoga sihat selalu.hari nie aku nak share doa yang boleh kita amalkan agar selamat dari kemalangan.mudah-mudahan diamalkan selalu ye.aku pun trauma bila sebut pasal kemalangan.sebab dah banyak kali gak mengalami ke'malang'an nie especially dengan motor..>.< paling teruk masa tahun 2007 dimana motor hancur dan alhamdulillah aku cuma mengalami cedera ringan..ok enough of past story..mari amalkan doa nie ye..mudah-mudahan Allah pelihara kita dari sebarang kecelakaan..amiinn..:)


اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Menurut Ibnus Sunni , Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku . Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat , maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .

p/s=aku yang penakut nak bawak kereta..>.<

Sunday, 11 December 2011

Aku Masih Dara..

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..entry kali nie ditujukan khas untuk para muslimah..artikel yang sangat menarik yang aku telah baca..jadi aku sharekan kat sini..artikel nie aku copypaste dari blog sini ..:) please enjoy reading dear brothers and sisters..<3

Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”
Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”
Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Gadis B : “Bodoh la kau ni..”
Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .
Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”
Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami
Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”
Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”
Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”
Gadis B : grr… =.=”

Kesimpulan:
“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.  


p/s=pernah terbaca ada survey yang dijalankan di kalangan pelajar sekolah di area selangor(tak silaplah) mengatakan 80% dari mereka sudah tiada dara..nauzubillah..semoga kita terpelihara dari perkara-perkara sebegini..amiinnn..

Thursday, 8 December 2011

jodoh oh jodoh..

Assalammualaikum wbt,

Saja je untuk hari nie persoalan utama aku timbulkan pasal jodoh.sebenarnya aku dah lama nak mengupas bab nie..tapi kesibukan dan kurangnya ilmu membuatkan aku terpaksa cari kekuatan dulu untuk menulis bab ini..eheheee..mesti ada yang sukalah tu bila menyentuh bab jodoh@kahwin nie..tengok tu dah ada yang tersenyum simpul..;p

Sebenarnya bukanlah aku nie seorang yang profesional pun untuk memperkatakan tentang perkara nie..yelah tambahan pula dengan status yang tidak melayakkan pun untuk aku mengupas tentang ini.cuma berdasarkan pengalaman,pemerhatian dan pembacaan semata-mata.Ada juga dari pertanyaan rakan-rakan,adik-adik junior.jadi aku bolehlah memberi pendapat..takpe kan?

Ok..berbalik kepada soal jodoh.ya kita semua tahu bahawa Allah telah menentukan jodoh untuk setiap orang sejak azali lagi iaitu ketika kita masih di alam roh lagi.semuanya adalah Qada' dan Qadar Allah.Sebagai seorang Muslim adalah wajib untuk kita mempercayai Qada' dan Qadar ini.melanggar hukum Allah bererti binasalah hidup ini.

Banyak persoalan yang dilontarkan kepada aku mengenai jodoh.Sebagai contoh;ada yang bertanya tidak terfikir pasal jodoh ke?ada juga yang bertanya kalo kita tak bercouple macam mana nak cari jodoh? dan banyak lagi sebenarnya.

Aku menjawab dengan ringkas dan berdasarkan pembacaan serta ayat-ayatNya.Ya tak dinafikan kebanyakan gadis pada usia 20 an ke atas banyak yang akan melangkah ke alam baru iaitu bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujangnya.kata orang-orang tua,kalau dah habis belajar nanti dan kerja mesti akan bertemu jodoh.hakikatnya semua orang tidak sama perjalanan jodohnya.ada juga yang sudah selesai belajar dan bekerja tetapi masih tidak bertemu jodohnya.bukan kerana memilih tetapi kerana belum waktunya.Allah telah menentukan setiap orang itu mempunyai jambatan menuju jodohnya.ada yang sampai cepat ketika meniti jambatan jodohnya kerana jambatannya pendek.dan ada juga yang masih meniti jambatannya yang masih belum sampai ke penghujungnya walaupun usia sudah meningkat.

Ada yang bertanya pada aku.Akak tak risau ke belum kahwin?Bohonglah kalau aku katakan aku tak pernah terfikir tentang jodoh.sebagai wanita mestilah akan terwujud keinginan berkahwin dan mempunyai zuriat.berkahwin adalah fitrah.tetapi bukanlah tujuan berkahwin itu diselewengkan semata-mata ke arah nafsu.ada yang berkata "jangan terlalu memilih nanti tersalah pilih","jangan terlalu memilih nanti tak laku sampai ke tua".kadang-kadang aku tersenyum mendengarkan ayat sebegini.sebab ini adalah pemikiran tipikal.kenapa kita tak boleh memilih pulak?kenapa harus takut dengan cakap-cakap orang sedangkan Allah dah gariskan panduan memilih calon pasangan?andai kata yang datang meminang itu bukanlah seorang calon yang baik dari segi agamanya,apakah kita masih menerima walaupun tiada calon lain?maaf aku katakan di sini.itu adalah pemilihan terbodoh dan kesalahan terbesar.sebenarnya setiap apa yang Allah suruh dan larang itu ada hikmahnya.hikmah pemilihan pasangan berdasarkan yang digariskan Rasulullah adalah untuk menjaga keturunan,menjaga kesucian perkahwinan itu sendiri.adalah menjadi kederhakaan terbesar terhadap anak bagi seorang ayah atau ibu jika dia tidak memilih calon ibu atau calon ayah yang terbaik.pemilihan calon terbaik ini adalah berdasarkan syarat utama iaitu beragama.kisah ini pernah diceritakan ketika zaman nabi(maaf lupa nabi yg mana.).anak itu menjadi derhaka kepada ayahnya kerana ayahnya sendiri telah menderhaka kepada anaknya dengan memilih calon ibu yang tidak baik untuk si anak iaitu ayahnya menikahi seorang pelacur.tengok betapa besarnya impak pemilihan ini pada keturunan.

Aku gariskan bab jodoh nie lebih kepada para muslimah.sebab banyak yang sanggup menanggalkan 'tudung' imannya demi mencari cinta manusia.sedarlah bahawa dengan begitu bukan hanya merendahkan martabat wanita tetapi membuatkan kita semakin jauh dariNya.sanggupkah kita hidup dengan kebencian Allah terhadap kita?biarlah orang berkata kita nie kuno ataupun tak laku asalkan kita sendiri tahu diri kita sendiri.tak dinafikan dalam zaman serba maju nie kalau anda seorang wanita yang single mungkin anda akan dilabel si cerewet,si high class,si bajet cun,anak dara tua,perempuan tak laku dan malah ada juga yang akan mengatakan anda adalah lesbian.adalah suatu kesalahan besar apabila seorang gadis itu single dan tidak pernah bercouple.kata mereka kalau tak couple macam mana nak kahwin?ohh kesiannya..sempit benar minda macam tu..cuba buka balik al-Quran,dalam surah mana menyatakan orang kalau tak couple tak akan kahwin selama-lamanya?kalau ada sila tunjukkan ye.Allah telah menjanjikan dalam ayat-ayatNya..janganlah takut para muslimah..dah banyak yang bercouple tapi bukanlah berkahwin dengan orang yang sama,begitu juga dengan orang yang tak pernah bercouple ada saja yang berkahwin malah kadang-kadang lagi cepat jodohnya.tahu tak semakin banyak madu cinta yang dihirup ketika bercinta maka akan lebih banyak racun yang akan kita rasakan apabila mendirikan rumahtangga.sedangkan tapak asas 'masjid' dibina dengan kemaksiatan mustahil akan diberi keberkatan.renung-renungkan sahabat.

Macam mana pula dengan persoalan usia?ramai akan bertanyakan soalan cepu emas iaitu bila nak berkahwin kalau usia dah meningkat terutamanya untuk si gadis.tambahan pula pada usia ibarat bunga sedang berkembang di taman,ramai yang sebaya sudah berumahtangga dan beranak-pinak.tenang saja.jangan tergesa-gesa.ramai yang mudah terpengaruh apabila kawan-kawannya mahu berkahwin.kononnya alamak cuma tinggal aku saja yang belum,kena kahwin juga nie.alhasilnya ramailah yang mengabaikan faktor pemilihan dan menggunakan teknik tangkap muat.asal ada calon sudah.karang tak laku.alahai sedihnya kalau jadi macam nie.apa-apa pun positiflah..bersangka baiklah dengan Allah.Allah lebih tahu siapa diri kita berbanding diri kita sendiri.mungkin Allah mahu kita lebih bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu solehah maka ditangguhkan dulu jodoh kita buat masa sekarang.pendek kata jangan putus asa berdoa.jika kita sematkan dalam hati untuk menjadi yang terbaik dan mencari keredhaanNya semata-mata insyaAllah akan dipermudahkan.lengkapilah diri sendiri dengan ilmu dan mantapkanlah iman.mohon Allah berikan yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.

Akhir kata,aku copypaste ayat nie dari sebuah page di facebook.kata-katanya membuatkan aku tersenyum sendiri.renung-renungkan sahabat..:)...
*Allah tetap memberikan jodoh pada orang-orang yang tidak menjaga hati. Oleh itu, bagaimana mungkin DIA tidak mempermudah orang-orang yang telah berusaha kuat menjaga hati?Tenanglah :)*



p/s-maaf entry nie tidaklah sehebat penulis lain,cuma berdasarkan nukilan hati sendiri.

Wednesday, 7 December 2011

Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta Dalam Diam)



Salam,kawan2..sedih kan video nie..meleleh-leleh air mata aku tengok..sebab teringat kat arwah ayah..i really miss him..:'( pesanan untuk kawan2 yang masih ada ayah silalah hargai mereka selagi mereka masih hidup..

p/s=tengah menulis nie pun masih mengalir air mata rindu padanya..:'(

Tuesday, 6 December 2011

urat leher terseliuh..T.T

Assalammualaikum wbt,

Apa kabar kawan-kawan?semoga kalian sihat sentiasa.kali pertama aku menaip entry dalam keadaan seperti tajuk di atas..sakit woo..huaaaaa..

sebenarnya dari semalam lagi aku kena benda nie..tiba-tiba bangun pagi tak boleh nak gerak leher kiri..gerak rasa sakit sangat macam nak tercabut rasanya (poyo je ayat) tapi memang sakit sampai boleh membuatkan orang macho pun leh meleleh tau..memang rasa ya Allah nikmatnya kesihatan yang Engkau berikan sebelum nie..time solatlah paling sakit sekali..tapi alhamdulillah dengan sakit juga pergerakan solat jadi lebih perlahan dan gracefully..mungkinlah sebelum nie semuanya kasar..jadi Allah bagi ujian macam nie supaya lebih bersopan tak kira dimana saja dan apa yang aku lakukan..:')

Semalam google-google gak manalah tau ada petua untuk sakit aku nie..sebab nak guasa,adik aku takdelah pulak..dia balik lambat lagi..huaaa..pastu guasa sendiri kuranglah efektifnya sebab tak dapat nak guasa belakang badan sendiri..pastu dok sapulah balm panas..akhirnya terjumpalah 1 petua guna ayat Quran untuk urat leher terseliuh..pakai surah Al-Fil..menurut petua tu,guna tapak tangan pegang kat tempat bengkak atau sakit pastu bacakan surah Al-Fil..kemudian AMINkan..insyaAllah..surah al-fil nie surah pasal burung ababil serang tentera bergajah..ingat tak?kalo tak ingat pi bukak muqaddam balik..:p pastu petua lagi 1 aku dapat kalo urat kaki terseliuh guna cara yang sama cuma kali nie pakai surah al-Zalzalah..selamat beramal..doakan aku ye kawan-kawan..leher tegak je dah macam robot je sekarang..sadiss..tapi semoga setiap penyakit yang Allah beri menjadi kifarah untuk dosa-dosaku yang banyak tak terhitung..:'(

p/s-semalam dah tak tahan sangat telan gakla arcoxia 120mg..last stock..syafakillah nurzatul effa..:')

Wednesday, 30 November 2011

alhamdulillah atas kurniaanMu..

Assalammualaikum wbt,

Semoga kalian sihat sejahtera..baru berkesempatan nak update entry.2 minggu lalu aku busy pi KL-Jakarta-Jogjakarta-Bandung..heheee..sebenarnya tujuan sebenar adalah untuk menghadiri konvokesyen aku yang diadakan di Dewan Grha Sabha Universitas Gadjah Mada(UGM) ,Jogajakarta pada 22 November 2011..alhamdulillah akhirnya semua penat lelah dan usaha mak terutamanya dibalas dengan kenangan aku menerima ijazah di Jogja..thank u mum..tanpa sokongan mak mungkin aku tak mampu nak teruskan segala-galanya..:')

Kami berangkat untuk ke Jogjakarta pada 20/11/11..pagi-pagi buta dah kena pi LCCT sebab flight kami pukul 7 pagi..tapi itu menuju ke Jakarta dulu untuk transit..motif utama tidak mengambil flight direct ke Jogajakarta adalah penjimatan kos..heheee..tau tak dengan buat transit flight KL-Jakarta-Jogja setiap orang jimat rm100!!aku kan datang berempat orang..jimat rm400 la bila buat macam nie..memang lah agak penat tapi rm100 duit tu banyak kut untuk orang yang kaya budi bahasa tapi tidak harta..lol..;p malam tu baru sampai bandar Jogja sebab flight dari Jakarta delay sebab cuaca buruk di Jogja..sampai-sampai hujan pulak tu..sabo je lah..nasiblah dapat check in hotel ok je..terpaksa datang awal sehari sebab 21/11 tu ada rehersal konvo..tapi bukanlah rehersal sangat pun..cuma dorang tunjuk video konvo sebelum2 nie untuk jadikan contoh..de la sikit-sikit kena nyanyi lagu kebangsaan dorang dan lagu untuk para alumni UGM.yang paling aku ingat sekali bagaimana cuaknya kami sebab malam 21/11 tu malaysia lawan indonesia final sukan SEA..owhh sangat mendebarkan memikirkan kalau malaysia kalah susah menang pun susah..nasibla menang pn tipis je so takde lah suara-suara sumbing..

pagi-pagi lagi dah kena datang kat dewan tu..aku bangun bersiap sejak pukul 5 pagi kut..lepas solat subuh terus siap-siap sebab pukul 6 pagi dah kena ada beratur kat dewan..malaslah nak bebel banyak-banyak kat sini..silalah menjamu mata (eh yeke ayat nie?) tengok gambo konvo aku untuk mendapat gambaran lebih jelas..heheee..adioosss teman-teman..:)











p/s=lain kan jubah konvo kami..heheee..;)

Thursday, 17 November 2011

cerita 15/11/11..

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..apa khabar kalian semua?semoga sihat-sihat dan diberkahi Allah sentiasa..dah beberapa hari juga aku tak update entry..bukanlah sebab busy sangat tapi kebetulan mood kurang sikit nak mengomel..heheee..

Alhamdulillah bersamaan dengan tarikh 15/11/11 aku dah genap berusia 24 tahun..heheee..aku tak malu nak mengaku usia aku dah mencecah 24 tahun..bagi aku usia tak penting..yang penting adalah apa yang telah dilakukan sepanjang usia ini..apakah bermanfaat atau tidak?adakah kita memberikan sumbangan secara langsung atau tak langsung kepada keluarga,masyarakat dan negara?hanya diri kita dan Sang Pencipta sahajalah yang benar-benar mengenali diri sendiri.:)

Alhamdulillah murah rezeki masa birthday tahun nie..angah belanja satu family makan yong tau foo,satay dan mak telah membelikan sebiji kek longan..favorite cake all the time..simple celebration je..tapi yang penting semua makan bersama..:) cuma takde keluarga along je sebab dorang dah balik KL dari ahad lagi..birthday tahun nie aku menghadiahkan diri sendiri dengan barang idaman..(kesian kan birthday sendiri bagi hadiah sendiri)..yelah..takde sape pun nak kasi hadiah dah tua-tua bangka nie..teringat masa kecik-kecik masa birthday selalu dapat kiriman hadiah dari arwah cu (kakak mak)..bestt..balik-balik sekolah je ada gaun,teddy bear menunggu..tiap-tiap tahun lak tu..:)

:::antara menu makan malam my birthday celebration..:)

tentu korang nak tahu apa bendalah hadiah yang aku bagi kat diri sendiri kan..heheee..benda nie memang lama aku nak..tapi disebabkan kondisi kewangan terpaksalah pejam mata dulu..akhirnya tercapai juga impian nak beli..bagi sesetengah orang mungkin membazir tapi aku tak kesah sebab itu untuk kepuasan diri sendiri.yang penting tak susahkan orang dan tak guna duit orang..:)

:::hadiah birthday aku-set skincare essentiel yang berharga RM......:p

p/s-malam nie tak mengantuk betul sebab tadi minum indocafe..teringiiiiinnn..pastu sebelum maghrib tertido boleh tahan lama gakla..-_-"

Friday, 11 November 2011

Air Paip vs Air RO.wmv



kawan-kawan,nie adalah hasil electrolyze antara air R.O(reverse osmosis) dengan air paip.untuk pengetahuan korang,air masak hasilnya ujiannya adalah sama dengan air paip..sesiapa yang berminat nak tengok secara live ujian nie bolehlah contact aku..:)

air apa yang kita minum selama ini???

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan.sempena hari jumaat yang mulia lagi berkah ini aku nak berkongsi pengetahuan dengan korang pasal air.soalan aku kepada korang-apa yang korang tahu pasal air?tahu tak air apa yang kita minum selama ini?mesti ada yang jawab mestilah aku minum air masak..takkanlah nak minum air paip pulak kan?ye dok?sebab air masak dah bebas dari kuman(insyaAllah) sebab dah dididihkan pada suhu yang tinggi sebelum kita minum..tapi adakah kita yakin air masak yang kita minum tu bebas sisa ubat,sisa klorin,sisa karat,sisa bahan kimia lain yang berbahaya(radioaktif),virus,patogen dan lain-lain?terus terang aku cakap,sebagai seorang dalam bidang kesihatan aku sendiri tak pasti pasal air masak adalah air terbaik untuk badan.sebab air masak cuma berupaya membunuh sesetengah kuman yang tidak tahan terhadap suhu tinggi(100'C) tapi untuk kuman-kuman dan virus-virus yang tahan suhu tinggi mestilah masih ada dalam air minuman kita.

Pernah dengar kan orang cakap air boleh jadi sumber penyakit?ingat tak banyak kes keracunan makanan yang sering terjadi apabila berlaku banjir atau sumber air dicemari?pelbagai penyakit seperti taun(kolera) akan datang walaupun air itu kita masak kerana bakteria penyebab taun iaitu salmonella,e.coli takkan termusnah apabila kita masak air yang tercemar.takut kan?ingatkan air masak dah selamat tetapi kita masih terancam.yang parahnya penyakit seperti taun nie boleh mengancam nyawa terutamanya pada golongan kanak-kanak dan golongan lanjut usia kerana faktor pertahanan tubuh mereka yang lemah dibanding golongan dewasa.

Air sememangnya sangat penting dalam hidup kita..kita boleh hidup tanpa makanan selama seminggu tapi kita akan mati tanpa air selama 3 hari sahaja!ini kerana air merupakan 70% dari komponen utama dalam badan kita.fakta ini semua orang belajar di sekolah bahawa air iaitu H20 adalah penting untuk kita meneruskan kehidupan kita.oleh sebab itu,kualiti air minuman kita dapat memberikan impak secara langsung kepada kesihatan kita.Fungsi utama air dalam badan kita adalah mendetoksifikasi (mengeluarkan racun) dari badan,melincirkan sendi-sendi sistem tulang,menyokong sistem penghadaman,mengawal atur suhu badan, serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Tahukah korang dari mana sumber air paip kita?mesti semua boleh agak dari mana sumber air kita.yang utama adalah dari sumber-sumber air dari sungai,tasik,empangan,mata air dan lain-lain.tapi adakah kita pasti sumber-sumber tersebut bersih dan bebas bahan kimia berbahaya?hmmm..kemudian dari sumber air tadi akan diproses ke loji-loji rawatan yang telah ditambahkan klorin untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma tetapi tidak menyingkirkan bahan-bahan kimia tercemar..seterusnya dari loji rawatan akan dibawa ke rumah kita melalui paip yang telah lama ditanam dibawah tanah yang mengandungi sisa-sisa karat,serta bahan-bahan tercemar lain yang masuk melalui tanah.adat bahan besi ialah apabila terkena air lama-lama akan berkarat.begitu jugalah dengan  paip rumah kita.tanpa kita sedari kita pun ambil air tersebut dari paip rumah dan terus masak air tersebut.dan air itulah yang menjadi 70% dari badan kita..-_-"

Jika dulu hanya ancaman bahan-bahan kimia serta karat,pencemaran global yang terbaru adalah pencemaran sisa farmaseutikal iaitu sisa-sisa ubat.ini bukanlah rekaan tetapi kenyataan di zaman sekarang.dalam masyarakat kita cuba lihat berapa ramai yang menderita penyakit kronik?tipulah kalau kita katakan sedikit sahaja.sebagai seorang yang berkhidmat di hospital kerajaan,memang pemandangan biasa jika pesakit datang membawa slip perubatan(preskripsi) yang ditulis pelbagai jenis ubatan.seorang pesakit kadang-kadang menerima sehingga berbelas-belas jenis ubat yang berbeza.cuba bayangkan!sisa-sisa ubat dari kumuh pesakit akan masuk ke loji juga dan kemudian akan diproses kembali untuk penggunaan kita semua.tapi malangnya sisa-sisa ubat tersebut tidak dapat ditapis atau dibuang di loji.maka secara tidak langsung kita yang sihat juga mengkonsumsi ubat-ubatan secara tak langsung.cuba kita perhatikan perkembangan kanak-kanak zaman sekarang.mereka mengalami perkembangan pertumbuhan pra matang iaitu pertumbuhan yang tidak sesuai usia.bayangkan pada usia 12 tahun dah kelihatan seperti seorang yang berusia 20 an!hal ini kerana sisa-sisa ubatan hormon turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak menjadikan mereka matang sebelum usia sepatutnya.

Sebenarnya Allah telah mengurniakan kita sistem penapis terbaik dalam tubuh kita iaitu buah pinggang.tetapi pengambilan air yang disebutkan di atas(air yang berkualiti rendah) boleh membebankan penapis asli dalam badan kita sehingga menyebabkan penyakit buah pinggang,kanser pundi hempedu,penyakit batu karang dan lain-lain.selain itu ada juga kajian menyatakan air dan makanan menjadi faktor utama penyebab kanser terutama kanser usus dan kanser perut.tetapi kita jarang memeperhatikan kualiti air yang kita ambil setiap hari kerana mengganggap air yang bersih sudah memadai.tapi disebalik kebersihan air dapatkah kita ketahui apakah kandungannya?sehingga tanpa kita sedari kita sedang memusnahkan buah pinggang kita dan keluarga secara perlahan-lahan.

Pada hari ini sebenarnya memiliki sebuah sistem penulenan air bukan hanya untuk golongan kaya serta suatu kemewahan tetapi ia suatu keperluan untuk menjaga sistem badan kita.sistem penulenan air bererti hanya air yang sempurna iaitu H20 sahaja yang masuk dalam badan kita.bukan air yang mengandungi mineral atau ion atau vitamin.air yang sempurna adalah sama dengan air mata air yang bebas pencemaran serta bahan kimia berbahaya lain dimana bacaan indeks ketulenan adalah 0.00ppm..air penulen yang sama dengan bacaan ini adalah air R.O dimana air ini mengalami proses penulenan osmosis songsang(reverse osmosis).proses R.O ini ditulenkan oleh membran R.O yang bersaiz 0.0001 micron sehingga dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar seperti sisa ubat,virus,logam berat,bakteria dan sisa karat,klorin menjadikan air ini paling selamat untuk diminum pelbagai golongan umur serta penghidap penyakit buah pinggang..penggunaan air R.O juga digunakan di pusat-pusat hemodialisis serta untuk proses pencucian skrin TV Plasma!tengok betapa tulennya air R.O sehingga air yang seharusnya kita minum dijadikan pencuci skrin TV Plasma kerana jika skrin tv ini dicuci dengan air penapis biasa akan merosakkan skrin tersebut serta tidak jelas warnanya.kita sendiri merosakkan sistem badan kita dengan meminum air yang tidak tulen..fikir-fikirkan sahabat..:)

p/s=next entry aku akan tunjukkan ujian ketulenan air menggunakan electrolyzer..

Wednesday, 9 November 2011

mentaliti sampah mulut longkang..

Assalammualaikum wbt,

Maaf tajuk entry nie macam kasar..sebab aku memang marah dengan orang macam nie..bukan niat aku untuk menghina jauh sekali mengeji..tapi kesabaran aku memang ada batasnya..sudahlah diri kau tu tak berpelajaran tinggi,mentaliti pulak sampah,mulut pun macam longkang..asyik mengutuk dan mengata orang..bajet macam kau je yang bagus..blah la..kalau setakat kerja kuli tak payah nak berlagak dengan duit setakat ratus-ratus..betullah cakap orang,agama tu penting..bila aku fikir balik patutlah hidup kau xpernah kaya atau senang hubungan dengan Allah pun tunggang terbalik apatah lagi dengan manusia lagilah macam sampah..

tolonglah kawan-kawan kalau kita tak berpelajaran tinggi jagalah akhlak kita,mentaliti kita..janganlah sampai orang membenci kita sebab kita nie ibarat sampah..sudahlah tak berguna bau busuk pulak tu..fikir-fikirkan..sekian terima kasih..lagi panjang aku menulis lagi banyak dosa..

p/s-harapan aku cepatlah dapat posting tempat yang jauh dari hometown..

Saturday, 5 November 2011

testimonial spirulina elken



Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..hari nie aku nak ceritakan produk paling best kat Elken iaitu Spirulina..sorylah kalau korang tak suka aku promote benda nie..bukanlah niat aku untuk menjual produk tetapi hanya berkongsi kebaikan produk nie..mesti ramai yang cakap "eleh bukan dia makan pun"..demi Allah memang aku sendiri menjadi testimonial untuk produk nie..alhamdulillah sejak makan produk nie gastrik aku dah takde..takde lagi serangan gastrik yang sangat sakit.sampaikan waktu kat jogja dulu roomate aku selalu jadi pembekal gaviscon tablet atau antasid(ubat gastrik)..aku sendiri pun tak tahu bila aku start kena gastrik..tapi yang aku tahu aku memang penggila kafein(pelbagai varian kopi,teh)..penyebab terjadinya serangan gastrik untuk aku salah satunya sebab habit minum kafein berlebihan,stress,makan tak tepat waktu..

Sebagai seorang student farmasi aku sendiri jarang makan ubat melainkan dah terlalu sakit..kalau boleh aku lebih prefer natural way sebab ubat sendiri kesan jangka panjang berbahaya pada sistem badan kita.alhamdulillah bila aku mula mengamalkan spirulina dah takde lagi serangan gastrik,jarang sakit,badan cergas dan otak lagi cepat menerima pelajaran..bila kat jogja selalunya mak aku akan postkn spirulina dari malaysia.tapi kalo dah habis stok memang badan cepat sakit sebab takde supplemen..pernah 2 minggu demam sampai 2 kali jumpa doktor masa kat jogja sebab aku kekurangan vitamin dan imun sangat lemah sebab persekitaran kotor akibat debu masa letusan gunung merapi.

Agak lama dah tak makan spirulina(kira-kira 1 tahun) sebab aku malas nak beli..biasalah sebab harga dia memang agak mahal dari ubat doktor..tapi akibatnya badan aku sakit-sakit..mudah kena penyakit..2 bulan lepas aku kena serangan gastrik teruk.masa tu tengah memasak sampai aku kena matikan api dulu pastu duduk sekejap..untunglah ada gak sisa ubat antasid lama sebab dah tak tahan.masa tu aku baru sampai malaysia dan transit dulu kat rumah along.tak berapa hari lepas tu aku kena infection virus teruk..ingat tak aku pernah cerita hari tu?yang bengkak sebelah muka dan terpaksa pi interview pakai mask?hampir setahun aku stop makan spirulina sebab memikirkan harga..tapi akibatnya aku yang merana..akhirnya balik taiping kebetulan memang mak aku makan spirulina aku pun makan balik..alhamdulillah tak sampai 2 minggu gastrik dah takde..badan rasa aktif je walaupun kurang tidur dan asyik travel ipoh,penang,manjung,kl..

Betullah kata orang,duit boleh cari..tapi kesihatan sekali pergi takkan kembali..bayangkan kalau gastritis terlalu teruk boleh sebabkan pendarahan perut (peptik ulser) yang boleh membawa kematian kalau tak dirawat..kalau kita ke hospital macam-macam ubat akan diberikan dari tahan sakit sampai bermacam-macam antibiotik..yang akhirnya merosakkan hati dan buah pinggang pada jangka masa panjang..sayangilah diri kita..kita hidup hanya sekali..takkanlah kita nak korbankan anugerah ternilai yang Allah bagi..kalau orga kita sihat manalah tahu bila kita ditakdirkan meninggal kita masih dapat berbakti kepada orang lain dengan mendermakan  organ pada yang memerlukan..:)

Friday, 4 November 2011

Elken Guasa On Malaysia TV1

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..nie la terapi guasa yang kami gunakan untuk tolong orang sakit..:)

kisah-kisah kehidupan..

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar kalian teman-temanku?semoga diberi kesihatan untuk melaksanakan kerja,ibadah dan meneruskan kehidupan.Maaf kebelakangan nie aku sibuk untuk mengupdatekan entry di blog nie.aku busy membantu orang-orang yang memerlukan terutama pesakit strok.alhamdulillah ada beberapa kisah gembira pesakit yang sembuh untuk aku ceritakan di blog.semuanya atas izin Allah dan berkat ikhtiar bersama.

Dari minggu lepas aku sibuk berulang alik ke Padang Rengas..jarak perjalanan dalam 30-45 minit macam tu la dari tempat tinggal aku..Sebenarnya masa awal-awal datang ke Padang Rengas bukanlah bertujuan untuk bertemu pesakit strok apatah lagi membantu pesakit tu.Padang Rengas tu tempat kebun mak aku.kebetulan ada beberapa anak saudara mak tinggal di sana.dan ada seorang cucu saudara mak yang hanya bekerja kilang walaupun menggengam ijazah dari UUM.aku kesian jadi aku jumpalah dia untuk share peluang-peluang kerjaya.

Nak dijadikan cerita pakcik aku memang terer la pasal mengubati orang strok.mengurut menggunakan teknik guasa iaitu teknik perubatan cina yang menggunakan guasa board (dari tanduk kerbau).Masa kedatangan kami ke kampung tu kebetulan de sorang kakak nie baru kena strok..cuba bayangkan kena strok pada usia 36!memang sangat kesian.anak baru sorang dan baru umur setahun lebih..keadaan kakak tu memang sangat kesian.bayangkan selama 14 tahun dia menanti kelahiran seorang bayi dan setelah anak berumur setahun lebih dia pulak kena strok.untungnya kakak tu dia dijaga oleh kakak-kakak ipar dan suami yang penyayang.

Hari pertama kakak tu diberi terapi guasa,dia boleh gerakkan kaki sikit-sikit terutama apabila dia terasa sakit diguasa oleh pakcik aku.kakak tu kena strok sebelah kanan badan.dia kena strok akibat darah terlalu tinggi sehingga melebihi bacaan 200mmgHg.dan untungnya dia cepat bertemu dengan kami iaitu seminggu lepas kena strok jadi pemulihan tu insyaAllah cepat.suami kakak tu pun tak kesah kena keluarkan duit untuk membeli supplemen untuk membantu pemulihannya.

Hari ke 2 kaka tu dah mula ambil supplemen..kemudian kami cek tekanan darah dia.alhamdulillah da menurun sedikit dengan bacaan 180 lbh dari hari 1st bacaan 190 lbh.hari ke 3 dia diguasa lagi.dan diukur bacaan.terdapat sedikit penurunan dalam bacaan tekanan darah.alhamdulillah.dia juga diajar terapi untuk gerakkan anggota badan setelah diguasa.kakak tu diberi rehat 2 hari sebelum diguasa lagi hari berikutnya.

Kemarin pakcik aku datang guasa kakak tu lagi dan dia dah tak makan ubat darah tinggi hospital.Semalam aku datang ke padang rengas untuk berjumpa dengan saudara lain yang mengadu sakit badan dan dah ada tanda-tanda strok sebab dia memang ada kencing manis yang tinggi.sempatlah singgah rumah kakak tu untuk ambil bacaan darah sekaligus menjenguk keadaan kakak tu.kakak ipar dia yang merangkap penjaga ubat-ubat kakak tu bagitau pagi tadi dorang pergi ke hospital untuk cek rutin.nurse yang cek darah tu macam terkejut sebab bacaan darah kakak tu dah menurun sehingga hampir normal dengan bacaan 130/80mmHg..padahal sebelum keluar hospital bacaan masih 200lbh/100lbh mmHg.nurse tu tanya makan ubat doktor tak?pastu kakak ipar dia jawab makan.padahal kakak tu dah berhenti langsung makan ubat hospital 2 hari lepas dan hanya bergantung kepada supplemen dan terapi guasa.subhanallah macam tak percaya kan?ikhtiar berhasil menurunkan tekanan darah tinggi kakak tu tanpa makan apa-apa ubat darah tinggi.

Yang lebih mengharukan ialah kakak ipar dia bagitau kakak tu dah mula ingat nak solat.kaki pun dah boleh bengkokkan.tangan gerak sikit-sikit.subhanallah.kakak tu sampai menangis bila tengok kaki dia boleh gerak..aku rasa happy sangat-sangat.rasa tak sabar nak tunggu kakak tu boleh jalan macam biasa.:)

Memanglah harga supplemen dan terapi guasa agak mahal tapi kalau dibandingkan dengan makan ubat hospital,fisioterapi.tapi cuba bayangkan berapa banyak ubat darah tinggi yang terpaksa ditelan untuk sembuh dan bebas sakit darah tinggi.setahu akulah yang belajar pasal ubat,pesakit kronis seperti darah tinggi,kencing manis,jantung adalah pemakan ubat seumur hidup.berhenti makan ubat bererti berhentilah sistem badan.

sanggupkah kita jimat duit untuk kesihatan sedangkan badan terlantar sakit?akhirnya duit menggunung yang kita sayang keluarkan untuk berubat habis dipakai orang lain sebab kita dah sakit dan tak mampu nak belanjakan duit tersebut.fikir-fikirkan.sayangilah kesihatan anda.duit boleh cari tapi badan kita sekali jantung berhenti dah takde kita lagi..:)

Tuesday, 1 November 2011

hello november..:)

Assalammualaikum wbt,

Today is 1 november..left only 14 days to enjoy my 23rd years..hahaaaa..lol..left 18 days before i fly back to jogja..left 21 days before i receive my degree scroll..left 2 months time before leaving 2011..


My wish are please let everything run smoothly, dear Allah..please save my heart and soul from being hurt..please keep myself away from sins or anything lead to it..please let my heart smile with Your love filled inside it..please keep me positive through the rain and stormy day..and my wishlist still going on..please help me to succeess in this world and akhirat..ameeenn ya rabbal alaminn..:')

Sunday, 30 October 2011

nice quotes..:)

“The first step to getting the things you want out of life is this: Decide what you want.”—Ben Stein
 p/s=;)

Saturday, 15 October 2011

persoalan kasih..

Kasih sayang atau kasih duit?
persoalan duniawi yang semakin meruncing,
yang kaya dipandang mulia,
yang miskin dipandang hina.

Mahasiswa dipandang jelek,
kerana tiada harta timbunan pusaka,
yang berharta dilimpahkan kasih,
yang papa dilimpahkan nista.

Kerana tekad dan impian,
segala cacian dihadam bagai sajian ruji,
ditelan satu per satu,
dikunyah lalu ditelan ke dasar hati,
hati yang telah lama berkecai,
tiada lagi sisa-sisa kasih yang dapat dikutip dari hati itu,
cuma kasih Illahi yang mampu menyejukkannya.

Terima kasih atas persoalan kasih yang mereka lontarkan,
hati itu menjadi lebih kental,
biarpun tercalar luka sehingga bernanah,
ia masih mampu bercantum dan menyebarkan senyuman,
senyuman termanis walau dalam hatinya,
hanya Tuhan yang tahu.

Friday, 14 October 2011

I Love Living Life. I Am Happy.

Assalammualaikum wbt,

Hi everyone..do you ever felt like giving up on whatever you are doing?have you ever felt that you're the worst person?do you felt like you're dying inside cause the spirit of your energy was lost?here's some motivational video.great motivational video that really open my eyes and heart..:')



p/s-i cant't give up!!!!if he can why not me??..:')

Wednesday, 12 October 2011

macam kena pertimbangkan lagi tawaran tu..

Assalammualaikum wbt,

Hai kawan-kawan..semalam kan aku citer pasal dapat tawaran tulis tentang fesyen tudung.nampaknya macam aku kena pertimbangkan lagi tawaran tu je..sebab aku rasa macam tak berbaloi pun de..kata orang tu dia akn bayar rm0.30-rm0.50 untuk 1 esei..korang rasa berbaloi ke?

Pastu kan,bila aku baca balik syarat-syarat dia.macam sangat-sangatlah membazir waktu aku.sebab sekarang aku dah dapat tawaran kerja part time dengan pakcik aku.cuba korang usha antara emel yang penulis nie kasi ke aku..kalo korang rasa nak amik job nie silakan..:)

******************************************************
Saya mencari penulis bebas… ianya berkaitan fesyen tudung terkini ataupun
fesyen tudung lama.
Tahu Semua Jenis Fesyen Tudung? RM0.30 - RM0.50 bagi setiap penulisan.
(tidak perlu menjual)
Salam puan/kakak/adik
Saya ingin menawarkan kepada puan/kakak/adik yang pandai atau tahu mengenai
fesyen tudung terkini atau fesyen terdahulu.
Caranya :
1)Anda hanya perlu menulis maklumat berkaitan setiap jenis tudung tersebut dan
hantarkan kepada saya.
2)Saya akan bayar RM0.30-RM0.50 bagi setiap karangan/esei mengenai fesyen tudung
terkini atau lama yang disubmit kepada saya.
Anda boleh cari maklumat dengan mencari di internet atau tulis sendiri. (jika cari di
internet sila nyatakan rujukan di mana dan kalau boleh tu ubahla kepada ayat sendiri)
Hanya tulis 1 esei bagi setiap jenis tudung.
Contohnya (point-point contoh, tak semestinya sama)
• Tudung jenis A.
• Tudung jenis A ini berasal dari…. bla bla..
• Sesuai digayakan dengan ..bla bla..
• sesuai dipakai bila… bla bla..
• Harga dalam linkungan … bla bla..
• banyak terdapat/dijual di … bla bla..
• Antara artis yang menggayakan tudung jenis ini ialah… bla bla..
• Cara pemakaian… bla bla..
• Cara penjagaan… bla bla..
• Tudung ini terdapat dalam saiz.. bla bla..
dan macam-macam lagi..(ini cuma contoh..anda boleh masukkan maklumat lain yang
mungkin ramai tidak tahu)
jumlah perkataan tidak terhad.. tapi jangan ler terlalu ringkas.
saya tidak kisah gaya penulisan anda. janji ada maklumat mengenai jenis tudung yang
ditulis. Ditulis dalam bentuk karangan bukan bentuk point.
Jika karangan anda dipilih, saya akan hubungi anda dan bayar kepada anda.
lagi banyak anda tulis jenis tudung..lagi banyak anda dapat RM dari saya.hehe.
Tujuannya : saya ingin kumpul maklumat dan jenis tudung dan masukan maklumat ini di
laman web baru saya nanti.
tiada tarikh tutup..asal anda tahu mengenai tudung terkini, sila email kepada saya
bersama karangan anda. saya tengok dulu sebelum papar di website saya nanti dan
akan bayar kepada anda.
Pertanyaan/maklumat lanjut sila email ke puansitiaminah@gmail.com
atau anda dah ada esei nak dihantar.. boleh hantar ke puansitiaminah@gmail.com
p/s – jika saya suka cara penulisan anda mengenai satu-satu jenis tudung..saya akan
bayar anda RM1.00-RM1.50 untuk kesemua artikel berkaitan jenis tudung. Maksudnya
saya hanya lantik anda sebagai penulis saya.
********************************************************
p/s=what say u?:)

Tuesday, 11 October 2011

dapat tawaran menulis fesyen tudung..

Assalammualaikum wbt,

Seperti tajuk entry di atas,aku secara tiba-tiba mendapat emel dari seseorang yang menawarkan aku menulis tentang fesyen tudung..heheee.macam lawakla pulak kan..aku nie takdelah pandai sangat berfesyen tudung..biasa-biasa je asalkan menutup aurat..tapi aku akui..kebelakangan nie aku menggemari pashmina dan selendang..mungkin sebab pengaruh adik aku jugak kut..tak pun sebab aku rasa kalo aku pakai tudung ekspress hanya sesuai kaler hitam saje..dah la de 1 je kaler hitam..takkan cek nak pakai jadi belacan kut..ahahaaaa..


Walopun setiap entry tentang tudung tu akan dibayar murah la jugak..tapi mungkin aku akan cuba kut..sebab aku suka..aku nie dulu penah la jugak berangan nak jadi designer..heheeee..kononnn..nak jadi arkitekla..macam-macam..last-last bidang ubat gak yang aku pilih..padahal cukup benci nak makan ubat..:p

ishh pe melalut jap..kesimpulannya nak bagitau berita gumbira ini dengan hangpa semua..ngeeee..:D

Monday, 10 October 2011

checklist impian..

Assalammualaikum wbt,

Agak lama juga aku tak update ye..maaf kawan-kawan..aku busy sikit kebelakangan nie..there's a few things i have to do..nie semua demi mencapai impian..entry nie sebenarnya untuk meningkatkan motivasi diri..bila aku rasa down aku akan lihat balik checklist impian nie supaya aku terus gigih berusaha..;') maaf kalo korang rasa menyemak je entry..


Dalam hidup nie banyak yang kita mahu..kalo kita tak berusaha macam mana nak capai semua impian tu?takkanlah semua benda datang bergolek ke kita hanya dengan cakap "owhh saya mahu benda tu".make sense kan?untuk diri sendiri tolonglah kuat berusaha supaya semuanya akan tercapai tanpa perlu menyusahkan orang lain..


*checklist impian*
-bebas hutang=bayar hutang ptptn dan lain2 =rm100K
-my own dream car
-my own dream house
-bebas berbelanja
-pergi umrah dan haji
-melancong ke merata-rata tempat
-memiliki kedai sendiri


*impian nie haruslah direalisasikan sebelum umur 30..amiiinnn..:D
 

Thursday, 6 October 2011

~~PRE ORDER ETA MID OCT~~

Assalammualaikum wbt,

Hi kawan-kawan..hari nie entry pasal pre order lagi..siapa-siapa yang berminat bolehlah pm di facebook atau emelkan kat f_fa87@yahoo.com..:)


SARA TUTU

SIZE AVAILABLE:

1 YEAR -

2 YEAR -

3 YEAR -

4 YEAR -

5 YEAR -


RM 45
(EXCLUDED POSTAGE)

 RM 9/PCS

BUY 1 PAIR ONLY RM 16

PRICE EXCLUDED POSTAGE

  
RM 9/PCS
BUY 1 PAIR ONLY RM 16
PRICE EXCLUDED POSTAGE

 P/S=PRE ORDER DIBERI TEMPOH SAMPAI 15HB NIE..TQ..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...